Friday, 18 October 2013

Catatan BF 4

Suatu hari sedang sibuk memikirkan caranya meredakan susu yang tersumbat dan tak lancar ni, tiba-tiba aku teringat pada daun mengkudu. Entah kenapa.
Ye, daun mengkudu. Sebab aku memang tahu tentang khasiat daun dan buahnya. Sehingga pernah zaman aku bersekolah dulu, aku blend buah mengkudu dan minum airnya. Hahahaha. Hebat tak. Bukan setakat rasa yang mencabar, bau dia lebih meloyakan. Tapi setakat tu saja. Lepas tu aku tak mampu nak mencabar tekak untuk telan air mengkudu home made. Kalo jus yang dijual di pasaran tu tak pernah pulak aku beli.

Caranya aku layurkan daun mengkudu atas api dan tepek pada cik B. Alhamdulillah lepas tu rasa seakan susu sedikit lancar. Taktau la kalo tu hanya mainan psikologi. Hi hi. Maka rajinlah aku tepek daun tu kebetulan ada tanam pokok mengkudu di rumah masa tu.

Pernah satu waktu aku terasa B amat pedih bila BF Husna. Sampai aku menangis teresak-esak. Membuat kalut adik-adik perempuanku. Hu hu. Dorang pun fobia. Bukan aku je. Dah la aku yang pertama bersalin dan BF baby. Secara tak langsung beri pengalaman yang scary untuk diorang lalui kelak. Sorry ek.

Malam tu terpaksa sua juga B ni dalam sendu. Berjurai air mata. Sakit sangat. Lepas tu husna terjaga lagi aku bagi air kosong je. Husna tersedak membuatkan aku lebih kaget dan menangis. Ya Allah...

Esoknya aku terus pesan adik belikan krim Medela purelan 100 tu. Buh la pada nipple. Bila belek macam takde la pecah ke apa. Share story dengan bff. Dia kata kamu basuh la B tu bagi air lalu. Kadang susu lekat ruam naik. Lepas aku amalkan Alhamdulillah terus baik. Rupanya aku konfius. Yang sakit pedih tu bukan sebab nipple pecah tapi sebab ruam naik di aerola so pedih la bila ruam tu luka dan BF baby... Kisahnye...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, 17 October 2013

Catatan BF 3

Mata terlirik pada entri yang menjadi draf selama hampir dua tahun ni masa nak buat entri "Tergendala..."

Sementelah aku berkongsi kisah BF yang mungkin semakin hampir ke penghujungnya so ada baiknya aku sudahkan catatan ni sebelum kisah BF Husna berakhir dan bermulanya kisah BF yang baru tahun depan. Inshaa Allah...

Ku gagahi jua sempurnakan catatan ni walaupun telah hampir dua tahun berlalu kerana aku masih dapat merasakan perit jerihnya perjalanan BFku. Ya, memang agak mencabar di awal 3 hingga 6 bulan yang pertama...

Aku sering menangis. Dari dalam pantang sampailah habis pantang. Semua gara-gara breastfeeding. Bukan setakat satu dua orang tapi 3 bidan terus yang mengurut B ni. Bidan pertama tu yang mengurut aku semasa dalam pantang. Bidan kedua adalah tok sedaraku yang kebetulan datang berjalan ke KL. Sempat suruh dia urut sebab dah sakit sangat masa tu. Dia memang bidan di kampung batu pahat. Bidan ketiga ni datang urut setelah aku habis pantang. Sampai dia pun macam give up. Susu ku tak keluar lancar. Sudahnya dia suh bagi susu botol je. Allahu Allah...

Namun berkat sokongan mak abah yang sangat pro pada BF ni aku tabahkan hati. Maklum saja encik suami jauh di kala tu. Boleh jadi emosi kurang stabil juga menyukarkan BF ni.

(bersambung....)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, 16 October 2013

Tergendala...

Baru dua tiga hari berjaya tak nini* Husna sepenuhnya... Pastu misi tergendala pula. Sebab ami* terkena cirit birit dua tiga hari. Malam-malam tak daya nak melayan esak tangis Husna. Ye bukan rengekan semata, malah Husna menangis sekuat hati, terjerit - jerit mengejutkan satu isi rumah demi kerana mahukan nini. .. 'nak ni ni... nak ni ni..." sambil hentak-hentak kaki. Satu malam aku gagahkan diri dan hati tetap taknak bagi biarpun esakan Husna semakin kuat, sudahnya Husna tido dalam sedu sedan lepas minum susu botol. Keesokan harinya Husna bangun muntah-muntah selama hampir 12jam. Pi klinik untuk puaskan hati ni. Padahal doktor tak membantu dan servis.. Allah selowww nye... Malam tu sebelum tido Husna muntah lagi sampai terliuk lentok badan keluarkan muntah. Lembik. Aku kaget mahu terus ke hospital. Tapi tak jadi sebab Husna minta bancuh susu dan habis diminum terus lena tidur. Malam tu Husna tak muntah dah sampai la pagi Aidil Adha tiba. Alhamdulillah.

