Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday

Assalammualaikum.
Kalau asyik tengok orang aje, apa kata hari ni tengok diri sendiri pulak...
Fikir-fikir dan renung-renungkan

p/s : peringatan tuk diri sendiri jugak, insyallah..

Saturday, June 23, 2012

Madagascar 3

picture ehsan google
Assalammualaikum
Sabtu lepas bawak anak2 tengok Madagascar 3, Aqies paling excited sangat2 sebab berminggu dah duk tanya, memang panatik ngan Madagascar nie dari citer part 1 & 2 lagi. Seyes best giler citer ni, lebih lawak dari part 1 and part 2, satu panggung gelak tak de covernye especially masa Marty ngan costume sarkisnya dan saat King Jullien jatuh cinta memang tak bole blah laa time tu hehe.

Memang sangat2 syiok laa baik bebudak mahupun mak pak semua terhibur, memang berbaloi laa bayar, walaupun pada mulanya Qies tak berminat sangat, ye le dah tengok part 1 and 2 so rasanye cam lebih kurang aje tapi sungguh lawak dengan tambahan watak seperti Captain Chantel Dubois yang dalam misi impian tuk mendapatkan kepala Alex sebagai koleksi nya.

Movie ni berkenan suka duka geng2 Alex yang merindui Kota New York dan berusaha tuk balik semula ke Zoo dengan dibantu oleh geng  penguin dan berkelana ngan kumpulan sarkis yang telah hilang seri akibat dari peristiwa hitam sang rimau si Vitaly.  
Aqies & Alex
Montruex, Switzerland 2010
Aqies giler excited time jumpa geng Madagascar ni masa jenjalan di Montruex, zaman suka duka merempat dinegara orang.  Senyum lebar dapat gambar ngan Alex.

Sesiapa yang nak release tension gi laa layan citer ni sementara masih ditayangkan dipawangam2 yang berdekatan, esok kalo udah tarak, korang pepandai laa mencari mana2 tempat yg bole disedut or tunggu jah dvdnya kuar...

Friday, June 22, 2012

Beriani Batu Pahat Ar-Reezqi Memang Mantop

Assalammualaikum...


Hari ni review pasal nasi beriani lok, Qies memang suka makan beriani tapi masalahnya susah nak dapat yang betul2 sedap nak2 yang rasa sejiban cam gulai beriani Johor especially gulai beriani Batu Pahat. Kat Kuantan ni kalo nak makan beriani biasa gi kedai mamak aje laa, sekadar melepaskan kempunan huhu..

Pucuk dicita ulam mendatang, wah syiok giler bila nampak ada kedai beriani baru bukak di Bukit Setongkol, wah apa lagi ngan segeranya mengajak cik abe dinner kat sana, so last week gie lepas opis, ok fine tak ramai orang lega seh harus le g dah nak maghrib org ke masjid, kitaorg ke kedai makan huhu,sebab bila tengahari katanya ramai customer, confirm laa serabutkan.
Along ngan Nescafe Shakenya rega tak ingat pulak dah
Bandung soda - Rm2.50
Beriani ayam - Rm9.50
Mee Rebus - Rm6.50
Beriani Opor - Rm9.50
Beriani Kambing - Rm16.00 
Along cam biasa akan memilih noodles, so mee rebus tuk along tapi sayang along tak abihkan maybe sebab dia kureng sikit ngan mee2 kuning ni, bagi Qies mee rebus kat sini ok laa but not to my taste maybe sebab Qies penah makan yang lebih kick kat muor kot. 

