Kadangkala aku merindukan suasana yang tenang, aman tanpa gangguan 'notifications' yang adakalanya mengganggu konsentrasi ku dalam setiap perkara dan rutin harianku.Ya,ketenangan yang sambil membaca boleh minum teh atau coffee . eheh. hm. agaknya sebab inilah generasi Y dikatakatan kurang sensitif, common sense. Bila terjadi sesuatu,mereka kurang peka dengan situasi. Adakalanya aku tersedar (mujur tersedar) kita kurang peka dengan persekitaran. Dan untuk itu, aku menjadi takut, bimbang kalau-kalau terus terleka dan dibawa arus,tenggelam dalam kehidupan ber 'gadget'. Ya,mengaku sahajalah. Aku pun begitu, lebih bersama gadget2 dan kadang2 terlupa amal, terleka ibadah. Astaghfirullah
31 December 2013
29 December 2013
Khitbah
Posted by
Unknown
at
2:09:00 AM
"Salam
saya nak tanya sekali lagi
bg pihak sahabat saya.
Awak benar sudah dikhitbah?"
...
Allahurabbi. Entah kenapa,terkadang selepas membaca aku menutup mata serapatnya.Jari jemari ku terhenti menaip. Hendak balas atau tidak. Terus membisu atau menjelaskan sekali lagi. Yang mana satu? Terus berdiam? ahh.aku harus bersabar dengan tenang dan menjelaskan.
"ya,alhamdulillah"
Teringat pesan ibu. "Kakak, dalam apa jua situasi pun,kena ingat jangan sampai ada yang tersakiti" Dan, saat ini aku mengerti, mengapa perlunya aku menikah lebih awal. Allahu Allah. Ampunkan khilafku.
27 December 2013
cuba positif
Posted by
Unknown
at
1:16:00 PM
Seringkali kalau post-post terdahulu
pasti saje ayat-ayat yang berbaur kerisauan
kerunsingan, kesedihan, kecelaruan, ketidakpastian, kelemahan, ketakutan.
kenapa ya?
kerna itu, aku seringkali melabelkan diri ku
"a-positive-thinker"
untuk memposisikan diri pada sudut yang baik
cuba menafikan struktur-struktur negatif dalam diri
Mulai hari ini, ingin cuba belajar
rakamkan momen-momen gembira dan bahagia
di sebalik kerunsingan yang kita tak pasti kesudahannya.
pasti saje ayat-ayat yang berbaur kerisauan
kerunsingan, kesedihan, kecelaruan, ketidakpastian, kelemahan, ketakutan.
kenapa ya?
kerna itu, aku seringkali melabelkan diri ku
"a-positive-thinker"
untuk memposisikan diri pada sudut yang baik
cuba menafikan struktur-struktur negatif dalam diri
Mulai hari ini, ingin cuba belajar
rakamkan momen-momen gembira dan bahagia
di sebalik kerunsingan yang kita tak pasti kesudahannya.
26 December 2013
aku yang tidak tahu bercinta
Posted by
Unknown
at
10:21:00 AM
Aku belum merasakan sedang jatuh cinta
Kerna aku menempis perasaan itu
Bimbang hati ku terlalu mencinta
Pada makhluk yang bergelar manusia
Biarkan Allah yang menentukan
Kapan masanya aku harus mencinta
Salam cinta
Nadia
25 December 2013
Ini namanya dewasa?
Posted by
Unknown
at
8:39:00 PM
Seringkali aku hilang semangat dalam belajar. Entah untuk ke berapa kali. Aku sedang cuba untuk melawan. mencari persekitaran baru. berusaha mencari teman baru. Bertemu pensyarah. Balik rumah selalu. dan.. macam-macam lagi. Namun, satu hal yang aku tersedar... " solat ku mungkin tempang..lalu,aku tersungkur.."
Mungkin, kerana terlalu banyak perkara yang berlegar di fikiran, solat ku hilang khusyuk. Ahh..saat itulah terkeluar segala ilham. dan,entah. aku rasa ia dari syaitan. akur kah aku pada kelemahan iman ku? mungkin sedang 'yanqus'. Dosa kah aku ya Allah.
