Monday, June 24, 2013

Hostel USA, Hong Kong

Assalammualaikum...
Ari ni nak citer pasal hotel di Hong Kong lak, kira ni kali ke-2 Qies stayed kat Hostel USA, Hong Kong.  Banyak sebabnye kenapa Qies stayed kat hotel ni, antaranya sebab sini banyak halal food, masjid besar Kowloon dan yang paling penting sekali memang semua dah tau area Nathan Road ni laa letaknya Tsim Sha Tsui Station (MTR) senang nak interchange MTR untuk ke The Peak dan juga ke Disneyland. 

Tempat shopping parfume dan juga souvenir dengan harga borong pun diarea sini gak..seyes area di Nathan Road ni memang happening ngan Isquare, Mark & Spencer, Sogo, Avenue of Star, Teddy Bear Museum, Space Museum dan macam2 laa lagi, sila laa explore sampai lebam k..
Triple Room with window
Hostel USA ni Qies booked melalui BOOKING.COM senang dan tak cerewet semudah ABC je membookingnya and without extra or misc charges hokey.. Last November Qies booked Triple Room for 4 nights cuma HKD1,636.80 @ rate 2.50 so total lebih kurang RM654.72. Bagi Qies hotel ni Alhamdulliah bersih dan selesa untuk tido dan bersolat so tak perlu laa nak cari hotel yang lebih star sebabnye dah tentu2 keluar pagi, balik pun tengah malam bak kata orang selagi tak penat merayap selagi tak ingat kat katil kekeke..
bilik air pun bersih
Bagi bilik Double Room lak harga HKD1272.80 @ RM509.12 dan Single Room HKD908.80 @ RM363.52 ni Last November punya rate laa k.. Hostel USA & Hosel Venetian ni dibawah 1 pengurusan yang sama, if bilik di Hotel USA penuh diaorang akan bagi uols bilik di Hostel Venetian yang terletak diblok yang lain tak jauh pun...

Jangan bimbang yaa towel disediakan berserta toiletteris, cawan dan water dispenser disediakan diluar bilik bila2 masa bole top up je air yaa.  Ok tiket Disneyland bole beli kat lobby hostel ni dan bole dapat diskaun dalam 10% untuk 1 day pass sahaja laa.. tuk 2 days pass kena beli kat Disneyland yaa..

INFO
Hostel USA
Flat F1 Floor 13 Maridor Manson
62 Nathan Road
Tsim Sha Tsui (Kowloon)
Hong Kong

Phone : +85296384111
Email : kowloonnewhotel@gmail.com

Venetian Hostel

Flat F1 Floor 14 Maridor Manson
54-64 Nathan Road
Tsim Sha Tsui (Kowloon)
Hong Kong

Phone : +85223112520
Email : kowloonnewhotel@gmail.com

untuk check in hostel-hostel ni uols akan diberikan arahan seperti dibawah, sila baca email confirmation yang diterima selepas membuat booking yaaa..

Important information

Upon arrival at Mirador Mansion, we strongly advise guests to head directly to the reception desk at Flat C2, Floor 13 and ignore the salespeople around the hostel. Please reconfirm the address and hostel name at the front desk upon arrival. In cases of no-show, guests will be charged as per the hostel's policy. The hostel will collect a deposit of HKD100 upon check-in. The reception desk is on a different floor as the rooms. === Please note that hot water showers in guests' bathrooms will only be provided from 07:00-12:00 and 19:00-00:00 (midnight).

Hotel policies

Guest parking:

No parking available.

Internet:

Wi-fi is available in some hotel rooms and is free of charge

Happy holiday yaaa....

Sunday, June 23, 2013

Jerebus....

Assalammualaikum...

Ya Allah teruknye laa jerebu arini, bernafas bau asap, pandangan pun kelam2 kelabu asap je.. baru je berangan nak meronda pasar tani mencari apa yang patut dan tak patut hurmm masalah gak nie huhu
Dengar kata Muar dah dikeluarkan arahan darurat.. my kampung tu huhu..mak abah jangan kuor2 dah duk dendiam dlm rumah ye...kalo nak kuar pn mlm2 sikit ok... Ayuh beramai2 bersolat hajat dan berdoa moga diturunkan hujan sehari dua bagi membersihkan ruang udara..moga tuhan melindungi kita semua...

