Assalamualaikum...
Hai kawan-kawan yang awesome! Hari ini nak cerita pasal raya saya tahun ini. Ramai yang tanya,
- ada pape perubahan ke raya tahun ini?
- baju raya berapa pasang?
- tahun ni raya sebagai artis, macam mana?
- duit raya dapat ke beri?
- raya tahun ini macam mana?
Jadi, disini , dengan segala rasa rendah hati, rendah diri dan fakta yang saya memang rendah, hihi saya ingin menjawab segala persoalan tersebut.
Pertama, perubahan? Alhamdulillah, tahun ini takde banyak sangat pun perubahan. Biasa-biasa je. Ini bukan auta tau, ni memang fakta. Saya masih kena kemas rumah, saya lah yang kena cuci toilet setiap tahun dan saya masih kena tolong kalau ada masak-masak ke apa. Apa yang berbeza adalah, dapat lebih banyak ucapan, lebih ramai kenalan dan lebih banyak duit raya? hihi gurau! :p
Baju raya berapa pasang? Sebenarnya, baju raya saya ada dua pasang je. Satu, jubah yang mama saya belikan waktu dia pergi Haji awal tahun hari tu, warna pink, dan satu lagi , mama saya belikan baju kurung moden warna macam kuning-kuning ke hijau ke tak tahu lah. Tapi corak dia macam songket sikit :) So, seperti tahun-tahun lepas, ala kadar saja. Tak de apa yang berubah pun.
Tahun ni raya sebagai artis? Erm macam biasalah. Tak de artis mana pun. Cuma bila ada orang datang rumah tu macam terperanjat lah yang saya ni yang nyanyi dekat youtube tu. Siap suruh amek gitar, nyanyi depan dia untuk buktikan saya ni betul ke Najwa Latif, boleh nyanyi live ke tidak Haha Tapi, masih ada je orang yang datang rumah dan tak kenal saya, so, tak lah artis sangat pun kan? But, Alhamdulillah, dapat banyak kunjungan dari kawan-kawan yang awesome. You know I love to meet new people kan? So, benda ni mcm bless lah untuk saya :)
Duit rayaaaa??? Of course lah saya dapat. Saya kan masih berumur 16 tahun, masih muda, masih sekolah, masih di bawah saraan keluarga, Makanya, kalau nampak saya dimana-mana, sila hulurkan sampul duit raya berserta isinya sekali okay? Hihi :p
Raya tahun ini macam mana? Alhamdulillah, macam biasa. Raya pertama pergi ziarah kubur, pergi bersalam-salaman mengerat silaturrahim antara keluarga, pergi balik kampung, pergi tengok wayang (eh eh? haha ) , pergi beraya, pergi tidur. hahaha Raya kedua sibuk dengan marhaban lelaki di rumah saya, raya ketiga marhaban lelaki di rumah nenek pula. Lepas tu marhaban perempuan, and the list go on and on :) Seronok! :D
Jadi, itu sajalah untuk kali ini. Yang lain, sila enjoy gambar okay? :D
Raya pertama :D
K.A.M.I
Jiha, Wawa, Kak Ika, Kak Iza :)
Ni konon-konon nak amek hati mama sebab dia penat kemas depan ni. Hihi :p
Jiha dengan kak ika :D
Waktu ni dekat kampung Mama.
Kak Iza dengan Jiha :D
Girls Talk, you knowww :p
Saya dengan Jiha :D
Makan time.
Rumah Tok Ngah masak sedap!
Selalu ada lontong :D
Datang rumah saya, kena lepas otai ni dulu,
baru boleh dapat duit raya. Haha!
Raya Kedua ;
Jubah Pink Saya yang mama beli kat Mekah.
Time ni ada marhaban kat rumah tok mak.
Rumah saya punya marhaban, lupa amek gambar.
RUGI! :(
Ni mak long saya tengah bagi duit raya dekat budak-budak kecil
yang datang marhaban.
Belakang tu rumah tok mak saya :D
Ahh Colors! Comel kannn? :D
Okaylah. Nanti saya update lagi okay? Spread the love NL'sAF! Dan Selamat Hari Raya :)