Friday, April 30, 2010

Erk!

Salam~

Hari ni hari terakhir dalam bulan April. Yeap, 30 hb.
Start esok bermakna lagi 20 hari aku dah nak exam.
20 hari? Seyesly?
Oow..less than a month?
Ok, gelabah jap...


P/s: Gelabah, gelabah jugak. Jangan sampai tak buat ape-ape. Terus berusaha!

Thursday, April 29, 2010

Pilihan ~

Salam ~

Kenapa hidup ini memerlukan kita membuat pilihan?
Kenapa?
Ahh..aku benci bila disuruh membuat pilihan.
Kerna aku akan seringkali tewas pada pilihan-pilihan itu.
Aku keliru. Tak tahu apa mahuku. Tak tahu apa kata hatiku.
Akhirnya, aku akan memilih apa yang bukan benar-benar datang dari benak hati.
Sekadar untuk menjaga hati yang lain.
Apa aku tidak tegas? Apa aku mudah mengalah?
Sampai bila?

Tuesday, April 27, 2010

Main-main lagi

Salam ~

Aha, cuti masih berbaki lagi dua minggu. Dan macam yang aku dah rangkakan dlm kepala otak ni, aku nak main puas-puas untuk 2 minggu dan start study for the next two weeks. Sepatutnya, after balik from Dublin, aku n beberapa org kawan akan ke Paris, menyambung percutian. Namun, nasib tak menyebelahi kami sebab ruang udara masih belum pulih sepenuhnya untuk flight beroperasi. Jadi, aku stranded buat kedua kalinya. Tapi aku rasa beruntung dan lega sebab bukan lagi stranded di tempat org, tapi di tempat sendiri. Alhamdulillah.

Nak dijadikan citer, keciwalah bakal para pelancong ke Paris tersebut. Mana tidaknya, tiket sume dah dibeli and yang paling sedey sbb bila lagi kami dapat pegi since lepas cuti ni sah-sah sume da bz ngan exam n balik Malaysia. Honestly, aku tak begitu sedih sebab ternyata trauma masih menghantui gara-gara stranded di Dublin hari tu. So, kami di Kent nih, pegi lah membuat beberapa aktiviti untuk mengubati ahti yang lara..ececeh. Almaklumlah, kalau dapat di refund kesedihan ni, takdelah terasa sangat kan?

Aktiviti pertama : Tour around Uni

Ha, aktiviti ni best jugak sebenarnye. Bukan ape, aku slalu dok ulang alik turun naik ke uni, tapi asik lalu jalan yang sama. Boring kot. Jadinya, hari tu kami pun lalu la kat jalan yang jarang kami amik. Mula-mula ke padang dekat belakang Keynes college. Eh, ade tasik kat situ rupenya. Lawa jugaklah scenery dye. Amik-amik gambar dan terus jalan sampai ke Jennison Building. Kat situ tasiknye lebih besar dan ade banyak itik n anak-anak itik. B4 this cam tak nampak pulak anak-anak itik tu. baru bertelur kot..hehe. Comel sangat ok! Rasa nak picit-picit diorang. Dah puas layan itik n anak-anaknye, kami meneruskan perjalanan ke Parkwood. Otw tu jumpe lah binatang lain lagi cam semut, arnab and tupai. Pastu, since dah sampai sana, kami pun bercadang nak jenguk Wahidah and end up dgn angkut dye skali join kitorang jalan ke Woolf College. Kalu da sampai Woolf, sudah semestinya kami akan lepak kat umah aunty, makan-makan n bermalam kat sana.






