Wednesday, 20 October 2010

Cemas

Tanggal 18 Oktober 2010, iaitu Isnin yang lalu, barulah tersedar nak jadi pengantin aku ni. Entah macamana apa yang dirancang sebelum ni banyak yang aku nak tukar. Tiba-tiba je yang tu tak kena yang ni tak kena. Boleh dikatakan 70% aku nak tukar. Dua bulan je tinggal. Memang CEMAS! Kesian mak, orang yang paling pening sekarang. Sorry mak, saya banyak songeh...huhu


Wednesday, 13 October 2010

Little darling

Semua orang sibuk dengan program minggu lepas. Abah dan mak ke Penang dan Kedah sempena program dan kenduri keluarga dari Khamis sampai Ahad. Aku pula nak ke Muar Sabtu dan Ahad,wedding kawan sekolah teknik. Yang tinggal di rumah cuma Tok dan bibik. Seperti yang dirancang, mak nak bawa Suhail dan Sumayyah, adik bongsu dan kedua bongsu. Tapi plan berubah bila si bongsu sibuk nak sertai lawatan sekolah pada hari Sabtu ke planetarium negara, taman tasik perdana, dan kawasan yang sewaktu dengannya. Aku orang paling risau bila dia tak nak ikut mak abah. Ye lah sebab nanti dia kena tinggal sendiri dengan bibik(bibik yang ditugaskan menjaga tok ni kurang mesra sikit orangnya termasuk dengan kanak-kanak). Tok pula memang dah lama tak sihat. Puas aku pujuk suruh dia ikut mak tapi dia tetap berdegil nak join lawatan tu. Akhirnya semua setuju dia tinggal di rumah. Malam sebelum dia pergi lawatan tu, aku tidur dengan dia berdua.

Esoknya bila terjaga aku terus kejut dia bangun bersiap untuk dihantar ke sekolah untuk berkumpul. Semasa sibuk bersiap, dia mulakan bicara.... "Kakak, malam tadi Maya terjaga... sebab Maya lapar.." aku terus rasa bersalah dan terus bertanya, "lah, ye ke? lepas tu Maya buat apa?" .... "Maya pegi dapur carik makanan, Maya buka peti ais ada susu Maya minum..." "Lepas tu Maya makan keropok (keropok Mr Potato)..." "baru Maya tidur balik..."sambung si kecil nih.... Ya Allah! aku terus kelu! tak tahu nak kata apa. Sebak pun ada. Kenapa Maya tak kejut kakak? ? ? Padahal aku tidur sebelah dia je. Sumpah aku tak sedar apa langsung! Betapa aku sedar matang nya si bongsu berumur 8 tahun ni. Memang terlihat kematangan dia nih. Mungkin sebab dah biasa kena tinggal dengan mak abah dan menghadapi kakak abang yang macam-macam fi'il. Tambahan gelaran 'adik' tak dapat dekat dia, masih si nombor enam yang memegangnya. No wonder shes very independent!

Sepanjang aku di Muar, mak abah dan Suhail di Kedah, tinggallah Maya bersama bibik dan Tok. Serius dia cool dan rileks hidup tanpa mak abah dan kakak selama beberapa hari... (-_-)

Sekarang Maya sibuk membela hamster, dibeli dari seorang jiran hasil duit raya yang dikumpul. Kami namakan hamster Maya, "Momo". Meriah pulak kat rumah macam ada baby, setiap hari semua mengadap Momo. Ternyata si bongsu bisa menceriakan suasana dan membuat hati sesiapa saja tersentuh. Sumayyah little darling!

ImageShack, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site
littlest most amazing darling

Wednesday, 8 September 2010

Minal 'Aidin wal-Faizin



Di saat diri gembira menyambut Syawal yang bakal tiba, mudah-mudahan aku tak pernah lupa pada pengertian besar Ramadhan yang bakal aku tinggalkan. Mudah-mudahan Allah SWT mengampuni segala dosa dan menerima segala amalan. Amin.

"Semoga kita semua tergolong mereka yang kembali (ke fitrah) dan berhasil (dalam latihan menahan diri)"

Salam Aidilfitri buat semua. Raya ni aku balik Batu Pahat, kampung sebelah mak. InsyaAllah ada rezki kita sambut lebaran yang mulia bersama. Rindu nak berkumpul lagi. Walau di mana korang berada, aku sentiasa mendoakan agar Syawal kali ini disambut dengan gembira di samping keluarga tercinta. Maaf zahir dan batin.