Aku terfikir kenapa jadi camni. Sebab Husna nangis terlalu kuat tengah malam sampai kembung dan masuk angin ke. Rasanya takde bagi makan yang pelik-pelik. Atau ni gangguan psikologi dia ke sebab aku cuba memisahkan "penenang" dan "cinta hati" dia selama hampir 2 tahun ni. Fobia kejap, huhu. Rasa tak sanggup bagi dia nangis teresak-esak tu. Macamana dengan misi ni. Sudahnya bila dia minta aku sua juga. Buat masa ni bagi dia betul sihat, kuat semangat pastu akan aku mulakan balik. Mungkin minggu depan kita cuba pula ye sayang.

So aku tetap kuatkan hati ni. Takpe lah biarpun ambil beberapa waktu lagi. Mungkin ada hikmahnya. Dan ni antara cabaran buat kami berdua. Rilek dulu. Jangan frust sangat. Sejak lahir sampai 20bulan ni lah makanan Husna. Baru sebulan lebih Husna kenal susu koko tepung. Dan minum laju. Dah cukup baik untuk proses cerai susu badan ni. Mungkin setengah orang pula lebih mudah atau lebih mencabar jalannya. Aku terima ni bahagianku dan terus doa usaha. Semoga Allah jualah yang membantu. Amin ya Robb

*nini = Husna rujuk kepada menyusu badan atau nenen
*ami = panggilan Husna kepadaku buat masa ni, jauhnya ibu dengan ami hihi

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, 13 October 2013

Siapa pintar?

Alkisahnye sejak dua menjak ni setiap panggilan masuk atau keluar pasti diganggu si anak. Dia takkan bagi aku cakap di telefon tu sebab dia pun nak cakap sama... Jadinya kalau nak call lama tu tunggu la si anak tido. Hatta suami telefon dari kejauhan pun boleh la sembang 2-3minit je huhu.

Kadang aku fikir kenapa la dia suka sangat dengan benda alah ni.. Habis semua orang punya dia nak usik. Nak tengok gambar la video la. Macam-macam. Selalunya dia berebut yang babah dia punya sebab lebih canggih dari ami dia punya. He he. Sampai babah sanggup soroklah.

Dulu masa kecik takde pulak aku teringin benda ni. Eh masa dulu mana ada benda alah ni. Sekarang boleh kata hampir setiap orang ada benda ni dan hampir 24jam semua orang hadap benda ni. Betul tak. Betul tak? Umpama lagu 'can't live without you'lah. Baru la aku sedar diri mana lah si anak kecil ni tak sibuk juga nak benda ni. Dah itu je kami hadap tiap masa tiap hari. Cuba aku suami hidup sehari tanpa benda ni konfem takde la timbul adegan rebut-rebut sampai kadang marah si anak tu pulak. Sian si anak ku. Hu hu .....

So sape pintar? Kami ke, si anak atau benda alah tu... (--')

*Catatan edisi telefon pintar a.k.a smartphone (yang aku tengah hadap untuk tulis entry ni.... teheeeee)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Penangan cik P

Buat kali keduanya cik P memberi penangan yang amat dasyat kepada perutku sepanjang kehamilan ni. Sebenarnya dah 2 tahun tak sentuh cik P. Baru-baru ni sebab abang long ku telah menemukanku dengan cik P, maka aku pun menikmatinya. . .

Kali pertama aku makan cik P mentah. Malam tu perut pusing bagai halilintar macam nak pitam dibuatnya. Terus cibir. Lemah satu badan. Lepas tu fobia kejap.

Baru berapa hari lepas abang long aku jugak dalangnya bawa cik P ke rumah mak, lama tersimpan dalam peti ais. Tak sentuh. Masih fobia. Cik P hampir kecut so aku pikir kalau masak cik P ni mungkin penangannya tak sedahsyat hari tu. Masak cik P dengan sambal tumis ikan bilis. Wah sedap nye. Esok paginya perut pusing hebat memulas dan cibir jugak. Lemah satu badan ni....

Ok lah insaf terus. Terpaksa buang cik P dari kamus hidup. Last makan masa bujang dulu ok je. Agaknye dah beranak ni badan dah lain. Tak boleh terima dah cik P yang aku percaya banyak khasiatnya. Selamat tinggal cik P :,(


* Tak pi jumpa doktor. Minum air masak banyak-banyak. Kasi cuci perut :D
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, 9 October 2013

Kisah kapak, kopi dan jawa

Salam all. Baru berjaya post thru email guna bb ni. Kesian nye. Ada dua tiga entry yang masih simpan as draft. Huhu. So hari ni nak cerita sikit kisah yang sedang aku dan anakanda lalui saat ni.