Aktiviti kedua : Lunch together-gether

Lunch ni cadangan Firra since ade tetamu istimewa datang hari Sabtu tu. Kak Nura Marina. Dia bekas student kat Kent n datang nak amik baki barang-barang kat sini. Kami nak buat surprise la konon-kononnya, hehe. Jumaat malam tu, kami dah mula memasak. Kami buat bergedil kentang. Menu untuk hari esok pun tak kurang hebatnya. Menu utama ialah soto, nasi ayam, roti jala dan tiramisu. Fuh...memang terangkat abes la! Malam tu dah macam kenduri studio aunty. Siang tu, aku dan Dibah teman aunty shopping barang untuk makan-makan. Memang gaya cam nak borong satu ASDA lah kalau tgk barang yang dibeli. Aktiviti makan-makan ni memang dah jadik rutin kami kat Kent. And aunty cakap, maybe ni yang terakhir kami dapat kumpul ramai-ramai sebab after this sume da bz ngan exam. Memang enjoy lah. N nice to meet Kak Nura jugak. Dye memang sweet ok! Dye turut mewariskan kitorang ngan sedikit alatulis yang ditinggalkan hari tu..hehe thanks!







Aktiviti ketiga : Jalan-jalan London

Ni cadangan aunty asalnye. Dia kesian kat kitorg coz tak jadi g Paris. Lagipun, memang tak penah kuar jejalan ngan aunty, so, ape lagi..okey je lah. Kami bertolak pagi Ahad dan bercadang nak stay one nite kat rumah En. Ishak, sorang kenalan aunty. Beliau buat bisnes B&B yang mengutamakan tetamu from Malaysia. Kami bertolak ke London naik high speed train yang memang laju abes lah. Tak sampai sejam pun kami boleh sampai kat London nun yang biasanya take time dalam 2 hours if naik bas. Sesampai-sampai kat sana, kami mengisi masa ngan shopping dulu kat area Oxford Street. Hehe, aku yang masih kepokaian takdelah membeli ape-ape. Aunty terlebih dulu mendahului dengan membeli helikopter mainan. Lepas tu, kami ke Primark. Satu kejadian yang tak disangka terjadi which was Syerin met Sultan Pahang kat dalam Primark tu. Kuar-kuar je, dye nanges-nanges citer kat aku ngan aunty coz tak kenal baginda tuanku ssetelah berborak sakan. Yelah, sape sangka akan jumpa Sultan dalam Primark, betul tak? Hehe..dalam pada tu pun sempat lagik amik gambar. Malam tu pulak kami pegi makan-makan di Tuk Din, salah satu kedai makan milik rakyat Malaysia. Memang sedap. Oh ya, lupe. Kami pegi KFC sesampai kat London. Di Camden Town ade KFC halal, so kami pun melepaskan rindu kat ayam-ayam KFC di situ. Selesai dinner yang turut di join oleh kawan aunty, kami pegi jalan-jalan amik angin malam kat area London Eye. Cantik sangat tempat tu dengan cahaya lampu yang begemerlapan. Tapi frust sket sbb tak pandai amik gambar-gambar yang cantik. Masa balik, sesat jap dan ntah bape kali kami tukar bus malam tu. Alhamdulillah, berjaya gak sampai kat rumah En Ishak dan masing-masing tidur dengan lena di bilik yang amatlah selesa tu.






Esoknya, agenda kami ialah ke zoo. Kami bangun agak lewat since memang tak nak terkejar-kejar pun. Lepas sume dah siap dan bersarapan ringan, kami decided to makan berat siap-siap kat kantin MSD. Adeyh, memang lazat tol makanan. Tak mampu untuk aku menahan nafsu daripada makan dengan banyaknye. Memang kalau dok London, boleh tambah gemuk aku. Puas makan-makan, kami bertolak ke zoo. Before sampai zoo, ami melalui satu taman rekreasi yang sangatlah besar dan cantik which is Regent Park. Jalan beberapa minit, sampailah kami kat zoo. Memang best lah zoo kat sini sebabnya, haiwan-haiwan diletakkan dalam jarak yang tak begitu jauh dengan pengunjung. Jadi, mudah bagi kami untuk mengambil gambar. Memang lama jugaklah kami spend tyme kat sana. Hampir 4 jam. Tapi, memang puas walaupun saket-saket kaki. Petang tu, kami pulang ke rumah En Ishak berkemas-kemas dan bertolak ke King Cross untuk menaiki tren pulang ke Canterbury. Percutian yang singkat tetapi cukup bermakna especially sebab dapat pergi ngan aunty yang telah banyak menjaga kami kat Kent ni. Lepas ni, stop jalan-jalan seketika. Kan dah janji nak study?  :P