Qies paling suka beriani kambing dia sebab lembut dan tak berbau/rasa hamis langsung, terbaik laaa yang paling utama sekali rempah beriani ni memang diambil direct dari batu pahat, gulai beriani ayam atau kambing dia memang terbaik laa, kalo idak tu terpaksa laa tunggu balik Muor baru laa nak merasa makan beriani asli huhu, laa ni dah tak riso dah, bila2 teringin jah bole gie yehaaa. Oh ya satu lagi size portionnya memang berbaloi ngan harga yang dibayar laaa terlebih2 kenyang.
kalo nak tapau sila bwk bekas sendiri kay,
kalo tak kena bayar 50 sen tuk setiap container
Ar-Reezqi
Sesiapa yang nak try tu bole terjah restoran ni, dibuka setiap hari dari jam 11 pagi - 10 malam.   Tapi kalo nak makan beriani elok laa datang awal sebelum kul 4 petang, sebabnye karang ada gak yang kempunan.  Qies pun aritu memang rezeki, itupun last portion dah idak geget jari laa. Bagi yang nak makan steamboat sini pun ada gak tapi start jam 6 ptg - 10 malam, oh yaa nasi lemak pun ada gak.  Gerenti puashati laa ngan rasa beriani kat sini.  Ar- Reezqi gak menerima tempahan katering serendah Rm8.00 per pax (150 pax keatas)

Alamat :
Ar-Reezqi Beriani Asli Batu Pahat (GPS - 3 80 76.68 , 103 30 38.01)
A-89 Jalan Bukit Setongkol
Kuantan
H/P : 013-9220510

Rating : 4.5* / 5*
Verdict : Rugi kalo tak pergi, wajib dicuba

Thursday, June 21, 2012

Kek Pisang Yang Sodap

Assalammualaikum...

Ok aritu cuti2 sekolah mak & abah datang, dia request suruh buat kek tuk Nurul (laa ni kat PLKN, Muadzam)  nak bawak balik ke kem laa gitu. So 1st time buat tak sampai sejam udah licin, jadinye kena buat laa lagi sebiji dan disorok cepat2 karang ada yang tinggal bekas kosong jah haha.. camno tu?
Kek Pisang Almond
Bahan2nya
2 biji pisang montel (dilenyek)
140gram butter
120 gram gula halus (Qies guna 100 gram jah)
2 biji telur (putih & kuning diasingkan)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar fresh cream/plain yoghurt)

Diayakkan
200 grm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Cara2nya
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
2. Pukul telur putih hingga kembang kemudian masukkan kedalam adunan butter tadi.
3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi.
4. Masukkan pisang lenyek + esen vanila kedalam adunan dan pukul sebati.
5. Campurkan jus lemon & fresh cream, akhir sekali masukkan kuning telur dan pukul sebati.
6. Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 150-160C selama 35-40 minit.

kalo suka bole taburkan hirisan badam keatas adunan atau pun dicampurkan dengan chocolate rice..Yum yum memang sodap laa makan diwaktu petang sambil minum teh..

Wednesday, June 20, 2012

Patah Tumbuh Hilang Berganti...

yang ni pakai tuk g opis 
yang pakai tuk jenjalan
Ye patah tumbuh hilang berganti, tapi masalahnya tak patah dan tak ilang ahaks, tapi kena gak ganti sebab yang sedia ada tu udah uzur bebenor, pakai pun dah tak sedap. Lepas sales 50% dpt laa Rm160 tuk 2 pasang, ok kira murah laa kan...

Tuesday, June 19, 2012

Jom Makan Buah...

picture credit to Google
Assalammualaikum
Hari ni entry pasal kesihatan lok, ye le asik makan aje kan, sumbat macam2 dalam perut tu dah macam perbandaran dah gayanye hehe, tapi ni pun entry makan gak (makan & Qies memang sinonim hahaha)

Ok sapa suka makan buah, sila angkat kebod, tak pun angkat mouse tu hehe.. Me me me, memang suka makan buah, segala jenis buah kecuali buah dadu, buah hati, buah dan buah rantai, yang ni kalo makan karang tercokek karang hehe..

