Sabtu, 9 Februari 2013

Oppa Gangnam Style

Amru: sedang membuat tarian Gangnam Style
Abang Uda: Amru tengah buat tarian apa tu?

Ummi: Amru tengah buat Jahannam Style ea?

---->Lolz... boleh pulah Jahannam Style

Selasa, 10 April 2012

Makan Pinggan?

Selepas makan, perut Amru kelihatan buncit...

Ummi: Amru makan berapa pinggan tadi?

Amru: Amru makan tiga pinggan tadi, Ummi


Ummi: Ish, kalau Amru makan tiga pinggan, kenapa ada pinggan lagi?


=> Terbaikla Ummi buat lawak...


Selasa, 3 April 2012

malu

Amilah mintak duit yuran PBSM kat Umi.

Umi: Kenapa tak mintak kat Abah, Amilah malu dengan Abah?

Amilah: Malu kan sebahagian dari iman.

---> Nak malu pun bertempat la.

Isnin, 3 Oktober 2011

Kelimumur vs Chipsmore

Ketika sedang membuat ketupat....

Akak:Kenape kelimumur sekejap ade sekejap takde?
Anjang:Sebab dia macam chipsmore.
Chipsmore kan kejap ade kejap takde..

-->Terbaikla~ Boleh masuk lawak antarabangsa...

Selasa, 13 September 2011

bedak

Angah tumpang pakai bedak kat bilik Auni (sepupu sebaya Amilah).

Angah: Auni suka pakai bedak?

Auni: Tak, mak tak bagi.

Angah: Kenapa?

Auni: Nanti muka jadi buruk.

---> Erk?!

kenapa?

Tabiat baru Amru.

Orang: Amru dah mandi?

Amru: Kenapa kalau dah mandi?

Orang: Stokin ada?

Amru: Kenapa kalau ada stokin?

Orang: Amru nak minum apa?

Amru: Kenapa kalau Amru nak minum apa-apa?

...dan macam-macam lagi.

---> Wa~ Stressed! Bukan nak jawab soalan orang.

Google vs Yahoo!

Ataullah: Antara Google dengan Yahoo!, mana lagi hebat?

Angah: Google la, dia lagi ada macam-macam.

Ataullah: Dulu pun Ataullah rasa Google, tapi sekarang Ataullah rasa Yahoo! lagi hebat sebab Yahoo! ada banyak games.

---> Ee budak ni, games addict betul. Insaf-insaflah Ataullah oi.

teka teki

Amilah: Banyak-banyak kotak, kotak apa yang berdosa?

Angah: Entah. (Ni teka-teki baru ni, belum pernah dengar lagi)

Amilah: Ko tak solat la.

---> Kalau macam tu, 'ko tak puasa' pun berdosa jugak.

Isnin, 25 Julai 2011

cococino

Angah nampak ada barang dalam beg Amilah.

Angah: Amilah, itu makanan nak bagi kat Angah ke?

Amilah: Ini Cococino untuk cikgu Amilah, dia nak beli.

Angah: Wa~ Hebatnya Amilah boleh buat bisnes dengan cikgu.

Amilah: Biasalah, dia kan mengandung. Mengidam kot.

---> Ceh, jawapan Amilah tu style makcik-makcik sungguh.

Selasa, 5 Julai 2011

pokok kurma

Ada gambar pokok kurma.

Angah: Amru cuba teka ini pokok apa?

Amru: Pokok kurma (dengan yakin).

Angah: Yeke... Bukan pokok kelapa ke?

Amru: Iye, tu pokok kurma. Tak caye cuba tengok dalam kamus bergambar.

---> Em, boleh tahan efektif jugak Kamus Bergambar tu rupanya.

nama

Suatu malam.

Amru: Kat masjid tadi Amru jumpa kawan Amru.

Angah: Dia sama kelas dengan Amru ke kat sekolah?

Amru: Tak, dia darjah 3. Tapi kelas dia dekat dengan kelas Amru.

