22 Julai 2011- Alhamdulillah selamat tiba di Kuching jam 5.20ptg. Flight delay about 2.30hrs. Fuh fenat. 23 Julai 2011- Sambung perjalanan ke destinasi dunia baruku, Sri aman, 2-3 jam perjalanan darat. Azlan cakap bawak kereta laju sikit, kalau naik kenderaan tentera lambat. Kereta kami pun dah selamat sampai di port Kuching. Fuiyoh jauhnya kereta ni berjalan, merentasi lautan untuk menjejaki sarawak! Perjalanan dari Kuching ke Sri Aman cuma ada satu main road, jalan satu lane kanan kiri. Merentasi gunung - ganang yang terbentang luas. Hijau! Amat cantik bagi pencinta alam sekitar. Aku tak appreciate sangat alam damai ni, tapi sekali tengok, terus terkeluar kalimah 'Subhanallah'! Ada satu bukit yang dilalui bernama Bukit Begunan di mana kat sini kawasan fevret kemalangan. Cerun. Jadi memang kena selalu berhati-hati lalu kawasan bukit ni terutama tika hujan turun atau waktu malam.
Dua hari di Sri Aman dah ditinggalkan sendiri selama dua hari. Aku kan isterinya tentera. Anytime anywhere sentiasa bersiap sedia. Bukan tentera je kena bersiap sedia! Mujur ada jiran yang ditinggalkan suami juga telah memotivasikan aku menempuhi semua ini dengan tenang. Apa lah sangat dua hari berbanding dua bulan yang dirasai jiran-jiranku yang lain. Biasanya bila sang suami keluar beroperasi di sempadan Malaysia-Indon, 2-3 bulan tu sudah pasti sang isteri ditinggalkan.
Sri Aman pekan koboi je, ala-ala pekan Parit, Perak kut. Atau pekan Taiping, sebab fast food yang ada cuma KFC ja, hehe. Takda shopping complex, takda cinema. Bagi aku yang agak kampung ni, takde la ceruk sangat, jalan raya semua bertar.. Segala pejabat agensi kerajaan, bank-bank kebanyakannya ada. Cuma yang sukar kat sini mencari bahan mentah seperti ikan-ikan, buah-buahan, sayuran... (perlulah aku lebih kreatif untuk memasak lepas ni...susah jugak buat yang tak pro ni huhu). Kalau tetiba tekak teringin beno nak palam muda ke, ikan-ikan yang biasa kita makan kat semenanjung tu, memang susah la nak dapat. Unless we lived in Kuching... rasanya taklah sesukar di sini. So far mommy G dah boleh makan. InsyaAllah dah lepasi fasa mabuk dan alahan teruk. Cuma sesekali termuntah juga. Memang hobi agaknya. Dan sebenarnya kalau tak berbadan dua pun aku memang senang muntah. So layan kan je lah.
Pendek kata kalo keluarga atau teman taulan nak berkunjung ke rumah kami di Sri Aman ni, takde apa yang menarik kecuali satu. Hanya satu tarikannya kat sini ialah 'fenomena benak'. Fenomena yang hanya terdapat di beberapa buah lokasi sahaja di dunia dan salah satunya adalah di Sri aman ni. Benak merupakan fenomena ombak sungai (tidal bore) di mana air pasang dari laut 'pecah' apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai.
Mujur pengalaman menjejaki bumi orang seperti Indon, Thailand, Kemboja, Vietnam banyak memberi pendedahan kepadaku. Rata-rata negara yang sedang membangun macam ni memang kurang sempurna jika dibandingkan dengan Malaysia, especially kolumpo tu. Sebab aku dah penah rasa kat negara-negara tersebut lebih susah dan teruk beno, sampai toilet pun ... huhu sedih nak kabo. Makan pun ala kadar. Macam di Kemboja cuma ada ikan haruan yang biasa dijamu dan di Maninjau, Padang Indonesia aku pernah makan ikan dari danau. Ikan ayor tawar. Tah apa la rupa. Syukur Allah kurniakan tekak aku yang jenis tolak batu kayu je. Hihi...
