Salam ~
Warning : Kepada sesiapa yang sedang kelaparan, diharap dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan tahap kesabaran anda. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa ke atas anda setelah membaca post ini. Terima kasih.
Haha, melampau tak? Mukadimah je terus warning orang :P Takdelah kan, kalau dah namanya post pasal raya, mestilah yang akan keluar nanti gambar makanan yang lazat-lazat dan menyelerakan. Kesian pulak kalau tiba-tiba rasa lapar bila tengok gambar-gambar ni nanti..( Nasib baik baru makan, so tak kisah la :P )
Open house ni kira sambutan pertama la yang dibuat setelah term bermula. Dapatlah kami warga Kent berkumpul semula selepas 3 bulan bercuti dan beraya di kampung halaman. Di samping tu, dapatlah menyambut kedatangan juniors dan postgrads yang baru sahaja memulakan pengajian di sini.Agak meriah. Bukan setakat ahli-ahli MSoc dan orang Kent, malah ada jugak kawan-kawan dari Christchurch Uni, Cambridge dan bangsa-bangsa lain yang turut memeriahkan sambutan malam tu. Kire macam-macam kaler lah yang mewarnai Darwin Missing Link tu.
Besides foods and friends, ada jugak diadakan games dan persembahan. Games yang dimainkan lebih kepada ice breaking session. Maklumlah, dah ramai muka-muka baru, mestilah nak berkenal-kenal. Selesai sesi beramah mesra, persembahan nyanyian dan silap mata diadakan. Persembahan memang mantap dan menariklah! Terpegun semua hadirin especially masa magic show tu. (Aku buat-buat terpegun sbb tau mesti ada udang di sebalik Indo mee pasal trick magic tuh. Mujur tak tertipu..ngehehe :P)
Rasanya, tak payah la nak banyak cerita lagi. Jom layan piccas sudeyh ~
Lasagne Aneesah. Woo, looks yummy! Tak sempat makan sbb dah kenyang sangat :( Nasib baik Neesah is my housemate. Boleh mintak Neesah buatkan lagi. Boleh kan? :P
Nasi goreng 2 macam. Pedas and tak pedas.
Selamat Hari Raya Aidilfitri :)
Some of the guests that nyte..1 Malaysia! ^^
Crab ranggoon and Lontong
Rendang ayam
Mereka lagi
Desserts: Bread puddings, honey cornflakes, kuih raya
Kuah lontong Syabil. Seedaapp! ( Still got some kat rumah ;) )
Juara makan malam tu. 3 kali nasik+ pinggan ( pinggan pun dia telan :P )
Frens :)
Tu diaa..pemenang ice breaking session. Amik ko, besar giler hadiah lolipop tuh! Mantap lah K.Jie ;)
Frens lagi :)
The newcomers..Sebahagian Postgrads
Kawan baik yang sengal :P
Fara & Atiyah
End of show. Tak banyak amik gambar sebab sibuk makan..hehe. Ade jugak gambar raya tahun ni. Raya ngan family hari tu pon tak banyak dapat amik gambar. Tetiba terasa nak try beraya kat sini tahun depan. Nak rasa apa kelainannya. Tengoklah macammana nanti..
Selamat hari raya semua! :)