P/s: Banyak lagi gambar-gambar di FB. Yg lunch tu kecik coz copy from FB aunty Azmah :p

Saturday, April 24, 2010

Indahnya kembara di musim bunga ( 3 ) ~

Salam ~

Maaf, cerita terhenti seketika. Actually, post kali ni tajuknye is not supposed to be this. Sebabnya, apa yang berlaku selepas tamatnya kembara kami di Ireland boleh dikategorikan sebagai satu tregedi. Mungkin jugak kami je yang bajet mende tu as tragedi since itulah kali pertama kami merasakan pengalaman yang adventure. Eventhough mase tu agak mencabar, kami akhirnya berjaya melaluinya dan ternyata banyak kenangan indah yang tercipta. Oleh sebab tu, aku memilih untuk mengekalkan tajuk ni sebagai kesinambungan drpd posts sebelum ni.

Okeyh, setelah 3 hari menjelajah bumi Ireland, pagi khamis tu tibalah masa untuk kami berangkat pulang ke UK. Semangat betul kami bangun awal pagi tu dan bergegas menaiki teksi ke airport. Tuan rumah pulak sempat lagi membekalkan kami dengan sekotak ayam goreng. Sesampai-sampai je kat sana, macam biasalah, kami pun melalui prosedur keselamatan dan check in. Then, kami pun pegilah ke gate yang dah ditetapkan. Kat situlah bermulanya tragedi itu. Kami melihat ke skrin dan ternyata tidak percaya dengan apa yang tertera di situ. Flight canceled. Apekah? Takde angin takde ribut, tetibe cancel? Kami cuba melihat-lihat di skrin lain kalau-kalau ape yang dilihat tadi adalah satu kesilapan. Ternyata tetap sama keputusannya lalu kami decide untuk pergi ke kaunter pertanyaan. 

Turun je ke kaunter pertanyaan, dah terlihat oleh kami satu beberapa barisan yang panjang. Sah, ni mesti sume penumpang yang sama nasib ngan kami. Bila ditanya, memang benar flight pada waktu tu telah di cancel kan disebabkan oleh letupan gunung berapi di Iceland yang turut mengganggu ruang udara UK. Tapi masa tu, masih ada flight yang belum di cancel kan lagi lalu kami pun turut beratur untuk menukarkan waktu penerbangan pulang. Memang sangat panjang ye barisan mase tu n memang dah cam pelarian sume org kat epot . Nak tercabut kaki tunggu turn. Tak campur lagi rasa saket hati ngan orang-orang yg potong barisan. Aku pun tak berapa ingat bape jam exactly we have to wait mase tu. When sampai our turn, penerbangan kami ditukarkan ke esok harinya. Memikirkan hanya satu hari, kami bercadang nak stay je kat epot malam tu.

Mase beratur nak tukar tiket flight

Sedih btul masa tu memandangkan kami yang sepatutnya dah sampai dan bersenang lenang kat bilik, tersadai di bumi asing. Kat epot plak tu. Kami pun kemudiannya pergi carik tempat yang agak selesa untuk lepak dan tidur malam tu n Alhamdulillah, dapatlah satu tempat kat food court area. Untuk menenangkan keadaan dan perut yang lapar sbb tak sempat breakfast pagi tu, kami makan bekalan yang diberi tuan rumah. Sambil-sambil tu kami plan apa yang patut dibuat serta memikirkan kemungkinan-kemungkinan lain yang kami bakal hadapi. Masa terasa amat lambat berlalu. Bosannya duduk kat situ hanya Tuhan je yang tau. Nak tidur pun tak lena sebab asyik terfikirkan boleh ke kami balik ke UK dalam keadaan camtu. Tambah risau memikirkan duit yang hampir habis memandangkan kami bajet cukup-cukup untuk belanja 3 hari kat situ. Ade jugak cadangan nak patah balik ke tempat kami menginap sebelum tu tapi tak sampai hati sebab diorang sibuk ngan klas n tak lama lagi dah nak exam. 

Petang tu, kami dapat berita yang flight pada hari tu telah di cancel kan sepenuhnya. Flight esok pun masih samar-samar lagi nasibnya. Kami bertanyakan sekali lagi dan menurut kerani tu, memang tak akan ade flight sampailah Sabtu malam which is lusa. So, kami pun tukar je lah ke lusa. Daripada satu malam, kini menjadi dua malam. Waa...nak balik UK! Huhu, sedih tak terkata dengar berita tu. Mujur masing-masing masih mampu buat lawak bodoh dan tertawa palsu. Kalau tak..adoilah. Sekali lagi kami merangka plan. Tak sanggup rasanya untuk bermalam 2 hari di epot. Akhirnya kami nekad untuk menempah hostel untuk malam esoknya. Berbekalkan duet yang dah tinggal seciput, kami mencari hostel termurah. Makanan pun cuba dicari yang semurah mungkin. Asalkan dapat bertahan sampai malam Sabtu. 

Malam tidur di epot tu sememangnya malam yang panjang. Kami sedaya upaya cuba membuat aktiviti yang adakalanya entah ape-ape juz to kill the tyme. Kami buat pertandingan mewarna, sharing session, buat crosswords dan menyanyi-nyanyi. But still, masa tetap terasa amat panjang. Tyme tido lagi sedih. Dengan tido duduknye, sejuknya..sakit badannya. Hanya ternanti-nanti hari siang so that kami boleh segera ke hostel yang dah ditempah tu. Terbayang-bayang katil kat depan mata. Niat kat hati nak sambung tido je. Alhamdulillah, kami akhirnya sampai kat hostel tu. Setelah check in, kami keluar sebentar untuk lunch. Mujur terjumpa kedai kebab yang murah. Kami turut pergi ke Tesco untuk membeli bekalan roti sbg langkah untuk tak lapar pada malam harinya. Balik dari bandar, memang sume pakat tertidur kepenatan. Bersyukur dapat tidur di atas katil dan berselimut dengan duvet. 

Menjadi kanak-kanak ribena jap

Malam tu, sekali lagi kami didatangi bad news. Hanaa dapat mesej from Ryan Air yang flight kami sekali lagi di cancel kan dan kemungkinan besar, seawal-awalnya kami hanya boleh pulang pada hari khamis. Banyak hari kot! Camne nak teruskan idop camtu, dengan duit yang tinggal berapa je. Selesai dinner, kami nekad untuk mencari alternatif untuk pulang. Mujur ada feri yang menghubungkan UK dengan Ireland. Kami dah tak kesah walaupun  terpaksa bayar mahal asalkan dapat pulang. Berjam-jam melayari internet, akhirnya alhamdulillah kami berjaya membeli tiket feri untuk pulang. Hati sedikit lega. Yang pasti, hari esok adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. Cukuplah pengalaman dua malam di tempat orang dengan gaya homeless dan tak berduet. 

Hari yang ditunggu tiba. Kami ke Dublin Port menaiki teksi. Sampai kat sana, orang ramai dah mula beratur panjang. Memang sah sume yang stranded psl takleh naik flight memilih untuk amik feri sbg last resort to balik ke UK. Pakcik yang duduk dekat ngan kami kat epot hari tu pun ade n surprisingly dye beratur betul-betul belakang kami masa nak naik feri. Dorg pun terfikir mende yang sama ngan kami iaitu untuk pulang menaiki feri. At the same tyme,  terkagum seketika melihat feri yang bakal kami naiki untuk pulang. Pada mulanya, kami hanya membayangkan feri ala-ala di Pulau Pinang sana tapi ternyata feri yang kami naiki ni boleh dikategorikan sebagai cruise. Ada 11 deck kesemuanya lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti food court, tempat permainan kanak-kanak, cinema dan sbg nya. Memang terubat kesedihan kami. Mujur jugak perjalanan ni tak lah mengambil masa yang terlalu panjang. Cuma dalam 2 jam lebih sahaja. Tapinya, itulah dia. Kami akan berlabuh di pelabuhan yang tak pernah didengar pun namanya iaitu Holyhead Port. Namun, apa yang nak dikisahkan. Asalkan tiba kat UK, kami dah cukup berpuas hati. Satu perkara lagi yang tak dapat aku lupakan ialah sistem sekuriti yang digunakan. Kalau naik flight, kita akan di scan dengan mesin. Kalau naik feri, nak tau apa yang diorang guna? Aku memang terkejut abes la sebab dorang gunakan anjing untuk menghidu para penumpang yang naik. Aku pejam mata je masa lalu depan anjing tu. Para sekuriti tu beriya-iya meyakinkan kami yang anjing tu tak akan menyentuh kami. Tapi, kalau sedekat tu lah, boleh je kot lidah ke, air liur ke yang kena kami..ish, ish, ish..