1 SYAWAL 1431H

Sunday, 22 August 2010

Mujahadah Ramadhan: Penjanaan Daya Juang

http://muslimworker.com/wp-content/uploads/2009/03/mosque-masjid-bird-sunset-lighthouse-water.jpg

oleh: Siddiq Fadzil

(Teks Bicara Ramadhan Sempena Majlis Iftar Jama`iy 11 Ramadhan 1431H

Di Dewan Besar Kolej Dar al-Hikmah, Kajang, Selangor D.E.)

Ramadhan dengan segala amal penghayatannya memberikan sejenis pengalaman rohaniah yang unik dan istimewa. Kita semacam dalam keasyikan menjalani pelbagai amal yang disebut ihya' Ramadhan, sehingga peralihan waktu dari hari ke hari terasa begitu cepat. Andainya Ramadhan itu suatu deraan, tentu perjalanan waktunya terasa lambat dan panjang. Mungkin itulah yang namanya kelazatan ibadah atau ladhdhatu 'l-`ibadah. Mudah-mudahan kita dapat menikmati tahap kelazatan yang setinggi-tingginya.

Selain itu, kita juga dapat merasakan bangkitnya motivasi dari pedalaman hati nurani untuk melakukan self-improvement, meningkatkan kualiti diri menerusi penghayatan nilai-nilai unggul yang terumus dalam istilah inklusif taqwa. Memang sudah selayaknya bulan ini disebut madrasatu Ramadan, persekolahan Ramadhan yang intensif, padat dan terfokus pada komponen-komponen utama pendidikan nabawi: tilawah, tazkiyah dan ta`lim (3T).

لقد منّ الله على المؤمنين إذ بعث فيهم رسولا من أنفسهم يتلو عليهم آياته ويزكيهم ويعلّمهم الكتاب

والحكمة وإن كانوا من قبل لفى ضلال مبين. - آل عمران:164

Hari-hari Ramadhan sedapat mungkin kita padati dengan amal yang meliputi tiga tonggak misi tarbawi tersebut: tilawah yang kita hayati dengan amal tadarrus, membaca ayat-ayat kitab suci Ilahi secara yang lebih serius dan intensif; tazkiyah yang kita hayati dengan amal pemurnian dan penyihatan hati serta peningkatan kewaspadaan batin demi menghindari hal-hal yang mencemarkan kejernihan hati yang sedang berpuasa; sementara ta`lim pula kita hayati dengan pelbagai kegiatan keilmuan -- ceramah, taklim, tazkirah dan yang sejenisnya.

3T adalah gabungan padu kekuatan transformatif (quwwah taghyiriyyah), pencetus perubahan mendasar yang ditandai perbezaan nyata antara sebelum dengan sesudahnya. Kata min qabl… (meskipun sebelumnya…) dalam ayat tersebut adalah kata yang kental dengan makna transformasi, radical departure, perubahan radikal kaum mukminin generasi nabawi - dari gelita kesesatan kepada benderang cahaya kebenaran. Memang al-Rasul s.`a.w. adalah model terunggul pemimpin transformatif yang melahirkan umat baru, umat yang memiliki segala ingredients untuk memimpin dan menyelamatkan dunia.

Umat baru tersebut adalah generasi pejuang yang setia bersama Nabi s.`a.w., responsif terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya dalam keadaan bagaimana sekalipun, termasuk ketika menempuh kegawatan sa`at al-`usrah melawan gempuran musuh. Demikianlah kualiti para lulusan madrasatu Muhammad, persekolahan nabawi Pembina tough generation, generasi yang tangguh dan perkasa. Mereka bukan generasi yang dimanjakan dalam keadaan serba selesa, tetapi generasi yang dididik dengan mujahadah, hempas pulas perjuangan melawan hawa-nafsu. Falsafahnya mudah: jika mampu mengalahkan nafsu, akan mampu mengalahkan yang lain-lain; sebaliknya jika gagal melawan nafsu, takkan berdaya menghadapi selainnya.