Angah: Siapa nama dia?

Amru: Entah, dah lupa.

---> Ceh, gaya macam kenal sangat. Tapi nama dia pun tak ingat
(ke memang tak pernah tau?).

Isnin, 27 Jun 2011

pinggan

Kat dapur.

Amilah: Ummi, tadi Amru makan guna pinggan kaca.

Angah: Kenapa tak boleh guna pinggan kaca?

Amilah: Yela, itu kan pinggan orang tua.

---> Peraturan mana pulak kata pinggan kaca tu pinggan orang tua.
Budak kecik bahaya guna pinggan kaca sebab takut pecah la.

Khamis, 2 Jun 2011

tidur

Di suatu malam sebelum tidur.

Angah: Amru, jom tidur dengan Angah macam semalam.

Ataullah: Amru, jom tidur dengan Ataullah macam
Amru tidur dengan Angah semalam.

---> Kesian Ataullah tak boleh bagi contoh waktu bila Amru tidur
dengan dia sebab Amru pernah ke nak tidur dengan Ataullah...

jatuh

Amilah tengah main lambung-lambung benda kat dapur.
(Tak ingat benda apa, mungkin cawan atau pisau - ganas!)


Angah: Amilah jangan la main baling-baling benda tu.
Nanti jatuh ke bawah kang baru tau.

Amilah: Habis tu takkan jatuh ke atas pulak…

---> ???

Rabu, 1 Jun 2011

matahari

#1
Satu hari dalam kereta.

Ataullah: Antara matahari dan Amerika, mana satu yang lagi jauh?

Angah: Matahari.

Ataullah: Salah, matahari lagi dekat sebab kita boleh nampak.
Amerika kita tak boleh nampak.

Angah: Boleh je nampak dalam peta. Ha~~~

Ataullah: Tapi... bla bla bla

---> Sorry Ataullah, malas nak dengar hujah Ataullah lagi.
Yang pasti sekarang Angah yang menang.

#2
Asim kat seat depan tiba-tiba menyampuk.

Asim: Masa kiamat nanti semua planet dah takde kan...
Termasuk matahari?

Angah: Aah kot, kenapa?

Asim:  Tapi kan masa kat padang mahsyar nanti,
matahari tu sejengkal je dari kepala.

Ataullah: Tu kepanasan dia je...
Sama dengan kepanasan kalau matahari atas kepala.

---> Bagus, tak payah susah-susah Angah nak jawab.

Selasa, 22 Mac 2011

nak apa?

#1

Amru: Tuhan tolong ampuni aku.... (dengan nada menyanyi)

Andak: amru nyanyi lagu apa tu?

Amru: Andak nak lagu apa?


#2

Angah: Amru dah makan ke belum?

Amru: Angah nak Amru dah makan ke belum?

---> Tak menjawab soalan langsung!

Isnin, 21 Mac 2011

tak sabar ke...

akak:amru,tolong buangkan air dalam mesin basuh.
amru:pusingkan ye akak.ok.

andak: amru,basah tu, kang kena seluar.
amru: sabarla..
andak: andak boleh je sabar, tapi seluar amru dah basah tu...
amru: andak ni, orang kata sabar,sabarla. Tak dengar ke ceramah tadi...
andak: ceramah mana amru?
amru: mana2 ceramah la.
andak:..............

Rabu, 16 Mac 2011

comel

Angah: Siapa lagi comel, angah ke Amru?

Amru: Ala.. Amru la. Tau sangat.

---> Tau sangat? Perasan betul.

jepun

Amru tengah minum air mineral dengan bersungguh-sungguh.

Amilah: Tengok, air apa tu? La... Air tu je pun.

Amru: Ha... Jepun?

---> Amilah malas nak layan.

Khamis, 3 Februari 2011

take vs tag

Anjang minta tolong Arifah ambilkan kuah.

AnjangArifah tolong take kan kuah untuk Anjang.

ArifahTag kat Facebook ke?

---> Susah betul nak speaking ni.