25 June 2013

let it go























sedia



"wani, ana tiba-tiba rasa...





















belum bersedia untuk kahwin"

"tapi kenapa fatin?
enti ckp mcm tu, nt tup-tup enti cepat je kahwin"


Entahlah. Agaknya sebab nak stable kan semua urusan-urusan yang... ya! memang semakin dewasa semakin besar dan banyak tanggungjawab..dan... . maybe.. i'm not ready for that. Itsokay, take ur time and slowly benda ni akan tiba bila betul-betul sampai masa yg sesuai. 

saya tersenyum.
inshaAllah dear- 

. . .

Akhir-akhir ini,ada beberapa org teman inbox saya. seringkali mereka menyentuh bab baitul muslim dan memikirkan kerisauan mereka yang belum bertemu. inshaAllah,saya yakin suatu hari nnt pasti sampai, cuma jika bukan di sini, mungkin kehidupan yang selepas ini. Allah Maha Mengetahui.

Mereka sering mengatakan, tak boleh lihat gambar-gambar teman-teman yang baru berkahwin. Tapi kenapa? katanya cemburu dan mula timbul kerisauan. Balas saya, InshaAllah, masa kita akan tiba. cuma cepat atau lambat. dan setiap dari kita, akan ada kisah masing-masing. Apa yang penting, jalani hidup yang ada hari ini, persiapkan diri sebaik-baiknya, dan manfaatkan hari-hari sementara masih single. usaha? tetap perlu diusahakan dengan cara yang betul.

Saya kira,umur dah menjangkau sebegini, memang persoalan ini sering bermain-main di fikiran. Rupanya, usia dah mencecah dewasa. Masa, waktu, zaman, pemikiran, tanggungjawab, semua dah berubah. Memang masih ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Jadilah dewasa, dan belajarlah erti kedewasaan. InshaAllah,  Allah tahu bila masa nya yang terbaik untuk aku benar-benar bersedia.

Abdullah Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda pada kami: "Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu." Muttafaq Alaihi.


Di samping memikirkan tentang ini, harus juga risau tentang masalah yang melanda umat Islam dan bumi yang kita diami.Allahu Allah





Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. (QS. Al-Furqan: 74).






ameen




19 June 2013

Accident- antara redha dan ketenangan



"Kakak kenapa tak message ibu? 
Ibu macam tak sedap hati pagi tadi.
selalu kakak message kan?"


Saya tahu ibu risau, tapi wajah ibu cukup menggambarkan ketenangan,
'mujur anak ku selamat'

Ketenangan tu, saya belajar dari ibu. Kami accident pagi tadi. kereta depan break emergency dan adik saya wafiy tak sempat menekan brek. kemek kereta depan, kereta abang. pecah lampu dan entah berapa ganti rugi. Tapi, itu bukan masalah nya, sedikit pun ibu tak mengeluh, tapi soalan yang ibu tanya pada dia,

"solat jaga tak? urusan dengan Allah kena check balik.." 

. . .

Ibu tanya sama ada saya trauma atau tidak. Saya menggeleng. Tapi sebenarnya ada sedikit 'bekas' trauma. Hampir sakit kepala di buatnya . Memikirkan urusan dengan pensyarah, kawan-kawan dan urusan-urusan lain yang di uia masih belum selesai, banyak yang tergendala. Tapi, saya didik hati untuk tenang, harus redha dengan ketentuanNya.

Hari ni cukup mengajar untuk bersifat tenang dalam apa jua situasi. "kakak td rileks je?" , " dah tu.. nak kakak buat apa? dah la,benda dah nak jadi.. kakak dah perasan kereta depan tu break tibe2,tp kita tak sempat nak buat apa.." , "dah-dah.. kita settle kat rumah, jom drive balik"  sambil usap kepala wafiy , saya pujuk dia untuk tenang n pulang.

"macam mana ngn akak? nk pegi uia?"
"takpe, nnt kawan akak back up"

.
.
 credit expired.

satu lagi ujian yang menguji.








 

12 June 2013

Seperti kita

"Allahuakbar.. tak semua orang diberi peluang seperti enti. Murah rezki enti"

. . .

"Hello . 
Assalamualaikum fatin
Am nak bagitaw sesuatu ni."