Mereka tidak hanya berjihad dalam erti tampil di medan tempur, lalu pulang setelah musuh dapat dikalahkan. Memang jihad juga memerlukan pembinaan watak pejuang dan fighting spirit yang tinggi. Tetapi mujahadah adalah perjuangan dalaman yang berterusan, dilaksanakan sepanjang masa, diulang-ulangi tanpa henti. Demikianlah makna mujahadah, kata yang terbentuk mengikut wazan mufa`alah. Memang kata tersebut mengandungi makna perulangan -- al-tikrar marratan ba`da ukhra. Justeru, musuh di medan tempur tidak akan bangkit setelah terpenggal kepalanya, tetapi lain halnya dengan musuh yang bernama hawa nafsu, sekali tumbang tidak bererti segalanya sudah berakhir. Biar berapa kali tumbang, ia tetap bangkit kembali.

Ternyata mujahadah adalah antara muatan madrasatu Ramadan yang paling kental. Bukankah sepanjang bulan ini urusan besar kita adalah melawan? Melawan nafsu, dan melawan kebiasaan. Kerana perlawanan itulah segalanya jadi berubah -- ibadat, makan, tidur, kerja harian, watak dan perilaku, segalanya berubah sesuai dengan semangat Ramadhan. Dan ternyata kita sebenarnya mampu berubah, tetapi bukan berubah sekadar untuk berubah. Berubah dalam konteks mujahadah adalah untuk menjadi al-mu'min al-qawiy (mukmin yang kuat), tough generation yang daya juangnya tak terkalahkan.

Mujahadah adalah salah satu teras pendidikan nabawi yang terbukti telah melahirkan generasi tangguh yang sanggup melawan ribut, berani menentang badai. Mereka adalah generasi yang telah menyebatikan mujahadah menjadi cara hidup hingga mendarah-daging, bergerak bersama denyut nadi, bergetar bersama degup jantung. Pendidikan mujahadah telah melahirkan pahlawan segagah `Ali (k.w.), pemuda berusia 20 tahun yang menyanggupi tugas mempertaruhkan nyawa menempati kamar bahaya (tempat tidur al-Rasul s.`a.w.) dalam peristiwa Hijrah. Bukan beliau tidak tahu risiko menempati kamar yang menjadi sasaran mata liar kumpulan teroris Quraysh, tetapi tetap disanggupinya dengan rela kerana pendidikan mujahadah telah melumpuhkan nafsu mementingkan diri dan keinginan bersenang-senang. Orang yang dikuasai nafsu takkan sanggup mengambil risiko seberat itu. Nafsulah yang sebenarnya menyebabkan seseorang menjadi pengecut. `Ali (k.w.) tidak takut kerana beliau adalah pahlawan yang terbina dalam pendidikan mujahadah. Pada suatu ketika beliau ditanya bagaimana perasaannya pada malam bahaya tersebut, katanya, "Itulah malam paling damai pernah kurasakan sepanjang hayatku".

Pendidikan mujahadah juga telah menampilkan wanita pejuang sehebat Asma' bint Abi Bakr (r.`a.). Dalam peristiwa Hijrah beliau diberi tugas menghantar bekalan makanan ke Gua Thawr, tempat persembunyian al-Rasul (s.`a.w.) dan pendamping setianya Abu Bakr al-Siddiq (r.`a.). Tugas ini juga tidak kurang berat dan bahayanya, mengingat bahawa selama tempoh persembunyian tersebut pihak Quraysh menjalankan operasi besar-besaran memburu Junjungan (s.`a.w.). Untuk melaksanakan tugas tersebut Asma', wanita muda berusia 23 tahun yang sedang sarat mengandung (7 bulan) itu harus berjalan kaki setiap hari sejauh sekitar 5 kilometer, terdedah kepada risiko tertangkap di tengah maraknya operasi jahat Quraysh. Dari mana datangnya kekuatan dan keberanian luar biasa wanita muda tersebut melaksanakan tugas berat dan berbahaya seperti itu? Dari mana lagi kalau bukan dari pendidikan mujahadah, melawan nafsu mementingkan diri, mengenyah keinginan hidup bersenang-senang. Justeru, pendidikan mujahadah telah menjadikan Asma' bint Abi Bakr (r.`a.) seorang tough lady dengan keluarbiasaan yang mencengangkan orang sepanjang sejarah.