Friday, June 21, 2013

Lip Lap... Lip Lap

Assalammualaikum..
Sebulan 2 ni kedai emas cam kedai goreng pisang panas ooo, setiap masa penuh je kedai emas, rata2 kat blog pun ramai yang citer pasal emas ni, memang seyes emas tengah murah dan ramai yang mengambil peluang memborong emas weh.. dan tidak terkecuali laa Qies pun terjebak sekali kekeke... membeli sebagai simpanan masa depan, simpan duit nanti takut terkikis sikit demi sikit, kalo emas ni payah sikit nak kikis tapi bole disandarkan ke bank time sesak2 nanti...
masa ni emas mahal lagi x silap rm146/gram
mana lah cincin ku itew huhu..
Last December untuk mengubat kesedihan Qies dah rembat seurat gelang dan sebentuk cincin tuk Qies (curlast mak ko, sedih je soping emas kan hehe) pastu tukar gelang kaki Aqies top up sikit beli rantai urat besar sikit & buah rantai. Tapi sedey baru 2-3 ari lepas tak jumpa cari laa pulak cincin yang beli tu, mana tah dah misplacednye huhu..kena cari pelan2 gak ni, sayang tu..
cantik lak tengok bracelet jenis charm nie
ni pilihan Cik Abe sbb dia kata design
ni tak de lg dlm collection Qies, so layankan je
Last week ada rezeki lebih sikit dan hadiah dari Cik Abe and top up sikit dari saving ditukarkan jadi barang kemas, harap2 by the time anak2 nak guna duit tuk belajar nanti harga emas dah naik melenting2 laa, Qies harap2 sangat tuk tidak membebankan anak2 dengan hutang pinjaman belajar nanti, sama seperti mama dia belajar bayar duit sendiri susah camne pun tak amik pinjaman which is zaman belajar Qies dulu bukan senang pun nak dapat pinjaman atau biasiswa nak2 lagi kalo yang belajar kat kolej2 swasta ni lagi laa tarak. Tapi Alhamdulliah disebabkan kesusahan mendapatkan pinjaman/biasasiswa Qies terlepas dari seksa menanggung hutang yuran belajar..syukur sangat2..
dapat 1 buah rantai dari gelang bunga2 tu
Disebabkan tangan Qies ni halus sangat terpaksa laa tambah koleksi gelang tangan je laa sebab susah nak dapat gelang yang size kecik huhu, beli bracelet pun selalunya banyak gak kena potong kekeke.. termasuk la gelang bunga terpaksa buang sekuntum sebab panjang sangat then yang seketul kena potong tu amik jugak tuk dibuatkan buah rantai, kira jadi set laa cuma cincin je tak de stok, ada laa seketul bunga sama cuma ada crome putih so kira tak masuk laa, tapi nanti ada stok masuk maybe ada cincin yang sama patern, wah best complete la set Qies nanti..

Korang2 kalo ada rezeki terpijak singgah2 lah ke kedai emas, beli yang kecik2 cam cincin ke rantai ke jadi laa untuk simpanan masa depan, tak semestinya kena beli yang bagak2 bagai, ada sikit beli sikit, ada banyak kal sendiri mau henggat laa kekeke

p/s : saving tuk masa tua skrang ni bukan dalam bentuk RM saja, sebab RM ni nilainya makin lama makin susut, kalo dulu rm50 g pasar ya ampun byk leh dapat, tapi laa ni RM50 paling banyak pun 3 barang laa itupun mujur if not 2 barang aje norks... emas/silver juga bole dijadika saving gak, cuma sedikit bahaya kalo ada banyak nanti kena rampok lak, so nak selamat sila simpan di bank yaaa.. cam Qies, apa2 jadi bank dah insurancekan...

Thursday, June 20, 2013

Chocolate Banana Muffin With Almond Streusel Topping

Assalammualaikum..
Seperti yang dijanjikan resepi menu Kelas memasak anjuran MUIP, entry SINI.... sila laa cuba yaaa...
Chocolate Banana Muffin With Almond Streusel Topping
Bahan-Bahannya
2 biji telur
100g Gula perang
100g Butter (melted)
350g Tepung serbaguna
100g Susu tepung
8g Baking soda
10g Baking powder
2g serbuk kayu manis
600g Pisang (dilenyek)
150g Chocolate chips

Bahan tuk Almond Streusel Topping
125g Butter (chilled + sedikit garam)
30g Susu tepung
15g Gula perang
50g Hirisan badam
80g Tepung serbaguna

Cara2nya
1.  Panaskan oven sehinga 180C 
2.    Pukul gula + telur hingga ringan dan kembang, masukkan butter dan kacau sebati.
3.  Kemudian masukkan tepung + baking soda + baking powder (telah diayak bersama) 
4.  Masukkan pisang dan choc chips dan gaul sebati (adunan akan kelihatan pekat dan chuky)
5.  Scoop ke dalam bekas muffin sehingga 3/4 isian.
6.  Tuk streusel campurkan kesemua bahan dan gaulkan hingga sebati sehingga aduanan menjadi bergentel2 cam moist bread crumbs kemudian letakkan diatas adunan muffin tadi.
7.  Bakar pada suhu 180C untun 25-28 minit

Selamat mencuba

Wednesday, June 19, 2013

Wordless Wednesday

Assalammualaikum..
BERHATI-HATI YA KAUM ADAM ... 
credit FB

Ku dah jumpa manusia yang sebegini, percayalah mereka2 ada diantara kalangan kita2
pandangan luaran hanya sekadar topeng sifat sebenar mereka...
bak kata orang tua
"KALO TGK GAYA PIJAK SEMUT PUN TAK MATI"
tapi hakikatnya niat disebalik luaran tu Ya Ampun 
bertaubahlah sementara pintu taubat masih terbuka

Moga kita dijauhkan dan dilindungi dari golongan2 ini
Amin

Monday, June 17, 2013

Yeay Berjaya..

