Rabu, 29 Februari 2012

What You Still Can?


Motivasi kepada sesiapa yang ingin berjaya, sebab aku percaya pada prinsip ini "Yang Terbaik tidak semestinya datang dari Yang terbaik".

Akhir Februari 2012

Assalam semua,

Hari ini adalah hari terakhir bagi bulan Februari 2012, mcm2 perkara yang dah terjadi yang mana ia memberi kesan dalam hidup aku. Sampai aku rasa diri ni teruk sangat, tapi apa2 pun yang berlaku harap ia dapat memberi pengajaran kepada diri aku dan orang di sekeliling aku. Namun apa2 pun yang berlaku, aku masih ada keluarga dan rakan2 yang masih ingin membantu aku dalam susah dan senang.

Namun sekarang, aku sudah kembali single macam dulu. Ia membuatkan aku rasa tahun ni aku rasa banyak benda aku nak kene fokus. Dengan master aku, dengan kerja aku, dengan melancong, dengan nak beli kenderaan baru (masih dalam pertimbangan). Soal jodoh plak aku serah pada Yang Maha Esa. Sbb buat masa ni aku dah give up. huhuhu

Namun apa2 pun perancangan, Allah yang tentukan. Itu mmg terbukti dan aku percaya. So hidup perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi. Syukur Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk hidup dan bekerja bagi memenuhi tuntutan ibadah kepada Allah swt.