Ok bila masanye yang sesuai tuk makan buah, sebelum atau selepas atau bila2 masa sesuka hati.  Kalo mengikut barat kena makan selepas makan, tapi wat pe nak ikut barat yang sentiasa bertentangan ngan sunah dan amalan Nabi Muhammad saw, hendaklah dimulakan dengan memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah sebarang hidangan berat. Ini adalah kerana ianya akan membantu dalam proses penyerapan tenaga dan zat dari buah tuk bertindak secara optimun disamping mengalakkan  proses penghadaman sebelum menerima hidangan berat untuk diproses oleh usus. 

Meh kita skodeng diantara buah2an mana yang elok diamalkan, buah yang tak tersenarai tu bukan laa tak elok, apa2 buah pun elok cumanya kalo diletakkan semua kat sini, karang ada gak yang muntah membacanye hehe, jom layan..

Buah oren (paling senang nak jumpa dan tak mahal)
Membantu dalam mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser, mengandungi beta carotene iaitu anti oksida tuk memelihara sel2 didalam badan. Kaya dengan Vitamin C serta dapat menjaga kesihatan jantung dan tekanan darah anda.

Buah Kiwi (my feberet nie)
Mengandungi 2 kali ganda Vitamin C berbanding buah oren, turut mengandungi asid folik, potasium,  zink dan vitamin E yang sangat bagus tuk kesihatan jantung. 2 biji sehari sudah dapat menampung keperluan serat dan zat seharian, agen anti oksidannya (polifenol & karoteniod) bagi melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan tekanan oksdatif akibat dari pengambilan makanan berperoses dan persekitaran. Membantu mengatasi masalah insomia serta menjaga kesihatan kolon. 

Buah Epal
Membantu mengurangkan berat badan, mencegah deminsia, anti aksida dan menurunkan kolestrol. Membersihkan usus dan membantu membuang racun dan toksin dari badan. Mengandungi flavonoid, beta karotena, fitokimia, vitamin C, A dan B kompleks.

Buah Anggur
Mengandungi vitamin A, B1, B2, rendah kalori.  Pengambilan buah anggur dapat mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan menentang penyakit gusi.  Buah anggur juga dapat mengurangkan kandungan uric asid didalam badan dan membantu menyingkirkan asid2 dalam badan yang mana akan mengurangkan tekanan kerja kepada buah pinggang.  Juga membantu dalam kesihatan sel2 otak manusia dan dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dengan menurunkan beta amyliod didalam badan pesakit alzheimer.

Buah Pisang
Membekalkan hampir 35% keperluan vitamin B6 kepada badan kita yang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah. Kandungan zat besi yang tinggi membantu pertambahan hemoglobin dalam darah yang mana baik bagi pesakit2 anemia. Juga membantu dalam mengurangkan stress dengan menstabilkan degupan jantung, penghantaran oksigen ke otak lebih baik serta mengimbangi kandungan air dalam badan.

Buah Nenas
Mengandungi vitamin A, B1, B3 disamping terdapat enzim bromelian yang digunakan semasa pembedah tuk mengawal pembengkakan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah. Membantu dalam penyerapan zat besi kedalam badan dan kandungan asid sitriknya amat berkesan dalam menghilangkan lemak dan membantu menguruskan badan

Ok stop kat sini, kalo nak ikutkan banyak lagi buah2an yang elok diamalkan, jadinye apa tunggu lagi, bertindak lah mencegah dan menjaga kesihatan dari awal sebelum terlewat. Bagi yang nak menjaga berat badan tu, jadikan rutin memakan buah2an sebelum mengambil sebarang hidangan berat, Insyallah dalam masa 1 bulan korang akan dapat rasa perbezaan dari segi berat dan juga kesihatan badan..

Thursday, June 14, 2012

Permintaan Besday Gurl...

Assalammualaikum,

Ok aritu besday Aqies kan, so dia request nak g makan tempet feberet dia, mana lagi kalo bukan kat Restoran TanJung (seafood restaurant) kat Setali dan cam biasa menu tak bertukar pun, Kari melutut kata yayah Ikan Bayan, Baby Kailan + Asparagus Oyster, Sotong Telur Masin dan Mantau goreng.

Sila telan air liur ngan gambar2 menu pilihan kami malam tu eik, jangan marah....
2 ketul kek, haram secubit pun tak dijamahnye
Yayah beli 2 jenis kek potong, perisa kiwi n Oreo tapi cam taun2 lepas gak kek cuma tuk letak lilin then nyanyi pastu puffff, the end... makan tak? tak de maknanya makan, taun lepas beli sebijik kek sudahnya sedekah org2 yang datang makan malam tu, jadinya sejarah berulang kembali... 
tetiba Along sedih sebab tak dpt tiup lilin, biasa tak heran pun
Aqies & mama
eh2 dah senyum laaa, sebab dapat tiup lilin jugak 
Along menggoder 'mihun goreng satu' ngan pelat omputihnye
Sotong goreng telur masin - Rm15, sodap yum2
baby kailan + asparagus oyster sos
RM8 sepinggan
menu utama, kari melutut ikan bayan - Rm30
rega mengikut harga pasaran ikan
overall menu malam tu, sian mantau goreng
sipi aje gambonye hehe
jemput makan....
Kari Kepala Ikan their signature dish laa

Ok Restoran Tan Jung ni letaknya dekat ngan Petronas Jalan Haji Ahmad yang menghala ke Galing Kem, tokeynya asal melaka, memang tokeynya cina tapi dunt wurry halal, pekerja2 melayu depa bertaun dah kerja ngan Restoran ni diaorg laa yang bagitau memang halal jangan riso, dan tidak ada langsung menu dari 'pork' ayam + daging yang digunakan dibeli dari pembekal melayu ye. Restoran ni sentiasa je ramai orang, nak2 time gaji lagi laa ramai terutamanya orang melayu kita, tapi Qies suka g time2 tengah bulan orang kurang sikit, idak laa serabut sangat, sungguh pun gitu ramai ke tak ramai ke service tip top, tak lama nak tunggu makanan sampai... 

muka2 yang berpuashati ngan dinner malam tu

Aqies as usual paling2 2 pinggan penuh (jangan memain size adult tu) abih licin, kalo mood terlebey 3 nasi tambah hokey hehe...yang pasti kari ikan tu siap bungkus bawak balik lagi, banyak seh..bukan ikan je semata2 dalam tu tapi ada terung, bendi & tahu kering lagi...

total damage Rm70 je

Biasa standard Qies satu family makan + air, antara Rm70-80 itupun kalo amik udang lipan masak butter, tapi malam tu tak rasa nak makan butterprawn lak, tu yang murah sikit tu...diam tak diam dah 11 taun dok makan kat sini, masih lagi sama rasanya...Selain dari menu seafood ada gak Yong Tau fu, satay, chicken wing bbq & otak2 dibuat/dijual sepenuhnya oleh orang2 melayu yaa, depa menyewa tapak kat dalam kedai tu, ikan bakar pun ada gak.

Alamat : 

Restoran Tan Jung (GPS - 3 49' 51.72" N, 103 19' 40.70" E)
Jalan Haji Ahmad
25300 Kuantan


Rating : 4.5* / 5*
Verdict : Highly Recommended

p/s : tentu ada yang akan tertanya2, kedai cina.. sijil halal ada tak? bagi Qies bukan laa nak meremehkan isu sijil halal jakim ni, dan bukan laa nak pandang ringan ngan restoran yang tak punya sijil halal, warung kat tepi2 jalan pun tak de sijil halal gak, sama gak ngan restoran dihotel2 ada diantaranya cuma akan apply sijil halal time2 promosi bulan puasa, sebab tu syarat wajibnya. Tapi kalo kat VS, TGI jumaat, Chilis dan seangkatan ngannye selamba lak bole makan..hurmm...
Kalo was2 jangan makan itu aje...so far alhamdulliah, kami belum laa hilang akal lagi nak makan benda2 yang tidak halal atau diharamkan, pilihan ditangan masing2, tak de paksaan.. 

