25 November 2013
15 November 2013
Penat.
Posted by
Unknown
at
1:13:00 AM
Hari ini terasa sungguh penat. Rehearsal speech hingga ke petang. dan saya melihat uia sangat menjaga "perfectionist" dalam mengatur cara majlis. But, every panels,the lecturers seems sooo helpful. Speech in english,malay n arabic is not easy for me. Every makhraj, pronunciation, bahasa, should be observed and practiced again n again.
Rabbuna yusahhil.
13 November 2013
Ada banyak cerita
Posted by
Unknown
at
8:46:00 AM
Terlalu banyak cerita yang ingin ku khabarkan pada dia. Entah masih punya waktu atau tidak. Sekembalinya aku membawa gelaran baru, langkah dan fasa baru,ingin aku ceritakan semua nya- satu-per-satu pada dia. Tentang perjalanan hidupku, liku-liku nya, tentang keluarga, dan teman-teman ku, kesukaan dan kecenderungan ku.
Biidznillah.
Moga masih bernafas saat itu.
09 November 2013
Hadiah - untuk ibu
Posted by
Unknown
at
5:32:00 PM
Sepanjang kakak belajar ni, ibu yang tanggung sepenuhnya. Subhanallah. Tak pernah sekali aku tanyakan sebanyak mana duit simpanan ibu. Beza umur dengan adik,6 tahun. Ibu memang suka merancang kewangan dengan baik. Dan, ibu sekeras-kerasnya tak benarkan aku mengambil pinjaman ptptn. Tp, alhamdulillah, selepas mendapat tawaran yayasan bank rakyat, aku sangat bersyukur kerana dapat meringankan beban ibu waktu itu. Berazam, masuknya simpanan pertama, aku ingin terus langsaikan yuran pembelajaran ku pada ibu, tapi, ibu kata, ini tanggungjawab ibu untuk biaya kakak belajar. kakak tak perlu fikir tentang semua tu, kakak belajar je.
Allah.
Dengan izinNya, dengan segala limpah Rahmat dan Kurnianya, Alhamdulillah, aku dinobatkan sebagai pelajar terbaik kulliyyah. Terpandang jauh saat membaca surat tadi. Aku cuba rahsiakan daripada ibu yang, aku telah diberikan kesempatan untuk berucap di atas pentas sewaktu konvokasi nanti (inshaAllah jika dipanang kan umur , 18 November 2013). Ini, hadiah buat ibu.
Dengan izinNya, dengan segala limpah Rahmat dan Kurnianya, Alhamdulillah, aku dinobatkan sebagai pelajar terbaik kulliyyah. Terpandang jauh saat membaca surat tadi. Aku cuba rahsiakan daripada ibu yang, aku telah diberikan kesempatan untuk berucap di atas pentas sewaktu konvokasi nanti (inshaAllah jika dipanang kan umur , 18 November 2013). Ini, hadiah buat ibu.
Tuhan,aku tak pernah tahu jalan takdirku seperti ini. Apakah, aku layak untuk menerima semua ini? Telah cukupkah aku bersyukur sepanjang nafas dan nadi ku berdenyut di muka bumi Mu? Maafkan aku andai ada khilaf, dosa yang tidak aku sedari, atau tersengajakan. Terima kasih Allah.
"adeh.. mcm mane ni? dia minta tulis speech in english malay n arabic...hah"
"Akak.. ambil la kesempatan ni untuk sebarkan fikrah kita!"
Aku selak lembaran muntalaq, menari tentang pemuda. Aku menyelak buku Psikologi Rasulullah, bercerita tentang tanggungjawab. Aku meminta bantuan teman-teman ku yang sefikrah dalam berbagai jurusan. Dengan izinNya, selepas interview aku terus dihubungi admin, "Tahniah... .. ."
Allahu Allah
Buat insan-insan yang ku cintai kerana Allah, terima kasih atas segala doa nya yang tak pernah henti. Terima kasih atas segalanya, mungkin tanpa izinNya, aku tidak mampu berdiri di sini untuk memikul amanah yang sangat berat ini sebagai seorang khalifah di muka bumi. Ajarkan hati untuk selalu tsabat.
Allahumma ameen.
Sincerely,
me
“Humbleness is the fruit of knowledge.”
— | Imam Ali ibn Abi Talib [as] |
06 November 2013
Jawapan hati
Posted by
Unknown
at
11:02:00 AM
"fatin, enti tak rasa rindu ke?"
"hm? rindu pada siapa?"
"pada 'dia'?"
"kenapa perlu nak rindu?
pada sesuatu yang.. ana belum cinta?"
"erk.knape enti ckp mcm tu?"
"dia bukan milik ana pun.
semua ni pinjaman dari Allah.
saat ni ana fikir mati je...entah sempat atau tak.."
"enti kahwin lah cepat-cepat"
"yang itu ana tak boleh putuskan.
perlukan sediaan pihak dia.
enti doakanlah yang terbaik"
"inshaAllah.moga Allah jaga hati"
"inshaAllah"
"jom gerak,diorang dah tggu tu!"
Subscribe to:
Posts (Atom)