Salam wbt.
Aku rasa macam dah lama sangat pendam hal ni. So sekarang aku nak sembur keluar. Eventho aku tau cara ni tak membantu pun.
Kenapa eh, servis pengangkutan awam kat Malaysia ni still kat tahap yang tak memuaskan bagi aku. Kat sini aku nak cakapnye pasal bas. Pasal tren pada aku dah ok la, tahap yang tak buat aku sakit hati lagi.
Ko cuba pikir, apesal dia letak jadual bas kasi orang ramai (Baca: penumpang bas) tengok departure time bagai, tapi last last bus tak sampai on time. Tak kesahlah if delay kejap je, masalahnya lama. Letak jadual buat hiasan je ke? Bagi harapan palsu kat orang? Abes lari timing orang and buang masa orang je.
Lagi, dah la perkhidmatan tak kerap, pastu bila sekali nak jalan tu, boleh-boleh drebar bas tu nak sumbat perut bas tu sampai penumpang dah macam dalam tin sadin. Ko dah kenapa? Pikir keje ko senang sekali harung, tapi penumpang? Berhimpit, bersesak, bergumpal sesama sendiri. Nak-nak ramai orang asing lagi, ha memang dah ko macam tengah naik bus kat negara india ke hape. Sadis.
Pastu penah jugak aku perati drebar bas ni kekadang cara layan penumpang tu takleh nak baik sikit ke. Pantang betul aku kalau orang yang keje berkaitan servis dengan orang ramai tapi cara ko macam ko tengah handle mende tak hidup. Orang bukan machine bang oi. Ade hati, ade perasaan. Please la layan elok-elok. Ingat bas tu bapak ko punya?
P/S: Lega sikit dapat hambur keluar. Kalau tak sia-sia buat dosa dok menyumpah dalam hati.