Wednesday, June 13, 2012

Thanks to Sereni Shentel

Assalammualaikum
Alhamdulliah semalam hadiah kemenangan yang ditunggu sampai ke tangan jugak, happy giler. Qies menang contest dari Glam February 2012 entry kat SINI. Thanks to GLAM, Blu Inc Media Sdn Bhd & Sereni Shentel  for the lovely giveaway, loved it.

Lets zoom the prize, yeay...
New Money Range
picture credit to Shereni & Shentel Website 
Headband yang Qies dapat dari New Money punya range in metal grey kot kalo tak silap, bernilai Rm180, memang sweet and exclusive look, memang gojes laa.., its the new era of headband fesyen... thanks to Sereni & Shentel
siap ada carrier bag lg..
full view of New Money metal grey
founded by Sereni Linggi & Shentel Lee
taking care of your precious headband
comeykan Aqies ngan New Money headband 
peace!! she loved it too

Jealous? please dont! Kalo uols semua nak dapatkan hairband yang comel2 dan gorgeous ni sila layari website Sereni Shentel and shop Online, senangkan, jadinye apa tunggu lagi terjah laa Sereni Shentel, dapatkan 1 atau nak beli banyak pun bole sebab ada pelbagai pilihan dan design for almost every occasions to suit your 'look' and budget. So do not miss it...raya dah dekat ni, apa tunggu lagi start eyeing for it hehe.

p/s : i hope that Sereni Shentel will come up with something that those whose wearing hijab  can put in on as one of their accessories, it would be great if it in mini size.

Wordless Wednesday

Pajeri Pelam Air
Assalammualaikum, aduhai sodapnya laa kalo dapat makan pajeri pelam ayor nie, huarrgh mana nak cari menu cam ni kat sini, huhu. Pajeri pelam ni pun mak yang masak masa datang coti2 kontan baru nie. Makan ngan nasi panas2 lawankan pulak ngan sambal belacan & ulam tenggek burung aka pucuk cabang tiga (nampak daun diujung gambo tu haa tu laa daunnye) my feberet taw... 


TERLIUQ SEH!!!!

Saturday, June 9, 2012

Moh Makan Doyan..Tapi Awas!!

Assalammualaikum & Salam 1 Dunia (mak ai giler meluas salam entry nie hehe)
gambo dok comey, dr hp jah..
Korang minat doyan tak, tak minat? ayoyo rugi giler, best tau raja segala buah ni. Nak makan mentah pun bole, nak dibuat dessert pun bole, nak di tapaikan (tempoyak le) pun bole cuma nak dibuat baju je tak leh, karang abih kena geget semut api hehe.. eh eh tapi rasanye doyan dah dipatenkan sebagai skincare kan, rasa2nya brand Dr Murad ke apa ke (tolong jangan saman kalo tak betul, ai org mesken tak mampu nak membayor saman huhu)

Biasanye bila makan doyan ni, mak Qies selalu pesan, jangan lupa nanti minum air kulit doyan, haa jangan lak korang g basuh kulit doyan pastu minum lak airnye, bukan gitu k. Caranya dengan mengisi air masak kat isi ulas buah doyan yang dah korang makan ulasnya tu, kulit yg berkaler putih tu. Petua orang2 dulu supaya tak panas badan, biasa kalo makan ada orang yang tak tahan nanti bole demam kepanasan, petua ni bagi mengelakkan dari kepanasan badan tak terkumpul dalam badan. Dimana rasionalnya kepanasan tu kuar dari badan ngan cara meminum air dari kulit durian ni, ontah laa ku tak tau, tapi dah terbiasa mak pesan gitu, sampai laa ni laa Qies mengikut, Alhamdulliah tak penah lagi laa kepanasan melampau lepas mempulun berbiji2 buah doyan pun.

