Sunday, August 24, 2014

Sedar diri

Salam wbt.

Aku belajar sesuatu yang amat berharga hari ni. Setinggi mana pun kita dah sampai, jangan lupa untuk pandang ke bawah sebab hakikatnya, pandangan mata memang mampu sampai ke awan, tapi kaki tetap berpijak kat atas bumi.

Lepas riang ria menyambut birthday seorang kawan kat restoren makanan Korea, salah sorang member aku ni ajak pegi Chow Kit. Kami pergi bertiga. Aku sebenarnya tak penah sampai kat situ. Dengar pasal Chow Kit pun dalam lagu Allahyarham Sudirman. So aku wonder la jugak apa yang ada kat situ.

Actually aku dah dimaklumkan lebih awal tujuan pegi situ and since aku pun agak berkelapangan, aku berminat nak join and tengok sendiri apa yang ada kat situ. Kawan aku ni rupanya join Soup Kitchen..alaa yang tolong orang susah dan homeless tu. Well, I know there's this group of people yang tolong golongan gelandangan di KL tapi I'm not really aware who they are and tau pasal Soup Kitchen sikit-sikit pun sebab kes Ku Nan yang kecoh hari tu. Nak tau lebih lanjut, Google lah eh..tehee

Owh, berbalik pada yang tadi. Rupanya aku belum bebetul kenal kawan aku ni. Dia actively buat charity thinging ni start kat UK lagi and katanya, she joins this Soup Kitchen sebab hidup kat KL ni buat kita jadik materialistic. Everyone kejar duit, cakap pasal duit dan duit dan duit. So, dia takut dia lupa diri and by doing this kind of thing buat dia sedar siapa diri dia. Bagusnyaaaa...sebab she keeps on reminding herself.

So ya, she'll be coming down like once a week to help out these people yang kurang bernasib baik. Tadi, we meet a family. My friend ni memang dah kenal la kakak tu sebab dah pernah tolong sebelum ni. Hari ni, kami datang lawat rumah dia dan tolong belikan gas untuk dia masak. Dapur dah ada orang sedekahkan katanya. Dah 2-3 hari mereka sekeluarga makan bubur kosong je yang dimasak dalam rice cooker yang disedekahkan juga. Akak tu ada dua anak, sorang umur around 4-5 years old, dan sorang lagi bayi umur 9 bulan. Kesian sebab ada orang yang tak cukup makan sedangkan kita, berlebih makan dan kadang-kadang membazir.

So, kami pun ajak la kakak tu beli lauk kat kedai mamak bawah tu dan tolong belikan makanan kering lain macam sadin dan telur. Makanan basah tak boleh beli sebab takde peti ais. Kawan aku pun dah siap-siap belikan barang makanan lain macam beras, nestum bayi, biskut dsb. Sedih tengok keadaan tempat tinggal diorang. Dengan gaji suami dia sebagai security guard yang sangat kecil, mereka hanya menyewa sebuah bilik kecil dan tu pun dah dikira rumah la. Keadaan rumah tu memang daif dengan jalan yang gelap masa nak naik tangga. Kebetulan tadi hujan, memang sedihlah tengok keadaan rumah yang kurang sempurna macam tu.

Dah dibelikan makanan semua tu, nampaklah mereka sedikit ceria. Lepas tu, kitorang pun mintak diri and kawan aku pesan kalau perlukan apa-apa, just bagitau. Dia memang akan turun jugak dalam 3-4 minggu kemudian. Masa on the way nak pegi ke kereta, nampak sorang makcik tidur beralaskan kotak. Kawan aku pun dah beli sikit roti dan minuman, jadi bagilah kat makcik tu. Then, kebetulan dalam kereta dia dah ada blanket, kawan aku pun kasi la blanket tu sebab kesian makcik tu mesti kesejukan. Seronok tengok diorang happy.

Aku rasa agak kagum la dengan kawan aku ni. Entah aku ni mampu ke tolong orang lain and aku ada fikir ke pasal orang lain. Takut jugak walaupun aku tak sesenang mana, tapi aku dah lupa diri dan tak bersyukur. Mujur aku ikut kawan aku hari ni. At least dapat ketuk sikit hati dan minda untuk fikirkan orang lain dan berusaha membantu mereka sedaya mampu dan bukan hanya mementingkan diri. Bukankah dalam bahagian kita ada rezeki orang lain? Mari jadi hamba yang bersyukur...

Friday, August 22, 2014

MH17, welcome home...


                      Salam wbt.


Mungkin aku tiada sebarang pertalian darah atau tidak pernah mengenali mereka, namun tak dapat dinafikan seharian hati turut berasa sebak dan air mata turut mengalir tanpa mampu ditahan. 

Setelah lebih sebulan tragedi pahit yang berlaku ke atas pesawat MH17 Ramadhan lalu, Alhamdulillah 20 jenazah pertama rakyat Malaysia akhirnya dapat dibawa pulang untuk disemadikan di tanah air. 22 Ogos 2014, tercatat sebagai Hari Berkabung buat seluruh rakyat Malaysia lebih kepada memberi penghormatan dan memperingati mangsa-mangsa yang terlibat.

Mereka teraniaya oleh keadaan. Malah tiada siapa menyangka mereka akan pergi sedemikian rupa. Sedih, namun hanya Dia yang mengetahui di sebalik setiap yang berlaku. Kita takkan dapat lari dari kematian hatta di mana sekalipun kita bersembunyi. Satu hari yang pasti, kita akan kembali mengadap Ilahi.

Ya Allah, Kau berikan kekuatan dan ketabahan buat keluarga dan rakan mangsa terlibat. Sedangkan kami turut merasa kesedihan, apatah lagi mereka yang hilang tempat bergantung dan orang tersayang. Rahmatilah mereka yang telah pergi dan tempatkan mereka di kalangan golongan yang beriman dan bertaqwa. Mudah mudahan kami yang masih diberi nyawa senantiasa beringat akan hari tibanya kematian menjemput dan berusaha mancari redhaMu..Ameen ya Rabbal Alamin.

Moga keamanan negara terus terpelihara dan MH17, kau kan tetap dalam ingatan kami semua :'(

Thursday, August 21, 2014

Syawal itu

Salam wbt.

1st time sedondon iols..haha. Sampai jeles kak sedare tu

Ishh taktau kenapa sejak balik from Kedah lepas cuti raya tu, asyik rindu je Hari Raya. Syawal pun dah nak abes dah. Cepat sungguh..
 
This year punya raya aku rasa antara yang best. Sebab tu rindu. Rindu time kumpul ramai-ramai jumpa saudara mara. Rindu nak pegi berziarah. Rindu nak makan best-best..eh? Actually, rindu kat bulan Ramadhan tu lebih-lebih lagi..berkat bulan mulia.
 
Syukur, raya kali ni Allah bagi rezeki untuk berkongsi rezeki. First time kasik duit raya..tehee..Seronok! Patutlah orang kata, memberi tu lebih baik dari menerima. Yang bestnya, tak sangka layak lagi dapat duit raya walaupun berkali-kali duk bagitau yang aku ni dah bekerja. Takpelah, rezeki jangan ditolak kan ? Hihi.

Tengok sampul duit raya yang macam2 jenis pun dah esaited. Ape lagi bila kasik duit raya.

 Ha, tetiba teringat pengalaman nak balik raya ritu. Apart from jam tahap gaban yang diketahui umum, (oh ye, perjalanan aku ritu double up from biasa. Dari 5 jam, jadik 11 jam!) ada la jugak benda yang best sepanjang perjalanan tu. Surprisingly, aku punya tahap kesabaran kali ni okay sikit la. Memang duk ngadu kat fb (saja la, drama2), tapi sebenarnya aku tak lah rse teruk sangat. Yelah, mende memang expected and aku dah set awal2 dalam pale otak yang memang akan jam teruk, so nak tak nak kena hadap la kan?
 
Aku balik masa tu hari Sabtu, dapat naik bas yang tempat duduk agak kecik and duduk sebelah orang. Selalunya aku akan beli single seat sebab nak privacy dan tido yang selesa (Penting tau! Haha). Ditakdirkan ada sorang makcik ni duduk sebelah aku (Lega, sebab tak kena sebelah lelaki). Makcik ni ala-ala aunty kesayangan aku Aunty Azmah je bila aku tengok dia. Memula aku diam je macam biasa sebab aku memang seorang pendiam..ececeh :P Yang start conversation pun makcik tu dulu tapi awal-awal perjalanan kitorang tak banyak cakap sebab masing-masing layan tido.
 
Bila memasing dah tak larat bangun-tido-bangun-tido still tak gerak ke mana sangat, ada la borak sesikit. Soalan basic la, tanya duk mana, keje mana, nama apa, bla bla bla. Owh, tapi aku lupa tnya nama makcik tu..ehehe. Dipendekkan citer, after long hours in the bus, pakcik tu pun berenti kat R&R Tapah tak silap aku. Tu pun after ada sorang minah ni tak tahan nak terkucil. Kalau tak, pakcik tu tanak stop pasal bukan setakat jalan je jam, R&R pun dah macam sadin! Lega la jugak tapi dapat berenti sebab aku risau sangat tak sempat solat Zohor Asar since dah lewat petang sangat.
 
Perjalanan pun bersambung and as expected, kena berbuka dalam bas. Mujur dah ready roti sebungkus dan air mineral. Pakcik bas kata kalau boleh memamg nak berenti untuk bagi penumpang berbuka tapi nasib kitorang tersekat dalam jam yang tak berpenghujung kat area terowong Ipoh tu. Terharu sangat bila makcik sebelah aku hulurkan kurma untuk berbuka. Bukan setakat hulur kat aku, dihulurnya kat drebar, kat orang sebelah sana dan mana-mana orang yang berhampiran. Bagusnye makcik ni ingat kat orang lain. Bukan cam aku, bawak roti untuk diri sendiri je..haihh. Lepas bagi kurma, dihulurkannya pulak maruku dan kuih raya. Mak aih..malu woo. Pastu dia kesian katanya tengok orang sebelah dia bebudak laki dua orang cam tak bawak bekal ape2 je untuk berbuka, lalu dibaginya semua maruku dan diorang pun makan tanpa menoleh ke kiri kanan lagi..hehe.
 
Sembang punya sembang, ada la jugak duk cakap topic keje. Makcik tu keje kat MINDEF..lama dah jugak katanya duduk di KL. Ni nak balik raya ngan mak dia. Dia dah kematian suami dan takde anak. Tak sabar nak pencen dia kata sebab nak balik Kedah jaga mak dia. Pastu aku pun tanpa segan silu citer gak situation aku yang tak berapa nak gemar keje di KL nun. Dia pun setuju, katanya kalau boleh carik la jugak2 keje kat Kedah and jaga mak ayah sementara still muda belia dan bujang trantangtang ni. Tambah lagi duk KL tu mahai..
 
Dalam nak dekat Isya’ tu, pakcik drebar pun berenti kat R&R Bukit Gantang. Dah tak sesak gila macam waktu siang tapi masih ramai. Maka berbondong-bondonglah kitorang turun mencari makanan berat sebab tadinya buka gitu-gitu je dalam bas. Sian pakcik bas tu, sebab yelah..dah la sampai lambat ke destinasi pastu malam tu ada trip satu lagi patah balik ke KL. Dia kata dah biasa especially musim2 perayaan memang camtu. Letih memang letih, tapi tulah tanggungjawab dan kehidupan yang perlu diteruskan..
 
Weii panjang gila cerita! Aku tulis cerita ni, untuk renungan diri sendiri kala terleka dan terlupa. Nak baca bila-bila nanti kan . Walaupun perjalanan aku sangaaaattttt panjang hari tu, tapi aku bersyukur sebab dapat belajar something la dari kehidupan orang lain. Teringat kata-kata cikgu Add Math aku dulu; “Sebab apa Allah bagi kita jumpa dengan macam-macam orang? Supaya kita dapat ambil pengajaran dan belajar sesuatu daripada mereka.”

Indeed, it is. Eh, sempat lagi kan? Selamat Hari Raya everyone! Kullu ‘am wa antum bi khayr J

Siap pi meminang di hari raya baq hang. Saja ikut harap dipinang pulak pasni wakaka :P

 

Tuesday, August 12, 2014

Setahun

Salam wbt.

12 Ogos 2014. Genap setahun aku menyambut ulangtahun sebagai wanita bekerjaya. Biasanya kalau first year anniversary ni memang kita ingat. Sebab ni yang jadi permulaan dalam sesuatu..ecewahh.

Walaupun  aku selalu merungut and tak happy sangat dengan kerja ni, tapi tak dapat dinafikan aku banyak belajar itu dan ini sepanjang setahun yang berlalu ni. Satu pengalaman dan kenangan jugaklah kiranya. Yang baik jadikan panduan, yang buruk toksah dok ulanglah kan.

Kalau orang lain duk wish "One year and counting", rasanya aku pulak nak tulis "One year and not counting" wahahaha. Can't believe aku survive for this one year. Kesabaran aku takat ni je kot. Tabik buat mereka yang mampu bertahan lama dalam satu-satu kerja yang dibuat. I will, insyaAllah..when I find what I love doing.

Moga Allah mudahkan urusan lepas ni walaupun cuak sebab nekad memberhentikan langkah kat sini sedangkan takde backup. Rezeki tu ada, insyaAllah. Doakan.

Rakan sekerja di Kannal Group.  Lepas ni, kira 3 orang from gambar ni
dah cabut. Tinggallah para jejakas dan sorang puan sebelah aku tu. All the best lah yeee :P

Thursday, July 24, 2014

Hati

Salam wbt.



Mula-mula ko pandai je amik hati,

Lama-lama ko buat suka hati,

Sampai aku makan hati,

Sakit hati,

dan sekarang aku dah takde hati.

Jadi, aku kena hati-hati.

Saturday, July 19, 2014

Dear Children,

Salam wbt.

A beautiful poem from Kak Wardina Safiyyah to her children in her official fb page;


***********************************************************************************************************

Dear children, 

The future is uncertain you see,
Never be too sure.. too confident of plans for Allah plans are greater and He plans unexpectedly...
Things can change in a blink of an eye,
We won't know when it's our turn to die...

Dear children,
The world and future is indeed scary, There's too much destruction both physicaly and internaly,
The world is destroyed by greed and hate as you can see..

May Allah protect you from befalling that state...to drown in just so much hate...

I try to guide you the best I can..But I won't be there forever to hold your hand ..You have to walk alone and face the realities..the three of you together whole heartedly... be it bad or good.. we paint the picture... we colour our canvases, make our choices, be patient, strive for the best, find a solution and leave the rest to Allah..

Dear children, may you not drown in the gigantic waves of the oceans in this dunya,
May you not be swept by storms of materialisme, may you not suffocate yourself and be killed by trying to fulfil your nafs and desires which knows no borders...

Dear children, have Allah in your heart...

Dear children let the Quran be your guide..let the Quran be your ONLY guide...follow the sunnah the best you can..May our aim be Jannah till the end..

Dear children, find Allah in your heart...read your doa daily, stand up in prayer and weap in your sujud sincerely..

Dear children, if you have Allah you have everything. Be mindful of Allah so that Allah will be mindful of you.. love Allah so that Allah would love you too..

I am lost and sorry for the world today... know when you smile another child cries, when you play another child dies, when you fill your belly another starve hungrily...

Dear children be the change you would like to see..Forgive and be kind and have emphaty.

Dear children walk on this earth humbly, think independently, get up from your fall gracefully. You will make mistakes, get bruised and be hurt indefinitely. We will fail miserably, be embarrassed surely...say sorry, just say sorry and repent silently...But don't give up...stay strong and go on. Love unconditionally.

People will hate... people can be nasty... They would hurt you sometimes just intentionaly...
Words are painful..It cuts deep.. so never make the same mistakes I perhaps did...
Be mindful of your words, some would take it literally.
With social media looking for faults becomes a hobby...

Protect yourself don't fall for the trap..live offline with those who care... don't get deluded, don't you dare....the pain will be heavy for you to bear...
Have a conversation face to face... Experience moments in its real space...

Dear children, without knowledge and wisdom we are worthless... but then again we are nothing actually. We come from clay and semen perfected eventually. Realize we are nothing..own nothing, have nothing... we are weak beings you and me...

I love you so much...you may never comprehend...
All I ask from you is to love Allah so please understand...
Only with Allah in your heart and the akhirah as your goal, you can be InsyaAllah safe, sound and truly happy...

Having said that my dear babies,

Happiness is merely an illusion to me... for no hapiness in this world is absolute.. no happiness will remain.. happy days will pass...those sad days too..
Simply because nothing lasts forever...promise me you remember...
This honest advice from your mother...

I'm sorry my babies, wish I can do more..
May we meet in Jannah...
A place where no sadness shall remain...
May we be spared from being tied with chains...
The chains of regret because we didn't do more..begging to the angels to open the door,
The day where one would have truly have won...
The meting with our Rabb the only one...
The greatest victory ever...
And we won't leave just never...
For only then we deserve to smile triumphantly..
InsyaAllah this time babies...now that is for eternity...

Love,

Ummi

Friday, July 18, 2014

Sepertiga yang akhir

Salam wbt.


Allahu Rabbi..dah masuk sepuluh hari terakhir Ramadhan 1435. Sekejap sungguh masa berlalu dan kedatangan Ramadhan bakal tiba ke penghujungnya. Allah beri masa 30 hari untuk bersama bulan mulia bagi mencari diri serta redhaNya. Apakah telah aku jumpa?

Ujian datang dan pergi. Ujian Ramadhan kali ni tak kurang hebatnya. Moga inilah cara untuk lebih dekatkan diri dengan Dia, memohon dan meminta tanpa jemu dan tak putus asa. Tatkala dirasakan ujian kepada diri sendiri sudah besar, ternyata Allah menduga lebih lagi ke atas orang lain. Maka, bersyukurlah.

Dunia khususnya masyarakat beragama Islam, sangat-sangat terkesan dengan serangan Israel yang bertubi-tubi ke atas Gaza. Rakyat Palestin diperlakukan dengan kejam dan diuji hebat. Betapa besar jihad mereka mempertahankan tanah air tercinta. Ramai yang syahid menemui yang Esa. Tatkala kita berbuka puasa di dunia, mereka pula telah bergembira di syurga.

Duka masih belum hilang sepenuhnya dengan misteri kehilangan MH370, kini Malaysia diuji lagi dengan tragedi MH17. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui ya Allah. Lemahnya kami, hibanya hati mendapat khabar sebuah lagi kapal terbang milik negara terhempas di Ukraine kerana dipercayai telah ditembak oleh pihak pengganas. Meski tiada ahli keluarga serta kenalan yang terlibat, namun ia kehilangan yang amat besar dan terkesan di hati kami sebagai rakyat Malaysia.

Begitu banyak yang terjadi di dunia masa kini. Terkadang lelah walaupun hanya dalam memimpin diri sendiri untuk terus menapak mencari jalan yang diredhai. Ya Allah, beri kekuatan buat kami, tunjukkan jalan kebenaran, sinarkan hati kami dengan keimanan. Peliharalah kami dari kejahatan dan kemungkaran. Kau berikanlah kemanan buat Palestin, hancurkan rejim Zionis dan berikan kemenangan buat Islam. Kau berikan ketabahan buat keluarga serta kenalan para penumpang MH17. Jangan biar kami tersasar walau sedikit dari jalan Mu serta pimpinlah kami ke syurga Mu..Temukan kami dengan Lailatul Qadr dan ampunkanlah segala khilaf dan dosa kami. Mudah-mudahan kami tidak menjadi orang-orang yang rugi kerana tidak mengambil seluas-luas peluang yang Kau beri buat kami dalam bulan Ramadhan kali ini..

Ameen ya Rabbal 'Alamin..

Sunday, June 22, 2014

For the first time and forever

Salam wbt.

For the first time and forever....eh, chop! ni bukan lagu Love is an open door citer Frozen tu..hehe

Well, for the first time (so far) & forever (hope so) aku bawak balik keje ke rumah. Loser gila. Melanggar prinsip diri aku yang bila mana aku jejak kat rumah, segala mende yang ade kaitan dengan keje, opis dan yang sewaktu dengannya tak patut dilayan sama sekali!

Bukan ape, terpaksa. Ingat seronok ke time dah mula sindrom Monday Blues di hari Ahad ni, tetibe ko ngadap keje. Memang mengundang Monday Blues yang lebih hangat dari biasa la. Dah la aku dah masuk fasa tawar hati and cannot go dah dengan keje nih. But aku cuba jugak paksa relakan hati buat preparation untuk meeting esok. Bak tajuk drama yang tengah fofuler tu,"Kerna terpaksa aku relakan..."

Cakap pasal tawar hati, terpaksa bagai ni..memang tak syiok la kan pasal jadik ape yang ko buat tu kurang umphh and dah makin pudar keihklasan nya. Last last ko sendiri akan serabut pale otak and susah nak nampak kebaikan sesuatu mende tu. Kebetulan, aku jumpe satu quote dalam novel ni yg memang kena la dgn situasi aku sekarang. Ianya berbunyi:

"Hidup ni, kalau kau buat dalam keadaan terpaksa, kau akan sedar hidup ni menekan kau....*bla bla bla*...Kau nak ke hidup dalam keterpaksaan?"

Hamek! Kena batang hidung kembang aku. Letih ada rasa camni. Sumpah!

Anyway, nak tak nak selagi aku tak letak surat berenti, selagi aku ni bergelar kuli kat tempat keje skrg ni, tanggungjawab kena dilunaskan. Hari tu dah kaw2 ngamuk (dalam hati je lah) sebab tension asek dipersalahkan atas kesalahan org lain (takeover keje org, bile mende tu salah, ko plak yang dikatakan membuat kesalahan tu..pffftttttt), aku pun bila dah angkat kaki taknak la org lepas ni plak ngamuk coz kena tanggung my salah plak kan. Aku taknak la jadik orang yang aku sendiri tak suka. Cakap tak serupa bikin tu!

Gotta ciao, carik ketenangan and tido. Hope esok will be a good day for me. Tanak la hari-hari moody. Cepat tua plak kang. Dah la bujang trang tang tang lagi. Wish me luck and doakan aku jumpa jalan hidup yang lebih baik...

Thursday, May 29, 2014

Hint.

Salam wbt.

Phone call 1

Aku: Assalamualaikum mak..buatpe tu? (Dialog klise aku tetiap kali call mak)

Mak: Tengah buat gubahan hantaran ni.

Aku: Hah? Dah sape pulak nak kawen ni mak buat hanatran bagai.

Mak: Saja la..nak prektis. Mak kan kreatip (Ok, ni aku yg tambah..hahaha)

Aku: Prektis? *Terkedu*


Phone call 2

Aku: Assalamualaikummmmmm. Mak buatpe tu? (Kan dah kata klise..hak hak)

Mak: Tengah tanda kertas pekse student ni haa..

Aku: Amboi, baru start cuti kot mak. Rileks la.

Mak: Hang tak pi mana-mana ka? Kenuri ka? Kat sini banyak kenuri ni.

Aku: Tu la mak. Kawan Along pun ramai ajak p kenuri. Tapi Along pi Seremban kot minggu ni. Kenuri adik Atiyah. Ala, kawan Along yang kawen pak Arab tuuuu..

Mak: Owhhh haaa. Hang pi lagu mana?

Aku: Along amik tren komuter sampai sana, pastu Dibah mai amik pi ngan dia.

Mak: Ishh hang takpa ka? Depa tu semua ada pasangan. Satgi hang sorang-sorang.

Aku: Eh la, kenapa? Ok ja. Bukan lama pun. Takat pi makan kenuri ja kot..pastu balik la.



HAHAHAHA, Rasa lawak pulak mak aku cakap camtu. Tapi adakah ini hint beliau suruh aku kawen? Erk.



Tuesday, May 20, 2014

Tak suka!

Salam wbt.

2-3 bulan kebelakangan ni, aku tak suka sangat bila sampai tarikh dekat-dekat 20hb camtu. Memang rasa gedebak gedebuk (berdebar) je. Tak senang duduk dibuatnya.

Coz u know why? I have to be in the Management Meeting!!! Wuuuuuu. Don't like :(

Well, aku memang bermasalah sket bila bab-bab camni. Tak suka berdepan dengan ramai orang, kena cakap in front of people dan yang sewaktu dengannya. Eventho sebelum-sebelum ni bila berdepan dengan situasi camni, kebanyakannya turn alright in the end, rasa kurang keyakinan tu tetap hado uols.

Dah taktau nak buat cane. Bayangkanlah anak Datuk chairman tu pon gelabah nak kena masuk meeting sebab takut kena 'tiau' ngan bapak dia, inikan aku budak yang baru je kena join meeting and dahla yang buat akaun for that particular company. Mau kecut perut kalau kena soal.

Dalam meeting tu, semua orang besar-besar (bukan gemuk yee :P), berpengalaman, hebat, tapi aku? Wuwuwu, budak mentah yang baru bape bulan keje. Mau tak neves mak! Pastu serious je semua and boleh rasa la formal gila meeting tu hokayyy (Yelah, meeting kot, bukan dating). Dan yang lagi tak best, aku sorang je Melayu! Rasa cam makhluk asing..huuuu

Esok is gonna be the meeting for April. Baru je ingat takde sebab patutnya today. Dah start neves k. Harap-harap boleh tido lena la. Wish me luck! ;)

Sunday, May 18, 2014

Terbang tunduk

Salam wbt.




Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Thursday, May 1, 2014

1

Salam wbt.

Hari ni 1 Mei. Cuti umum sempena Hari Pekerja dan buat pertama kalinya aku benar-benar bercuti sebagai pekerja. Sebelum ni tumpang cuti je..hehe

Uisshh tak sangka dah dekat 9 bulan aku kerja. Dalam pada dok jemu, merungut, malas dan tak suka, aku masih bertahan. Moga aku terus diberi kekuatan dan keikhlasan.


Hari ni jugak jatuh hari pertama bulan Rejab. Menandakan Ramadhan hampir tiba. Aku awal-awal dah risau dan rasa sedih sebab Ramadhan kali ni entah macammana aku nak hadapi. Tak dapat bersama keluarga, terawih pun macam mana la. Huhu.

Anyway, jom doa banyak-banyak. Moga diberi keberkatan buat kita dalam bulan Rejab dan Syaaban serta Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan. Ameen.



Sunday, April 20, 2014

Kasi sembur

Salam wbt.

Aku rasa macam dah lama sangat pendam hal ni. So sekarang aku nak sembur keluar. Eventho aku tau cara ni tak membantu pun.

Kenapa eh, servis pengangkutan awam kat Malaysia ni still kat tahap yang tak memuaskan bagi aku. Kat sini aku nak cakapnye pasal bas. Pasal tren pada aku dah ok la, tahap yang tak buat aku sakit hati lagi.

Ko cuba pikir, apesal dia letak jadual bas kasi orang ramai (Baca: penumpang bas) tengok departure time bagai, tapi last last bus tak sampai on time. Tak kesahlah if delay kejap je, masalahnya lama. Letak jadual buat hiasan je ke? Bagi harapan palsu kat orang? Abes lari timing orang and buang masa orang je.

Lagi, dah la perkhidmatan tak kerap, pastu bila sekali nak jalan tu, boleh-boleh drebar bas tu nak sumbat perut bas tu sampai penumpang dah macam dalam tin sadin. Ko dah kenapa? Pikir keje ko senang sekali harung, tapi penumpang? Berhimpit, bersesak, bergumpal sesama sendiri. Nak-nak ramai orang asing lagi, ha memang dah ko macam tengah naik bus kat negara india ke hape. Sadis.

Pastu penah jugak aku perati drebar bas ni kekadang cara layan penumpang tu takleh nak baik sikit ke. Pantang betul aku kalau orang yang keje berkaitan servis dengan orang ramai tapi cara ko macam ko tengah handle mende tak hidup. Orang bukan machine bang oi. Ade hati, ade perasaan. Please la layan elok-elok. Ingat bas tu bapak ko punya?


P/S: Lega sikit dapat hambur keluar. Kalau tak sia-sia buat dosa dok menyumpah dalam hati. 

Tuesday, April 15, 2014

Ah.

Salam wbt.


.....
.....
.....
.....


Resah.

Gelisah.

Entah.

.....
.....
.....




:( :( :(

Monday, March 24, 2014

Kehilangan MH370; sebuah ujian.

Salam wbt.

Allahu. Sebak terasa di dada usai mendengar kenyataan di sidang media tergempar daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohamad Najib sebentar tadi.

"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.


Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time."



ENDS

Genap 17 hari, seluruh negara bahkan dunia menunggu terungkainya misteri kehilangan pesawat MH370 yang dijadualkan mendarat di Beijing namun tak kunjung tiba pada waktu yang ditetapkan. Pelbagai spekulasi dan andaian dibuat. Usaha mencari serta doa yang tidak putus-putus dilaksanakan. Malah dikatakan hampir mustahil untuk berlaku musibah kerna betapa hebatnya teknologi pesawat buatan manusia itu.

Namun. kuasa Allah lebih besar dan manusia seringkali terlupa. Antara salah satu ujian besar buat negara amnya dan keluarga mangsa khususnya. Mac 2014 mencatat bukan sahaja satu ujian, malah beberapa siri ujian sebagai peringatan buat kita. Mudah-mudahan Dia terus membimbing kita untuk berada atas jalan yang benar.

Berikan kekuatan buat keluarga mereka yang terlibat yang Allah..berikan keselamatan buat mereka yang menganggotai misi menyelamat dan mencari pesawat serta isinya yang hilang..berikan kami petunjuk serta hidayahMu..sesungguhnya tiada daya dan kekuatan pada diri kami melainkan hanya Engkau sahaja yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Daripada Engkau kami datang, dan kepada Engkau jualah kami kembali..Moga kami semua redha dengan ketentuanMu walau apapun titik noktah kepada misteri kehilangan ini..Ameen ya Rabbal Alamin..



Sunday, March 23, 2014

Maraton

Salam wbt.

Alhamdulillah, another weekend yang di fully utilised and maximised and maratonised. Eh.

Yang pasti bukanlah weekend ni dipenuhi dengan larian maraton mahupun maraton drama seperti yang dibayangkan, tetapi maraton makan-makan kenduri. Hehehe. Macam biasa, aku antara ahli tetap ke rombongan kenduri-kendara kawan-kawan aku.

This time, rombongan cik yah kami menghala ke selatan tanah air nun di Pontian sana. Berempat menaiki kereta Myvi merah jambu, antara ahli rombongan adalah aku, Mira, Shakirah & Raihan. Weols siap bersemangat amik half day demi memberi liputan live pernikahan dan resepsi majlis sahabat tercinta cik Fatin Zuaini yang kini bergelar PUAN ye.

Wedding Puan Fatin Zuaini di Pengkalan Raja, Pontian 220314

I'm always love pegi rombongan camni sebab boleh spend time together gether ngan my frens along the way. And then tengok kebahagiaan yang terserlah di wajah sang pengantin is so priceless :') Mengharapkan berkat yang sama buat kami yang masih belia remaja lagi masih belum berpunya..wakaka :P

Balik from Johor, kami singgah pula ke Gombak menghadiri majlis seorang lagi sahabat iaitu Puan Aini Yunos. Berkesempatan juga bertemu beberapa orang sahabat lama.

Di majlis kenduri Puan Aini Yunos pula di Gombak 230314

Yang pentingnya, kali ni punya kenduri, ada dua lesson learnt buat aku. First, don't ever put the iron straight on the clothes. Tahniah buat diri sendiri sebab tak menguji tahap kepanasan iron terlebih dahulu lalu selamatlah satu kain baju kurung menghasilkan lobang -__-"

Second, jangan gatai nak pakai kasut yang kekonon suweet bertali bercangkuk bagai kalau pi kenduri yang dibuat kat rumah sebab payah oii nak bukak and pakai balik kasut tu. Orang dah siap, hang duk terkial-kial lagi depan pintu dengan kasut hang tu. Haishh.

Apapun, mabrouk alaikum sahabat-sahabat yang telah selamat diijabkabulkan. Moga berbahagia sampai ke syurgaNya..ameen. Yang pastinya, aku bahagia kerna dapat ke butik TudungPeople buat pertama kalinya. Eheh.

Nampak tak sinar kebahagiaan kami? Haha


Saturday, February 15, 2014

Masa untuk aku

Salam wbt.

Hari ni aku ber'me' time. Duk sorang-sorang dalam bilik. Pandang dinding, siling, kipas dan benda-benda kaku. Tak bersosial.

Tapi semacam ada rasa lega dan gembira. Sambil melepak usap-usap teddy bear, sempat la berangan sikit, pikir-pikir soal hidup dan masa depan. Dalam pada tu pegi tonton cerita yang berfaedah buat membuka mata. Penat tengok drama. Way too different compared to reality. Buat angan-angan tambah menggunung tinggi je. Pastu pelamin anganku musnah. Dush.

Tak lupa juga, selit-selit dengan membaca. Sekarang aku tukar angin sikit. Baca buku indie. Interesting and lain macam sikit feel dia. Penulisan yang lebih realistik, sarkastik, jujur and ada isi. Cuma tang bahasa tu kureng sikit la. Tapi boleh buat aku gelak kira okay jugak tu.

Bateri semangat pun agak-agak cam dah low. Tu tanda kena recharge dengan balik kampung ngadap muka mak ayah. Thinking of going back at the end of the month. Biar settle keje, pastu pegi makan besar. Hahaha.

Eh, tulis blog kira bersosial ke? K, bye.





Thursday, January 23, 2014

Why so serious?

Salam wbt.

I wonder why, makin dewasa ni, makin cepat homesick. Mengada ke? Hahaha. Padahal baru je balik Gurun last week. Siap amik cuti sebab nak enjoy lama-lama.

These two three days, tak la rasa sangat eventho on the day balik KL balik rasa cam tak best sangat, tak puas. Tapi hari ni, tiba-tiba rasa homesick membuak-buak balik. Siap teringat tempe goreng tepung mak yang sedap terbabow tu lagi. And teringat cucuq cempedak. Apakah? Wuwuwu..

Mak aih..sedapnya..*ayaqliuqleleh*

Kesimpulan yang aku dapat buat ialah, aku tak berapa nak happy tinggal kat sini. Rumah yang aku tinggal sekarang memang more less cam tempat berteduh sebab senang nak g keje. Ada housemates tapi semua jenis buat hal sendiri. Tak best kan kan kan?

Pastu pulak, pesen orang yang cepat rasa bosan macam aku ni, dah start la rasa,''Ish, cam tak best la keje aku ni." Ha sudah. Orang lain tahan keje bertahun, yang aku ni baru berapa bulan dah bosan. Maybe sebab keje macam aku ni mengadap nombor tetiap hari. Pastu duduk je dalam opis tu. Sampai ada sorang abang ni tegur,"Abang tengok korang Accounts Exec nih, serious je semua. Ha cuba senyum sikit.."

Senyum gitu haa..comel je 

Ntahla. Aku pun kalau boleh tanak la nampak serious sangat. Jeles tengok diorang bergelak ketawa kat luar tu. Tapi pengaruh persekitaran account department tulah..Lepas ni pindah opis, yang tempatkan semua account exec je semua..confirm stress in the air..huwaaaa

Dulu ade la berangan, kalau boleh nak keje yang boleh pegi travel, bukan terperuk dalam opis je. Kekonon businesswoman la? Haha. Takpun keje kat cafe ke, buat kek ke, keje kat syarikat buku ke, best jugak. Tapi nasib badan dah ko belajar akaun, ha nah buat akaun!

Aip! Kata tanak mengurut dah. Eh merungut. Ingat, kena banyak sabar dan belajar. Indeed, He knows best. Mungkin ni benda yang aku tak suka tapi ada hikmah dan kebaikan yang aku akan dapat. Mudah-mudahan satu hari nanti Dia tunjuk jalan dan temukan aku dengan benda yang aku betul-betul suka dan enjoy. Ameen.

Friday, January 10, 2014

I'm 25

Salam wbt.



Alhamdulillah, genap 25 tahun sudah ;) Eventho memula rasa macam dah tua sangat, somehow rasa lawa pulak umur tu..haha. Now that I'm a year older, hoping that I'll be a year wiser.

Dah masuk silver jubilee anniversary ni, aku punya harapan dan impian sama je dengan apa yang dah aku azamkan masa masuk tahun baru hari tu. InsyaAllah, nak jadi a better person in every aspect of life.

Ramai yang wish dan doakan yang baik-baik sempena birthday aku. Terima kasih banyak-banyak. Moga Allah makbulkan doa kalian dan balas dengan kebaikan yang sama buat semua..ameen..

Hujung tahun lepas, aku ada la baca satu artikel ni. Very interesting & quite inspiring especially sebab ada kena mengena dengan 25 tahun kan..ehehe..So, agak sesuai dengan aku and bolehlah try praktikkan.

**********


So, extracted some things from the lists, I really hope that these are the things that I can do / start to do from this year and on:

1. Learn to love myself before getting into relationship. 

2. If I love someone, tell them, especially my family members & friends. Coz they mean the world to me.

3. Spend more time with my parents. As I get older, so do them. (I wish I can selalu balik rumah to see them :'))

4. Keep reminding myself, "Nadiah, it's ok if you're not in a relationship, even if everyone else around you is getting engaged and married. Do not settle just because you think you should." Chillex. Enjoy every moment. Keep believing that the time is yet to come with His permission :)

5. While I'm young and mobile, I should have been travel the world (of course la depends on my budget & time..hehe). Don't wait for retirement coz who knows I'll be alive for that? Haa, gitu. Teringat one of my friends yang dah kawen and ada anak said, "Korang ni, yang muda-muda, single mingle ni, pegi travel. Every months pun takpe (amboi kak :P). Nanti dah macam I ni, susah dah nak pegi mana-mana..."

6. Bad days do not last forever, neither do good days. I have to learn handling the situation during the bad times and cherish all the good times. Yosh!

7. Do not plan my life out according to a time table. I never know when life will throw a curve ball at myself.

8. Each person that I've encountered with in my life has played some type of role which I've grown as a person. Do not forget them. InsyaAllah I won't.

9. Do not stress over situations in my life that can't be controlled. It's easier said than done, but it's something to learn to handle as young adults. Life is never going to get any easier.

10. Do not COMPARE my life to the lives of others. I'll NEVER be happy. True indeed. Just be thankful with what I have and if I have a job that pays enough for me to pay my bills, be grateful for that job.

11. Make a conscious effort to be LESS MATERIALISTIC. Life is not just about MONEY & MATERIAL. Find it's value instead.

12. If I'm making more than an average person, help those that are less fortunate than I am.

13. Social media is great, but don't invest so much of my time on it.

14. I gotta take care of my body, beauty & health. I'll never know what will happen in the future. Eat well, drink a lot of plain water, do exercise. Yeah, trying..hehe.

15. Failure just makes me stronger. I'll be able to say that I've experienced rough times that made me into what am I today.

16. Learn to make my own decisions. It's good to ask for advice from my peers, but at the end of the day, learn to take the risk on my own terms.

17. Try different foods from different cultures. Respect the fact if someone doesn't like what you like. Hope that I'll have geng for 'jalan-jalan cari makan' coz I really want to explore & try out different kind of foodssss. I love eating! :D

18. Who I was at 20 doesn't define who am I at 25. My mentality change as I explore more of life. Ecece. Harap-harapnya dah bertambah matang untuk menilai ertinya hidup.

19. Love what I do for a living. Not everyone love their jobs, but this is the time to figure out what I'm passionate about. Take the risk to try something new. Yesza, I will..insyaAllah. Hurm, what do I like eh?

20. This one is from myself, I want to improve in my communication skill. I think I'm quite sucks in it..haha.

**********

Last but not least, meh la kita renungkan pesanan khidmat masyarakat from pakcik Abraham Lincoln ni :

" and in the end, it's not the year in ur life that count. It's the life in ur years."

Saturday, January 4, 2014

Wedding-Reunion

Salam wbt.

Such a special day it is. The first wedding of a friend in 2014. Also, it's time to have reunion with friends!

Some of the Kent Uni generations who are coming on Aneesah's big day.

Tell ya, on Aneesah's wedding yang paling ramai budak Kent turun coz most of us are in KL..hehe. So it's kinda reunion paling besar we have so far after evrybody has came back for good.

Me and Wahidah with our kakak Dibah yang boleh dikatakan newlyweds jugak..hehe

The gurlssssssss

We have so much fun and happy to see each others. Some of us, we haven't met for quite some time. So this is the time to tanya khabar, gossip sikit, sharing about life etc. We get to know some Kentians from different generations too!

Me and pretty Aneesah :)

It's a beautiful wedding. With pretty bride & groom; our dear Aneesah & Zakwan, alunan zikir, recitation of Quran and so many guests coming to celebrate the couple. The foods are also soooooo goooodd, burp! Alhamdulillah :)

The newlyweds with Mama & Aunty Azmah.

To Aneesah & Zakwan, mabrouk alaikuma wa barakallahulakuma! Both of you are such a perfect match. May Allah bless ur marriage & keep loving each others every seconds till jannah insyaAllah, Allahumma ameen..

We are indeed so happy for both of you :')


Wednesday, January 1, 2014

A brand new start; Hello 2014!

Salam wbt.

So here we are in a brand new year, 2014. Happy New Year everyone!

Macam biasa, setiap kali tahun baru kita mesti harapkan yang tahun tu akan jadi tahun yang lebih baik dari yang sebelumnya. Moga-moga tercapai segala yang diharapkan, diimpikan, diazamkan dan yang dicita-citakan :)

Azam tahun baru, pastinya ada untuk each and every aspect of life. Yang paling first terlintas kat kepala; NAK KAWEN! Hahaha. Memang kepala otak tak reti pikir mende lain ke hape. Semua sebab pengaruh rakan sebaya. Eh. :P

Mungkin azam tu agak idealistik untuk aku yang belum ada calon pun, but its okay since azam boleh dibawa dari tahun ke tahun what. Tapi lagi baik pilih azam yang realistik sebab tu yang akan menunujukkan pencapaian kita and perubahan apakah yang kita buat bila kita makin dewasa. Ha gitu.

Jadinya, jom kita-kita semua ni have a fresh good start in 2014 and usaha sehabis baik untuk realisasikan azam kita tu. Then doa banyak-banyak supaya dapat tercapai.

We celebrate the 1st day of 2014 with Tupperware party..hahaha.
Hope for more colourful & happiness in our lives yo!