Wednesday, March 31, 2010

YES!


Short Neurological Test 
1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- If you already found the C, now find the 6 below.
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
69999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999

3 - Now find the N below. It's a little more difficult.
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM


This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you're far from having a close relationship with Alzheimer.
Congratulations!


_______________________________________________________________________________

part 2eonvrye that can raed this rsaie your hnad.
To my 'selected' strange-minded friends:
If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with 'yes' in the subject line.






Only great minds can read this This is weird, but interesting! 
If you can raed this, you have a sgtrane mnid too

Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it


FORWARD ONLY IF YOU CAN READ IT 
Forward it & put 'YES' in the Subject Line

Saturday, March 27, 2010

Bollywood tyme! ^^

Salam ~

Dalam pada aku mengakui yang aku kononnya sedang melalui so called ' bz tyme', aku masih sempat meluangkan masa menonton satu movie yang dah lama aku kepingin untuk menontonnya.
I juz feel that the movie is quite different and ianya mengangkat sebuah tema yang punya perkaitan yang sangat dekat dengan kita. It's basically about the perspective of the whole world bout Islam after the 11/9 tragedy. Peoples have been misunderstanding bout Islam and accused the Muslims as terrorists. Menariknya, cerita ini menggarap persoalan tema tersebut dalam bentuk yang simple iaitu melalui kasih sayang dalam keluarga, keprihatinan dalam sesebuah masyarakat, perbuatan serta sifat mulia yang ditonjolkan dalam diri seseorang serta bagaimana perubahan perspektif seseorang terhadap sesuatu perkara. Another thing is that, watak hero in this story is potrayed as an autism guy who is so determine in whatever he is doing walaupun disebabkan penyakit tu, he is different and can't understand others well. I can say that it's an interesting story eventhough ada sesetengah part yang membuat aku agak keliru dan boleh dipertikaikan. Sebabnya cerita ni ada mengetengahkan isu Islam jadi perlu diperhalusi mengenai setiap perkara yang berkaitan dengan agama yang cuba disampaikan kerana bimbang ada pihak yang akan tersalah tafsiran mengenai agama itu sendiri. Overall, I can say that I love the story and I think everybody should watch it. Ambil apa yang baik sebagai panduan dan pengajaran. Oh yeah, forgot to mention that the movie is called ...

Lakonan mantap gandingan kembali Shah Rukh Khan dan Kajol

P/s: The famous quote in this movie which I like the most is, " My name is Khan, and I'm not a terrorist! "

P/p/s: Another quote that I like is said by Rizwan Khan's mom, " There are only good people and bad people in the world and you are a good people "

Wednesday, March 24, 2010

Akan Ku Jumpa~

Salam ~

I'm so in love with this song " Akan Ku Jumpa " . 
The lyrics n the song are really touching my heart..ouchh!
Originally sung by Azfar n it was sung back by Nadia Aqilah Bajuri.






AKAN KU JUMPA




Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu








P/s: Glad that skang nih byk lagu yang berbentuk  ketuhanan i.e cinta kepada Tuhan. Moga dapat dihayati dan diambil apa yang baik daripada lagu-lagu tersebut. 

Tuesday, March 23, 2010

Demam ~

Salam ~



Skarang ni musim demam. Demam cuti ngan demam exam. 

Demam cuti ramai yang dah kena. Aku je belum lagi. Tunggu masa, on the way kata orang. Tapi, simptom-simptom tu dah nampak dah pun..Hehe : )

Demam exam plak, kalau ditelek-telek tarikhnye..ade la dalam sebulan lebih lagi. Sebenarnya dah tak lama lagi pon. Tapi buat mase ni, virus demam cuti nampaknya lebih kuat dari demam exam. So, untuk kebah sket from demam cuti dan memberi laluan kepada demam exam, meh kite check jadual exam yang dah pun kuar. Jeng, jeng, jeng ~

FINAL EXAM AKU!!!

