Wednesday, September 29, 2010

Cinta

Salam ~

Juz read an interesting article from iLuvIslam.com about Cinta ( Amboii..pasal cinta je interesting la, suka la etc etc kan! :P ).

Tapi, article ni bukan tentang CINTA BIASA, sebaliknya mengenai CINTA LUAR BIASA iaitu lah CINTA AGUNG Sang pencipta kepada khalifahNya di muka bumi ini. CINTA ALLAH.

Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam sebuah hadis mengenai bagaimana Allah mencintai hambaNya: 

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

Lihat, hebat bukan? Betapa agungnya cinta Allah bilamana Dia mencintai hamba-hambaNya, akan dikhabarkan kepada seluruh makhlukNya agar mencintai orang yang dicintaiNya..Subhanallah..MasyaAllah!

Beruntunglah mereka yang mendapat cinta Allah kerana tidak akan pernah terbanding cintaNya dengan cinta-cinta lain yang wujud di dunia ini. Bahkan, orang yang memperoleh cinta agung ini, hidupnya akan sentiasa beroleh keberkatan dan ketenangan kerana sentiasa merasakan betapa dekatnya dirinya dengan Sang Pencipta.

Buat semua yang sedang ingin bercinta dan terus kekal bercinta denganNya, mari sama-sama berusaha mencari redha dan berdoa. Jom amalkan doa ini ! :)




Ya Allah…
Aku memohon kepada Mu kecintaan Mu
Dan kecintaan orang-orang yang mencintai Mu
Dan aku memohon kepada Mu amal perbuatan yang dapat menyampaikan aku pada kecintaan Mu
 Ya Allah…
Jadikan rasa ini kepada Mu melebihi kecintaan pada diriku sendiri, keluargaku
  
Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan
Engkau berikan kekuasaan kepada orang-orang yang Engkau kehendaki
Dan Kau cabut kekuasaan dari orang-orang yang tidak Engkau kehendaki
Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki
Dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki
Ditangan Mulah segala kebaikan
Dan Alah Maha Kuasa atas segala sesuatu
 (QS Ali Imran, 3:26)

Wallahua'lam...

P/s: Boleh rujuk artikel tersebut di SINI :)

Sunday, September 26, 2010

Feelings

Salam ~

Currently having mixed feelings in these 5 days when i reached in the UK.

Rindu ~ Yang ni memang takleh nak elak. Balik Malaysia, rindu UK. Balik UK pulak, terus rindu Malaysia. Tapi, rindu UK vs rindu Malaysia mestilah menang rindu kat tanah air sendiri sebab cintaku tertinggal di Malaysia. Sobs..sobs.. :( 
I miss them...

Bosan ~ Sebab tak dapat tengok drama Melayu banyak-banyak. Aku baru sedar yang aku ni kaki drama jugak rupanya. Balik hari tu, aku boleh tengok citer Melayu kat TV from pagi sampai malam! Giler..
Kat sini boleh je tengok o9, tapi tu lah..tetibe website tu buat hal. Loading lama giler! Tensen.. ( Eh, bosan ke tension nih? Confuse :P )

Kosong ~ Perasaan ni memang kadang-kadang ia datang tanpa diundang. Bila ada perasaan ni, aku asyik tercari-cari punca dan sebab musababnya. Tak pasti kenapa ada rasa camni. Rasa cam kosong lah. Unexplainable.

Sejuk ~ Kat sini dah sejuk yang tak menahan. Seriously. Duk dalam rumah macam duduk dekat luar jugak, cuma bettter sket la sebab leh nyorok dalam duvet. Matahari jadi perhiasan langit semata-mata dan cahayanya pun sekadar nak menerangkan bumi. Tak tahan sejuk macam tak pernah experience pulak sebelum ni. Maybe sebab agak lama berpanas kat Malaysia kot. Paling tak suka, muka dan kulit da stat kering :(

Serabut ~ Bab duit la..apa lagi. Bila balik sini, otomatik kena pikir pasal duit. Nak kena bayar sewa umah sendiri, nak kena allocate duit untuk bills, belanja, jalan-jalan ( nak jugak tu ), shopping ( tapi tyme ada duit, sakan gak. pastu saket! ) and macam-macam lagi. Kat sana, takyah pikir sangat pun sebab mak ayah yang masih tanggung.

Malas ~ Esok dah nak stat kelas! Adehhh.. Semangat belajar tak diseru pulang bersama-sama lagi. Malas rasanya. Haisshhh..dah la masuk second year, takleh main-main sangat dah. Before esok mula, kena cari balik semangat yang hilang tu. "Malas, ko tolong panggil rajin datang jumpa aku boleh tak? Plizzzz....."

Lapar ~ Hahaha, bese la tu tyme sejuk-sejuk gini. Asyik nak makan je keje. Tahun ni, aku tak keseorangan lagi memasak. Makan pun kata orang, berdua lebih baik lah. Or ramai-ramai laaagiii baik! Syukur sebab dah duduk serumah dgn Malaysian dan berjiran ngan Malaysian jugak. Bab makan, settle!

Hilang + Suka ~ Rasa sedikit kehilangan sebab ada rakan-rakan yang sudah pulang ke tanah air ( tamat pengajian ) cam Kak Tip dan Firra. Aunty pun dah duduk jauh, jarang dapat lepak sama-sama lagi. Rindu kenangan masa bersama-sama. Keriuhan masa lepak-lepak. Tak nak pikir tahun depan, sebab lagi ramai yang akan tinggalkan aku ( those yang agak rapat ngan aku cam Dibah, Syerin, Aneesah..huhu ). Apepun, kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Suka sebab ada jugaklah beberapa kerat juniors and orang baru yang datang ke Kent ni untuk meramaikan komuniti Melayu kat sini. Hope sume berbaik-baik cam satu family and takdelah jadi apa-apa perselisihan faham dsb. Kawan-kawan jelah famili yang ada masa merantau kat tempat orang ni.

Ok, ok. Cukup-cukup la berperasaan dan beremosi. Apa pun, life must go on. Buat yang terbaik, dan insyaAllah akan dapat yang terbaik. Allah sentiasa bersama dan moga Dia mempermudahkan segala urusan kita, ameen..

Monday, September 20, 2010

Berat

Salam ~

Berat je rasa hati ni. 3 bulan dah, sampai masa kena balik UK.

Barang-barang dah hampir siap dikemas. Kena kemas awal eventho rasa malas je.

Esok dah nak bertolak ke KL b4 fly on the next morning.

Rasa cam banyak pulak benda nak buat time2 last minute camni sebab memikirkan bila pulak la nak balik lagi.

Semalam dah temankan mak ke pasar malam beli lauk. Beli makanan yang susah jumpa kat sana.

Malam ni nak layan bola ngan ayah, yg terakhir untuk musim ni. Owh, kami dinner lemang dan rendang. Mak beriya-iya nak bagi aku makan b4 balik.

Barang2 yang nak bawak balik pun banyaaakkk sangat. Dah serupa first time fly pulak. Tapinya, makanan la pun yang banyak tu :P

Tahun depan, kami akan pindah ke rumah sendiri kat Gurun, so tonite will be the last nite i'll be sleeping in this room. Sedih.

Tak suka perasaan bila nak kena balik dan jauh ngan family.Perasaan masa baru bertolak tu nanti yang aku paling tak suka. Sebak je. Perasaan yang sama aku rasa sejak form 1.

Apa pun, kena ingat la tanggungjawab sebagai pelajar. Balik untuk belajar dan kejar cita-cita. Balik untuk cari ilmu dan pengalaman. Walaupun jauh dgn family, kawan-kawan ada dan Allah sentiasa bersama-sama. Kena kuat!

Babai Malaysiaku dan semua isinya, tunggu aku pulang di lain masa!


P/s: Doakan selamat perjalanan, dan selamat semuanya ye :)


Tuesday, September 14, 2010

Adik = 9

Salam ~

Genap 3 hari ulangtahun peristiwa runtuhnya WTC yang ke sembilan.

Peristiwa yang cukup menggemparkan dunia pada 2001 yang lalu.

Aku takkan lupa sebab pada tahun yang sama, 14 Sept 2001, lahirlah adik kecik aku si Hanis Nabilah.

Kebetulan pada tahun ni, bezday adik jatuh pada raya kelima.

Umur dah bertambah besar, cuma badan dan perangai still budak kecik.

Happy Birthday, Adik!

Moga membesar menjadi yang baik-baik.

Love you :)


P/s: Dah nak balik UK. Nanti org yang paling dirindu budak kecik ni la..

Monday, September 6, 2010

Sesuci lebaran

Salam ~

Post ni ditujukan buat semua sahabat-sahabat yang beragama Islam.
( Especially to those yg takde fb tu :P )

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Raikan hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran..

Kad raya buat korang semua...










P/s : Esok dah balik kampung. Tu yang wish awal sikit :)

Saturday, September 4, 2010

Ramadhan yang berbaki

Salam ~

Promosi raya mula rancak dan bertambah sakan. 

Kat corong radio, tv mahupun kat pusat beli belah, lagu raya yang kebanyakannya terdengar kat cuping telinga.

Kelihatan banyak gerai yang menjual kuih raya, lemang dan sebagainya dah memulakan perniagaan.

Daun palas untuk buat ketupat pun kelihatan dah dikelek pulang oleh makcik-makcik yang pulang dari pasar.

Stat petang bawak ke malam, berdentam dentum bunyi meriam buluh dan mercun yg kadangkala menggegarkan jantung.

Jalan raya pulak dah stat jam sbb org ramai dah mula bercuti dan mahu pulang ke kampung masing-masing. Mula la jugak OPS Sikap yg bermatlamat sama saban tahun iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang tak tahu akan tercapai atau tidak.

Masing-masing mula sibuk. Almaklumlah nak sambut raya. Kononnya raya setahun sekali, jadi persiapan kena rapi, barulah meriah.

Dalam pada itu, bimbang diri ini atau kita umat Islam terlalu ghairah dalam nak menyambut raya sedangkan Ramadhan bakal melabuhkan tirai. Di malam-malam akhir inilah dikatakan akan hadirnya sebesar-besar peluang iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan Lailatul Qadr.

Apa kita terfikir untuk meraikan malam-malam akhir ini? Entahkan sempat, entahkan tidak bertemu Ramadhan berikutnya jika kita berhasrat untuk mencari malam itu di tahun hadapan.

Biar kita beringat bahawasanya Allah kurniakan hari raya itu sebagai tanda kemenangan buat umat Islam yang berjaya menahan bukan sekadar lapar dan dahaga, malah menahan diri daripada melakukan perkara mungkar. Hanya mereka yang berjaya mengawal diri serta membuat perubahan pada diri di bulan Ramadhan ini yang akan memperoleh kemenangan sebenar di hari raya nanti. 

Ya Allah, jangan kau biarkan aku tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi kerana tidak memperoleh walau sebutir pun mutiara dari bulan mulia ini. Kurniakan aku kekuatan untuk menjadi lebih baik setelah Ramadhan ini berlalu. Jadikanlah aku antara orang yang menangisi pemergian Ramadhan dan menerima kehadiran Syawal dengan sebenar-benar kesyukuran. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pengampun dan pemberi nikmat. Ameen...

Jom memburu kawan-kawan! ^^

P/s: Tersentuh membaca 2 artikel Ramadhan daripada Ustaz Hasrizal. Ingat, jangan Syawalkan Ramadhan yang masih bersisa. Baca : Jemputan buat yang sudi & Bintang Ramadhan di tanah kepulangan karangan beliau di Saifulislam.Com.