Rumah pulak besau tapi lama. Aku rasa dorang ni memang tak balance langsung bab menyediakan kemudahan kepada tentera. Yang pegawai rumah punyalah beso, tu belum pegawai atas-atasan punya rumah lagi. Bagi anggota biasa punya lah kecik nak letak meja makan pun takde tempat. Kan lebih baik dorang bina yang standard je. Lebih praktikal. Banyak komen pulak kan, beso komen, kecik komen. Jadi bersyukurlah. Slowly aku berharap dapat menzahirkan dan merasai bait-bait ayat 'Home ... where the heart is' di rumah ni. Rumah pertama aku duduk sebagai seorang isteri. Bermulalah episod benar seorang isteri. Selama ni main tipu la kan duduk jauh. Terus terang aku katakan banyak juga benda nak cope untuk orang yang tak pernah duduk sendiri dan jauh dari keluarga. At least kawan-kawan ramai yang dah berdikari bila mula bekerja di kolumpo. Punyalah tak selesa duduk rumah yang agak usang dengan serba kekurangan kelengkapan ni, sampai aku rasa seronok bebeno duduk hotel bila berada kat Kuching. Kakakaka. Perasaan yang dah lama aku tak rasa. Dulu masa kecik-kecik lain la kan mak abah bawak holiday dok hotel sekali sekala memang teruja. Tapi dah tua bangka ni aku lebih rasa syok duduk hotel dari rumah sendiri memang kelakar! Pendek kata aku belum selesa di rumah sendiri. But not to worry I ll fix it asap for sure ;)
Aku teringat pulak kata-kata sorang senior tentera yang bersama kami menaiki bas ke LCCT tempoh hari untuk penerbangan ke Kuching. Dalam nada berseloroh, "Kak (panggilan standard untuk isteri tentera), ko pegi lah dok sri aman tu, confirm seminggu je ko dah call mak ko nak balik!" hehehe.... Azlan tersenyum simpul je kat sebelah. Aku masih positif. Tunggu dulu. Biar aku tengok sendiri!
Kesimpulannya seminggu di Sri Aman, not that bad lah! Dah berkenalan juga dengan beberapa jiran di sini. Semua orang semenanjung la. Dalam kem. Dari perak, kelate, johor, KL, semua ada. Selagi tekak tak kepingin makanan yang susah nak carik kat sini, think that Ill be fine aja.
Sekarang aku di Kuching. Malam tadi menghadiri acara makan malam beradat tentera untuk pegawai tentera seluruh sabah sarawak dan isteri. Ini pertama kali aku attend. Sebelum ni Azlan bawak aweks lain... hehe. Baru la ada feeling sebagai isteri kan bila follow majlis encik suami. Di majlis macam ni bermulalah acara bersosial bersama isteri-isteri tentera. Terlihat lah bermacam fesyen dari paling vogue sampailah seringkas 'jubah dan tudung labuh'. Dari kasut tinggi terpacak sampailah sandle ala-ala ibu mengandung. Dari mekap seinci tebal hinggalah tanpa secalit bedak (kecantikan semulajadi gitu). Fuiyoh! So aku memilih menjadi yang sedang-sedang aja :) pendek kata just be yourself la senang kan.
Makan biasa je lah, lauk hotel mana ada yang sedap, cuma I was impressed by the food service! Gila beb. Sekumpulan besar anggota tentera masuk membawa set makanan dari appertizer sampailah dessert, masuk dalam dewan seperti berkawad dengan pegang pinggan kat tangan, then beratur berdiri kat belakang setiap pegawai dan isteri kendian bila semua dah berdiri tegak, pusing hadap kami, serentak serve kami. Mantap weh. Aku ingat deme berkawad kat jalan je. Rupanya nak hidang makanan pun berkawad dengan perfect dan penuh beradat! Huih sangat jakun bagi first timer seperti aku. Hehe... Satu lagi suasana baru yang luar biasa bila Azlan tinggalkan aku tempoh hari, siap dia minta anggota dewan makan tolong hantar lauk-pauk yang dimasak dorang ke rumah untuk aku. Kome ada???? Hahaha.. Bukan syok apa, cuma kalo tak dok dalam kem takdo do nak merasa pengalaman camni. Kembang je hati aku walaupun masakan dia Ya Allah... tak berapa nak menepati tekak ni, rupa ikan yang dimasak merah tu pun...ngeri jugak (kan aku kata aku tolak batu kayu je) tapi aku teruja dapat merasai suasana yang luar biasa macam ni.
Sungguhpun semua ni terlalu baru untuk aku perkatakan, aku harap ni semua suatu permulaan yang baik buatku menjalani hari-hari yang mendatang di bumi kenyalang. Jadi tuan azlan boleh simpan dulu open ticket filght Kuching-KUL ok! ;) Mohon maaf sebab kamera belum beroperasi sejak aku sampai ke sini. InsyaAllah akan diusahakan dan akan di post buat tontonan kalian.
Sehingga bertemu lagi. (belum beli broadband kat rumah, ni online di hotel kat Kuching). Salam sayang dariku buat semua. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak 1432H! Bulan merebut taqwa, membentuk peribadi, insyaAllah.