Saturday, 29 January 2011

Pinjam

Bila hati telah senang, hati mudah pula mengeluh bila sedikit teruji. Terasa seperti begitu sukar dan tak mampu untuk lalui. Tapi aku lupa yang menyenangkan hati itu juga bukan milik aku. Ku hanya meminjam. Bukan sekadar pinjam, adakala tanpa aku sedar, rupanya aku punya tanggungjawab atas semuanya itu...

Tak dinafikan kejauhan ini membuatkan aku gusar. Kadang kala sedih. Tapi bila aku teringat yang semua ni bukan milik aku, aku hanya pinjam dan bertanggungjawab di atas pinjaman aku ni, aku terdiam. Dan tak mahu mengeluh, tak perlu lagi dipersoalkan. Hakikatnya semua yang aku miliki tika ini adalah pinjaman dari Yang Maha Kuasa. Siapa lah aku mahu persoalkan dan mencari pelbagai alasan untuk tidak bersyukur dengan apa yang ada.

catatan kasih,
Seorang isteri di rumah mertuanya
Ayer molek, Melaka

http://img828.imageshack.us/img828/4348/ruangrindu2.jpg

p/s sesungguhnya aku sedar bahawa rindu ini juga bukan milikku, pinjaman yang amat mahal harganya... kerana tanpanya, mana mungkin daku kenal betapa besar ertinya rindu!

Mode: Sayang isteri, tinggal-tinggal kan! eh? :P