Sesungguhnya pendidikan mujahadah telah menciptakan umat dan tamadun yang religious, bersih dan berintegriti moral yang tinggi. Demikianlah hakikatnya sebagaimana yang kita saksikan pada catatan sejarah umat generasi seratus tahun pertama (dari bi`thah hingga ke pertengahan era Umawi). Sepanjang tempoh tersebut hukum hudud zina hanya dilaksanakan sebanyak enam kali, walhal pada tahun-tahun menjelang pengutusan al-Rasul s.`a.w. kota Makkah merupakan sarang budaya maksiat. Di sana-sini berkibar bendera merah, yang menandakan bahawa di situ tersedia pelayanan seksual bagi yang menginginkannya. Sementara itu hukum hudud ke atas pencuri hanya dilaksanakan sebanyak empat kali sepanjang tempoh seratus tahun tersebut, walhal jenayah rompak-samun memang berleluasa dalam masyarakat Arab pra-Islam.

Masyarakat yang mengamalkan cara hidup mujahadah adalah masyarakat yang beradab, damai dan santun. Diriwayatkan bahawa setelah dua tahun menduduki jawatan Hakim, `Umar ibn al-Khattab menemui Khalifah Abu Bakr (r.`a.) memohon untuk mengundurkan diri kerana sepanjang tempoh tersebut tidak siapa pun datang mengadukan sebarang pertikaian.

Sempena Ramadhan bulan intensifikasi mujahadah wajar kita merenung isu ini secara serius, bagaimana mengembalikan mujahadah ke ranah pendidikan umat, dan mengembalikan mujahadah sebagai bahagian integral cara hidup kaum Muslimin. Sikap serius dalam isu ini akan membuka pelbagai jalan penyelesaian:

والذين جاهدوافينا لنهدينّهم سبلنا -- العنكبوت:69

KDH: 21 Ogos 2010

Friday, 20 August 2010

A b a h

7.25pagi, usai menghantar Suhail dan Sumayyah ke sekolah. Berpatah balik di setengah perjalanan, Suhail tertinggal beg. Nasib bulan puasa, kenalah sabar. Aku kembali kepada rutin asal seperti sebelum ni. Jam 5 pagi tadi hantar mak dan abah ke KL Sentral untuk menaiki KLIA ekspres untuk terbang ke Phnom Penh, misi bantuan rakyat muslim Kemboja. Turut serta beberapa ahli rombongan yang lain untuk menghantar sumbangan iftar dan baju kurung serta baju melayu sebagai pemberian Aidilfitri yang bakal disambut seluruh umat Islam kelak.

Semakin hari semakin terasa kasih sayang abah. Entah kenapa. Sebab usia abah yang semakin tua atau kerana diriku juga dimamah usia(macam dah tua beno yer). Sebenarnya perkara ni mula aku rasakan sejak 'kepulangan' abah dua tahun lepas. Mungkin sebab sebelum terjadinya abah terpaksa meninggalkan kami sekeluarga selama 6 tahun, aku tak pernah merasa semua tu. Abah garang. Tegas. Tapi open minded. Itu yang aku pasti dari dulu. Tapi abah tak pernah tunjuk ambil berat atau kasih sayang dia. I dont know about other fathers...but my father memang macam tu.

Sejak dua menjak selalu dengan dia(now im working with him at Global Peace Mission) ni memang aku sangat nampak dan merasakan perhatian dan kasih sayangnya. Kadang ada juga aku terfikir mungkin sebab perpisahan 6 tahun lalu menjadikan abah lebih peduli dan ambil tahun soal aku dan yang lain. Tapi aku tak pasti adik beradik yang lain rasa macamana. Tapi itu lah yang benar-benar aku rasakan kini.

Alhamdulillah. Semoga abah terus sihat dan bersemangat meneruskan perjuangannya. Minat kepada kerja amal dan kebajikan tak pernah hilang dan luput dalam diri abah. Walaupun 'tercampak' .di bumi asing, menjadi orang asing tanpa sesiapa pun, hanya keredhaan hati yang menjadi kekuatan. Sungguhpun aku tahu abah pernah jatuh. Samada abah sedang mencuba untuk bangun atau telah bangun tetapi di saat ini emak pun telah terlibat hampir 80-90% dalam kerja-kerja yang menjadi kesukaan abah sejak di bangku sekolah lagi.

