Tuesday, June 24, 2008

Bawal Kukus


Ini adalah resepi ikan siakap kukus cik Mat. Untuk resepinya yana ambil terus dari MyR.
Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal putih
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi*
1 1/2 camca besar minyak masak*
1 1/2 camca teh gula*
1/2 camca teh garam*
5 - 10 biji cili padi, dihiris*
2 batang serai, dihiris halus*
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
1 helai daun limau purut, dihiris halus*
1/2 inci halia muda. dihiris halus*
2 ulas bawang putih, dihiris halus*
1/2 camca teh tepung jagung*
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau
1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
Cara-cara
Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas.
Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih.

Satey Mr. Harligt


Untuk resepinya yana ambil terus dari MyR.
Bahan-bahan
500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
BAHAN PERAP
2 batang serai
1/2 inchi halia
1/2 inchi lengkuas
1/2 cawan jintan manis
1/2 cawan jintan putih
1/2 cawan gula
Garam,
serbuk kunyit dan air secukupnya
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap peka
t4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
5 sudu besar minyak masak
BAHAN PERCIK
1/2 cawan minyak masak
4 sudu besar susu tepung
1 batang serai diketuk
Cara-cara
Kisar kesemua bahan perap hingga halus.
Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.
Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.
Bakar hingga masak.
Gaulkan sebati minyak dan susu.
Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.

Ayam Percik

Ayam Percik

Spaghetti Bolognese

Peberet mimi nih. Yana guna sos prego jer. malas nak wat sos sendiri. cuma tinggal tumis bawang putih ngan bawang besar jer. tambah daging hancur dan bebola daging pastu letak sedikit serbuk pati ayam. Tapikan sos prego ni masam skit kan?

Yang ni nak perabihkan sos. Kebetulan roti hb ada lagi... wat untuk bekpes mimi gi sekolah.

Ayam Panggang

Bahan-bahan
1 btg Serai
1/2 inci Halia
1 ulas Bawang Putih
1/2 st Jintan manis
1/2 st Jintan Putih
1 sb Sos bbq
sedikit Air asam Jawa/jus limau nipis
1@ 2 Tangkai Cili Kering
Garam
Gula @ gula melaka
Serbuk Perasa

cara-cara
Kisar semua bahan. Perap ayam paling kurang 1/2 jam, lagi lama lagi bagus. Siap untuk dibakar

Doh???


Agak2 korang doh apa ni? Yang ni umpan ikan ni... jangan duk sangka doh roti @pun doh kuih muih erk...:-). Semalam hb balik, bagi satu plastik barang2 dapur. Intai tengok...ada roti, kelapa parut, minyak sapi, esen vanilla... macam2 lagi barang ada. Penin den, nak buat apa laki aku ni beli barang2 ni semua. Alih2 bila kita tanya selamba jer dia cakap nak wat umpan ikan. Yang jadi mangsanya kita la, kena menguli benda alah ni... mengalahkan nak buat roti lak.
Bahan2
Sebungkus roti "SEDAP"(dikisar)
segenggam kelapa parut
1 sb esen vanila
1 sb Yis kering
1 sb Minyak sapi
1 sb esen pandan @ pisang
Cara2
Gaul semua bahan, uli hingga menjadi doh.

Sunday, June 22, 2008

Hobi baru

Sekarang ni duk gian memancing. Tiap2 minggu mesti gi memancing. Sekarang duk syok memancing kat kolam memancing berbayar... kolam Mahaderas. Kolam ni kat pasir putih. Bayaran hanya RM10 utk tiga jam, bagi satu joran.


Yang ni ikan org lain yang dapat. Ni tumpang bergambar jer. Besar sgt ikan ni... dalam 9.5 kg.


Yang ni lak, ikan yg yana pancing sendiri. Ikan keli jer kita dapat, dalam 7 ekor dapat. Suka sgt, walaupun ikan keli jer...


Yang ni adik ipar, dapat ikan keli gak....

Iskandar

Ni ler buah hati pengarang jantung semua orang....bila la nak balik dak iskandar ni..muahhhh!!! rindu sgt2 ni. Kalau balik kampung mesti tak kenal ngan mak long ni...

Amacam? hensem tak? hehehe...

Waaa.... tak macho la anak laki icap mende tu..