“Jika syaitan melihatmu berterusan dalam melakukan amal ketaatan, dia akan menjauhimu. Namun jika syaitan melihatmu beramal kemudian kamu meninggalkannya setelah itu, atau melakukannya sesekali sahaja, maka syaitan akan semakin tamak untuk menggodamu.” (Tajrid al-Ittiba’ fi Bayan Asbab Tafadhul al-A’mal, Dr. Ibrahim b. Amir Al-Ruhaili)
Saat nya cuma hanya aku yang tahu kesalahan, khilafku, dosaku, dan hanya Allah yang Maha Tahu,dan seharusnya,taubat itu disegerakan. Masih belum terlewat untuk aku mencari semangat baru,hidup dan nafas yang baru!
Harapan tulisan hari ini, moga segala beban yang tergalas, mungkin terkurangkan dengan luahan. Ya, mungkin juga ini namanya dewasa. Fikiran ku bukan lagi berlegar-legar dengan hal-hal remeh. Aku harus belajar satu per satu tentang fasa dan perubahan dalam setiap langkah ku. Hari-hari yang dinamakan amanah. Mana satu priority, mana satu tugasan utama, pada siapa harus aku letakkan rasa hormat? siapa yang lebih memerlukan bantuan..dan sebagainya. Aku yakin,ujian lemah semangat ini, kerna Allah ingin mengajar aku... bahawa ada amalan ku yang rabak.
Allah berfirman: “Sempurnakanlah kekurangan pada amalan wajib dengan amalan sunatnya.”
...
Tinggal di rumah akhawat juga tidak menjamin kesolehan ku. tapi, alhamdulillah, sahabat yang baik dan mendekat ini yang paling dan seringkali mengingatkan aku di saat futur. saat ke'selesa'an menjengah, terasakan aku lah yang paling beriman! tp bila saat keluar dari uia,dari rumah, astaghfirullah.... lemah. Kenapa ya Allah. Belum cukupkah suntikan tarbiyyah selama bertahun2 ini?
Ampunkan kami ya Allah
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah
Bersihkan hati kami dari kotoran dan debu-debu hitam ya Allah!
Catatan disember ini, adalah satu fasa yang baru dalam hidupku. Biarkan buku ini berakhir di sini. dan lembaran baru harus lebih baik berbanding yang lama. Biarkan ia lusuh dimamah waktu. Pandang ke hadapan, bina hati yang baru. InshaAllah, semuanya akan baik-baik aje.
Moga istiqamah sayang.
Engkau, aku , dia, juga manusia yang pernah berdosa.
Apa yang perlu, segerakan taubat mu, sungguh Dia Maha Pengampun.
Be strong.
19 December 2013
Aku rindukan pelukan dia,ayah
Posted by
Unknown
at
12:08:00 AM
Tahun ini,
dua peristiwa besar berlaku dalam hidup ku
menjadikan aku teringat pada ayah.
Jika..
semahunya aku ingin ayah di sisi
melihat aku tersenyum bahagia
sepertinya insan lain.
Namun, aku memikirkan, mungkin saat orang lain melihat aku mendapat apa yang mereka impikan, yang sebenarnya di sebalik impian ada kehilangan terbesar dalam hidupku...anugerah dakapan,ciuman dan kata-kata semangat seorang insan, bergelar ayah yang bagiku...takkan pernah ada gantinya.
sejujurmya ..
aku terlalu rindukan ayah!
terlalu..
al fatihah.
Tuhan, jagakan ayah di sana.
18 December 2013
Agar terpelihara semuanya
Posted by
Unknown
at
10:22:00 AM
Agar terpelihara semuanya
Tuhan, saat Kau izinkan hari itu berlalu, perasaan ku menjadi semakin tenang. Entah rasa apa yang mengalir hingga Kau membuatku tersenyum melihat hari-hari. Galas bebanan ku semakin ringan. Aku menjadi wanita yang bukan lagi bebas. Tapi semahunya menjaga diri sebaik mungkin...agar terpelihara semuanya.
Mohon Kau terus bimbing kami. Pelihara hati-hati kami. Ameen Ya Rabbana
15 Disember 2013
Kesuma Lakes
04 December 2013
kesediaan ku
Posted by
Unknown
at
11:31:00 AM
Suatu hari,
saat kau tanyakan padaku
tentang kesediaan mu
aku menjadi
kaku.
diam.
