Selasa, 1 Oktober 2013

Projek Remove Silencer

Assalam pembaca,

Memandangkan Dorado aku ni dah nak abis warranty bulan 9 ni, so aku bercadang nak bagi bunyi sikit la kat ekzos aku ni. So aku namakan Projek Remove Silencer, hehehe. Lama gak menunggu nak buat projek ni sebab memikirkan warranty BKM ni, sebab aku risau gak condition motor ni kalo apa2 yang problem boleh claim warranty.

Aku tengok kat Group MDR ni banyak rider dah buat mcm2 kat ekzos nak kasi bunyi bising ni. Ada yang guna drill pastu buat lubang pada ekzos, ada yang tebuk dan mcm2 cara. Setelah berbulan-bulan mengkaji dan mencari-cari cara nak buang silencer ni, aku dapat jumpa sorang mamat ni kat Taman Seri Manja, Jalan Klang Lama. Alamat kat Jalan Sri Manja 10, Taman Sri Manja, Petaling Jaya. Ni koordinat 3.075091,101.644257. Ni pun dapat info dari Mr Lee King Hon salah seorg rider Dorado gak. Thanks Mr Lee. Gambar bawah ni dia punya motor yang Azmi buat.






Tauke dia namanya Azmi, so kalo nak suruh dia buat kene bt appointment sbb byk motor dia buat. Azmi ni byk pengalaman 20 tahun dalam bidang motor dan ada specialist untuk motor superbike dan easy rider. Gambar ni aku tunjukkan lepas buang silencer.


So kepada sesiapa yang nak buat ni, fikir2 dulu la. Tp lps warranty abis baru bleh buat. hehehehe. Bunyi memang best sampai rasa hari2 nak tunggang motor ni. Baru garang kalo tak bunyi lengchai jer. hehehe

Ahad, 28 Julai 2013

ENT

Assalam pembaca,


Gambar di atas adalah sejenis ubatan untuk membersihkan saluran hidung dan mulut yakni bahagian pernafasan dari sinus. Ubat ni dah lama gak ngan aku sebab Dr Raymond Tan bagi aku 3 kotak sekaligus. Di bawah adalah beliau dan beliau ini adalah pakar ENT (Ear, Nose & Throat). Aku jumpa Dr Raymond ni pun sebab aku ada masalah ENT dimana kalo setiap kali aku demam mesti akan kait 3 perkara ni tekak, hidung dan telinga. tapi telinga la paling teruk sebab terus kene infection yang teruk sampai berdarah telinga ni. Paling teruk demam sampai 3 @ 4 kali setahun.


Jumpa dia jer terus dia suggest nak buat pembedahan bahagian tonsil sebab lepas CT Scan dan pemeriksaan memang dia kata tonsil aku membesar smpi ganggu bahagian pernafasan dan pendengaran. Paling teruk bila tidur sebab berdengkur, smpi bini aku pun terjaga2. Hoho

Last 5/6 aku buat gak pembedahan, memang seram gak sebb first time masuk bilik bedah. Lepas dibius dan dipengsankan, bangun dan sedar jer aku terus rasa tercekik rupanya banyak gak darah bercampur air liur kat mulut aku. hoho. Ada plak nurse suruh aku telan, mana bleh sebab benda baru bedah. Sakit gak kerongkong aku ni. Bila masuk wad jer, terus aku muntah darah sebab aku ada gastrik teruk rupanya. Hoho. abis darah aku terkeluar dan bersepah atas lantai.

2 minggu gak la tak lah makan dan minum, kurus plak aku rasa macam mayat hidup plak sebab turn gak 5kg dalam masa seminggu. 2 kali masuk wad sebab badan kurang air, tak boleh nak telan apa2 wooo, perittt.

Lepas 2 minggu baru ok, boleh la nak minum n makan perlahan2 pastu bleh bercakap dengan suara yang sengau. tapi better duk hospital sebab antibodi dan ubat suma injection banding ngan makan ubat. tapi sekarang beransur-ansur pulih sebab jahitan pun makin dah terlerai dari jahitan. Alhamdulillah. Terima kasih pada isteri telah menjaga diriku ini sampai sihat dan keluarga yang telah mengambil berat dan melawat semasa dihospital. Tak lupa juga pada kawan2 office yang sanggup datang melawat. Terima kasih semuaaa.

Ahad, 2 Jun 2013

Susahnyaaa nak fikir beli rumahhhhh



Erm pening la plak fikir bila nak beli umah ni, huhuhu. Tension pun ada. huhuhu. Aku dpt panggilan dari Seri Pajam Developer untuk tgk rumah di Nada Alam, Pajam. Dah tgk harga serta pelan rumah da, siap tgk rumah contoh yang ada kat area situ. Punya la da berkenan smpi dah byr booking RM 3000, last2 cancel plak sbb fikir plak kewangan. hahaha, mmg tensionnnnn.

Sesiapa ada nasihat utk membeli rumah yang semakin hari semakin mahal, interest pun naik, semua la naik. entahhhhh laaaaaaaaaaaaa

Jumaat, 17 Mei 2013

Malaysian Dorado Riders

Assalam semua,

Sudah bersawang blog ni, dah lama tak update. maklum la busy sikit sejak akhir2 ni, semua benda nak kene buat. Macam2 benda dilalui sejak bulan 10 tahun lepas, hingga bulan 5 tahun ni. Dengan urusan rumah tangga, urusan pejabat dan pilihanraya. Tahniah Barisan Nasional, kerana telah mentadbir semula negara dan diharapkan agar dapat menjadikan Malaysia lebih baik. Kepada Pakatan Rakyat, kita cuba lain kalilah. Hehehe.

Dah lama tak cerita pasal Dorado ni, kini pemilik2 Dorado dah buat kelab secara kecil-kecilan dan ride pertama kami ialah ke Tanjung Malim. Kepada pemilik2 Dorado, bolehlah join kami di Malaysian Dorado Riders di Facebook. Saya sertakan gambar2 semasa ride pertama kali.