Salam wbt.
Wokeyh, nak sambung ceghita jalan-jalan hari tu sebelum basi. So, basically kami di Kelantan dan Terengganu taklah lama, cuma dalam 3-4 hari je. Bermalam 2 hari di Kelantan; which is kat Tanah Merah (berdekatan tempat kenduri) and kat Kota Bharu (dalam dua blok dengan Pasar Besar Siti Khadijah). Kat Terengganu we spent just a night kat homestay sedara di Kuala Terengganu.
Since macam banyak benda aku nak share *konon*, I would like to write in point form lah. Senang sikit..hehe. I will start off dengan negeri Kelate deh ;)
1) Makanan
Fuh fuh fuh..food memang agak heaven kalau diikutkan. Tapi aku takdelah sempat try macam-macam pun since kejap je kat sana kan. Yang wajib makan of course nasik kerabu and nasi dagang. Kelantan ni memang famous dengan nasi yang pelbagai jenis sebab orang-orangnya memang suka makan nasi. Breakfast je dah start makan nasik berlauk, makan berat-berat. Tapi yang aku lawaknya, kami siap makan nasik impit+sate kot ada sekali time breakfast gara-gara ayah tak paham penjual tu kecek. Tapi takpe, kami makan je..haha.
Time pegi Pasar Besar Siti Khadijah yang femes tu, memang agak terkejut la aku tengok makanan and kuih-muih yang dijual untuk breakfast. Penuh satu meja, colourful, banyak jenis sampai tak tau nak beli apa. Since aku ni jenis yang tak berani sangat nak mencuba, aku beli nasik kerabu je..hee. Pastu mak beli kuih akok (kuih tradisional Kelantan) sikit. Kat situ pun, mak shopping makanan je untuk bawak balik Kedah. Antara yang mak beli termasuklah laksam, cili untuk buat solok lada, beras nasi dagang daaaannnnn keropok! Makanya, balik je Kedah, 2-3 hari kami still makan makanan Kelantan. Mak buat laksam, nasi kerabu and nasi dagang y'all. Semua jadi and sedaaapppppp! Mak memang terer masak.. :)
 |
Suasana kat dalam pasar Siti Khadijah. |
 |
Antara kuih-kuih kering yang dijual. |
Selain tu, makanan lain yang aku rasa agak femes and selalu nampak orang jual ialah nasi kukus (yang ni kalau amik lauk ayam, portion ayam dia besar gila k. 1/4 kot! Tekezut i :P), udang galah (perghhh, besaq gila weiii. Mampu terliur je lah. Mahai.), coconut shake, belut (sup la yang femes) dan tuak (huh? Negeri Islam ade tuak? Woooo..rupanya tual tu nira. Tapi nira kat sini amik from kelapa, bukan macam nira kat Kedah amik dari nipah).
 |
Jangan tekejut kalau hangpa nampak banyak gerai jual tuak kat sana..haha |
 |
Cili for solok lada yang mak beli tuu |
 |
Ni la nasik kerabu hat mak aku buat. Memang terangkat ok! |
2) Budaya
Budaya orang Kelantan, diorang ni suka meniaga. Kedai memang sangat banyak and yang penting korang, peniaga-peniaga memang majoriti orang Melayu. Kedai apa pun, daripada workshop, kedai perabot, kedai letrik sume Melayu punya. Kalau kat negeri lain biasanya kaum lain yang kuasai perniagaan jenis-jenis camtu. Kalau orang Kelantan yang berhijrah ke luar pun, biasanya diorang ni jenis yang buat bisnes. Ikut sunnah nabi kot. Baguslah. Padan la kaya-kaya jugak. Rumah kebanyakannya banglo sesaja. Uniknya pulak rumah diorang, akan ada menara khas (ala-ala menara tempat azan masjid tu) untuk letak tangki air.

Orang perempuan di Kelantan pulak kalau diperhatikan, ayu-ayu belaka dan lemah lembut. Tu salah satu sebab diorang boleh berniaga, kata ayah la..hehe. Yang lelaki, kalau dulu-dulu dikatakan mereka ni jenis yang suka biar orang perempuan yang bekerja dan ego dorang lebih tinggi compare to lelaki negeri lain. Tak tau lah kesahihannya. Tapi tu dulu, lelaki Kelantan sekarang bagus-bagus insyaAllah :)
Dah kalau datang sini, memang secara otomatiknya aku tend tu ter kecek kelate gak sket-sket walaupun aku tau buruk benor bunyinya. Mana taknya, dorang memang takkan kecek luar la kan. Ko paham ke tak, nasib ahh. Even kalau kat luar Kelantan pun dorg suka kecek bahasa sendiri. Tapi aku tak kisah. Aku agak suka bahasa dorg. Comey..hehe.
3) Suasana
Time aku pegi hari tu, Kelantan dah jadi cam KL okay. Orang kata kalau nak tengok time raya kat sana camtulah. Sesak sangat jalan sampai sangkut berjam-jam jugaklah. Cuti sekolah kan, ramai yang datang Kelantan bercuti agaknya. Tengok no plat kereta sume keta luar. Jarang la aku tengok yang no platnya huruf D kat depan. Kiranya, Kelantan antara negeri favourite untuk dilawati la. Suasana aman damai. Masa kat Kota Bharu tu, aku perasan ada la dengar cam zikir-zikir or ceramah gitu dipasang kat masjid berdekatan sampai dengarlah kat luar even time tengah shopping kat pasar tu.
Mall besar-besar memang takde. KB Mall tu pun bukannya besar mana pun. Tapi hidup je orang kat sana. Kat sana banyak pasar-pasar ala-ala pasar Siti Khadijah tu. Ada yang dipanggil Wakaf contohnya Wakaf Cik Yeh and ada yang dipanggil Bazar contohnya Bazar Tok Guru. Memang suasana berjual-beli tu merata-rata lah kat sana.
**********
Laa tu je rupenye citer aku. Ingat banyak sangat. Eheh. Kalau stay lagi lama, lagi banyak kot aku tau pasal Kelantan ni. Anyway, tu pun aku dah agak enjoy. At least aku dah penah jejak kaki kat sana and aku memang harap aku dapat pegi lagi, insyaAllah.
Pasal Terengganu in the next post lah pulak. Macam dah panjang sangat tulis kat sini..heee. Ambo kelik dulu deh ;)
P/s: Gambar pun tak banyak kat Kelantan. Aku lebih enjoy tengok semua benda secara 'live'. Dah lama tak amik gambar jadi malas pulak.