20/5 - Law
25/5 - Computing
27/5 - Econs
3/6 - Accounting
18/6 - Quantitative Method for Business and Accounting

Sangat mencabar ok jadual exam kali ni. Jarak between 1 paper to another paper agak jauh. Boleh jadi suke sbb byk masa nak revise n boleh jadi risau gak coz dok rase lama, malas nak studi. Ala..yg lagi risau, karang org sume abes exam..aku je belum..huhu...

Monday, March 22, 2010

Berdua lebih baik

Salam ~

Kata Acha, " Berdua denganmu pasti lebih baik....."
Betul la kan?
Isy, ni yang buat aku mau hidup berdua, tak mahu lagi jadi solo..
Haha, cam orang desperate nak kawen plak!
Ni mesti kes jeles tengok rakan-rakan seangkatan yang sorang demi sorang dah mendirikan rumah tangga.
Aku je lah yang masih ada rumah tak bertangga :P

Neway, bukan itu yang aku tgh pikirkan. Bukan.
Aku cuma tgh refleks balik ape je yang aku buat selama dok sorang2 nih.
Tak banyak yang aku buat. Sebabnya, aku rasa takde sape kisah if aku nak buat or tak nak buat sth.
No one can tegur. No one can buat me semangat. No one can buat me jealous. No one can ajak me buat perkara yang baik dan berfaedah. No one, as there's only me and myself.
Mudah sangat rasa malas belajar, mudah sangat rasa liat bangun subuh, mudah sangat rasa malas masak, mudah sangat rasa malas baca Quran etc etc.

Kalau dulu, duduk berdua@ ramai-ramai, bila tengok orang study, adoi la..terbakar semangat nak study jugak..takmo kalah! Kalau masih asyik dibuai mimpi indah, akan ada yang mengejutkan untuk bangun mengadapNya. Kalau sesudah selesainya solat Maghrib, Quranlah yang jadi buku pertama.
Kini? Hurm...Bukanlah kata tak buat langsung, cuma menjadi sedikit liat dan mudah untuk terlupa.
Sebab itulah berdua lebih baik. Kerana ada yang akan memperingatkan.  

Bila berseorangan sangat banyak cabaran. Mungkin ini satu ujian. Dia nak lihat kita mampu tak melawan hawa nafsu dan bermujahadah. Ye lah, sampai bila kita nak bergantung pada orang untuk berbuat kebaikan kan? 

Ayuh! Kita lawan musuh yang bernama NAFSU. Bukankah jihad melawan hawa nafsu itu jihad yang terbesar? Tak mahukah kita dapat sebesar-besar pahala jihad?


P/s: Semua perkara ada kebaikan dan keburukan. Berdua tetap lebih baik sebab manusia mudah lupa. 
Kalau tak berdua dengan manusia, apa kata kita berdua-duaan dengan Allah?
Bangun dan bermunajat kepadaNya kerana Dia senantiasa rindukan rintihan hambaNya...

Sunday, March 21, 2010

Rumah sakit~


Salam~

Adeh, camne ni? Aku tengah rumah saket yg teramat..

Kritikal sudah.

Rindu sangat-sangat ...


Ayah..lama along tak sembang ngan ayah. Asal tipon je ayah ngah keje..huhu..
Rindu ayah ;(


Mak, memang along baru je sembang ngan mak. Tapi, rindu jugak..
Nak peluk mak..


Angah, aku slalu dpt sembang sat ja ngan hang. Aku tau, kite sama-sama bz.
Hang pun aku rindu..


Atik..nape hang dok protes suara tyme aku call? Aku nak dgq suara 'merdu' hang tu :p
Aku memang tipu kalau aku cakap aku tak rindu hang..
Aku rindu giler kat hang!


Bibi!!! Along rindu nak cium bibi, peluk bibi, sembang ngan bibi..
Adoi la..


Tok Gayah n Tok Minah..Tok, Siti rindu! Lama tak dapat balik tgk tok..
Tok jaga diri tau..Nanti Siti balik..


Ya Allah..peritnya bila hati rasa rindu..tenangkan aku, sabarkan diriku..

P/s: Rase cam nak nanges..Boleh tak? ;(

Friday, March 19, 2010

Jawapan yang pasti!