Lagi satu petua orang tua2, lepas makan durian basuh tangan dengan air yang dilalukan dikulit durian, insyallah tak lekat bau doyan kat jari jemari korang. Memula tak caya gak, tapi bila dah dipaksa buat, a'ah laa memang ilang laa bau dia.. 

Petua orang tua2 ni selagi tidak melanggar dan memesongkan akidah tak salah dijadikan amalan, lagipun depa lebih berpengalaman ngan asam garam kehidupan, walaupun kekadang ada gak petua2 depa tu cam tak masuk dek akal je, tp betul laa pulak hehe. Apa2 pun semuanye atas kehendak dan ketentuan Allah s.w.t, DIA lebih mengetahuinya..

Thursday, June 7, 2012

Lila Wadi

Assalammualaikum..
Lila Wadi Restoran
Entry kesinambungan dari citer dating berdua jadi bertiga, lepas dah pusing2 sampai pening mencari tempat makan, last2 kami amik keputusan makan di Lila Wadi, dari mulut ke mulut ramai yang rekemen tempat ni, dari sehari ke sehari nak pergi tak jugak pergi2, ada je halnye, jadinya malam tu sebelum menghantar kakak ke terminal bas, so angkut dia makan sekali sebab dia komplen makan kat Ayam Penyet kat Megamall tak best kakak yang cakap hokey, Qies sendiri tak penah sekali pun makan situ haha..so me no comments
signboard Lila Wadi @ Jalan Teluk Sisek
berhadapan OCBC Bank
comeykan restoran plaque dia
Sampai aje di Lila Wadi, Ya ampun giler packed, tengok dari luar cam tak busy jah, sekali bila dah masuk, tak de satu pun meja yang kosong padahal dah kul 9.30mlm tu. Arrgh sudah, perut dah ler bergelora macam2 lagu heavy metal dah dimainkan, nak gie tempat lain, udah tak kose jeh, mujur gak laa ada 1 table tu baru je abih makan terus je bangun, tarak lepak2 lagi, maybe kesian tengok kami yang muka 1 sen kebulur ni hehe..

Ok dah dapat meja, tengok menu terus order, tarak tunggu2 dah, lapo giler seh, macam2 menu ada dengan berbintang2 lagi, maknanye menu tu their speciality and hot menu laa, ramai yg rekemen menu wajib order nasi goreng daging dan yang paling meletop2 dia punya manggo cheese cake dan ada lagi 2-3 killer dish laa, since perut hampir masuk angin jadi tak leh nak order meraban2 karang malam Qies yang merana...
Lamb Fried Rice my order - RM6.90 
sambal belacan dia mantop seh
udah kelupaan namanye anggap je laa nama dia
rice and chicken grilled with chestnut kot
pepandai je ku letak nama - RM6.90
Qies try nasi goreng kambing, hurm x berapa ok coz terasa hamisnye, so not into my liking laa, next time nak try nasi goreng daging lak sebab ramai rekemen menu tu, tapi ku gatal order yang embek2 jugak hehe padan muka. Kakak lak tumpang cilok 10 suap dari Qies n Asben.  Menu cik abe nasib baik ok tak mengecewakan, sedap cumanya terasa kering sangat harus laa dah namanye grilled haha.. kalo tambah ngan sup or tomyam confirm ada nasi tambah hehe..
hot selling Manggo cheesecake, giler sodap!!
RM7.50 sekeping
Ok yang ni killer dessert dia, rata2 yang datang situ setiap meja confirm ada manggo cheese nie, ni kali ke 2 Qies makan manggo cheese dia, ya memang terbaik laa, sebabnya tak muak cam cheesecake yang lain, dibuat setiap hari tarak simpan tuk esok lusa ye, abis kalu, datang lenkali aje laa ye... ok 
total damage, ok laa berpatutan
Total damage + air, RM31.60, not bad berpatutan laaa, harga mampu makan, fast service + environment + keenakkannya, bagi yang nak cuba try test bole laa datang ke sini ada masakan panas, western, bbq dan steambot, bole add di facebook Lila Wadi
Map credit to Cherating Point blog


