Sunday, July 28, 2013

Baju Raya Dah Siap!..


Alhamdulillah berjaya juga akhirnya menyiapkan baju raya ni. Bukan baju aku tempahan dari saudara rakan tempat kerja. Dah la nak siapkan jahitan kena buat sulaman manik di tangan dan leher pulak.

Aku ikutkan malas nak ambik tempahan sulaman manik ni. Penat kena cari idea yang sesuai dan manik yang sesuai. Untuk tidak menghampakannya aku gagahkan juga membuatnya. Design simple jer la.  Ini la tempahan berserta sulaman manik yang aku buat untuk pertama kalinya. Harap dia berpuas hati.
Lega rasanya siap juga akhirnya...

Zoom kat leher...simple jer tp berhari gak la nak siap..
Baju raya 4 beradik (Pn Siti Zaharah)

2pasang  baju melayu dan 2 pasang baju kurung..alhamdulillah siap juga ..

Saturday, July 27, 2013

Jantan dan Betina

Macam mana nak kenal mana satu bunga jantan dan bunga betina?. Dulu aku pun tak tahu ada pokok yang mengeluarkan bunga jantan dan bunga betina. Sekarang ni dah tahu... sejak mula berjinak-jinak dengan tanaman ni...

Di sini ada beberapa contoh bunga jantan dan bunga betina yang ditanam olehku. Biasanya pokok-pokok ni akan mengeluarkan bunga jantan dahulu. Selepas seminggu dua barulah bunga betina pula akan muncul. Kalau tak ada serangga pendebungaan kenalah buat pendebungaan secara manual. Barulah buah akan terhasil... Inipun belajar dari google gak terutama drp blog tanamsendiri.com...hehe terima kasih atas info yang bermakna ni..

Bunga jantan timun jepun

Bunga betina timun jepun (belum kembang)
Buah timun jepun

Bunga Jantan Tembikai

Bunga Betina Tembikai
Bunga Jantan Labu Manis Venus
Bunga Betina Labu Manis Venus

Buah Labu Manis Venus mula terbentuk

Saturday, July 20, 2013

Tuaian dan Menu Iftar Hari Ini: Tauhu sumbat n salad

Alhamdulillah dah masuk 11 hari kita berpuasa. Dalam bulan Ramadhan ni kurang sikit masa untuk update blog. Mana nak sediakan juadah berbuka, nak siram tanaman pun kena curi-curi masa. Time cuti pulak terpaksa siapkan tempahan jahitan baju kengkawan, nanti tak beraya pulak dia orang...

Hari ini intai salad dah makin meninggi walaupun selalu juga petik buat ulam dan sebagainya. Boleh ambik lagi untuk buat tauhu sumbat hari ni..

Salad yang segar...emmm


Tauhu sumbat dan kuah kacang


Tauhu Sumbat:

5 ketul tauhu digoreng dan potong dua (belah tengah)
segenggan taugeh dicelur
timun dihiris nipis
beberapa helai salad
karrot dipotong nipis (aku tak letak kali ni sbb tak ada stok)

# sumbatkan ajer sayuran tu dalam tauhu tu...hehe

Kuah Kacang:
6-7 tangkai cili kering * (dibasuh dan toskan)
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
1 cawan kacang  tanah digoreng
3 sudu makan gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 keping asam keping
garam
1 batang serai diketuk
sedikit minyak

Caranya:
  1. Bahan bertanda * digoreng hingga wangi dan kisar halus.
  2. Lepas tu aku goreng kacang pulak dalam baki minyak tadi. Kisar kasar kacang  yang telah digoreng.
  3. Tumis serai hingga naik bau. Masukkan bahan 1 yang dikisar. Kacau seketika.
  4. Masukkan kacang yang dikisar. Masukkan sedikit air.
  5. Masukkan asam keping, gula merah, gula pasir dan garam secukup rasa.
  6. Biar mendidih dan pekat. Tutup api. Sedia untuk dihidang.

Friday, July 12, 2013

Perkembangan Tanaman di bulan Ramadhan

Selepas 10 hari update pasal kompos black soldier fly dan tanamannya, jom kita tinjau perkembangan sayuran tersebut pada hari ini. Jarak dalam masa 10 hari jer...Alhamdulillah mereka membesar dgn baik.
Labu manis venus dah mengeluarkan bunga
kobis cina ong king

sawi pak choy

salad daun tajam/cina

sawi renek

Tuesday, July 2, 2013

SAH, Kompos Black Soldier Fly Larva

Dah beberapa hari aku terserempak dengan anak-anak Black Soldier Fly ni. Hari ni aku jumpa yang dewasa.  Sahlah kompos yang aku buat haritu daripada larva black soldier fly. Jom kita tengok bentuk kompos yang terhasil selepas 2 minggu. Rupanya macam tanah gembur tinja cacing tanah jer..
Ni la rupa kompos black soldier fly...Kalau mata tajam boleh ler nampak larva dalam kompos tu...
Black Soldier Fly atas daun kobis

Black Soldier Fly bawah daun cili
Seminggu lepas aku ada ambik sikit kompos ni, ambil larva untuk memancing. Larva bersama tanah kompos aku tapis, larva bagi pada anak untuk pancing. Air kompos tu siram pokok dan sayuran. Jom tengok pertumbuhan sayuran lak...

Salad Coral Hijau: Usia sebulan

Sawi Pak Choy : 2 minggu

Kobis Cina Ong King: 2 minggu

Salad daun Tajam: 2 minggu ++

Sawi Renek: 2 minggu

Labu MAnis Venus : Sebulan ++
Semua benih ini adalah dibeli daripada En Iskandar blog tanamsendiri.com. Ada juga benih kongsi..tu yang best...Harap-harap semua akan membesar bagai johan...Oh Ya Salad Coral Hijau juga telah dituai dan dimakan cicah sambal belacan. Tuai sikit-sikit yang nak makan jer. Potong daun paling bawah..jimat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...