Perjalanan setahun empat bulan hampir ke penghujungnya. Perjalanan breastfeeding Anas. Anakanda kedua kami. Susu dah dua bulan kering sejak ami mengandung dan alahan teruk. Dua tiga hari lepas ami bubuh asam jawa berkerut seribu muka Anas. Anas menolak. Tapi bila malam nak mengempeng Anas rasa masam tu dia mengamuk sakan la apa lagi. Proses berpisah lebih fokus pada saat malam nak tido. Waktu siang kurang masalah sebab Anas dah laju minum susu botol.
Cik B dah mula sakit melecet bila Anas menyusu. Dalam sebulan lepas dah suarakan hasrat pada cik abang untuk berpisah tido dengan Anas. Maka malam tadi bermula sesi tido babah dan Anas. Huhu. Kesian sebenarnya kat cik abang yang letih kerja tak tentu masa. Tapi untuk tempoh dua minggu rasanya tak lah membebankan sebagai suami dan bapa untuk menjayakan proses ni. Hanya mampu doa semoga Anas babah ami tabah.
Masa Husna dulu ami kena handle. Tak boleh pisah tido. Sebab dia memang tak boleh langsung pisah dengan ami. Akan huru hara seisi rumah. Fanatik ami sungguh si kaklong ni... Bila dapat idea pisah tido dari sorang kawan dan nampak Anas boleh babah handle sebab tu kami cuba kaedah ni.
Kalau seminggu berjaya... 6 days to go. Kalau dua minggu berjaya... 13 more days to go! Wuhuu all the best babah Anas ami ! Oh kakna jugak sebab lately drama kakna mengalahkan Anas nak dapat adik baru. Huk!
Catatan breastfeeding Anas,
21 Mac 2014 - 29 Julai 2015,
Setahun empat bulan.