Entah kenapa
terus terbayang segala
tanggungjawab dan amanah
yang bakal kita
pikul dan galas
satu masa nanti
Apakah engkau bersedia?
Aku..
entah.
Kata mereka, kalau menunggu bersedia,
memang tak akan bersedia.
Maka, bila amanah mula kau pikul,
Allah akan permudahkan urusan mu sayang.
Biidznillah
May Allah ease everything.
25 November 2013
15 November 2013
Penat.
Posted by
Unknown
at
1:13:00 AM
Hari ini terasa sungguh penat. Rehearsal speech hingga ke petang. dan saya melihat uia sangat menjaga "perfectionist" dalam mengatur cara majlis. But, every panels,the lecturers seems sooo helpful. Speech in english,malay n arabic is not easy for me. Every makhraj, pronunciation, bahasa, should be observed and practiced again n again.
Rabbuna yusahhil.
13 November 2013
Ada banyak cerita
Posted by
Unknown
at
8:46:00 AM
Terlalu banyak cerita yang ingin ku khabarkan pada dia. Entah masih punya waktu atau tidak. Sekembalinya aku membawa gelaran baru, langkah dan fasa baru,ingin aku ceritakan semua nya- satu-per-satu pada dia. Tentang perjalanan hidupku, liku-liku nya, tentang keluarga, dan teman-teman ku, kesukaan dan kecenderungan ku.
Biidznillah.
Moga masih bernafas saat itu.
09 November 2013
Hadiah - untuk ibu
Posted by
Unknown
at
5:32:00 PM
Sepanjang kakak belajar ni, ibu yang tanggung sepenuhnya. Subhanallah. Tak pernah sekali aku tanyakan sebanyak mana duit simpanan ibu. Beza umur dengan adik,6 tahun. Ibu memang suka merancang kewangan dengan baik. Dan, ibu sekeras-kerasnya tak benarkan aku mengambil pinjaman ptptn. Tp, alhamdulillah, selepas mendapat tawaran yayasan bank rakyat, aku sangat bersyukur kerana dapat meringankan beban ibu waktu itu. Berazam, masuknya simpanan pertama, aku ingin terus langsaikan yuran pembelajaran ku pada ibu, tapi, ibu kata, ini tanggungjawab ibu untuk biaya kakak belajar. kakak tak perlu fikir tentang semua tu, kakak belajar je.
Allah.
Dengan izinNya, dengan segala limpah Rahmat dan Kurnianya, Alhamdulillah, aku dinobatkan sebagai pelajar terbaik kulliyyah. Terpandang jauh saat membaca surat tadi. Aku cuba rahsiakan daripada ibu yang, aku telah diberikan kesempatan untuk berucap di atas pentas sewaktu konvokasi nanti (inshaAllah jika dipanang kan umur , 18 November 2013). Ini, hadiah buat ibu.
Dengan izinNya, dengan segala limpah Rahmat dan Kurnianya, Alhamdulillah, aku dinobatkan sebagai pelajar terbaik kulliyyah. Terpandang jauh saat membaca surat tadi. Aku cuba rahsiakan daripada ibu yang, aku telah diberikan kesempatan untuk berucap di atas pentas sewaktu konvokasi nanti (inshaAllah jika dipanang kan umur , 18 November 2013). Ini, hadiah buat ibu.
Tuhan,aku tak pernah tahu jalan takdirku seperti ini. Apakah, aku layak untuk menerima semua ini? Telah cukupkah aku bersyukur sepanjang nafas dan nadi ku berdenyut di muka bumi Mu? Maafkan aku andai ada khilaf, dosa yang tidak aku sedari, atau tersengajakan. Terima kasih Allah.
"adeh.. mcm mane ni? dia minta tulis speech in english malay n arabic...hah"
"Akak.. ambil la kesempatan ni untuk sebarkan fikrah kita!"
Aku selak lembaran muntalaq, menari tentang pemuda. Aku menyelak buku Psikologi Rasulullah, bercerita tentang tanggungjawab. Aku meminta bantuan teman-teman ku yang sefikrah dalam berbagai jurusan. Dengan izinNya, selepas interview aku terus dihubungi admin, "Tahniah... .. ."
Allahu Allah
Buat insan-insan yang ku cintai kerana Allah, terima kasih atas segala doa nya yang tak pernah henti. Terima kasih atas segalanya, mungkin tanpa izinNya, aku tidak mampu berdiri di sini untuk memikul amanah yang sangat berat ini sebagai seorang khalifah di muka bumi. Ajarkan hati untuk selalu tsabat.
Allahumma ameen.
Sincerely,
me
“Humbleness is the fruit of knowledge.”
— | Imam Ali ibn Abi Talib [as] |
06 November 2013
Jawapan hati
Posted by
Unknown
at
11:02:00 AM
"fatin, enti tak rasa rindu ke?"
"hm? rindu pada siapa?"
"pada 'dia'?"
"kenapa perlu nak rindu?
pada sesuatu yang.. ana belum cinta?"
"erk.knape enti ckp mcm tu?"
"dia bukan milik ana pun.
semua ni pinjaman dari Allah.
saat ni ana fikir mati je...entah sempat atau tak.."
"enti kahwin lah cepat-cepat"
"yang itu ana tak boleh putuskan.
perlukan sediaan pihak dia.
enti doakanlah yang terbaik"
"inshaAllah.moga Allah jaga hati"
"inshaAllah"
"jom gerak,diorang dah tggu tu!"
30 October 2013
29 October 2013
Never Let Me Go
Posted by
Unknown
at
11:20:00 AM
“Memories, even your most precious ones, fade surprisingly quickly. But I don’t go along with that. The memories I value most, I don’t ever see them fading.”
— | Kazuo Ishiguro, Never Let Me Go |
"erm.."
"apa kata.. kalau awak pegang tangan saya? meh?"
"ke mana?"
"ada lah..!"
Dia terus menggapai jari jemari mulus itu, dan terus berlari merentas kawasan yang kehijauan. Sampai ke tepi sungai.. air nya... cetek... batu batu kerikil nya berkilau, cahaya...ya cahaya.. yang sederhana itu, terbias pada air sungai.
"indah kan?" dia yang tertawa kecil
menghirup nafas segar, pada kehijauan bumi yang sungguh mendamaikan!
lain bukan?
keindahan mu, dan keindahan kehidupan yang pada mata iniberbeza. cukup berbeza.
Gambaran pada kehidupan kita sungguh berbeza! begitu juga Allah ciptakan kita berbeza-beza, pada keindahan kita yang tersendiri. Mungkin kamu hargai aku, mungkin orang lain tidak. Dan teruntuk itu, Allah telah menciptakan kamu, untuk melengkapi kehidupan ku.
Untuk apa kita bertemu? Kalau bukan Allah ciptakan garis takdir, yang engkau...
adalah untuk ku.dan,kita-kita ini diciptakan bertujuan. ya! tujuan yang satu! mengabdikan diri pada Dia. Rasa bahagia? siapakah yang mengurniakan rasa itu jika bukan Dia, yang setiap inci tubuh ini, bukan milik ku ..tapi..
DIA, Allah.
Untuk belajar erti syukur. Bermujahadahlah dalam setiap urusan. Dan, kentalkan jiwa mu, dalam setiap ujian yang mendatang. Ya! itu gambaran syurga,yang... kekal. Untuk menggapai itu, harus aku dan kamu belajar dan berusaha menggapai mardhatillah, dalam apa jua urusan.. Boleh kan? (biidznillah) Teruntuk kamu-kamu yang aku cintai, sayangi kerna Allah, izinkan aku memegang jari jemari mu menyentuh bahu ku menuju ke kampung kita?yuk!
23 October 2013
All the beautiful things
Posted by
Unknown
at
12:22:00 PM
Masih ku ingat sewaktu ayah menggenggam erat handle basikal ku, pertama kali ayah mengajarkan aku untuk seimbangkan badan dan kayuhan. Saat ayah lepaskan, aku tidak menyedari itu. Saat itu, ku bayang kan, aku sudah boleh pergi jauh bersama ayah. Rupanya, saat kusedar ayah tidak lagi memegang erat basikal ku, ayah tidak lagi bersama dalam perjalanan itu,saat itu aku terus terjatuh.
. . .
Ayah,
Andai ayah ada saat ini, ingin sekali aku ceritakan sesuatu pada ayah, di ribaan ayah, mendakap penuh tubuh sasa ayah, di bawah pohon maple saat luruh. Sambil melihat dedaunan yang keguguran, ingin aku ceritakan pada ayah, tentang.. kehadiran seorang putera dalam hidupku. Apakah.. dia sepertinya pilihan ayah? Apakah.. dia juga mampu menjaga bidadari kecil ayah ini seperti mu ayah? Apakah .. dia mampu membahagiakan puteri kecil ayah ini seperti ayah membahagianku sewaktu kecil ku dulu?
Ayah,
Jika diizinkan Allah, puteri ayah ini, bakal bertukar ganti tanggungjawab menjaga nya. Apakah aku sudah bersedia ayah? sudah dewasa untuk melalui hari-harinya.. untuk melalui hari-hari dengan insan yang baru, baru sahaja dikenalinya dan... inshaAllah bakal menjadi teman seumur hayat ku. Apakah dia juga lembut seperti ayah? penyayang dan tinggi semangatnya dalam daawah seperti mu ayah? Apakah... bisa dia menggenggam erat tangan ku ini membawa ku laju menderu dalam jalan daawah seperti ayah pada ibu?
Ayah,
Terima kasih untuk sentuhan tarbiyyah itu, sepanjang aku membesar menjadi gadis kecil, malah wanita yang disayangi teman-temannya, aku bahagia dengan didikan ayah. Terima kasih untuk kejujuran ayah pada ibu, sehingga ibu terlalu percayakan ayah. Didikan yang paling baik pernah anak-anak ayah dapatkan, adalah contoh terbaik ayah buat ibu tercinta. Seorang wanita yang cekal hatinya. Ayah, aku juga banyak belajar dari ibu. Pasti , itu juga didikan ayah kan? (tersenyum)
Ayah,
Izinkan aku untuk mengenalinya dengan lebih jauh. Mengenalinya dari pandangan mata ayah. Moga-moga dia pilihan yang terbaik. Moga aku juga pilihan yang terbaik untuk nya. Ayah, kakak yakin, dia juga seperti ayah, moga-moga. Biidznillah
Buat ayah,
moga ayah tenang di sana - al-fatihah
Rindu dan sayang ayah,
anak kecil mu 23102013
sweetheart
Posted by
Unknown
at
10:56:00 AM
Kata dia,
untuk yang jarang menangis itu
bererti, dia lemah
tidak kan?
pastinya kerana dia
cuba untuk kuat
kuat untuk lalui hari-hari nya
ujian itu
tercipta
diberi
digalas oleh engkau
tapi, bukan aku semata kan?
tidak kan?
sesungguhnya, orang beriman
itu,pasti teruji
dan ujian itu kena pada
kemampuannya
tapi kenapa masih ragu?
dengan janjiNya?
pasti engkau tahu
bukan?
dah,
jangan mengeluh lagi
jangan mengalah lagi
bangkit lah
mencari ruang
nafas baru
pasti kau kan temui satu jalan
yang akan berbeda pula liku-liku nya
yang telah tercatat untuk mu
ingat lah Allah selalu
my sweet heart <3 i="" nbsp="">
niat
Posted by
Unknown
at
9:44:00 AM
"Kakak,niatkan untuk memberi..", ibu
"ya ibu.."
Aku tersenyum. Ibu mendidik aku sehingga ke saat ini. Benar kata ibu,setiap sentuhan tangan yang sedang ku lakukan saat ini, adalah satu pemberian. Pemberian yang hadirnya untuk memberi seikhlas hati pada insan yang bakal menjadi teman hidupku sepanjang hayatku, dunia dan akhirat. Biidznillah.
Theme? -check. Barang keperluan? - check. Perbelanjaan? - check.
Alhamdulillah, Allah permudahkan.
.....
Untuk submission.
Untuk conference presentation.
Untuk convocation,
Moga Allah permudahkan juga.
Moga berjaya dunia akhirat.
19 October 2013
Tidak berganjak
Posted by
Unknown
at
8:58:00 PM
Kekuatan itu, adalah sesuatu yang harus (terpaksa) dikuat-kuatkan.
Akhir-akhir ini terasa terlalu lemah. Mudah sangat berfikir. Terlalu sangat memendam. Terkumpul segala kelemahan. Jatuh dan bangun yang silih berganti. Menahan dan melawan kelemahan diri. Entah kenapa seperti tak kenal lagi diri. Namun, aku belajar sesuatu. Apa kekurangan dan kelemahan ku. Fikiran,hati yang terlalu berat. Tidak sabar menanti kesudahan. Tapi, di mana usaha ku? Apakah nilaian kerisauan ku, andai aku masih di sini?
Tidak berganjak.
Duhai hati,
lawan lah.
18 October 2013
Allah, ease my way.
Posted by
Unknown
at
3:13:00 PM
Sesuatu yang selama ini ku nantikan, dan bila tiba waktunya entah kenapa, perasaan 'malu' ku menjadi terlalu malu hinggakan aku tidak tahu, apakah ungkapan yang sesuai untuk rasa-rasa ini. Apakah aku sudah cukup bersedia untuk menapak ke fasa yang baru nanti?
“Love isn’t a decision. It’s a feeling. If we could decide who we loved, it would be much simpler, but much less magical.”
— Trey Parker
Moga Allah mudahkan langkahan seterusnya, untuk kita terus menderu dalam daawah dan tanggungjawab2 kita pada tugasan, dan seiring dalam menunaikan hak terhadap ibu dan ayah kita. Biidznillah
07 October 2013
Biarku kecil
Posted by
Unknown
at
11:45:00 AM
Entah kenapa air mata ku terasa ingin bergenang laju
kelopak mata ku yang..
tak mampu tertahan lagi
terasa seperti, aku sudah tersasar
dari 'landasan', impian dan cita-cita ku
tapi..
takdir Allah melebihi segalanya.
Sebuah kata-kata yang sukar untuk ku ungkapkan, sesuatu yang berada di antara. Antara bahagia dan kerisauan yang entah pada siapa mampu memahami sisi yang satu lagi ini. Aku perlukan sebuah kekuatan, kata-kata semangat yang.. mampu membuatku bangkit, bangkit dr lena seorang master students. Apakah, selepas selesai tulisan ku ini nanti, segala kekusutan bisa terungkai? ada.. sesuatu yang menjerat hati ku. puas ku tempis, tapi masih ia mengikat.
Ya Rabb,aku.. aku tahu, khilafku terlalu banyak, hingga menyakitkan dan menyesakkan nafas ku. amal ku terlalu sedikit dan tempang. namun, Kau masih di sini, di sini menyedarkan aku melalui nikmat-nikmat Engkau yang tak pernah berbelah bagi. Apakah ini ujian untukku ya Rabb?
Aku sudah tidak mampu menulis seperti dulu, tumpuan ku mencapah. ini 'titik' kelemahan ku. mungkin
Tapi
Aku harus bangkit! menempis semua rasa resah yang belum pasti! langkahku mungkin jauh, namun, masa ku tidak banyak lagi. bangkitlah dari semua perasaan ragu-ragu, dan.. ketidakpastian yang engkau ada-ada kan.
Harus bagaimana lagi?menulis hingga semua lelah terluah? atau,
seharusnya, engkau menggenggam Quran dan jangan lepas kan!
Ayat terakhir yang Allah bisikkan pada ku lewat lembaran terakhir itu,
"jangan berundur dan berpaling lagi"
Biar kecil,
Tapi tetap utuh dan teguh berdiri.
Moga ada kemanisan di penghujungnya.
Moga-moga Allah permudahkan langkahan seterusnya,biidznillah.
01 October 2013
Posted by
Unknown
at
1:50:00 PM
"Tatkala kita rasa berjauhan. Mengimpikan dan cuba merealisasikan impian, engkau tetap juga abangku yang dulu." Masih penyayang, memeluk dan menjaga adik perempuan mu yang satu ini. Abang masih terasa kebertanggungjawabannya pada aku. Aku masih adiknya, beza nya cuma, tanggungjawab abang semakin terbahagi. untuk isteri dan anaknya, juga tanggunjawab anak laki laki terhadap ibu nya. Ada satu masa, aku berhenti mengharapkan abang. Berhenti dari bergantung sepenuhnya pada abang, akan ku bilang "adik ok"... "adik boleh"... "adik berani!"... biar, abang berasa yakin yang aku mampu, yang.. pada hakikatnya, bila saat pertama aku mula berdikari, sebenarnya aku hilang arah. masih terasa genggaman tangan abang sewaktu melintas jalan, dan masih merasa beg digalas abang. Tapi hakikatnya, aku bersendirian, dan sedang cuba belajar untuk sendiri.
Akhirnya aku belajar menjadi berani. yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, seboleh bolehnya aku enggan menyusahkan abang, kerna aku tahu, abang tidak akan pernah menolak pertolonganku. Kesanggupan ku, sebenarnya tidak bagi abang. Abang tahu, aku seorang pemberani, yakin diri dan boleh berdikari, tapi kerana atas tanggungjawabnya menjaga aku dan adik2 ku, abang takkan pernah melepaskan aku.
Untuk seorang adik, perempuan, satu-satunya..
Terima kasih abang ku :)
rindu lagi
Posted by
Unknown
at
1:33:00 PM
Aku pernah menangis kerana terlalu rindu
boleh jadi ujian yang paling berat itu
adalah
RINDU
rindu ayah lagi agaknya :')
24 September 2013
Jiwa penulis
Posted by
Unknown
at
1:43:00 AM
Sesekali, aku rindukan jiwa penulis. Yang menulis dalam bait-bait kata yang indah, menelusuri hari-hari yang indah. Namun, adakalanya, secara tidak sedar, bait-bait yang tertulis.. lebih kepada.. meluahkan lelah-lelah yang dilalui hari demi hari. Perlukah?
Yang,bertubuh kecil,tidak mengenal penat lelah. Hinggakan hari-harinya, tiada ruang bernafas, Menangis, jauh sekali. Entah hati keras? tak. kenapa? entah.
Terima kasih Ya Rabb. Penat itu, yang ku cuba fahamkan, maksudnya ialah.. aku sedang dan telah lakukan 'sesuatu'. Moga Engkau redha. Ampun kan segala khilaf ku, pada ketidak ikhlasan ku bekerja. jika ada. ehm. sesekali penat, lelah juga. tapi..
Kerna itu aku menulis.
Melepaskan lelah.
Life is a test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything.
18 September 2013
Be positive
Posted by
Unknown
at
2:58:00 AM
Sejujurnya,
Bila melihat kawan-kawan menjejakkan kaki di UK, timbul perasaan cemburu. Lebih-lebih lagi ada yang bertanya, kenapa aku menolak tawaran ku dulu. Sejujurnya aku punyai seribu alasan mengapa penolakan itu terjadi. InshaAllah, untuk yang terbaik :) Dan,pastinya Allah lebih mengetahui.
Be positive
and,smile.
11 September 2013
Divided
Posted by
Unknown
at
3:07:00 PM
Makin sibuk,dan makin terlupa nak update blog. Again, masa berlalu begitu cepat kan :) alhamdulillah, dengan sibuk-sibuk masa ni, Allah datangkan kerja 'daawa' yg tak putus-putus. Walau penat sket, tapi harus juga pandai bahagi masa dengan baik. Moga Allah permudahkan yang itu.
Minggu lepas, berlangsungnya majlis pertnangan arinah, studio mate kami. Dah lepas sorang, sorang lagi bakal berlangsung. Alhamdulllah. Happy for them. Barakallahulakuma. Moga Allah beri kebaikan kepada kedua pasangan.
And,
here i am. baru nak melangkah ke gerbang master yang penuh debaran dan kelainan cabarannya. Moga ada sesuatu pula yang akan aku pelajari, selepas pengalaman menempuh degree selama 4 tahun. Moga ada keberkatan dalam mencari ilmu.
Allah yuftah 'alaik
28 August 2013
last
Posted by
Unknown
at
2:18:00 AM
the last day we met
the last day we play together
during our second last semester
the day we had our last presentation
nothing is everlast.
Subscribe to:
Posts (Atom)