Salam ~

Kenapa Aku Diuji ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

- Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216


Kenapa Ujian Seberat Ini ?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah ayat 286


Rasa Frust ?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139


Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

- Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45


Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..

- Surah At-Taubah ayat 111


Kepada Siapa Aku Berharap ?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal. "

- Surah At-Taubah ayat 129


Aku Tak Tahan !

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 87


Bukankah alQuran itu sesuai di semua zaman dan tempat, dalam apa jua keadaan?



Dalam kita melangkah, terkadang diuji

dengan ujian yang terasa berat.

Hingga kita terduduk menangis.

Peritnya terasa tetapi ketahuilah, dan

renungilah dalam diri kerana;

Mungkin air mata itu hadir kerana DIA

mahu menjahit sejadah iman

Yang kian terkoyak lantaran ada

langkah-langkah yang tersasar.

Semoga tabah dan ditetapkan iman.


ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang.

DIA sayangkan kau dan aku.

DIA tak pernah lupakan kita...

Hidup ini ibarat mimpi...

Kita hanya tersedar apabila nyawa sudah

meninggalkan jasad.


Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman...

Tetapi sebenarnya satu bentuk

penyerahan diri...

Dan pernyataan bahawa kita benar-benar

percaya pada setiap KetentuanNYA.

Jangan lupa, pada nafas sekalipun,

tersembunyi rahsia dan janjiNYA.


Percayalah!

andai ujian ni sbg salah satu sebab untuk menghapus dosa2ku,aku redha YA ALLAH krn ku sedar diri ini hanyalah hamba yg lemah yg sentiasa alpa dan berdosa kpd-MU...


Thursday, March 18, 2010

Jealousy ;)

Salam ~

Juz had a long chat wif my ting-tong frens : Mimi, Fiza n Izza. They always knoe how to make people     happy   : )
Talking nonsense..joking..laughing.. =P

Neway, they hv started their easther break. Someone is so jealous now :P   Well ya, I'm still counting mine. So many days to go before I can actually enjoy. Towards the holiday, I still have some assignments to be done. Always thought of them yet I haven't started anything. Lazy me ; )

Ashley n Cheryl will be going back to Malaysia tomorrow. Again, I'm jealous! Thinking of that they will only be going back for like a month, I don't really care actually. Will be patiently waiting for da summer to come..Not too long already. Plus, we're going to have our final exam soon. So, I will then feel that the tyme is actually run very fast. At that tyme, I'm gonna be chased by it. Well, last minutes type..Ish3 - .-"

Okeyh, gonna get back to work..err actually maybe just planning or imagine what to do. Or else, just go to sleep..Nytez ~


Wednesday, March 17, 2010

Dia datang...

Salam~

Kala aku berjalan pulang tadi, dapat kulihat ramai yang sudah mula keluar bermain dan beriadah di luar. Padang-padang semuanya dipenuhi manusia. Suasana kelihatan cukup hening dan ceria. Tambah-tambah lagi mentari galak memancarkan cahayanya. Tiada lagi kesuraman serta awan mendung yang menjadi identiti utama sang musim sejuk. Aku yakin kini musim bunga sudah bermula. Positifnya, suhu jugak dah mula beransur-ansur meningkat. Tak seperti minggu-minggu lalu, yang mana aku jangkakan telah pun masuk musim bunga, namun keterikan mentari hanya kepalsuan semata-mata kerana ternyata kesejukan masih lagi menggigit. Keindahan suasana ini turut membawa pergi segala gundah dan keluh kesah di jiwa. Melihatkan kembangnya bunga-bunga yang berwarna-warni di jalanan, hati turut mekar dan berbunga riang. Betapa nikmat Tuhan itu cukup besar dan tak terhinggakan. Alhamdulillah... =) 
Selamat datang musim bunga! Kamu bikin aku gembira. Tak sabar-sabar rasanya mahu berlari-larian di padang dan berpicnic di luar sana.. ;)

Bunga-bunga sepanjang jalan ke uni. Gambar diculik dari FB Aneesah :p

P/s: Rasa macam nak cabut bibir. Kering dan merekah. Sangat pedih especially tyme makan.
Perlu puasa barangkali...

Monday, March 15, 2010

Maafkan aku~

Salam~

Dua tiga hari ini, hati kembali tidak tenang. Mudah benar hati ini dihimpit resah. Pasti ada salah yang tanpa sedar telah aku lakukan. Perlu sentiasa muhasabah diri, perbaiki segala kelemahan.

Yang pasti, ada satu rasa yang benar-benar menekan jiwa. Rasa bersalah. Ada hati-hati yang telah aku lukai, mungkin. Maafkan aku kerna kadangkala aku kurang sensitif dan telah membuat kalian kecil hati. Bukan itu maksudku dan bukan itu yang aku mahu. Aku cuma insan biasa yang cuba untuk menyenangi semua namun adakalanya, lain pula jadinya. Kita berbeza dan cara kita tidak sama. Aku cuma mampu mencuba mencari titik persamaan itu.

Maafkan aku ;(



P/s: Mendengarkan lagu ini, aku jadi teringat akan seorang sahabat lama. Dia pernah memberiku lagu ini,
semasa kami berselisih faham suatu ketika dulu. Aku tujukan pula buat mereka yang mungkin hatinya telah ku lukai..

Sunday, March 14, 2010

We are the champion!

Congatulations!!!!

Yeay! At last Datuk Lee Chong Wei berjaya mendapat gelaran juara All England 2010 dan sekaligus membawa Malaysia kembali meraih gelaran yg kali terakhir dipegang oleh Hafiz Hashim pada siri all England 2003 yang lalu. 

Sedih sebab kali ni aku tak dapat menonton aksi-aksi beliau sama ada secara live mahupun menerusi kaca TV. Selalunya aku akan tengok any perlawanan badminton dengan ayah dan bersorak gembira bila ada pemain Malaysia yang menang. How I wish I was there..

Anyway, tak kisahlah..Asalkan Malaysia menang, aku dah cukup berbangga. Harap-harap di tahun-tahun mendatang, kontijen kita akan terus beraksi cemerlang dan berjaya mempertahankan kejuaraan. Hep2,  Malaysia Boleh!!!!!!



P/S: Kalau perasan, banyak pulak perkataan ''maybe'' yang digunakan Datuk Lee Chong Wei mase interbiu nih =P  If cakap Melayu, beliau suka guna perkataan "untuk saya"

pps: Jeles ngan sorang budak tu yg boleh tgk All England secara live...Nyampah tau!

Friday, March 12, 2010

Mahu terbang pulang !

Salam ~

Alhamdulillah, satu beban sudah berkurang. Lega terasa...

I'm going back to Malaysia this coming June!!! Confirm!!!


Tadi da bli tiket flight. Gonna be back to my Malaysia tercinta on 25th June n will be coming back to the UK on 22nd September.

Sungguh tak sabar ok! Dah terbayang-bayang wajah ayah bonda, adik-adik, kawan-kawan serta kg halamanku..Chewahh!!

Moga aku beroleh kesabaran menanti hari-hari indah yang bakal mendatang dan mohon dipermudahkan segala urusan hingga tiba saat itu..Ameen =)

P/S: Tunggu kepulanganku semua!!!

Monday, March 8, 2010

Sekejap je...

Salam~

Sekejap je...

Hari ni dah menjadi esok,
Esok menjadi lusa,
dan lusa menjadi tulat..
Tulat pulak dah pon nak jadi..
Err...kulat???

Sekejap je...

Dulunya kita mungkin seorang bayi,
Kemudian bertumbuh gigi,
Lepas tu dah pandai makan, pakai baju sendiri,
Sekarang pulak dah pon hidup berdikari..

Sekejap je...

Masa tu berlalu pergi,
Kita je yang tak sedar diri..
Mengharap ia berhenti, 
menunggu kita yang tak mahu berlari..


P/S: Ada pepatah mengatakan, masa itu ibarat pedang. Kalau kita tak memotongnya, akan ditetaknya kita.
Juz wondering, entah berapa kali la aku dah ditetak agaknya...

Damai kampungku...

Salam~

Da jadi tabiat, kalau tempat sendiri kita jarang nak explore. Kalau nak jalan-jalan, mesti nak pegi tempat orang kan? Hehe..Kenape ye? Weekend lepas, kami pon mnjadi orang-orang yang membuang tebiat dgn bersiar-siar kat sekitar kampung kami ni. Bukan ape, cam melampau pulak tak tau ape yang ade kat tempat sendiri. Nanti orang datang, kan ke susah. Tapi tempat yang kami pegi ni, tak lah best sangat sebab cam dah takde ape-ape kat situ yang tinggal. Anyway, next tyme, kami akan explore lebih banyak lagi tempat-tempat menarik kat sini ( Ade ke masalahnya? Ehehe.. ). K now, lets layan-layan the gambar~

Pelan asal tempat ni. Canterbury Castle.

Cam biasalah, ada poster yg bagi penerangan psl tempat ni. Amik gambar je, tak baca pon =P

Ni jelah rupe bentuk castle yang tinggal nye ha..Mungkin sbb dah terhakis or dibom, mungkin..

Pintu masuk istana..Salah satunya la..Istana ni byk pintu actually.

Ni sume masa dalam kawasan istana. Memang ni jer lah warisan yang tinggal. Takde ape dah..

Pastu, keluar istana kami panjat bukit ni naik ke satu monumen ape ntah la..

And inilah pemandangan-pemandangan 'indah' dari atas tu..Hehe..

Basically, tempat tu mmg takde ape pon tapi best la dapat keluar jalan-jalan since dah lama sangat terperap dalam bilik je. Plus, dua tiga hari ni sang suria sudah keluar memancarkan sinarnye yang terang..Love it =)

Thursday, March 4, 2010

Wednesday, March 3, 2010

Pengikut jejakku...

Salam~

Makin hari, makin ramai pulak yang dah mengikut jejak langkah aku. Sedang aku ini bukanlah seorang yang popular ataupun ikon masyarakat, but still diorang ni degil jugak nak ikut. Nak buat camne kan...kalo dah nasib badan. Kita ni manusia biasa je, takdir itu di tangan Nya jua...

Hari ni, orang yang beria-ia nak ikut aku tu sorang budak ni. Muka je nampak innocent dye nih, tapi kalau sesape yang kenal, mau mengucap panjang ngan perangai dye. Bukan jahat, bukan jugak samseng, apatah lagi minah rempit. Dye cuma notti-notti gitu. Suka menyakat. Suka buat orang ketawa. Suka buat lawak. And aku pasti ramai yang menggemarinya bukan kerana rasanya yang lemak berkrim, tapi sebab dia adalah dia. 
Dia tak pernah cuba menjadi orang lain, hanya diri sendiri.

Aku kenal dia takde lah sedekad lamanya, cuma baru dalam 4 or 5 tahun lebeh camtu. Tapi tu sudah cukup memberi makna dalam hidup. Bertuah punya kawan sepertinya. Mungkin aku tak berpeluang bersamanya setiap masa. Cuma dua tahun bersama..yang lainnya, kami hanya mampu berjanji dan merancang , namun takdir jua mengatasi segala perancangan itu. Tapi takpe, mungkin jarak yang memisahkan akan lebih mengeratkan persahabatan kami. Mudah-mudahan..ameen...

Jadinya, sempena hari bahgia nya, ( sape kawen ni??? ) tiada lain yang kudoakan melainkan agar dia bahgia, senantiasa diberi kekuatan ( bukan kekuatan suara ya, cukup2 lah dgn volume yang ada ), kematangan ( memandangkan ramai yang ingat dye nih still sekolah rendah ), kejayaan ( insyaAllah, aku tau kau boleh! ) serta bertemu jodoh yang diidamkan ( =P ). Buat dia yang teristimewa, kau 'sumber keceriaan' ku ~

Terimalah..jeng, jeng, jeng....


NUR AMIRAH MOHD ROSLAN !!!

" HAPPY  21 st BIRTHDAY...MAY ALLAH BLESS U DEAR..."

P/s: Hahah..welcome to da club, jgn malu-malu ( aku tau ko bukan spesies pokok semalu ) ..tq sudi ikut jejak langkah aku =P. Btw, takpelah ek ak post kan awal sehari..teruja nak wish ko~

Monday, March 1, 2010

Only comma, no full stop!

Salam~

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan " (94: 5 dan 6 )

Itu antara janji Allah kepada RasulNya, Muhammad SAW. Janji yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran itu juga adalah buat kita, hamba-hambaNya. Sesungguhnya janji Allah itu pasti benar, dan tiada sedikit pun pendustaan. Tidak seperti janji manusia, yang hanya tahu mengatakannya, namun belum tentu akan dikotakan.

Alhamdulillah, syukur kerana aku memperoleh satu lagi mutiara berharga ketika usrah tadi. Ayat itu mungkin biasa kita dengar, sebabnya ia adalah terjemahan surah Al-Insyirah yang sering kita baca dan jumpa dalam Al-Quran yang merupakan surah dari Juz 'Amma. Tapi, jujur aku akui, aku sendiri baru benar-benar tersedar betapa dalamnya maksud kata-kata ini. Dua kali Allah mengulangi ayat yang sama, lihat betapa indah dan bermaknanya...

Mari lihat lagi. Kalau diperhatikan, perkataan "al-'usri" yang bererti kesulitan itu mengandungi huruf alif lam di depannya yang dari segi nahu Bahasa Arabnya membawa maksud kata nama khas dan merujuk kepada satu kesulitan. Lihat pulak perkataan " yusra", yang bermaksud kemudahan. Perkataan yusra itu, ditulis dalam perkataan yang membawa maksud jama' yakni, kemudahan-kemudahan. Betapa pemurahnya Allah ,iaitu bilamana diujinya kita dengan satu kesulitan, lebih banyak kemudahan pula yang akan menyusul nanti. Subhanallah!!!

Aku turut tertarik dengan ayat berikutnya yang merupakan kesinambungan daripada ayat tadi: " Maka apabila engkau telah selesai ( dari sesuatu urusan ), tetaplah bekerja keras ( untuk urusan yang lain ). Dan hanya kepada Tuhanmu lah engkau berharap. " ( 94: 7 dan 8 )

Ayat ni, best. Memang betul-betul kena kat diri sendiri. Cuba renungkan, apa yang kita buat bila dah selesai buat satu-satu benda selalunya? Kalau diri aku sendiri, aku suka memalaskan diri, rilex-rilex sambil tengok cerita atau lebih mudah dikatakan, bersuka-suki. Sepatutnya, tiada istilah berehat dan berhenti dalam hidup ini selagi nyawa tidak hilang dari jasad. Bak kata seorang sahabat, " There's only comma, no full stop ". Noktah tu hanya akan terletak bila kita dah mati je. Tapi, comma tu pun, jangan la lama-lama. Ayat mesti disambung which is hidup mesti diteruskan. Yang ni, harus refleks balik diri kita. Bukan tak boleh berehat dan bersuka-suka, namun harus ada limit dan kembali menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah setelah selesai sesuatu urusan ( Amaran awal buat diri sendiri memandangkan demam cuti akan bermula tak lama lagi~ ). Ayat ni bukan boleh diaplikasikan bila kita punya urusan je, sama jugak kalau bersedih ke, emo ke..Boleh nangis dan beremo-emoan, tapi ingat..jangan biar perasan tu menguasai diri. Bila da puas, hentikan, dan lempar rasa itu jauh-jauh..bangkit semula dan teruskan langkah. ( Ini amaran keras buat aku yang mudah emo )

Tadi baru selesai satu test, dan yang pasti banyak lagi test yang menanti setiap minggu. Exam pon, kata orang dah berlegar-legar je di setiap sudut. Risau jugak akan mudah tercabar emotionally nanti. Moga apa yang dicoret kali ni dapat jadi pembakar semangat dan memberi manfaat. =) Mari rakan-rakan, sentiasa husnu dzon dengan Allah..Ingat, setiap kesulitan, pasti akan diiringi dengan kemudahan selepasnya...


P/s: Lagu latar kedengaran jiwang dan emo, apekah? Kena tukar lagu nasyeed nih =p