Apa main kapak ni. Sape pulak orang jawa tu. Nak ringkaskan tajuk, tu la jadinye. . Hehe. Kisahnye pasal kopi, minyak kapak dan asam jawa .... Mesti korang boleh agak kan berkaitan dengan apa?

Walaupun baru dua hari Husna berjaya lalui hari-harinya tanpa nini* ... Aku rasa macam lama nye. Sebab proses ni bukan bermula sehari dua. Seminggu dua. Dah bermula berbulan lamanya. Sejak Husna genap 12bulan aku mula ajarnya minum air masak guna botol susu. Lepas dia dah biasa hisap puting botol baru aku mula ajar bagi susu formula lebih kurang umur nya 16-17bulan. Susu biasa je susu tepung full krim Fernleaf/nespray. Jangan kata habis, suku botol pun tak luak. Mana taknya itu perkara baru bagi lidah dan tekak dia. Aku cuba campur milo sikit bagi ada rasa coklat dan mungkin lebih sedap untuk dia. Tapi tak juga berjaya. Aku pun tak disiplin bagi sekerap mungkin. Sekali sekala je aku bagi. Jadinya dia masih tegar dengan nini. Dalam pada waktu beriya tak beriya nak ajar susu botol tu aku cuba bagi dia Halibs koko. Sama jugak tak luak sangat. Sekali sekala aku bancuh juga. Sampai la umur Husna 20bln, seakan aku rasa di sini ia bermula.....

Selang beberapa minggu lepas 20bulan tiba-tiba suatu hari Husna minum halibs koko habis satu botol ! ! ! Terkejut sangat dan lega. Lepas tu siap mintak lagi aku bancuh selang beberapa jam. Wah satu perkembangan yang positif. . . Alhamdulillah. Akhirnya....

Tapi kisah kami ni tak berakhir di situ. Rupanya aku dapati memang susu aku kering terus. Mungkin disebabkan alahan yang agak teruk. Dehydrated. Jadi Husna tak puas dah bila menyusu badan... Dia tak merengek atau menangis tak puas nini. Asalkan dia masih dapat nini untuk lepas 'gian' dan untuk bagi leka sebelum lena tido di malam hari. Plus terjaga memalam mesti cari nini. Atau sekali sekala nampak aku landing depan tv ka nak rehat-rehat badan pasti dia datang terus mintak nini. Huhu....

Jadi untuk terus menceraikan nini secara total terciptalah kisah kopi, minyak kapak dan asam jawa ni. Oh sebenarnya masa Husna mula diajar susu botol tu aku dah mula tepek asam jawa dan sua kat dia. Dengan muka kecewa dan sedih dia mencebik sebut nini nini. Sebab nini dah tak sedap. Tak sampainya hati. Sebab tu aku terus stop misi asam jawa masa tu.

Tapi kali ni aku nekad untuk ceraikan terus. Supaya nanti tak berebut dengan bakal adik dia. Huhu. Maklumlah aku ni tak gagah so memang tau dah tak mampu nak tandem nursing macam some ibu-ibu di luar sana. Aku mula mereka apa nak tepek ni, penah aku letak bam afiat tak jalan. Pastu nak dasyat sikit letak minyak kapak. Tapi kalau letak sikit tak jalan. Letak agak banyak sampai kita pulak rasa pedih tu baru la dia takmau. . . Adeh.

Akhirnya sorang teman cakap dia buh kopi. Ada yang syor habatussauda. Tapi nak beli haritu tak de stok pulak. Last nye aku pun bubuh la kopi. Aku cakap kat dia nini sakit, kena buh ubat, ubat pahit. Dan ubat tu ialah ko-pi. Jadi dah masuk dua hari ni tu la kekdahnye aku guna dan Alhamdulillah no nini no more. Cuma bila malam nak tido jadi mencabar sebab all this while, now Husna 21bulan. Selama 21bulan dia tido mesti nini. Terjaga tengah malam terus sua nini. Bila nak ceraikan memang agak sukar. Tido malam kami kurang lena. Sekali sekala Husna merengek mungkin teringat akan nini. Huhu. Sedih. Be strong kakak! Ami* pun rasa tak mudah semua ni. Inshaa Allah semoga seminggu dua ni tamatlah kisah kopi ni. Walaupun aku target mesti 40hari untuk menjayakannya namun ofkos la aku mengharap lebih cepat semua ni berakhir...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone