Saturday, December 31, 2011

Melambai 2011

Salam wbt,

Setahun kini sudah berlalu. 2011 bakal ditinggalkan dengan pelbagai memori dan kenangan, suka duka, pahit manis, tauladan dan sempadan.

2012 tiba dengan sesuatu yang masih belum pasti. Hanya harapan baru terilham dan doa tersemat agar tahun yang baru bakal menjadi tahun yang lebih baik dan bermakna dalam meneruskan perjalanan dalam kerangka sebuah kehidupan.

Kini kutinggalkan 2011 dan ku melangkah ke 2012. Moga senantiasa dalam keberkatan dan perlindunganNya, ameen..

Bismillahirrahmanirrahim...



P/s: Banyak perkara yang berlaku di sepanjang 2011 dan sesetengahnya agak signifikan dalam kehidupan aku. Pesan untuk diri, "Ambillah apa yg baik pada setiap perkara yang telah berlaku dan teruskan langkahan. Tinggalkan semua yg menyekat perjalananku dan ambil pengajaran."

P/p/s: Terbukti aku agak 'kurang rajin' menulis sepanjang 2011 ini. Blog posts 2011 adalah yg paling sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya :P

Monday, December 19, 2011

Seindah hiasan

Salam wbt,

"Solehah bukan omongan KOSONG.
Solehah itu harus diCARI dan solehah tidak datang SENDIRI.
Kita, wanita biasa harus menjejaki SOLEHAH..

Kerana terdidik kita, terdidik ummah! "


Allahu Allah..bimbing kami ke arah redhaMu dan jadikan kami wanita yang berusaha untuk menjadi yang solehah..ameen..

Sunday, December 18, 2011

Winter Break 2011

Salam wbt,

Alhamdulillah, the stressful time has past and now its time for a holiday! :D

I must admit that being a final year student is not easy. Too many things to be think of, to be done and to be taken into count.

That's why we (me and friends) are so happy when the winter break comes! It's really a good time for us to relax, travel and take a breath before we continue with our studies next term.

Since this is my final year, this winter break will be the last one for me. InsyaAllah, I will try to maximise this free time with something beneficial and will spend more time with friends. So, the first week of my holiday will be spend on this ---->

:: PUISI '11 ::
InsyaAllah, tonight me and the other seven of my friends will be going to the airport and will be catch up our flight tomorrow morning to Ireland. We gonna be there for a week, to visit some places such as Dublin, Galway and Belfast. Then, on the 23rd, we'll be joining a yearly winter gathering in Belfast which is called PUISI (Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland). The program will be in academy format with the theme of Sultan Muhammad Al Fateh leadership. To be honest, I'm quite looking forward to this program as I really want to know more about Al Fateh who was a well known man in the Islamic history. He was the one who managed to lead his peoples to open the Constantinople (now Istanbul) and that was the glory time for Islam. 


About the same time of PUISI, insyaAllah there is another winter gathering which will be held in Devon. I used to go to this winter gathering for two times already and I must say that it is one of the best program I've joined ever. If only it is held at different time, I will surely come and join the program as well. FUiYO is where I get so many good experiences and having so many sweet memories at. With the theme of "Pelayaran Ibnu Battutah", FUiYO will surely promise a great experience for the participants, insyaAllah. Anyway, by not being there doesn't mean that I cannot support the event. InsyaAllah, my pray will always for the success of FUiYO :)

Well, I must remind myself that it is not the places we go that matter so much, but what are we going to get and do there is the most important thing. May we have the right intention in everything we do and may Allah always guide us to the right path. Wallahua'lam.

************

P/s: See you in a week time! May Allah ease and bless our journey, ameen.. 
Enjoy these trailers! ;)

Friday, December 16, 2011

We teach life, sir

Salam wbt,

Sebuah puisi mengenai perjuangan rakyat Palestin. Dengarkan dan hayati bait-baitnya.

*********

"no matter how good my English gets
no sound-bite , no sound-bite , no sound-bite , no sound-bite will bring them back to life
no sound-bite , will fix this
we teach life , sir
we teach life , sir
we -palestinians- wake up every morning to teach rest of the world life , sir ."

Friday, December 9, 2011

Menjadi milik orang :)

Salam wbt,


Haa, tetiba keluar lagu pengantin baru ni..kenapakah? Ehehe ;)

9 Disember 2011, jam 10 pagi Malaysia bakal mencatatkan sebuah lembaran baru buat sahabat tersayang. Tak sangka begitu cepat masa berlalu dan kini kau bakal menjadi suri hidup seseorang. Sebagai sahabat, aku pastinya berasa gembira untuk dirimu. Moga kau beroleh bahagia yang dicari, mendapat ketenangan di hati, senantiasa ditemani insan yang menyayangi dan beroleh keberkatan dalam rumah tangga yang dilayari dari dunia sampai akhirat.

Sedih kerana tak dapat menghadiri hari pernikahanmu, namun percayalah, doa kami di sini senantiasa bersama kalian. Moga diberi kelancaran sepanjang majlis serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Buat sahabatku Arfah Nabilah,


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير ×2

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru dearie!
Moga menjadi isteri yang solehah, penyejuk mata dan penajam fikiran buat sang suami.


P/s: Jangan lupa kitorg k? Janji buat kenduri second time masa kitorg balik Msia nnti..ehehehe :P

Thursday, December 8, 2011

Satu Amanah

Salam wbt,


Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

Tuesday, December 6, 2011

Ala tomei-tomei :D

Salam wbt,




















Suddenly I'm sooo missing these kiddos :')
Kids are among the special creations Allah has created in this world.
They love to learn something new and they make us learning as well.
They are so cute, adorable, lovely, innocent and easily make our hearts melt.
Smiles are always on their faces, and we can see their sincerity.
The best thing is that, they don't have to think about problems as we, adults have.
Oh! How I wish I could go back to my childhood times...


Monday, December 5, 2011

Egois

Salam wbt,

Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman

Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan

Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan

Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan



P/s: Mungkinkah aku kadangkala ego tanpa aku sedari? Hindarkanlah aku dari menjadi sang egois ya Allah ya Tuhanku :'(

Friday, December 2, 2011

Sifat anak yang soleh :)

Salam wbt,


Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh


:: NOTA BUAT DIRI ::
- Allahu Allah, pada sifat anak soleh tu pun boleh dilihat dah terangkum ciri-ciri seorang Muslim sejati. Jangan ingat anak soleh tu sifatnya hanya perlu berbakti pada ibu bapa semata-mata sedangkan ianya lebih dari itu.
- Moga Allah bantu dan beri peluang untuk tingkatkan diri dan menjadi anak yang solehah, penyejuk mata ayah bonda sekaligus menjadi hamba yang bertaqwa dan diredhaiNya..ameen :)

Thursday, December 1, 2011

Cas bateri

Salam wbt,

Saat aku menaip entry ni, perasaan nak update blog tiba-tiba membuak-buak. Entah kenapa. Malam ni pun agak hyper terlebih sampai update status (or lebih kepada share lagu dan video mungkin) berturut-turut di facebook. Kenapa entah.

Sedang esok aku bakal menjawab satu test untuk module Taxation, kala itulah titik fokus mula hilang. Dia main cak cak. Tenggelam timbul, tenggelam timbul. Haihh..biasanya camtu la, bila nak test ke, nak exam ke, aku perasan yang aku senang sangat kehilangan si fokus tu. Fikiran nak menerawang je keje. Berangan tak sudah-sudah.

Haa, since dah dapat tulis ni. Rasa dah lega sikit..haha. Mujur ada video ni, dapatlah insafkan diri jap. Jom layan sama-sama. Betulkan niat dan tingkatkan semangat. Chiayok! ^^


P/s: Fokus. Fokus. Fokus.

Wednesday, November 30, 2011

The last Autumn :')

Salam wbt,

"Leaves falling down..and autumn is the month of red, gold and brown.."

Perhaps, this is my last autumn. And the autumn will always be in my heart :)

Thank you Allah for giving me the chance to experience the beautiful of Autumn.

Moga hati ini tidak kering layu seperti keringnya dedaunan itu, tetapi senantiasa mekar memuji dan mengingatiMu..








Tuesday, November 29, 2011

Perjalanan Hidup

Salam wbt,

Superb song and superb vocal by Ramli Sarip.
Layan ~


Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Aku setia hanya padamu
Aku setia hanya padamu

Sunday, November 27, 2011

Teringat

Salam wbt,

Tiba-tiba teringatkan seseorang. Lantas teringat lagu yang pernah diberikan pada aku. Terus carik kat Youtube..hehe ;)

Haa, nilah dia. Lagu nyanyian Yasin. Memang best. Dan bermakna.


Dah tu, terlayan sekali lagu-lagu Yasin yang lain. Satu lagi lagu yang memikat qalbu ialah lagu Terbang Tinggi. Memang buat aku rasa nak terbang lah! Hehe.. :P Nyanyi jom! ;)


Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya?

Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki
Cuba mendaki sejauh lelangit yang tinggi
Seperti mereka yang telah merasa
Terbang tinggi apa pengertiannya

Hidupnya bagaikan insan yang asing
Si musafir berkelana di bumi yang lain
Tiada bermegah tidak terlalu lemah
Sebaik perkara yang sederhana

Kau takkan hidup dengan pujian manusia
Atau mati dengan cacian mereka
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka

Jangan kesal jangan sesal dengan siapa sebenarnya kita
Dan terbang tinggi di langit yang luas
Terima dirimu seadanya

Jangan caci pada si dia hina
Jangan benci pada yang tak mengertinya
Kasihanilah dia yang tak menghayatinya
Jangan takut kiranya kau berbeza

Perbezaanya kita ilmu dan sikah
Mungkin kelak kau akn mengertinya
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka

Jangan sesal jangan kesal
Jangan kesal jangan sesal
Terima dirimu seadanya
Dan terbang tinggi dilangit yg luas

*****************

P/s: Rindu kat si pemberi lagu :'(

Friday, November 25, 2011

Ku selak lembaran baru

Salam wbt,

Lama sungguh rasanya tak menulis (Uishh, memang lama pun. Jika dihitung, ada la dekat enam bulan jugak..huhu). Dah lama menyimpan hasrat di hati untuk kembali menulis namun baru hari ini berpeluang menunaikannya. Barangkali terlalu banyak yang difikirkan dan terlalu banyak yang ingin dikisahkan hingga akhirnya, semua hanya dipendam di benak dan minda.

Alhamdulillah, buat kesekian kalinya Allah beri kita semua peluang sekali lagi untuk bernafas dan melangkah ke tahun yang baru. Salam Maal Hijrah 1433 buat semua. Ayat biasa yang perlu direnung secara luar biasa ; "Moga tahun ini merupakan tahun yang lebih baik dari yang sebelumnya." Pastinya kita semua menyimpan hasrat dan azam untuk menjadi yang lebih baik tatkala melangkahnya kita ke tahun yang baru ini. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan dan mempermudahkan kita dalam melaksanakan semua hasrat dan azam tersebut. Pasakkan dalam hati kita bahawa hijrah ini demi mencari cinta dan redhaNya, bukan kerana yang selainNya.

Benar, hijrah itu memang susah. Hijrah itu memang payah. Tapi kalau hijrah itu kerana menuju Allah. InsyaAllah di penghujungnya pasti ada hikmah dan hasanah.

********************

DOA AKHIR TAHUN

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim

Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.

Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

DOA AWAL TAHUN

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

*********************

Perkenankanlah ya Allah..Ameen ya Rabbal 'Alamin...


Tuesday, May 31, 2011

Jangan Kau Berputus Asa!

Salam wbt,




Gerbang mu terbuka mencabar ku 
Melangkah menurut rasa rindu 
Biar pun nanti antara kita 
Ada yang mungkin terkorban 
Biar pun nanti kita terhukum 
Kerana melanggar kebiasaan 

Cinta tak pandang 
Tak kira siapa 
Ia kan mencuba 
Selagi mana pencinta 
Terdaya menahannya 
Dia akan dicuba 

Sebelum gugur tercalar jiwa parah 
Jangan kau gugurkan airmata 
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa 
Jangan kau berputus asa 

Nada mu menangis menduga ku 
Dekati dirimu yang ku rindu 
Biarpun nanti antara kita 
Ada yang mungkin menyesal 
Biarpun nanti kita terpaksa 
Membayar harga yang tak setimpal

Wednesday, May 25, 2011

Valley of The Wolves Palestine

Salam wbt,

Seems like I'm too lazy to update my blog nowadays. 

Just don't feel like writing much and only love to share videos at the moment.

Here, I recommend you to watch this movie. A movie of a real situation happens in Palestine.

Let's keep praying for them, our brothers and sisters. May Allah give them strength and insyaAllah, 

one day Palestine will be free. Viva Palestine! Allahuakbar!

Tuesday, May 24, 2011

KebesaranMu

Salam wbt,




Kau tempatku mengadu hati

memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati
*courtesy of LirikLuIndonesia.net
ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup



Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan


kebesaran-Mu Tuhan

Friday, May 20, 2011

Bukan niatku :'(

Salam.



Berjanji ku
Disuatu ketika
Bahwa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa 
Cuba memalingku dari jalan bahgia
Ooo...

Ternyatalah perjalanan ini 
Tidak semudah yang ku tafsirkan 
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Mungkinkan ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Saturday, April 30, 2011

Sentiasa BOLEH!

Salam wbt,

Tak tahan godaan. Nak share gak lagu baru UNIQ yang best ni.

Ingat,

"siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa BOLEH!"

Allahuakbar! ^^




P/s: Ohoo, baru tau rupenye lagu ni dinyanyikan semula oleh UNIQ. Lagu asal bertajuk: UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH :)

Thursday, April 28, 2011

Peperangan mata pena

Salam wbt.

Kembali buat seketika. Melihat kepada senggang masa antara post ini dan post sebelumnya, menunjukkan komitmen menulis yang kian pudar.

Masih berada dalam cuti Easter, namun 'cuti yang tidak berapa nak cuti' itu membuatkan aku malas nak bercerita tentang apa yang telah berlaku sepanjang cuti ini mahupun share anything sedangkan takdelah susah pun kalau setakat update blog dengan lagu atau video dari Youtube.

Kurang dari 2 minggu lagi peperangan mata penaku bakal bermula. Cukup bersedia? Errr...pokoknya masih berusaha selagi masa masih ada. Dah rasa macam takde life pun ada. Kebanyakan masa dihabiskan di bilik. Jumpa orang pun jarang, boleh tak? Macam kera sumbang pun ada...adehhh.. ( Sebab study last minutes gak la nih..    -.-" )

Anyway, jangan merungut dan mengeluh. Life must go on. Teringat kata-kata seorang kakak kepadaku masa nak PMR dulu. "Buat sehabis baik walau di titik terakhir!". Selagi ada masa, teruskan usaha. Jangan lupa untuk berdoa dan mohon kekuatan daripadaNya. Kejayaan tu kan milik Allah dan Dia boleh bagi pada sesiapa yang dikehendaki. Pokoknya, usaha,doa dan tawakkal.

Buat diri-sendiri dan sahabat-sahabatku, selamat berimtihan dan salam perjuangan! Moga Allah permudahkan urusan kita sebelum, semasa dan selepas peperiksaan, insyaAllah. Maattaufiq wanNajah :)




So by mercy from Allah , [O Muhammad], you were lenient with them. And if you had been rude [in speech] and harsh in heart, they would have disbanded from about you. So pardon them and ask forgiveness for them and consult them in the matter. And when you have decided, then rely upon Allah . Indeed, Allah loves those who rely [upon Him]. (Ali Imraan : 159 )

P/s: Highlighted ayat is my favourite ayat. "Apabila engkau telah berazam, maka bertwakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya" :)

P/p/s: InsyaAllah bakal kembali selepas exam. Lots of thing to do!

Wednesday, April 6, 2011

Insan Taqwa ~

Salam wbt,

Lagu yang dah lama dicari-cari. 

Pertama kali dengar masa Karnival Asrama Harian Daerah Larut Matang & Selama 2003.

Nostalgia pada aku. Tapi yang penting hayati liriknya dan ambil iktibar.

Mari jadi insan bertaqwa! ^^



Ramai manusia yang
Yang hidup di dunia ini
Berbagai cara dan gaya yang tersendiri
Ada yang ingin bertuhan
Ada yang tak memerlukannya
Namun kita sebenarnya
Allah yang punya

Bertuhankan Allah
Yang sebenar-benarnya 2x

Kita ini manusia
Tak lepas dari salahnya
Tapi hendaklah sentiasa
Kembali kepada-Nya
Tuhan itu Pengasih
Tuhan itu Penyayang
Dia Maha Pengampun segala dosa

Bermohonlah ampun
Dari segala dosa 2x

C/o
Allah itu Tuhan kita
Wajiblah disembah
Rezeki kita di dunia
Dia tentukannya 2x

Berimanlah kepada-Nya
Patuhilah suruhan-Nya
Janganlah kita leka
Jangan pula di lupa

Insan yang bertaqwa
Allah janjikan syurga 2x

Sunday, April 3, 2011

Ibu

Salam wbt,

Lovely song :




P/s: Owh, suddenly I miss my Mum :'(  ( walaupun baru je berborak riang siang tadi )

Saturday, April 2, 2011

Seronok kan?

Salam wbt,


Alhamdulillah..the busy week was over. See, all the deadlines dah lepas ^^ (Owh lupe nak potong management o9 test :P )

This means, another 1 week to go! Then....


EASTER BREAK!!!!!!!!!

Agak excited di situ walaupun org lain dah berzaman cuti..haiihhh  =.="

But who cares?

Namun langit tak selalunya cerah. Cuti itu akhirnya akan bertukar menjadi percutian ter'BEST' di alam semesta apabila...

Exam starts rite after the Easter Break? Oh NO!! Dush3x ( sambil tendang angin )

Al maknanya, kena struggle and study la jawabnya ~

Tahniah. Sungguh seronok :D ( cam tak ikhlas je ni senyum :P )

Korang, seronok kan?


P/s: Lepas exam balas dendam. Abes awal kowt..Positif2!! ^^ 

Tuesday, March 29, 2011

Freedom :)

Salam wbt.



Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together


Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together


Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call

And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us