Wednesday, 5 January 2022

Kanser Abah

Dua tahun yang lalu. Betul betul sebelum kovid 19 menyapa tanah air. Abah diuji dengan batuk teruk yang tak berhenti. Lebih kurang sekitar Februari 2020.

Kami masa tu tak la ambil pusing sangat. Cuma agak pelik sebab batuk tak baik baik. Lama. Sampai beberapa bulan lepas tu abah pegi scan di hospital. Ada nampak warna kelabu kat paru paru dalam gambar scan. Makna nya warna paru paru tak normal. 

Abah memang tolak habis segala prosedur hospital. Abah memang dari dulu pro rawaran alternatif. Jadi kami semua hormat dan sokong kemahuan abah. Bila takde pemeriksaan sebenar dari hospital jadi abah pun agak agak shj tahap sakitnya. Betul kanser. Paru paru sebab ganggu pernafasan. Tahap mungkin 3 at that moment.

Di peringkat awal abah terima tentang penyakit kanser abah tak terus rebah sedih. Malah abah terbuka sampaikan ujian penyakit nya kepada ahli keluarga besar serta teman dan taulan.

Sejak tu rumah abah dan mak tak sunyi dari kunjungan tetamu. Abah terbuka. Abah gembira bertemu teman taulan bertanya kabar dan berbincang soal kesihatan abah. Majoriti nasihatkan abah dapatkan rawatan hospital. Tapi abah tetap tegas. Tak mahu. Sungguhpun begitu semua nya baik baik sahaja. Sebab tuan badan yang pilih begitu. Semua pun raikan. Tak silap masa tu kes kovid dah lega sikit. Memang ramai tetamu berkunjung. Sampai lah diperketat semula SOP lepas kes naik pasca pilihanraya Sabah.

Hari berlalu minggu pergi bulan menyapa. Tiada perubahan positif sebenarnya. Tapi abah bertahan. 

Mak selalu sedih dan kesian tengok abah. Tapi abah kata abah OK. Mak pernah terluah cakap abah yang rajin jaga makan jaga kesihatan tapi kenapa abah yang sakit. Abah tenang jawab, kalau tak jaga mungkin lagi cepat dia sakit. Barakallahulaka abah.

Sepanjang melawan kanser abah sempat menterjemah sebuah buku berkenaan ekonomi umat. Alhamdulillah siap projek abah tu.

Abah pernah menangis. Kerana sangat sakit. Kami semua menyaksikan. Allahu ya Allah. Tak tergambar tak terluah dengan kata kata. Hanya mampu doa Allah ringankan kesakitan abah. Allah sucikan segala dosa dosa abah.

Mengimbau kembali sepanjang dua tahun abah melawan kanser, abah tak pernah mengeluh kata mak. Redha nya hati abah.

Badan abah susut sangat dah. Tinggal kulit membaluti tulang je. Bila abah batuk yang teruk. Bayangkanlah.

Dan sehingga lah saat nya pada Ahad 2 Januari 2022 yang lalu abah batuk keluar darah. Sebelum ni pernah batuk berdarah tapi keadaan terkawal. Kali ni tak berhenti dan kami berjaya pujuk abah ke hospital. Sebab kami pun buntu apa nak buat.

5 Januari 2022 hari ni hari ke tiga abah di wad. Kami tak boleh lawat. Sebab abah masih di wad saringan kovid. Sementara tu paru paru abah ditebuk untuk keluarkan air. Jadi lega sikit dari batuk. Sikit. Jika tak akan batuk non stop yang mengeluarkan darah.

Tak pasti berapa lama lagi keadaan abah boleh bertahan dengan buang air tu. Badan abah yang hanya kulit membaluti tulang ditebuk. Sakit sangat dibayangkan. Harapan kami abah kekal cekal dan kuat. Ya Allah Yang Maha Pengasih semoga Engkau ringankan kesakitan abah. 

Mak juga tenang buat masa ni. Masih cekal menjalankan tugasnya sebagai isteri ibu dan nenek juga sebagai unit trust consultant yang menjana pendapatan keluarga sejak tahun 2005 lagi. 

Barakallahulakuma mak dan abah.

#catatanringkaskanserabah