Yeay! akhirnya kami bisa pulang..

Alhamdulillah, pengalaman mencabar kami berakhir juga setibanya kami di Holyhead. Masih ada beberapa jam lagi perjalanan yang perlu ditempuh untuk sampai ke tempat tinggal masing-masing. Ini bermakna kami akan berpisah setelah lama tak berjumpa dan setelah melalui pengalaman yang tak mungkin dilupakan ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan aku pasti ada sesuatu yang berharga yang setiap daripada kami pelajari pada kembara kali ini. Apa sekali pun, ia tetap indah kerana kami melalui setiap saat daripada detik-detik tersebut secara bersama-sama. Harap-harapnya, kita semua tak akan pernah serik untuk keluar mengembara bersama lagi ye kawan-kawanku! Special thanks to all of you : Izza, Mimi, Hanaa, Fiza dan Aisyah for giving me the great experience :) 
See u gurls kat Malaysia nanti, insyaAllah...


P/s: Tetibe terasa posts kebelakangan ni agak skema gaya penulisannya,kan? Hehe :P

Thursday, April 22, 2010

Indahnya kembara di musim bunga ( 2 ) ~

Salam ~

Okeyh, jom sambung citer. Usai tamat perjalanan kami di hutan batu Dublin yang hanye dipenuhi bangunan-bangunan, kami bangun sekali lagi seawal pagi untuk bertolak ke Galway. Perjalanan ke sana boleh tahan jauh which is dalam 3 jam lebih tak silap dengan menaiki bas. Tido lagi. Sampai-sampai jer, dah nampak kehijauan serta kebiruan alam. Subhanallah, sangat cantik ok. Tu belum tour betul-betul lagi. Kami yang sampai agak awal menunggu kedatangan agent2 yang akan hanya akan memulakan promosi mereka pada pukul 10 pagi. Ade drama ye berlaku di situ sebentar. Ade 2 agent berebut-rebut mahukan kami mengikuti pakej mereka. Terasa popular sebentar. Lebih tepatnye, bukan rasa popular, tapi rasa pening, rasa bersalah, terancam dan macam-macam lagi ( Kebanyakannye hanya spekulasi liar kami :P ). At last, we chose Healy Tours setelah Hanaa termakan pujuk rayu abang hensem serta memandangkan kawan Hanaa dikatakan pernah jugak mengikuti agent yang sama.


Tepat jam 10 pagi, bas mula bergerak ke tempat-tempat yang telah direkemenkan. Tempat pertama, alamak! Can't remember the name..Err lets juz call bukit berbatu :P Ok, kat situ kitorg g mendaki untuk melihat panorama desa di Galway from atas. Kehijauan ladang yang terbentang luas, kebiruan laut dan langit sememangnya memukau, Subhanallah. Aku tak mampu menahan dari asik mengambil gambar coz kecantikan alam kat situ mmg tiada tandingannya. Pendakian kami dipandu oleh John, yang merupakan lulusan Geologi ( Btul ke ni? Thee.. :P) dan yang paling penting, tempat ni merupakan tempat tinggal turun temurun keluarganya. So, mmg expert lah beliau nih. Tiba di certain-certain checkpoint, John akan berhenti sambil menerangkan serba-sedikit tentang tempat tu. Salah satu fakta yang menarik, lembu-lembu dan ternakan mereka akan dipindahkan ke atas gunung tu mase musim sejuk. Mesti korang wonder kan camne lembu yg besar tu leh naik atas? Kite yang kecik ni pun tak terlarat. Setelah puas, kami pun turun dan berehat sebentar di rumah John sambil menikmati apple pie buatan mummynyer yg ternyata agak sedap.