Telepon : 012-664 4054

Business Hours
Monday: Closed
Tue - Thurs: 12.00pm-12.00am
Fri: 2.30pm-12.00am
Sat-Sun: 4.00pm-Late

Price Range for BBQ Set
RM34.90 (For 2 person)
RM64.90 (For 4 person)

Drinks
Pandan Cooler. Fresh Fruit Smoothies . 
Fruit Juices . Soft Drinks & more (RM3.80 - RM6.50)

Desserts
Caramel Pudding . Mango Cheese Cake (RM3.50 - RM7.50)

Rating :  4* out of 5*
Verdict :  Recommended 
p/s : ari ni g berbuka pose lak kat Lila Wadi, order menu lain lok - next entry hokey..

Wednesday, June 6, 2012

Snow White and The Huntsman

picture credit to wikipedia
Assalammualaikum, ok petang ni nak layan citer ni ngan anak2, cuti sekolah kali ni tak gi memana, sebabnya aritu opah and tuknye datang Kuantan seminggu lepak2 melayan cucu dan anak2 arnab.  2nd week cuti sekolah dah sibuk sangat2, aktiviti disekitar Kuantan je laa, celebrate Aqies birthday kat restoran/menu feberet dia Restoran Tanjung (celebration next entry laa, Vitamin M melanda nie)

Semalam book movie ni kul 7.25 tuk malam ni di ECM @ Capital Mall, dari review diinternet citernye best, harap2 begitulah, sebab frust aritu MIB3 kurang kick citernye kalo nak dicomparekan ngan MIB1 & 2. Si Aqies laa yang paling tak sabar2 nak tengok citer nie, pantang nampak title2 yang ada berkait ngan Disney Princesses ni memang confirm baru trailer kat internet aje dah mintak suruh beli tiket hokey, kesabaran aje mamanye jenuh nak xplain.. 

Monday, June 4, 2012

Aqies's Birthday...

Assalammualaikum...
ni masa saya umur 3 taun, cute kan..
Alhamdulliah, besar dah anak mama nie, dah pandai tolong mama mengemas, tolong vacuum, tolong lipat baju , masak aje belum lagi, takat2 kacau2 kuah tu ada laa sekali sekali, cuma bab2 pisau ni yaa belum cukup umur lagi yaa sayang, lepas makan dah pandai basuh pinggan sendiri, senang dah sikit kerja mama hehehe..

Ingat lagi masa nak bersalinkan Aqies, dah lewat 11 hari weh, tak mo kuar2 sebab tak dapat pekena kari kepala ikan Tanjung hehe walau dah kena admitted seminggu degil gak mintak kuar semata2 nak makan kari kepala ikan hahaha., elok aje dapat makan malam tu kul 3 pagi dah rasa sakit2, terus tipon cik abe suruh datang, mujur laa mak mentua ada menunggu Along, sementara tunggu cik abe datang sambil2 layan tv kat wad sambil dinyanyikan oleh misi2 kes Qies tak mo masuk ke labour room, apa kes nak duk lelama dalam tu, sejuk weh kose, tahan punya tahan cik abe pun dah ada kul 4.45 pagi baru masuk labour room, alhamdulliah tak sampai 15 minit Nur Qasrina selamat dilahirkan dengan berat 2.8kg, kurang comey sikit sebab kulit dah mengelupas satu badan sebab dah seminggu due tapi tak mo kuar2 gak, ye le nanti dah kuar tak merasa kari kepala ikan kan, sampai laa ni peminat setia segala jenis kari hehe..

Selamat Ulang Tahun ke 8 Aqies, mama, yayah dan Along mendoakan yang terbaik buat Aqies.  Moga menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat, Amin...

p/s : nanti malam yayah belanja makan k...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink