Showing posts with label digital. Show all posts
Showing posts with label digital. Show all posts

Saturday, June 27, 2009

Dimensi

" sesuatu yg tak di sangka, seringkali mendatangi kita"

berkumandang lagu Kenny, Remy & Martin dalam suasana hening petang ini. Perjalanan yang berliku-liku tak terasa saat perasaan melayang-layang di awangan. Rakan-rakan yang lain ternganga tidor keletihan akibat kerja dan rehat yang kurang.

Sesekali mata melilau mencari imej atau objek yg menarik untuk habuan kamera ini. Yelah, beli mahal-mahal tapi tidak digunakan semaksimumnya. Ala, sebaik digital, kalau pakai negatif mahu betul-betul imej itu selari dgn naluri kita. Kalau tak asyik kerugian duit dan filem jelah.
Namun dalam hati bukan itu yang di cari...yang di cari kedamaian hati. Adakah aku berhak berada di sini atau kerana terpaksa dalam suka..

Entahlah...yang pasti masih ada sesuatu yang buat aku sentiasa teringat buat selamanya. Walau jauh mana aku pergi, ia tetap menghantui. Aku kembali memikir dan cuba mengingatinya semula...

bersambung