14 Ogos 2010 yang lalu, ulangtahun pernikahan abah dan mak yang ke 29 tahun. Alhamdulillah. Semoga Allah terus kukuhkan ikatan kasih sayang abah dan emak serta kami anak-anaknya.



selamat tiba di Phnom Penh

Wednesday, 11 August 2010

Lebih bermakna

Pagi yang tenang. Setenang pagi-pagi Ramadhan yang lepas. Syukur ke hadrat Ilahi masih memberi peluang untuk ku menyambut bulan penuh barakah. Bulan terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka. Ayoh saudara rebutlah peluang Ramadhan kali ini. Yang pasti jadikannya yang lebih baik dari Ramadhan yang lalu. Mohon sama-sama untuk ingat mengingati dan nasihat menasihati. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Hati girang menyambut 1 Ramadhan, menerima perkhabaran gembira dua orang tersayang yang bakal melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara, insyaAllah.

Iftar:

Rencananya iftar Madid di Ipoh Perak pada esok, Khamis 12 Ogos 2010.
Iftar Madid sekitar KL dicadangkan pada 22 Ogos (Ahad) atau 28 Ogos (Sabtu)



mengimbau kenangan, di muzium patung lilin



Ramadhan Kareem 1431 Hijrah

Wednesday, 14 July 2010

Oh Kemboja!

Menyusuri sejarah kekejaman Pol Pot



Pakcik Rahim dan Makcik Zaharah. Tanpa kalian tak mungkin ku melihat keaslian ini

Angkor watt

Kedamaian Ton le Sap

Penerbangan ke ibu kota negara Kemboja, Phnom Penh selama dua jam tidak terasa. Mungkin sebab aku tidak menjangkakan apa-apa dari sana. Kosong. Di samping keletihan yang masih terasa selepas enam purnama merantau ke nagara orang. Aku seperti mahu membatalkan niat ke Kemboja, namun atas pujukan dan desakan adik-adik, aku pasrah dengan rancangan asal.


Kerana tidak meletak apa-apa jangkaan, aku tidak terkejut apabila kapal penerbangan Air Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh yang rupa bentuknya tak kurang seperti lapangan terbang di Kepala Batas, Alor Setar. Mungkin lapangan terbang di negeri lain di Malaysia jauh lebih besar dari itu. Lalu lintas seperti sesuka hati dan sesedap rasa. Nyata, masih belum ada sistem yang baik di sini. Kebanyakan kenderaan adalah motosikal. Seperti segerombolan kambing yang terlepas dari kandang, begitulah dapat aku gambarkan, banyaknya motosikal yang memenuhi jalanraya berbanding kenderaan lain.

Beberapa hari yang telah dijadualkan kami berjalan di sekitar bandar Phnom Penh dan Siem Reap yang terdapat beberapa destinasi tumpuan pelancong. Termasuklah merentasi Sungai Ton le Sap, mandi di Sungai Mekong, merasai cengkerik goreng buat pertama kali serta menyusuri sejarah kekejaman Pol Pot dan melihat pembinaan Angkor wat yang sangat besar. Tiada apa yang bisa menarik hatiku selain sejarah dan tamadun manusia kerana senibina lebih tertumpu kepada patung-patung yang menjelekkan (patung bermata bulat garang, bergigi taring, dll).

Selebihnya kami menghabiskan masa 10 hari di perkampungan Islam. Di sinilah segala-galanya bermula. Di sinilah baru aku merasakan. Pertama kali menjejaki bumi Kemboja, hati terus terpaut. Seperti jatuh cinta pandang pertama. Keramahan, kebaikan, kesungguhan serta harapan muslim Kemboja telah mencuri hatiku. Lalu dipegang erat dan kuat.

Di sebuah kampung di daerah Pursat

Mereka seolah-olah membawa harapan baru dalam hidupku. Mungkin agak keterlaluan untuk aku katakan begitu. Namun walaupun aku biasa melaluinya dan pasti, rasa itu tak akan kekal lama tapi sekurang-kurangnya aku masih punya harapan untuk meneruskan lagi kehidupan ke satu ruang yang lebih luas. Bukan untuk diri sendiri, malah orang lain. Begitulah pentingnya harapan dalam kehidupan seseorang.


Apa istimewanya mereka?Berhati bersih, suci. Asli. Tidak banyak pengaruh yang kotor merosakkan lahir dan batin seorang insan. Tidak sepertiku, yang terlalu banyak terdedah dengan unsur luar. Tidak asli. Plastik... Semakin hari semakin banyak kelemahan ku rasai dek kerana kemodenan, kecanggihan, keterbukaan. Sehingga aku lupa asal usul kejadianku. Betapa banyak kerosakan di muka bumi ini yang dilakukan oleh manusia-manusia berhati rakus. Lemah nya aku tak mampu berbuat apa-apa. Bagaimana hendak menolak semua ini? Kemajuan yang membebankan, meragut ketenangan jiwa, meragut rasa kasih dan simpati sesama manusia. Meragut keindahan, kehijauan alam yang damai. Apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang? Setelah semuanya diragut.


Betul kan... kita sekarang hidup untuk diri sendiri. Sibuk kejar harta. Sibuk kerja membayar hutang. Sibuk sana. Sibuk sini. Kehidupan seolah-olah menjerat kita. Kehidupan seolah-olah telah membentuk kita untuk jadi seperti kita hari ini. Sedangkan bukan itu tujuan kita hidup dan dijadikan di muka bumi ini. Sesak nya fikiran dan hati...

" Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." ar-Rum:41


Kerana itulah aku terlihat akan keaslian bumi Kemboja. Jauh dari kehidupanku yang semakin menyesakkan di sini. Sistem barat dan dajjal yang menyesatkan, membunuh, membebankan, menyusahkan...oh Tuhan, berikanku pedoman. Berikanku kekuatan.


Cukuplah aku simpulkan sebuah kembara yang menginsafkan. Benar.

Perjalanan pulang ke tanah air merupakan sebuah lagi pengalaman baru bagiku. Jika pergi aku menaiki pesawat, tetapi pulang aku telah menaiki keretapi pertama dari sempadan Kemboja-Thailand di Arnyaprathet ke Bangkok. Keretapi kedua dari Bangkok ke Hatyai (bermalam di dalam keretapi) dan keretapi ketiga yang terakhir dari Hatyai ke KL Sentral menaiki KTM (bermalam dalam keretapi). Pengalaman pulang merentasi Thailand selama dua hari dua malam yang menakjubkan.

Setibanya aku di KL Sentral, ketika keluar dari perut KTM, hampir hilang segala memori di bumi salji yang pada fikiranku adalah yang terindah. Begitu hebat penangan Kemboja terhadapku. Benarlah jika kita digalakkan mengembara, melihat alam dan bumi Allah yang maha luas.


Kenangan bersama pelajar Madrasah Kampung Chor Keng, wilayah Cham

Monday, 12 July 2010

Gathering

InsyaAllah jika berkelapangan, nak berkumpul di rumah kak long untuk buat makan-makan sambil bertemu rakan-rakan yang dirindui. Pada 17 Julai 2010 (Sabtu). Gathering untuk kawan- kawan di Perak, aku masih mencari masa yang sesuai. Aku juga merancang untuk mengadakan Iftar MADID 2010, jika ada sebarang cadangan tempat boleh lah diusulkan. Terima kasih. I am home:)

menanti kehadiran bulan penuh barakah....

Align Center
Bersama adik-adik dalam perjalan pulang ke Malaysia, menaiki kereta api dari Aranya Prathet di sempadan Kemboja-Thailand.

Friday, 11 June 2010

Kepulangan

Assalamualaikum Malaysia dan seluruh isinya.
Aku mohon maaf sebab keadaan yang agak kelam kabut tika ini.
Aku akan menghubungi kalian dengan kadar segera setelah segala urusan selesai :D

Insyaallah...


Friday, 28 May 2010

It's about time to say goodbye










One week left.

Bumi Durham kenangan terindah...
Akan kurindui selama hayat ini.
Selamat tinggal!





The day when the journey begins...

Time to go home! finally.
Looking forward to see you guys in Malaysia! insyaAllah.


Tuesday, 18 May 2010

Leaves and stones






















Location: Finchale Priory (details)
Description: Was a 13th century Benedictine priory, the remains are sited by the River Wear, four miles from Durham. It is a Grade I listed building.


Congrats Odah and Along on the newborn.
Two weeks left...