Pages

Thursday, June 17, 2010

Pengalaman Di Kota Suci Makkah 3

Assalamualaikum.. Harini aku nak cerita tentang aktiviti ziarah sewaktu dekat Makkah..Aku bercerita sambil kita tengok gambar ye..

Ini bas kitorang sepanjang 13 hari dari aktiviti ziarah dekat Makkah dan Madinah...Condition bas yang sangat selesa..Siap ada peti ais lagi..Alhamdulillah, kitorang diberi peluang untuk sama-sama dengan ahli rombongan yang sporting dan tak lokek berkongsi makanan yang diorang beli dan sentiasa bagi semangat di antara satu sama lain untuk tingkatkan mutu dan memperbanyakkan ibadah..
Ini sewaktu kitorang melintasi jalan yang nampak Jabal Nur@ Bukit Nur yang terletaknya Gua Hira' dipuncak bukit tu.. Gua Hira' adalah gua dimana Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama iaitu surah Iqra. Kitorang tak panjat sebab memerlukan separuh hari jugak untuk panjat bukit yang tinggi tu.. Tapi ada juga ahli rombongan kitorang yang pergi naik dihari yang lain untuk ziarah Gua Hira' tu.. Kitorang satu famili tak naik sebab nak kumpul kekuatan buat umrah..Takut kalau naik nanti lutut masing-masing dah semput..hee

Yang ini pulak Jabal Thur yang terletaknya Gua Thur. Gua Thur ni adalah gua yang Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a bersembunyi dari kaum kafir quraisy sewaktu mula-mula nak berhijrah ke Madinah..Subhanallah..Tinggi sangat bukit ni..Lagi tinggi dari Jabal Nur..Terbayang macamana Rasulullah berjuang untuk agama Allah..Kitorang naik bas untuk pergi Madinah, yang dah sedia highway yang cantik tu pun makan masa 8 jam.. Terbayang kesusahan Rasulullah...Terkenang diri sendiri yang tak mengenang budi T_T Kawan-kawan..Jangan lupa ye..Kita kena selalu hadiahkan selawat salam untuk Rasul kita.. Subhanallah...Alhamdulillah..

Yang ini pulak dekat Jabal Rahmah.Terletak dekat Padang Arafah. Jabal Rahmah ni, tempat pertemuan nenek moyang kita iaitu Nabi Adam a.s dan Hawa setelah beratus tahun dipisahkan oleh Allah setelah dikeluarkan dari syurga. Bukit ni juga dikenali sebagai Jabal Jodoh. Insyaallah, siapa-siapa yang berdoa dekat sini, siapa yang bujang dipermudahkan jodohnya..Siapa yang sudah berkahwin, dipanjangkan jodohnya..Insyaallah.. Alhamdulillah, aku diberi peluang naik dan berdoa untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan.. ^_^

Depan Muzium
Depan Telaga Zam Zam dulu-dulu (tahun tak ingat..)
Depan Pintu Kaabah dulu-dulu jugak

Ini sewaktu kitorang pergi melawat Muzium untuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tapi tak perasan pulak sejarah Masjid Nabawinya..Mungkin dia tutup bahagian tu..Sekejap je dapat masuk..Tengok-tengok, n baca sikit-sikit.Tangkap gambar n keluar. Tempat ni dikawal rapi. Kenapa?Wallahualam..

Lepas tu, kitorang ke ladang unta..Aktiviti di ladang unta?Apa lagi..Rasa susu unta la..Mutawir kitorang cakap, unta ni adalah binatang yang paling sabar..Banyak-banyakkan minum susu unta atau daging unta untuk tingkatkan kesabaran...


Aku minum susu unta..Nyum nyum!Aku tak suka susu..Tapi oleh sebab nak jugak rasa..Terpaksa memberanikan diri cuba jugak..Fresh lagi..Panas-panas orang tu baru perah..Emm..Rasa dia? Macam aiskrim Magnolia..hee..Yang fresh ni je la aku minum..Yang kitorang beli botol tu..Aku tak sentuh langsung..takut..huhu..

Okei..Sekian sahaja ziarah di Kota Suci Makkah.. ^_^ Dekat atas ni, burung-burung merpati yang banyak dekat depan Masjidil Haram..Yang ajaib nya?Subhanallah..Sepanjang jalan takde tahi burung..Terbang laju-laju atas kepala kita..Alhamdulillah..Still bersih tanpa najis burung ^_^ Subhanallah..

Dan yang terakhir sekali...Gambar dekat bawah ni aku ambik masa baru je selesai buat umrah yang ke 3.. Baru je dapat tempat duduk dekat tingkat atas, kakak sedara aku tunjuk sorang ni..aku pun ambik gambar curi-curi..Hee..Sori ye kepada tuan punya gambar.. Muka dia?Licin gileee...Air muka dia?Kompem la air muka sedih..Tapi tenang.. Dia mencari kekuatan di Rumah Allah...Kita sama-samalah doakan dia supaya diberi kekuatan iman ye... Insyaallah... ^_^



Nota kaki:Lepas ni entry dekat Madinah..Insyaallah...

Saturday, June 12, 2010

Pengalaman Di Kota Suci Makkah 2

Assalamualaikum..Harini nak kongsikan sedikit gambar-gambar di sekitar Masjidil Haram..Jom tengok.. ^_^ Subhanallah..Tenang je..Orang tak pernah putus-putus setiap masa setiap saat beribadat..

Di Dalam Masidil Haram




Di Sekitar Baitullah





Masjidil Haram Dari Luar



Subhanallah..Cantikkan? Aku doakan kita semua akan dimurahkan rezeki jejakkan kaki ke sana.. Sampai sekarang terasa rindu lagi dengan Baitullah..Betullah orang cakap..Sekali nak pergi, mesti nak pergi lagi..Lambaian Baitullah tu memanggil-manggil je sepanjang masa..Moga-moga dimurahkan rezeki lagi..

Masa dekat sana, memang terasa betul..

'Nasrina, kalau engkau rasa engkau cukup hebat amalan..Kau tengok kat sini beribu-ribu..Berjuta-juta orang lagi yang buat amalan sejuta kali lebih lagi hebat dari engkau..'

'Kalau engkau rasa engkau nak merebut Jannah Allah..Kau tengok dekat sana, beribu-ribu lagi yang berebut inginkan Jannah Allah..Jangan sesekali nak rasa kita dah cukup bagus dekat mata Allah..Terlalu ramai hamba Allah yang jauh lagi baik dari kita, yang jauh lagi layak dari kita..'

Berlumba-lumba aku nak buat ibadat dan amalan kebaikan untuk merebut Jannah Allah..

Bila beberapa hari dah balik dekat sini..Aku terfikir.."Apa amalan yang aku dah buat untuk Allah hari ini?" Selain dari solat 5 waktu yang sengaja di lambat kan, takde apa amalan aku untuk Allah..Astaghfirullahalazim..

Cepat nya aku terlupa dan leka...



Thursday, June 10, 2010

Pengalaman Di Kota Suci Makkah 1

Assalamualaikum..

Tak sabar rasanya nak kongsikan pengalaman aku sepanjang dekat Tanah Suci Makkah dan Madinah.. Insyaallah aku akan kongsikan pengalaman aku sekali dengan ilmu-ilmu yang aku tau dan pengalaman aku sepanjang mengerjakan umrah..Sebab sebelum aku pergi menunaikan umrah, aku sendiri tertanya-tanya apa beza haji dan umrah..Aku memang cetek ilmu..Masih mencari-cari ilmu untuk ditambah..Puas aku search dalam internet. Banyak menceritakan pengalaman sendiri dekat sana atau pun banyak bercerita tentang rukun-rukun haji..Mungkin ada tentang umrah..Tapi biasalah..Satu pengalaman dan pembelajaran tu kita akan lebih faham bila kita dah buat sendiri..Insyaallah..Aku akan cuba buat satu entry yang lengkap dengan ilmu dan sekaligus menceritakan pengalaman aku dekat sana...
Ini detik-detik akhir dekat depan rumah aku..Kitorang sewa van besar ni untuk angkut kitorang 7 orang sekali dengan beg2 yang banyak untuk pergi KLIA. Kereta sendiri tak muat. Ada jugak saudara mara yang offer untuk hantar..Tapi tak sampai hati nak menyusahkan.