Ok, move to next place. We then pegi ke portal tomb yang dikatakan ala-ala stonehedge kat Bath. Tapi ade seketul jer la. Tak banyak macam yg kat UK nun. Tapi, yg bestnyer..pemandangan sekitar tu. Lawa bangat. Ha, meh tengok.


Tak lupe jugak, bukan satakat tempat-tempat yang kami berenti ni jer lawa, pemandangan sepanjang dalam bas tu pun tak kurang cantiknye. Agak geram di situ sebab hanya dapat amik gambar melalui cermin tingkap yang berhabuk. Abes tak cantek..huhu. Tempat ke -3 adalah tempat wajib yang paling kami tunggu-tunggu iaitu Cliff of Moher. Tempat ni memang amazing. Ada two sides of cliffs sebenarnye but to go dua-dua memanglah tak sempat dalam masa sejam. So, we decided to choose the one yg ade O' Brien's Tower skali. Senang. Dapat dua tempat terus :)


Hari hampir petang dan perjalanan hampir sampai ke penghujung. Kami kemudiannya dibawa ke sebuah bar untuk lunch. Dengan indahnya cahaya mentari petang tu, kami memilih untuk lunch di luar. Kami makan bekalan yang diberi oleh sahabat-sahabat yang menumpangkan kami di rumah mereka. Perjalanan bersambung ke dua buah lagi tempat menarik yang aku memang dah totally lost apekah namenye. Tapi, cam bese, lawa tetap lawa. Satu di tebing tinggi yang nampak laut n satu lagi istana yang dikelilingi air. Habis melawat istana, berakhirlah perjalanan satu hari kami di Galway. Pulang semula ke Dublin dan bersiap-siap untuk pulang keesokan harinya. Yang pasti, sesuatu telah menunggu kami yang sama sekali tak pernah kami jangka. Akan ku ceritakan nanti, insyaAllah...


P/s: Jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang memberi layanan first class buat kami. Tak terbalas budi kalian. Datanglah UK nanti.. ^^

Wednesday, April 21, 2010

Indahnya kembara di musim bunga ( 1 ) ~

Salam ~

Hampir seminggu tak menulis, membuatkan aku sukar untuk mula mencoret sesuatu. Bagaikan tak terungkap kata, tak tersusun bicara untuk berkongsi pengalaman dan rasa. ( Memanglah, bukan aku bercakap kot...). Eloklah kiranya aku mulakan pengalaman cuti kali ni dengan cerita yang indah-indah. Memang banyak yang aku pelajari di musim cuti kali ini. Sangatlah betul bahawasanya, semakin jauh perjalanan..makin luaslah pandangan serta pengalaman. Aha..ape lagi, mari!

*****************************************

Kali ni, aku bercuti dengan 5 lagi rakan lama yang dikasihi iaitu Izza, Mimi, Hanaa, Fiza dan Aisyah. Diorang nih, teman-teman tika aku belajar di KDU dulu. Kami belajar di tempat yang berbeza. Fiza, Izza dan Aisyah kat Lancaster sana, sedang Mimi dan Hanaa pulak di Warwick. Kami merancang untuk spend tyme together dengan berjaulah ke Ireland. Jadi, sebelum tu kami berkumpul di Warwick dulu. Aku dan geng Lancaster sampai awal 2 hari sebelum percutian ke Ireland bermula. Mahu jalan-jalan di Warwick dulu. Jadi petang tu, tuan rumah bawak kami bersiar-siar kat tempat yg dorang pun tak penah pegi, which is Leamington Spa. Ade taman rekreasi yang sangat besar dan sangat cantik kat sane. Taman tu namenye Jephson Gardens. Esoknya, diorang pegi ke Cadbury World. Aku yang mempunyai masalah lain, tak dapat turut serta. Redha je lah..Lagi pun, dah janji dengan rakan-rakan di Kent untuk pegi bersama.

Perjalanan ke Leamington Spa bermula!
( Erk, naik bus ye..jauh kot nak jalan kaki )


Di Leamington Spa dan Jephson Gardens

Itu cerita di Warwick. Mari bermula dengan kembara Eire kami. Seawal 5++ pagi, kami dah pun bersiap-siap untuk bergerak ke Birmingham International Airport memandangkan flight kami jugak agak awal which is dalm kul 6 something. Sesampai-sampainye, kami bersarapan dengan bekalan yg dibawak ( Awal-awal lagi dah amik langkah berjimat-cermat, bagus! ). Flight ke sana takdelah lama, dalam sejam lebih camtu rasenye ( tido je sepanjang tu, mne tau ape2 ). Tiba di Dublin International Airport, kami pun ambik aircoach untuk ke bandar, atau lebih tepat lagi ke University College Dublin ( UCD ) yg merupakan tempat kawan Hanaa, Jasmine belajar. Dia yang akan menolong kami especially dari segi accomodation sepanjang percutian kami di Eire ni. And noe what? UCD sangatlah besar ok! Jejak je kaki kat sana, terasa bagai berada di universiti kat Malaysia. Terbit rasa teringin untuk merasa lifestyle di universiti tempatan. Mase tu, timbul la plan giler-giler kami which is this coming summer, masa balik Malaysia, kami nak serang sume uni di sekitar KL..hehehe. Tengoklah nanti, kite tunggu ape yang jadik :P. Kami dijamu makan nasik goreng sardin yg best oleh Jasmine b4 berjalan-jalan di bandar petang tu.

                                                                                               Hanaa dan Jasmine                                   

Selesai makan-makan semua, Jasmine pun bawak kami membeli bus pass yang valid selama 5 hari. Dia tak dapat nak menemani kami since she had class petang tu. Kami pun ape lagi, pegi lah meredah je bandar Dublin tu berdasarkan naluri hati dan peta. Tempat pertama yang dituju, Stephen Green Park. Hehe, taman lagi...Taman ni pun tak kurang hebatnye. Besar jugak and yang seronok ialah suasana kat situ. Masa tu lunch time, n orang sangatlah ramai melepak-lepak dan berpicnic kat situ. Ade yang baring siap dengan kot-kot kerja dan baju sekolah. Memang happening ok! Cam kat tepi pantai dah lagaknya. Kami pun decided to join the club jugak. Mujur bekalan sandwich dan makanan rapu masih ade. Dapatlah merasa suasana picnic..hehe.




Lama jugaklah lepak kat situ. Then kami pun mula bergerak ke town. Mencari tempat-tempat tumpuan pelancong seperti Temple Bar, O'Connell Street Area dsb. Actually, kami juz lalu je since sume tempat tu basically cam same je dan kena bayar..( Ingat, kena jimat ). Jalan punye jalan, kami jumpa Dublin Castle n decided to masuk jap buat syarat. Tapi, kena bayar jugak. So, amik gambar kat luar je lah. After that, we're hunting for souvenirs and seperti yang dicadangkan Jasmine, kami ke Carroll's Gifts nyer kedai. Kat situ je yang harga souvenirs nye agak berpatutan dan ade diskaun. After all that, kami pun balik semula ke UCD. Jasmine nak bawak kami dinner di Dublin Mosque. Katenye ade kedai yang sedap makanannya kat situ and lepas tu, bolehlah kami menuju ke tempat penginapan kami, iaitu kat rumah kawan-kawan Jasmine. That's all for day 1 in Dublin, Ireland. More to come ya! :)



  Teruja jmpe masjid..bukan senang tau!

P/s: Ramai yang mula saket-saket kaki. Camne nak memanjat esok? Hehe..