Assalamualaikum..
Pagi jumaat .. Indah dan seceria aku jua.. heheheh
Masuk ofis dengan muka ceria even ada yg jenis masuk muka mmg *&^%$%#@# .. Bahagiakah anda kalau pepagi dah moody.. adeii naik rimas aku tgk. Gini rupa muka baik duduk rumah wat kerja sdiri.. aku yg masuk happening pun dah moody tgk muka ofismata cam tue. Tp lumrah manusia kan. Rambut sama hitam but inside mungkin ada personnal prblems kot. Whatever .............
Back to my entry utk Jumaat yg cantik ini ...singgah as silent reader kat blog
sweet mama Zahra
Aku suka dengan Tips2 berikut :
50 tips untuk membina keluarga yang bahagia -Dr Fadzilah Kamsah:
1.
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan
berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah
bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk
anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi
kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh
isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.
Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat
Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5. Pastikan
anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri
bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda
luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?
6. Telefon isteri
ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun
rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila
mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri
anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap
gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8.
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa
dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami
membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan
makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa
makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan.
Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri
mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah
sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Amalkan
mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik
hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
12.
Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan
pasangan anda.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih,
wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam,
tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.
14. Didik isteri dengan
memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan
amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak
serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan
keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana
isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan
isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati
kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi
dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18.
Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada
orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri
seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara
keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga
isteri.
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda
beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri
amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21.
Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.
Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga
bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri
dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur,
tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut,
bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai
model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul
apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24.
Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib
memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada
isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang
dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi
mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan
sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai
isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh
kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman
dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah
isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga
akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28.
Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak
ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan
yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang
tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat
keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua
perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita
tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina
atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31.
Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi
Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat
wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih
disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan
masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari
alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33.
Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati
dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan
dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan
tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan
usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli
keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli
keluarga?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan
unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik
ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap
keluarga.
36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang
mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat
mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas
menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan
kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan
kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut
mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut
dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak,
lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai
isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji.
Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa
disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang
untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah
lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan
sayang, pujian dan memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin
selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala.
Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar,
berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang
mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak
dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak
ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada
kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha
keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami
akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti
mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda
melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat
kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi
cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang
perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat
undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti
senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan
daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih
gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan
gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri,
bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang
lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih
sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat
adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak
tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja,
rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri.
Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar
juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus
stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan
riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif,
bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang
taubat dan maafkan semua orang.
Boleh share jika berminat...
tQvm