Kerapkali KESIBUKAN menjadi satu batu penghalang bagi kita untuk menjalankan kerja2 Islam. Tetapi, sebesar manakah kesibukan kita itu jika nak dibandingkan dengan besarnya ganjaran pahala yang telah dijanjikan oleh ALLAH kepada hamba2nya yang melakukan kerja2 ke arah perkembangan DeenNya.
Istilah ‘sibuk’ itu sebenarnya, selalu disalaherti oleh sebahagian besar mahasiswi dan mahasiswa kita khasnya. Sibuk benarkah kita sebenarnya? Apakah erti sebenar ‘sibuk’ bagi diri kita?
I’ve read an article from www.brohamzh.blogspot.com and I’ve read the comment on the article. The comment really touched me..
Banyak kebenarannya daripada kata-kata di atas. Kita yang tidak pandai menguruskan masa kita. Kerana itulah kita selalu merasakan yang diri kita ini sibuk. Tetapi pada hakikatnya, banyak dari masa kita yang telah terbuang lantaran diri yang lagha’ dan tidak menghargai masa.
“ Satu ALASAN yang akan merosakan kita apabila kita selalu MENYATAKAN kita ini SIBUK.”
Sama2lah kita saling muhasabah dan menilai kembali kondisi diri kita. Setakat mana kita memanfaatkan masa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Semoga Allah merahmati dan menyayangi kita dan juga mengampunkan dosa hambanya yang kerapkali alpa dan leka..