Assalammualaikum
Alhamdulliah Larian Kitar Semula 2013 Sabtu lepas telahpun berlangsung dengan meriah, ramai yang turut serta termasuklah peserta dari Kemaman dan juga kakitangan DRB Hicom. Peserta yang hadir dari pelbagai umur, yang cenonet2 pun tidak ketinggalan juga walapun lepas suku larian terpaksa dikendong oleh mak paknye, untung jadi anak2 tak larat mak pak leh dukung huhuhu..


are you ready!!!!!
Last masuk acara2 larian atau marathon hatta merentas desa sekalipun rasanye masa Form 5, lepas2 tu memang tak penah berminat nak menjointkan diri dalam mana2 acara yang memerlukan pembakaran kalori yang maha hebat, kira ni 1st time laaa Qies joint dan berjaya menghabiskan larian walapun pada hakikatnye 1st 500 meter je yang Qies berlari, balance lagi 4.5km ku berlenggang kangkung hingga ke penamat tapi bukan Qies je yang bersantai2, rupanya ramai juga yang tak berlari hehe dan yang pasti Qies bukan yang terakhir sampai digarisan penamat hehe.. pecah 1 rekod dalam diri sendiri..puff...puff kembang idung sekejap vavava hehehe...
zumba time
antara peserta yang berbasikal
lets go
Acara bermula jam 7 lebih gitu dengan sesi warming up aerobik zumba, hampir sebulan gak tak gie zumba, aduh rindunya ngan zumba, insyallah akan menyambung semula usaha berzumba selepas ni if not rugi laaa bayar fees kan huhu..oh ya peserta juga dibenarkan samada berbasikal atau berskating selain dari berlari...
antara hadiah cabutan bertuah
sesi cabutan bertuah
goodies bag dpt laa 1 botol mineral & sebuk roti gardenia
Larian Kitar Semula diakhiri dengan cabutan bertuah which is none of us yang 'bertuah' hari tu tapi gembira bagi pihak kawan sekerja Cik Abe yang telah memenangi sebuah basikal "pink kaler lagi hokey" berserta baja kompos, rezeki si isteri. 
see tak dak kesedaran sivik tul laaaa
Tapi yang sedihnya acara larian kitar semula ni dicemari dengan ketidak perihatinan para peserta dimana sampah2 bekas minuman dan makanan berterabur disana sini sedangkan tong2 sampah telah pun disediakan hampir setiap tempat, walhal sejengkal je pun itu pun tak leh nak campak masuk tong ka!!!!!!! hadoi hampeh tol laaa...

Insyallah taun depan jika diizikan Tuhan dan kesihatan Qies akan menjointkan diri dan akan menjadikan sebagai acara tahunan kami sekeluarga...

Friday, June 14, 2013

Larian Kitar Semula 2013

Assalammualaikum...
credit to PPSPPA website
Insyallah esok Qies & The Gengs akan menghadirkan diri tuk bersama-sama memberikan sokong, pendaftaran akan bermula pada jam 6.00 pagi dan larian maybe akan bermula pada jam 7.00 insyallah...
1 for me & 1 for Mr Mama
Penganjur yang terlibat
Baju dan bib dah pun selamat diambil semalam oleh The Gengs..esok larian sejauh 5km, fuh 5km tu, mampukah Qies sampai ke penamat ngan tak de training lelebih lagi memang langsung tak pernah ada rekod pun masuk larian2 ni, last sekali time sekolah hokey!!!! berzaman dah pon haaaa... doakan je laa ye... Amin
Laluan Larian Kitar Semula 

Jauh gak tu kalo tengok, ye ke 5km ke lebey huhu...abih laa makin kurus laaa Qies camni, tak suka, tak suka.. baru je sehari dua ni duk pulun makan benda2 yang 'SIHAT' dah tentu2 abih terbakar esok, huhu...abih laa diet ai SIHAT ai....

Yang terlibat esok, kita jumpa disana yaaa... 

Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday


Mengucapkannya mudah, memeliharanya tidak semudah pengucapan
Renungkan dan selamat beramal

Friday, June 7, 2013

Yuk Meramaikan Majlis..

Assalammualaikum...
Salam Jumaat semua
*Takirah Penghulu Segala Hari* ... Jangan berlagak ALIM, sedangkan melakukan kemungkaran umpama memakan nasi, bertaubat lah dengan Allah, tinggalkan kemurkaanNya, AMALkan suruhanNYA.. baru laa NUR itu datang sendirinya... HIPOKRIT sungguh kamu yang mempersendakan penampilan KEALIMAN kamu hanya semata2 untuk meraih perhatian dan simpati orang. Renung2kan dan selamat beramal...

Entry ari ni sikit jah, yuk beramai-ramai memeriahkan majlis kat bawah ni, ye cheq tau date tu bertembung ngan Jom Heboh dah tentu2 area bandar menjadi sangat2 laa Jem n Bread gitu... so jom kita detour ke Ayamas nie...yuk ....
picture credit to Ayamas FB
Zass... entry tidak berbayar ye uols!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink