Friday, 21 October 2016

Mak at Hajj

Alhamdulillah.. mak selesai menunaikan rukun ke-5 pada musim haji tahun ni.. 2016M/1437H. Semoga Allah swt menerima ibadah haji yang mabrur dari bonda Hajjah Jamilah binti Hussin... Amin amin amin ya Robbal alamin.

3 - 29 Sept 2016

Wednesday, 17 August 2016

Pencarian cinta ( Bhg 1 )

Alhamdulillah... setelah hampir dua atau tiga tahun.. akhirnya pencarian ini hampir ke penghujungnya..

Kalau direzekikan Allah swt mungkin kami sekeluarga akan berkelana di sini hingga ke hujung usia... menjadi anak dagang ..orang merantau.. meski asalku orang kolumpo dan si dia orang Melaka..

Semoga inilah penemuan yang terbaik buat kami meneruskan perjuangan hidup ini sebagai hamba Allah ... agar kami dapat meneguhkan iman.. membuat bakti.. bebas memberi dalam bentuk apa jua pun.. demi sejahteranya umat sekelian alam.

Namamu chepor indah... mungkin tak se gah nama yang lain.. tapi di sini mungkin kami temukan cinta itu. Izinkan kami menumpang teduh di sini mencari cinta hakiki.

Bermula akhir Ramadhan hingga permulaan Zulhijjah 1437H.

Friday, 1 July 2016

"Aku tidak sampai kepada Allah dengan banyaknya solat dan puasa, namun dengan
kesabaran,
kebersihan,
kerendahan,
kelembutan dan
kemurahan hati.

Itu kata-kata Abdul Qadir al-Jailani. Dia ahli sufi, orang akhlak, orang Ihsan, orang yang berendam tasawuf. Sepertinya Sheikh Yusuf Makasari."

26 Ramadhan 1437
Jumuah mubarek

Tuesday, 10 May 2016

Gambar kenang-kenangan sesi persekolahan Ayatul Husna Noor Azlan sepanjang tahun 2016.

Kak Na at school

Tabika KEMAS Kem 2 RRD Syed Putra Ipoh Perak

Tuesday, 12 January 2016

Apple tree

Sempena kakna masuk sekolah tahun 2016 ni ami pun mula buat sekolah ami jugak bagi kakna tambah semangat ke sekolah. Walaupun tiap pagi tak lepas drama ayaq mata..huhu kakna.. kakna..

So semalam 11 januari besday tokti ami semangat ajak babah gi kedai stationery beli bahan2 untuk aktiviti sekolah ami he he he.

Projek pertama sekolah ami with the kids is an apple tree. Pokok tu ami lukis bagi kids cop guna sponge with watercolor then ami potong bentuk buah epal dan daun suruh kids tampal2.

Tengah leka ami gunting epal kakna gam epal kakna cakap terima kasih ami belikan kakna gam semua.. kakna suka... ok kakna lepas ni kita beli gam gunting kertas warna warni lagi best tak yah beli mainan dah tau.