Singgah dekat rumah Mak Long untuk ambil sepupu aku suami isteri yang ikut sekali dan peluk cium mak long n cousin-cousin yang ada..

Ini masa taklimat sebelum check pasport semua. Kitorang join Irna Yakin Travel & Tours. Alhamdulillah, ahli rombongan seramai 29 orang dan disertai sekali oleh Dato' Hj. Zuhir satu keluarga yang merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah dalam agensi ni yang merupakan jiran kitorang sebenarnya..Ahaks..Alhamdulillah..dapat special diskaun..Murah rezeki dia.. ^_^
Kitorang dah siap-siap dalam ihram dari dekat KLIA lagi.. Lelaki je ada pakaian ihram khas iaitu kain putih dua helai n perempuan boleh pakai apa sahaja yang menutup aurat. Bagi perempuan, penutup muka dan sarung tangan tak boleh dipakai..Itu salah satu larangan ihram.. Untuk kita yang datang dari luar Mekah n naik kapal terbang, kita akan Niat Umrah dekat Qarnul Manazil. Pramugara akan annaunce bila kapal terbang sampai dekat kawasan tu.. Bila kita dah niat umrah, bermula lah pantang larang ihram kita...Memang agak cuak jugak masa ni..Yelah..Risau, kalau-kalau dah terlanggar pantang larang.. Masa ni kita dah mula bertalbiah tanpa henti..(Kalau tak tidur la.Aku banyak lagi tidur..hampeh..huhu)

Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu
Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu
Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu
Tuhan yang tiada sekutu bagi Mu
Sesungguhnya segala pujian,nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu
Tidak ada sekutu bagi Mu
Ini masa dekat Airport Jeddah.Kitorang sampai dalam pukul 7.30 ptg waktu Jeddah atau 12.30mlm waktu Malaysia.. 8 jam perjalanan dari Malaysia ke Jeddah..Penat jugak duduk dalam kapal terbang lama. Tapi MAS memang best.Nanti akan buat satu entry kebestan MAS..hee..Dari Jeddah, kitorang terus ke Makkah.. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih.. Dalam bas..Setiap masa diisi dengan bertalbiah sebanyak-banyaknya..
Semakin dekat dengan Tanah Haram, hati semakin sayu..Hati semakin teruja..Hati semakin ternanti-nanti.. Bas turunkan kitorang betul-betul depan Masjidil Haram..Kitorang sempurnakan umrah kitorang yang pertama malam tu jugak..

Masuk-masuk je dalam Masjidil Haram.. Subhanallah..Tersergam indah Baitullah.. Subhanallah.. Air mata tak berhenti-henti mengalir..Terasa diberi anugerah sebegitu indah di usia begini..Subhanallah..Subhanallah..Aku insan yang hina diberi ganjaran sebegini rupa..Menyahut seruan Ilahi di kali usia sebegini muda sebegini kuat..Terima kasih Mak, Abah..Semoga Allah membalas segala jasa mak dengan abah..Menyimpan hasrat sebegitu lama untuk bawa kitorang pergi sana. Alhamdulillah dikabulkan dalam waktu kita sekeluarga masih sihat..Alhamdulillah...
Kitorang mulakan dengan rukun yang ke2 iaitu Tawaf 7 pusingan. Setiap bacaan doa aku, aku cuba untuk menghentikan deraian air mata yang jatuh..Tapi tak berjaya.. Setiap doa-doa aku laju bersama air mata.. Air mata kesyukuran..Air mata kegembiraan..Air mata terima kasih Ya Allah... Masa tawaf ni, kita perlu jaga air sembahyang kita sebab tawaf ni hukumnya dan ibadatnya sama macam kita melakukan solat..