"Hello.
Waalaikumussalam.
Am! ha! macam mana praktikal am?okey?"

"Nanti la dulu.
Fatin duduk la dulu"

"Duduk? Fatin kat kaed ni.
On da way nak jumpe madam.
Ada apa am?"

"Ni.. Mr. Wong.. assistant Mdm Norliza , Cloustan.."

"aha.."

" Diorang nak hire fatin jadi LA(Landscape Architect) kat sini.
Dia minta fatin datang interview"

"what??
Fatin? kenapa fatin?
Fatin takde hantar resume pun
Allah..Ramai lagi yang hebat-hebat am

Ya Allah..
Tapi am,
Fatin dah sign agreement untuk jadi reseacrh assistant.
InshaAllah sambung master kat uia.
Am tolong sampaikan
boleh?"

"Fatin cuba lah kol diorang bagitaw"

"oh..aa.. 
okey-okey
InshaAllah..
Okey am, terima kasih ye"

"sama-sama, Mdm Norliza ckp
Bro. Ramzi yang recommend fatin."

"oh.."

. . . 

Kita tak tahu rezeki yang Allah beri tu dari sumber mana. Habis degree ni belum sempat 'lepak-lepak' ambil udara 'freedom' as design student, macam-macam pengalaman dan ibrah(pengajaran) yang saya dapat. Termasuk juga tawaran-tawaran yang tak putus berkunjung. Pensyarah saya kata, "akan ada satu masa kamu diuji dengan macam-macam tawaran, hampir akan ada kamu digelapkan dengan 'wang'"


Saya angguk dan tersenyum. Beliau juga berkongsi, " ..dalam pendidikan,politik nya berbeza,nanti lama kelamaan kamu akan faham. ."

Apa yang boleh saya katakan, i am grateful to have him as my supervisor. he inspire me,a lot. Dia memahamkan saya tentang sistem ber'jemaah' dalam menjadi researcher. Dia juga lah lecturer yang menjadi studio master saya sem 1 tahun 4. Dia boleh memahamkan saya tentang toriq bacaan dalam hafazan. Teringin untuk tahu sejauh mana latar belakang pendidkan beliau. Saya lihat keikhlasan yang amat dalam pada dirinya.

"Sebenarnya bro. hari ni saya ada camping ke Gunung Nuang.. mula semalam."
"Gunung Nuang... Hulu Langat?ha! knape tak pergi?? best situ, saya pernah pegi"

"Oh,sebab ada urusan2 yang belum selesai lagi bro"
"ye lah.uruskan dulu mana yang penting. pegi dengan siapa?"

"dengan NGO"
"NGO? NGO apa?.. selalu pergi mana lagi?"

"IKRAM bro. ,hmm.. selalu pergi hulu langat..bnyk jugak tmpat lain"
"ohh...IKRAM?..erm... Madam Zalina? kan?haha...uish husband and wife active tu!"

"haah..haah.."
 . . .
.
.
.
.
.

Berbincang tentang topic proposal, tentang ecological, indicator, etc2. Bro terangkan sedikit-sedikit tentang kepentingan topik research yang akan saya bawa. Topik ni belum di buat oleh mana-mana lagi, dan menurut beliau uia mempunyai equipment yang terbaik. Dan saya akn dihantar kursus, dan bakal ditunjukkan cara-cara untuk menggunakan peralatan di makmal. Something different from design, tapi inshaAllah, pengalaman yang berbeza dan berlainan akan lebih membuka minda dengan lebih luas tentang ilmu Allah.

Mengetahui  sedikit latar belakang saya dalam IKRAM, bro mula mengaitkan setiap bicaranya dengan ibrah dan sedikit ayat dari al-Qur'an. Sebenarnya terlalu banyak yang pensyarah saya kongsikan. Apa yang masih terlekat di fikiran saya, ialah bila beliau kongsikan tentang hubungan kerjasama nya dengan pelajar master dan bekas pelajar master beliau.

" Bro., sisters senior yang ikut kitorang trip masa first year dulu, skrg buat apa? student master bro kan masa tu?"

"ohh..haa! bebet? dengan..
(saya tak ingat namanya) sekarang,  sorang fellowship di uitm. sorang lagi dah tak sambung,terus kerja. percayalah, research yang kamu akan buat ni, kamu akan jadi specialist dalam ni. orang akan rujuk, lebih2 lagi yang akan kamu buat ni something new"

"aahh..(cuba membayangkan)"
* banyak lagi explaination bro.

"Belajar ni, dengan student2 master saya, sama jugak macam berada dalam jemaah. Dalam jemaah kita jaga jemaah-jemaah kita (bro mendemonstrasikan dengan tangannya tentang sistem berjemaah) bila tamat, habis master, alhamdulillah semua tamat dengan berjaya, masing-masing dengan fokus masing-masing, kita masih berhubung, share new knowledge. Saya tak kisah kalau you sambung Phd kat U lain, tapi still nak gune equipment sini, dialu-alukan. Kerana ilmu, kita perlu berkongsi.. . . "

Allah.. boleh tak saya rasa macam nak menangis jugak waktu tu.Pensyarah saya sangat professional matang dan suka mentarbiyyah. Saya sangat menghormati beliau. Dan perkara ini lah yang menyebabkan saya yakin, kenapa Allah letakkan saya di sini. Dan,saya tahu, ini titik permulaan untuk menyuntik semangat belajar saya. Esok lusa, saya perlu bersedia dengan ujian-ujian yang bakal datang. And,he did warned me about that.

Thank you Allah.
For EVERYTHING :)





InshaAllah, will be master student in UIA.still.hehe
Rabbuna Yusahil!

Till next time,inshaAllah





09 June 2013

Keampunan-Mu



Engkau tahu mengapa aku menangis?

kerna aku tahu silap ku pada Tuhan
mungkin, ada yang aku tak tersedar
tapi akhirnya Allah 'sentuh' hati ku
menangis aku tanpa henti

kerna khilafku, kealpaan ku
sungguh aku tak terasa seperti dulu
bimbang celakanya aku
kerna hari ini tidak sebaik semalam

"astaghfirullahal'azimmm.."














Tuhanku,
ampunkan dosa-dosa aku
















08 June 2013

Team media #myGMJ2013





"kepercayaan antum letakkan ana dalam team media membuatkan ana terasa,
kerdil".


...

Tapi banyak perkara yang ana belajar. Usaha ni tak mengharapkan balasan dari segi nilai matawang tetapi usaha dan tenaga demi agama, ummah dan dakwah,tarbiyyah. Banyak perkara yang ana belajar dari pengalaman yang berkali-kali. Entah kepercayaan apa yang para ikhwah letakkan pada akhawat dan kami dapat sama-sama bertugas dalam barisan team media yang mantap! 

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Daiegrapher.
07062013
Dataran Kemerdekaan Shah Alam













06 June 2013

This life

Memang ada perkara-perkara tertentu yang kita tak beritahukan pada orang. Orang lain, akan tahu cerita lain, lain orang lain perkara yang mereka tahu. Itulah saya. Jarang sekali saya berkongsi 'the whole thing' hanya pada seorang, lebih-lebih lagi bab urusan dan perkara-perkara yang tak pasti,melainkan ibu.

Entah kenapa
Hari ni terasa sangat-sangat letih. Fikiran masih kusut. Ya, terasa 'kekurangan'. Ada lah di mana-mana. saya tahu. Biarkan ia rahsia.

...

Kak sumayyah pernah kata, 
"TANGGUNGJAWAB KITA, LEBIH BANYAK DARIPADA MASA"

Benarlah yang itu.
Teringat seorang teman pernah kata, 

"ana manusia fatin, ada perkara yang ana tak mampu buat"

Saya balas,

"kalau kita cabar diri sendiri, baru kita tahu kekuatan diri kita. 
itu 'ibrah' yang ana dapat masa match paintball aqsa syarif"



Tapi,
at one point..
akan ada titik lemah kita.

Workaholic? saya bukan manusia sebegitu.
Adventurous? saya tak tahu kalau saya tak diuji.
Artistic? ramai yang kata saya gifted.tapi saya terlalu rendah diri
Determined? certain things yang saya minat
.
.
.
*the list goes on

Baiklah,saya akan tulis kan apa yang terbuku dalam fikiran.minda dan hati saya. Supaya rasa "lapang" sedikit. Melalui catatan. Biidznillah


Bismillah

Saya dilahirkan dengan kehadiran semua adik beradik lelaki di sekeliling saya. Maaf kalau saya kurang sensitif dengan sesuatu perkara. Sebab dengan lelaki, hati perlu lebih "keras". Maksud saya, dari abang dan adik2 lelaki saya, saya belajar untuk tak mudah lemah dan menangis bila berdepan dengan apa-apa situasi.

Ibu pula, selalu pesan, "kita tak boleh mengharapkan kehidupan kita terlalu sempurna". Kata-kata ibu juga kadang-kadang sedikit sebanyak menyebabkan saya bertahan dengan ujian. Memang hidup ini untuk diuji kan. Kita,sebagai abid dan khalifah, mana mungkin boleh bersenang lenang.

Kehilangan seorang ayah juga menyebabkan tiada perkara lain yang mampu membuat saya menangis melainkan sesuatu perkara itu mengingatkan saya tentang ayah. Allah.. hampir 8 tahun ayah pergi meninggalkan kami. Sepanjang waktu itu, saya tetap dan terus bertahan. Banyak hari-hari dan kisah-kisah yang saya lalui, di mana saya perlu menahan dari mengalirkan air mata.Tapi itu tak mematahkan semangat saya untuk teruskan perjalanan dalam hidup.

Sejujurnya, dibandingkan dengan kehidupan di alam persekolahan, saya mula menampakkan minat, bakat, mula menonjol dalam banyak aspek, dan boleh dikatakan di sini lah bermulanya minat saya, di uia. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezki dr arah yang tak disangka2. Banyak, banyak perkara jika ingin diceritakan satu per satu.

Sepanjang 6 tahun menuntut ilmu, jatuh bangun. Lumrah itu banyak mengajar. Tapi, hidup takkan pernah sunyi dengan penat lelah. Tanggungjawab? takkan pernah berhenti.takkan. 

Alhamdulillah, saya dah selesaikan design thesis. Harapnya dapat gred yang baik. dan yang paling penting saya belajar sesuatu dari menuntut ilmu sepanjang 6 tahun. Ya, banyak. terlalu banyak, bukan sahaja ilmu-ilmu subjek, tapi juga dalam membentuk manusiawi. Saya percaya, uia telah banyak merubah manusia-manusia di dalam nya. Dan tugas pendakwah itu tersangatlah besar. Moga kita tergolong dalam rantaian2 itu, inshaAllah.

Di samping menjadi pelajar, saya juga memegang jawatan lain di luar kulliyyah. Tak cukup dengan penolakan, saya ditawarkan dengan mcm2 jawatan, sehinggakan saya "menyerah" dan berniat untuk , "akhir sem ni, tahun akhir ni,ckup lah dengan apa- apa jawatan.. saya nak fokuskan dalam media dakwah (IKRAM SISWA UIAM)". Allah makbulkan. Lamaran lain datang silih berganti. Saya waktu itu pelajar tahun akhir.

Sekarang, menjadi Assitant Program Manager 2 untuk program ALAM6 yang bakal diadakan di uia September ini. Waktu ini, saya mungkin dah tak bergelar undergraduate uia. Begitu juga senior2 yang lain, tapi masih, junior2 memerlukan kami. Dalam masa-masa terluang, saya juga buat online business menjual blouse dan tudung muslimah. Yang kini dah hampir berhenti disebabkan sibuk dengan design thesis dan final presentation. Untuk kerja sampingan, bakat yang Allah kurniakan, saya membantu pensyarah untuk mewarnakan sebuah lukisan menggunakan medium watercolor dengan sejumlah bayaran untuk satu-satu drawing. Kerja ini berterusan mengikut masa-masa yang tak tetap. Kadang saya sibuk, mencuri2 masa, kadang saya lapang, terlalu ikut mood. payah. tapi "niat harus sentiasa diperbetulkan"

Sepanjang sibuk dengan design thesis, banyak program media n program lain yang cuba diluangkan masa. Ada antaranya yang diminta untuk menjadi komiti. eringkali diminta untuk cover jd photographer. Sementara yang lain sibuk dengan kerja, saya bermalam dengan kerja-kerja yang bukan studio. Dalam masa yang sama, saya ada tanggungjawan setiap kali kelas sebagai 'class representative'. Macam mudah, tapi, apa sahaja tanggungjawab yang tergalas, saya pasti takut memgang amanah.

Setiap jumaat, selepas studio, saya bawak satu usrah. Kadang-kadang prepare kadang-kadang tak. Kadang-kadang task diberi pd anak-anak usrah. Sambil tggu waktu studio habis kadang-kadang memegang kitab-kitab sahabat, tauhid, google isu-isu semasa, kadang-kadang saya tertidur. penat- Setiap ahad,selang sehari, saya ada usrah lain pula, kali ni saya adalah anak usrah,kadang-kadang dr petang smpi ke malam. Esok studio, isnin, boleh jadi selalu ada presenattion and submission. Dan,hanya Allah yang tahu, perasannya bila diberi masa sehari lebih untuk menyiapkan requirement jumaat lepas. Memang besar tanggungjawab. Dulu saya fikir, sebelum ke usrah, perlu berazam untuk siapkan kerja, tak boleh beralasan atau berdalih. Yang kerap tidur sewaktu usrah, daurah..saya lah tu.

Ada juga masa-masa tertentu yang hujung-hujung minggu diisi dengan qiyam, daurah. Kalau ada masa terluang saya hadirkan diri. Dan, sebenarnya duduk di uia, kalau boleh semua program tak mahu terlepas! percayalah. ramai sahabat universiti lain cemburu dengan saya. kalau sayatak pergi, rugi sangat. ilmu agama memang perlu dituntut,kalau bukan melalui kuliah2 dan ceramah2 agama, bidang saya memang tak cukup. Saya takkan terbuka dengan isu semasa dan umat Islam! sungguh

Dan,akhir semester,saat semua orang sedang sibuk mengemas barang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, saya ada tugas. Ini tugas selepas bergelar mahasiswa. 

Alhamdulillah, saya yakin rezeki itu datang dr Allah. Berbeza dengan teman yang lain, rezeki mereka lain2. Saya di offer untuk menjadi research assistant oleh beberapa orang pensyarah, baik di uia atau universiti lain. Saya, seorang yang sgt merendah diri, dan takut dengan kemampuan diri sendiri. Saya tak terlalu kedepan dengan keyakinan pada apa yang saya tiada, tapi saya sederhana dengan apa yang saya ada yang dapat dilihat oleh orang lain. Itu kelemahan saya, sungguh saya tak pandai menjual "kehebatan" saya.

Dilemma dalam membuat keputusan, saya istikharah, dan istisyarah dengan pensyarah, keluarga, kawan-kawan , senior. Alhamdulillah saya dah buat keputusan, dan saya hanya mamou mendidik hati untuk, "lakukan yang TERBAIK apa yang ada hari ini.. setelah berkeputusan, usaha tawakkal. inshaAllah, kalau ada sesuatu yg lebih baik, Allah pasti akan buka kan jalan lain"

Saya tak pernah bekerja dengan mengharapkan bayaran. Apa yang penting, apa pun bayarannya kalau sedikit, ia mengajar diri sendiri untuk lebih berpada dalam berbelanja, berjimat cermat dalam apa yang patut dan memikirkan jalan lain untuk menambah income. As i always think, i prefer lower tips sebab belum tentu hasil kerja kita sepadan dengan gaji yang diberi. Dan,kalau majikan,pensyarah or anyone feels we are able to deliver a good work, then maybe die tergerak untuk beri lebih pada kita. Apa pun rezeki tu dtg dr Allah. Hanya perlu belajar bersungguh2 untuk selalu ikhlaskan hati, dan jalankan amanah dengan baik. inshaAllah

Sekarang, inshaAllah sedang berusaha menyiapkan satu projek book compilation of our design thesis,silih berganti dengan menjadi photographer untuk GMJ malam esok. Ahli-ahli media perlu inform segala equipment yang ada , DSLR, tripod, jenis lens,laporkan diri as videographer/ photographer,etc. Then, inshaAllah saya akan sign agreement and letter for collecting data by tomorrow morning as research assistant. InshaAllah, harapan saya moga dapat jadi RA yang terbaik buat pensyarah saya. ameen

Dan, saya perlu batalkan application untuk ke edinburgh asap. Hari ahad prepare untuk bertugas jadi photographer IKRAM SISWA general meeting untuk tenure baru. Then, isnin hingga rabu bakal ke mukhayyam di Gunung Nuang, Hulu Langat. Hadiri walimah yang berderet--- akhawat. And then, finalised book compilation, dan inshaAllah, lepas oficially jadi RA dan merancang untuk sambung master sekali gus, moga Allah permudahkan semuanya. ameeennn

Rabbuna Yusahil.

Nadia Rusli
(adalah anak ayah yang sangat tabah, kuat harungi hari-hari,inshaAllah ..ayah)

Saya tahu, aside from cerita yang sy kongsikan ini, saya yakin sahabat2 seperjuangan saya lebih kuat ujiannya. Moga Allah kuatkan hati-hati kita.

. . .


"Inspiration exist and i found one"
10:04pm , 060613

me: kashi, bnyk nya bnda dlm kepala kak fatinnn sob3s *saje nak luahkan
kashi: cerite la kf... kte boleh dgr
ape die..

me:
huhu psal keje je..ade bnda yg kita dh rancg lama,then dtg bnda bru,then bersilih ganti bnda2 ni. rasa mcm nak nangis... tp nak buat.. cuma mcm celaru sgt fikiran. lepas dh list kan semua,ya Allah satu hr tu,bergilir2 bnda dtg.
tp kftn selalu ingat balik kata naqibah kftn "
TANGGUNGJAWAB KITA LEBIH BANYAK DARI MASA YANG ADA
hm,kf lemah sebab iman kf lemah kot

kashi:
kf..
jgn putus ase..
ape yg kte nmpk, kf kuat sgt2, kuat sgt2..
betul.. nmpk je mcm kf kcik2 cmni,
maybe itu smue Allah bagi sbb nk bgi extra pahala kat kf
maybe, Allah nak kf cepat2 mengadu dgn die,
kte pun bnyk kene blaja lgi..
n bnyk gile kte belajar dri kf..
dlu, kte mmg xsuke join usrah sbb malas.. tpi ble tgk kf, kte jealous.
haha
jealous sbb kf selalu g usrah, g masjid, ade mcm2 boleh buat..utk dakwah kt org2 lain,
sbb tu kte kawan dgn kf..
hari tu kte edit gmbr ni
haha
pastu tbe2 trus kluar kt otak kt..buat caption die mcni



me:
huu :') kashiiiiii,sebab masa tu kftn sdg bertarung dgn diri sendiri klu kftn x cr kebaikan,kf tkut kftn lost.n nk sgt2 ajak kwn2 studio sbnrnya,dan alhamdulillah doa kf dimakbulkan


kashi:
memang..walaupun kdg2 kte nmpk..kf selalu letih, tpi kf still usaha jugak nak buat, tkpe kf.. kf buat perlahan2.. insyaAllah, Allah mesti tau hati kf mcmane kan


hehe, gmbr tu mmg kte nak dedicate kt kak fatin, honestly tu lah ape yg kte rase..kalau dlu..honestly mmg kdg2 kte jealous tau kak fatin, kf bnyk sgt kekuatan, kf strong enough, mse kf nangis hri tu kt bilik arinah, kte rse lega jgk..sbb kte jarang n susah nak nmpk kf nangis
kte yang patut bersyukur sgt2 sbb kte at last, dpt jgk kenal n kawan ngan kf, :') ade jgk last2 final year ni tmbh sorg kwn yg buat kte rse nak dekat balik dgn Islam before ni kte jauhhh

me:
kashi, Allah yg gerakkan hati kashi



. . .

Ya Allah,
sungguh.. aku tak tahu apa yang Engkau sedang aturkan untuk ku.
izinkan aku pergi dalam husnul khatimah.

This life,worldly life.
Prepare for your akhirah(hereafter)


Nadia
iium.gombak
mahallah asma
end of semester



ibu izinkan!


02 June 2013

Change




Saya patut 'tukar' kan rasa-rasa risau yang sedang bermain-main di fikiran
kerana memikirkan masa depan,



dengan




perasaan yang penuh keyakinan,usaha dan pengharapan yang terbaik.
walaupun tak baik di mata kita,
mungkin pada Tuhan,
itu

adalah yang terbaik untuk ku
sebagai abid.





fa iza 'azamta fa tawakkal 'alallah






let's begin a new chapter.

...

Ya Rabb,
terima kasih di atas pemberian Mu
pinjaman yang hanya sementara ini
yang jarang sekali aku syukuri


Ya Rabb,
ampun kan segala khilafku
dosa ku yang menggunung tinggi
tapi tetap Engkau memberi


Ya Rabb,
terima lah usaha kecil ku ini
menyingkap hari-hari
dengan daawah dan tarbiyyah

yang..

adakalanya
lesu dan terkulai layu.


Ya Rabb,
ampuni segala kesilapan ku
kelalaian ku
yang hanya memilih dan mengutama dunia
aku yang tak tahu malu
terus meminta
dan meminta


Ya Rabb,
Engkau ambil lah nyawaku
saat aku bersedia dengan kelengkapan
akhirat ku
saat aku  suci dari dosa dan jahiliyyah ku


Ya Rabb
Mohon Engkau bimbing hati ini
agar terus utuh
utuh menyembah Mu
walau aku jatuh
walau aku gah di atas
walau aku rendah
walau aku tinggi


Tunjukkan aku jalan
sekali lagi.


Agar dapat aku perbaiki
dengan hadirnya lembaran baru
kehadiran manusiawi yang baru
persekitaran yang baru
impian dan azam yang baru

Ya Rabb
aku sedang menggapai hamasah
mencipta hati yang basah
tubuh yang tak pernah lelah
demi mengagungkan sunnah Kekasih Mu

Redhailah cita-cita ku
harapanku.

untuk, sekali lagi.





nadia





A call

Jam menunjukkan pukul 3:24a.m

Handset saya berdering. Sahabat saya, wani call. It's her birthday.
"Fatin! assalamualaikum,ana nak kejutkan anti tahajjud.hehe.."
Well, i was thinking maybe this will be the last time kami saling kejut mengejut untuk bangun tahajjud.huhu *suka sangat ayat last time

"Fatin!ada good news.fatin teka la apa dia?.."
"Ha?? apa dia
(mamai) ana tak tahu..(otak tak boleh betul2 berfikir lagi)"

"Takkan fatin x taw..? fatin mesti taw punye"
"Eh ana x taw la..hmmm?
(buat2 berfikir)"

"**** dah nak kahwiiiiin!!!fatin mesti x sangka kan??"
"serius wani? Ya Allah,mabruk2!!ana ingatkan enti yg nak kahwin..haha"

"eh tak laaa bukan ana..mesti ftn x sgka kan?"
"haah,agaklah..huhu,ala akhwat..memang mcm tu..huhu"

"**** tnya psal fatin kat ana... enti bila pulak?"
"ha?ana?.. kalau ikut perancangan " tahun ,inshaAllah"

"itulah,ana ckp, fatin nak sambung blaja dulu"
"haah wani,baguslah wani bgtaw mcm tu"

"wani,ana dah decide inshaAllah untuk ambil tawaran jd RA tu.."
"yeke fatin??! alhamdulillaaaaahhh "

"itulah,hati ana kuat ke situ"
"baguslah,nt sambil2 tu boleh buat persediaan kahwin"

"mungkin,itu satu juga hikmahnya.dan mungkin belum rezki ana ke UK lagi"
"takpelah fatin,dekat dengan ibu enti..habis tu yg edinburgh tu mcm mane?"

"itulah,ana x lengkapkan several documents lagi.. tp if isnin ni dah sign agreement ntuk RA,ana nak cancel kan application ana yg edinburgh tu"
"hm,okay lah..inshaAllah itu yg terbaik.moga Allah permudah"

"inshaAllah,doakan ana wani,n happy birthday!!hehe"
"inshaAllah,doakan ana jugak.tq fatinn!


Sahabat-sahabat ana yang memegang jawatan tertinggi dalam IKRAM siswa uia semua dah tahu psal ana. Hmmmmmm..**wondering.





Decided












Aku akan mula menjelajah
untuk melihat sekecil-kecil zarah.

01 June 2013

Seharusnya

1994



Seharusnya aku dah cukup 'dewasa' untuk buat keputusan yang terbaik untuk masa depan ku.
Ya Allah,bimbinglah dan pimpinlah aku untuk buat keputusan yang terbaik.

ameen




Rencana-Nya




Saya usaha untuk dapatkan MARA. isi online application, dapat panggilan interview, seat for examination, settle all documents...etc. well, jatuh bangun masa nak prepare all those thing ++ masa tgh sibuk dengan final report , working drawing etc. ------ sebab, saya dapat tahu dipanggil untuk psychometric test a day before. fuh. *dalam hati, mungkin Allah 'ada' sesuatu untuk ku.

Then,try jugak apply scholarship from other foreign uni. ini namanya cuba nasib. Kalau ade rezki tak kemana inshaAllah. cumanya, saya tahu, usaha saya tak setimpal dengan 'kehendak' saya. bergelut dengan final thesis, turun naik office untuk dapatkan letter, and all the documents related. bersungguh pada fasa "mahu-tak-mahu".

Ya, saya ada perancangan dan cita-cita. yang, saya sekadar simpan dalam hati. ada perkara yang kita boleh war-warkan, ada perkara yang cita-cita tu,hanya didiamkan. tapi, apapun, permohonan mara ni antara "cuba-nasib". saya niatkan dalam hati,kalau Allah permudahkan dan melayakkan saya untuk terbang jauh, maka merantau lah saya, kalau Allah izinkan saya untuk belajar di tanah air, maka jawapannya mungkin seperti di "atas". Alhamdulillah 'ala kulli ni;mah.





Rupanya, Allah punya rencana:
Selesai exam first paper petang tadi, pensyarah (studiomaster) saya memanggil saya, Dr. Zainul Mukrim. Subhanallah, walhamdulillah, beliau offer saya untuk jadi research assistant (RA) sambil sambung master. dengan jumlah elaun sekian-sekian,dan menceritakan serba sedikit research yang akan dijalankan dalam tempoh 2 tahun nnt, boleh dikatakan menarik minat saya untuk memenuhitawaran beliau. sebab research kali ini akan melibatkan lab dan travel.tapi, hati saya berbelah bagi. saya perlu merancang apa yang akan saya tempuhi dalam masa 2 tahun.

Tawaran-demi-tawaran daripada beberapa orang pensyarah membuatkan saya dilemma. Tapi,kak sumayyah kata "do what you love to do,istikharah lah". selesai mendengar tawaran pensyarah, saya membalasnya "bro,boleh saya istikharah dulu?nnt hari isnin saya bagi jawapan". Dr. Zainul, "boleh-boleh.. kalau awak agree, kita terus sign agreement, and kami terus bank in duit, awak istikharah dulu, minta pendapat ibu ayah..". "inshaAllah2..apa2 pun terima kasih banyak bro, nt saya fikirkan"





termenung.

It's not easy to make a decision. masa ni lah perlukan istikharah. memang tersepit antara beberapa pilihan. terngiang kata-kata bro "u grab peluang yang dah ada depan mata, but, if u nak keje pun boleh.. u dah ade skills... cuma kalau research, xde lah design2... tp nnt kita akan produce buku!"

Tempoh dua tahun bukan lah lama. InshaAllah kalau dapat habiskan thesis dengan baik, boleh buat yg terbaik, then boleh apply MARA lagi skali untuk phd pulak. another lecturer, advise me to fill fellowship form in uia. then nnt boleh kerja dengan uia, ya...saya memang pernah bercita-cita nak berkhidmat di uia. apa pun karier yang boleh mengajar.sbab saya suka berkongsi skills yg sy ada. and i want future generation to be better everyday.



saya tahu,

nak penuhi semua impian, akan ada fasa dilemma antara dua pilihan, fasa yang memerlukan dtermination,passion in what we're doing. one 'Question' yang bermain di fikiran, if i take this opportunity, study in ecology, n something relates to it, then, what is my contribution will be in the future after i've graduated?------ maybe i need further discussion with my lecturer, perlukan pencerahan yang panjang lebar untuk menentukan pilihan masa depan. apa pun, still have two days to make a decision,may Allah ease dear.ameen


belajar erti dewasa-u've grown up-it's time to learn about decision making- have faith in Allah-June2013


maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.