alasan kenapa saya katakan bahawa muslim yang paling jahat adalah muslim yang tak kisah untuk tak tergolong dalam kalangan orang baik.
Begini, apabila seseorang tak kisah dia tidak tergolong dalam kumpulan orang soleh(baik), bermakna dia juga telah tidak kisah terkumpul dalam golongan jahat.
Ini kerana apabila bukan baik, maknanya adalah jahat, just simply like that.
Dan apabila sudah dikenali sebagai jahat(bukan baik), maka ketika itu tidak ada lagi yang akan mencegahnya daripada melakukan maksiat.
Sungguh, yang didapati daripada kalam nabi-nabi terdahulu, 'sekiranya kamu tidak malu, buatlah apa sahaja yang kamu mahu'