Hijir Ismail (Ni gambar pancur emas..Aku ambil masa dekat dalam Hijir Ismail)Hadapan Multazam
Sesudah tawaf, kita kena buat solat sunat tawaf..Tempat yang sebaik-baiknya adalah di dalam Hijir Ismail atau di depan Multazam atau di belakang Makam Ibrahim..Tempat-tempat yang mustajab doa..
Selesai je tawaf, kita sempurnakan rukun yang ke3 iaitu Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali pergerakan ulang alik.. Perjalanan ni dianggarkan sejauh 3.8 km... Selain daripada melakukan rukun umrah, kita jugak buat eksesaiz secara tak langsung.. Jauh tu 3.8 km..Tapi bila tengok nenek2, datuk2, budak2 kecik lagi laju berjalan dari kita.. Jadi tambah semangat nak habiskan saie ni sambil baca doa-doa.. Saie ni adalah bagi mengenang peristiwa Siti Hajar mencari air untuk Nabi Ismail yang masih lagi baby masa tu..Subhanallah..Kasih sayang dari seorang ibu untuk anak..Sanggup berlari berulang alik dari satu bukit ke satu bukit yang lain untuk mencari air..Kalau kita? Tak ditamponye anak tu suruh diam??

Alhamdulillah..selesai je saie..Kita pun bercukur atau bergunting atau bertahalul.Memadai menggunting 3 helai rambut..Bercukur ni menandakan kita dah selesai satu umrah dan dah terlepas dari larangan ihram..Haa..dah boleh buat dah apa yang korang suka..Sila-sila..

Masjid Tana'im
Masjid Jaranah
Masjid Hudaibiah

Selesai je buat satu umrah..Kita boleh buat umrah lagi dan lagi selagi kita masih diberi kekuatan oleh Allah Taala.. Untuk niat ihram semula, kita perlu lah pergi ke Masjid Tana'im atau Masjid Jaranah atau Masjid Hudaibiah. 3 Masjid ni berada ni Tanah Halal yang terletak di sempadan Tanah Haram..Ketiga-tiga Masjid ni ada kisah-kisah Rasulullah yang tersendiri.. Masjid yang paling dekat dengan Masjidil Haram ialah Masjid Tana'im iaitu 7km. Kalau naik teksi 10 riyal satu kepala (RM10) pergi dan balik...

Buat lah Umrah sebanyak mungkin kita tak tahu bila lagi kita diberi kekuatan untuk ke sana.. Lagi satu, jangan buat untuk diri sendiri je..Ustaz masa kursus umrah tu bagitau, arwah mak, ayah, nenek dan moyang kita sangat eksaited bila tau kita nak pergi umrah. Diorang mengharapkan ada hadiah umrah untuk diorang.. Peruntukkan beberapa umrah untuk dihadiahkan untuk diorang.. Umrah ni dikenali sebagai Umrah Badar. Satu umrah untuk satu arwah sahaja.. Pahala bagi orang yang membuat umrah badar adalah 10 kali ganda dari pahala umrah untuk diri sendiri..

Dekat Masjidil Haram..Semua orang berlumba-lumba membuat ibadat dan kebaikan sebab satu pahala digandakan 100 ribu..Subhanallah...








nota kaki 1: Gambar ni merupakan koleksi aku sendiri..Setiap gambar yang diambil membawa cerita tentang aku di sana...

nota kaki 2 : Warna hijau merupakan Rukun Umrah. Rukun yang ke 5 adalah TERTIB iaitu mengikut turutan

nota kaki 3 : Kalau ada salah dan silap dalam memberi penerangan dekat atas, sila bgtau aku.Akan dibetulkan..

nota kaki 4: Nonet, aku ada belikan untuk ko..Ko YM aku ye.. nashoney27

nota kaki 5 : Banyak lagi cerita bakal menyusul...Entry ni makan masa 2 hari..sob sob..
nota kaki 6 : Sori kalau entry ni tak lengkap mana..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails