Dengan Nama Allah
Selawat ke atas Rasulullah saw
Dalam kehidupan seharian kita pastinya setiap hari tugas2 membasuh
baju menjadi perkara biasa bagi orang yang mengutamakan kebersihan pakaian
dalam tak sedar, bila mana kita membasuh baju dengan gagah nya,
sehingga bersih dan wangi
tangan kita juga turut menjadi bersih berdasarkan
bau sabun dan softner yang digunakan
Demi menjaga kebersihan fizikal diri
juga dalam menyahut seruan Hadis Rasulullah
kebersihan itu separuh daripada iman, maka
haruslah seseorang itu mandi sebanyak 3x atau setiap kali
sebelum solat atau ikut keselesaan masing2
paling penting adalah sebelum ke tempat kerja atau
ke kuliah atau ke kantin sekalipun
haruslah kita menjaga penampilan diri
nama pun orang islam, betul?
Tetapi berapa ramai yang nampak bahawa
mandi itu sama penting dengan solat
Terus membaca jika masih belum bosan
Adapun insan itu mandi setiap hari untuk kebersihan diri.
kalau sehari tak mandi nampak kurang enak
begitulah dengan taubat
cara kita kembalikan diri kepada Allah setelah berdosa
manusia tiada yang sempurna
pasti setiap hari ada buat dosa
sedar atau tidak
jadi perlulah untuk sekalian manusia
untuk menzahirkan taubat kita kepada Allah
dengan cara solat taubat dan istigfar.
jika boleh mandi demi kebersihan fizikal setiap hari,
mana mungkin tidak boleh solat taubat hanya 2 rakaat setiap hari
Allah Maha Menerima taubat semua hambaNya
simple
mudah
senang
dan
tenang
semoga dimudahkan segala urusan
biarlah urusan dunia dan akhirat itu berjalan seiring
demi mendapat keberkatan Dunia juga Akhirat