27 Jun 2010

Burung Kakak Tua

بسم الله الرحمـٰن الرحيم 

Assalamu3alaikum wbt

Apa khabar smua? Sihat2 ye? Hehe.. Saya, Alhamdulillah.. mkin sihat.. maklumla.. balik Malaysia.. Makan macam2.. hoho.. Haih~ Jgn la tambah berat.. tp masa 4th day kat Malaysia, timbang2 berat, macam mkin kurang.. skrg taktaw la.. mkn cam hape je.. keh3~ pape pon, dah berdebu blog ni tak diupdate.. uhuk3~ skrg kena rajin2 menulis plak.. hee~

Td lepas termenung panjang.. Ttba terfikir satu perkara.. Burung Kakak Tua~ Kenapa agaknya? hehe... Teringat plak lagu masa skola tadika dlu~

Burung Kakak Tua~~
Hinggap di Jendela~~
Nenek sudah tua~~
Giginya tinggal dua~~

Keh3~.. Lwak plak teringat lagu neh.. Tapi apa y sy nak sampaikan kali ini? Haa.. Begini.. Korang penah tak tengok burung Kakak Tua? Burung ni terkenal dengan sifat apa? Sudah tentu smua org tahu.. Burung Kakak Tua terkenal dengan boleh berckap apabila diajar! Hehe.. Namun begitu, even burung ni pandai bercakap bahasa manusia, dia sbnya paham tak ape benda yg dia cakapkan itu? Of course la tidak.. sbb itu bukan bahasa dia.. Sekadar ckp shj.. mcam tiada apa2 manfaat pon~

Sebelum korang proceed, try tgk video ni dlu~


Da tgk? haa. apa yg korang pikirkan skrg? Sama tak mcm apa yg sy fikirkan?

Begini la.. Keadaan manusia pada akhir zaman... hmm~ sbnya sy sedih.. sedih la melihat keadaan dunia skrg.. Bukan sy nak ckp sy ni baik.. sama sekali tidak.. ttapi sdih melihat apabila benda yg spatutnya kta capai, tidak tercapai scara maksima.. Contohnya, ramai je dalam kalangan kita ni yg menghafal al-Quran.. tetapi, berapa ramai antara kita yg faham ape yg kita hafal? Apa bezanya kita dgn burung tadi? Dia juga menghafal al-quran [even sikit]... dia tak paham, kita pon tak paham.. Jadi mana perginya perbezaan kita dgn dia? Kita dikurniakan akal untuk berfikir, qolb untuk memahami.. tapi berapa ramai yg cuba nak menggunakan smua ini untuk memahami ayat2 yg telah dihafalnya? Firman Allah swt:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [7:179]


Hmm.. Lebih teruk dari binatang ternakan? Bukan sy yg kata~~~ ada lagi ayat al-quran laen.. tp apa kata anda cuba carinya sndiri? hehe.. kerja rumah ni! =P

Td kes paham.. Sekarang pula, berapa ramai antara kita yg hafal al-quran, bacaan al-Qurannya betul sbgaimana yg spatutnya? Boleh ke kita biarkan bacaan kita mcm tu ke? Hmm.. sy taw, bukan mudah.. Tetapi, kita diberi pluang untuk belajar.. Jangan la sia2kan pluang tersebut.. Lagipon, takde pnye org yg dilahirkan, dah pandai baca al-Quran.. syeikh2 yg terrer tu smua, mereka belajar juga.. kan? Firman Allah swt:

Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [2:121]


Lihat? Orang2 yg mmbaca dgn bacaan yg sbenarnya la dikatakan beriman padanya.. Jadi, lebih2 lagi kpd para lelaki.. anda smua akan menjadi pemimpin, imam dan ktua keluarga.. Kena la jadi contoh kepada org yg dibawah anda.. Jangan la kita jadi seperti ketam mengajar anak2nya berjalan lurus.. Namun demikian, kalo mmg da keras sgt lidah, nak wat camana?

Tapi kes2 di atas ni, takde la teruk sgt.. yang lebih teruk, bila hafal al-Quran pon tidak, then baca pon jarang2.. kalo ada yg baca pon, skadar baca seperti burung kakak tua.. Ya, benar! Memang baca pn dapat pahala.. tapi, adakah itu tujuan utama al-Quran diturunkan? Saya tak nafikan, al-Quran mmg boleh membersihkan dan menjadi penawar bg hati even kita tak paham.. sbb Allah mmg telah berfirman:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.[10:57]


tp bila kita faham, kesannya lebih daripada itu kan? insyaAllah~ hehe.. Kan al-Quran ni merupakan mu3jizat terbesar nabi Muhammad saw? So, mri la kita sama2 mengorek rahsia2 yg ada dlm al-Quran!

Scara kesimpulannya, marilah kita bersama2 cuba memahami al-Quran.. at least, bila baca, tgk terjemahan.. bagi yg dah hafal al-Quran pula, bila anda baca, cuba bygkan maksd ayat2 yg dah dihafal.. barulah kita terasa peringatan itu.. Nak ngulang pon sronok! Besides, kita telah berjaya mengelakkan diri kita dari disamakan dgn burung kakak tua tu~ hehe.. Takkan suara je sdap, tp tak paham ape2? [terkenang plak tgk pertandingan hafazan.. kalo student malaysia, bila tnye ttg kandungan, takleh jawab.. hm~~]

Papepon, sy faham je.. kta smua manusia.. tak smpurna.. but, kita kena sntiasa berusaha untuk brubah.. sy sndiri pon amat byk lagi kesilapan yg perlu diubah.. sama2 kita berubah, insyaAllah~

~Wallahu a3lam~

20 Jun 2010

Lagho Version-Melayan kerenah orang suka tag

AMARAN: Jika anda tidak mahu membuang masa, jangan baca post ini.

Assalamu3alaikum wbt...

Kali ni saje2 nak layan kerenah manusia yg mengetag.. keh3.. jgn la marah imran~

Ok, trima kasih kepada saudara imran kerana mengetag sy.. haha..

Tetapi sy takmo tag org len.. keh3.. tp sape2 yg rajin, leh la anggp bila baca ni, anda kene tag... hahaha

 State 7 things about yourself:

1-comel [sbb bulat.. keh3]
2-garang [dgn org yg cari pasal]
3-suka susu [sbb susu itu sdap]
4-susah nak snyum [dlm keadaan biasa.. kalo ngan member, ada je snyum]
5-addicted to medicine terutama bahagian Cardiovascular system
6-suka computer [ape2 yg berkaitan dgnnya juga]
7-melakukan sesuatu sungguh2 apabila enthusiasm dgn benda itu.

Sekian~


p/s: sedapnya makann di Malaysia~ ^^Y

02 Jun 2010

Gara-gara Tidur Lambat

بسم الله الرحمـٰن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang bernafas pada hari ini. Bayangkan kita dimatikan ketika tidur. Na3uzubillahe men zalek. Dan Alhamdulillah. Baru je beberapa jam lepas menamatkan exam mid term. Dan final exam akan menjelang pada 6/6, 10/6 dan 15/6.. Saya harapkan doa kalian sentiasa mengiringi kami.. insyaAllah.

Sekadar perkongsian. Kan kita smua dah taw, bila masuk musim panas, malam menjadi pendek dan siang menjadi panjang? Begitulah yg berlaku sekrang di negara2 yg ada 4 musim. Sekrang, di Jordan sdang mengalami musim panas. Suhu agak tinggi la. Tak reti nak ukur. Takde termometer. Hehe.. Tp siyesly, mmg panas la. Cuma dlm minggu lepas, cuaca agak tak menentu. Sekejap sejuk, skejap panas. Senang demam [common cold] jugak bila berlaku camtu. Sbb ape? Sbb suhu yg sesuai untuk Rhinovirus replicates dalam badan kita, pada suhu 33 degree iaitu pada suhu hidung. Bila pertukaran suhu camtu, suhu badan pon berubah2. Akhirnya kena common cold. And rhinovirus ni byk ddk kat hidung la.


Kembali pada perkongsian. Sebnya, takde ape pon. Just nak crita kan pengalamn pagi ni. Kan sbb pagi tadi sy ada exam, so malam tadi agak tido lewat la.. Kat Jordan skrg, subuh masuk awal. pukul 3.50 lebih kurang, dah masuk subuh. Magrib plak lewat. Dalam 7.45mlm dan isyak pon 9.17mlm. So, bleh la kita tgk camana skejapnye malam tu. Jadi lepas sy stdy2, tido la dlm dkat2 pkul 1 pagi. Around 2jam 50min la nak subuh. Sblm tido, cam biasa, set alarm kat handphone G900 sony sy. [ttba promote.. takpe.. ada sbb knp sy promote]. Then, tido la dgn aman. Sdar2, saya rasa sakit kat telinga sya.. smacam je sakitnya. Pedih2.

Maka, sy gagahkn diri bukak mata. Mak aih! Terkejut sy!! Mukus, hamster jantan sy, yg gigit telinga sy! Masa sy menjerit tu [bukan jerit ala2 tarzan tu.. jerit terkejut je la], Mukus wat muka terperanjat, statik=.=" sambil tgk sy=.=. Geram je tgk beliau! Pastu beliau lari.. maka upacara kejar mengejar pon berlangsung la. Lepas berjaya tangkap, sy nak letak dlm sangkar.. Pelik.. Camana pintu sangkar tu terbukak=.=" Hebat btol beliau leh bukak pintu tuh. Then sy letak balik beliau dlm sangkar tuh.


Mukus


Then, cadangnya nak sambung tido la.. dah la tido lewat. Then tgk jam.. Ya Allah, dah kol 4 lebih.. TT__TT miss solat subuh berjemaah. Syuruq masok kol 5 setgh lebih kurang. So, sy pegi la siap2 dan solat subuh. Dah la pagi ni ada exam=.=" Lepas solat, sy terfikir sjenak. Terasa macm mukus sengaja nak kejut sy bgn subuh. Siyesly, tak dgr langsg jam loceng hp.. sllunya, hp sy tak berbunyi yg menyebabkan lewat bgn.. sama ada lupa nak hilangkan silent mode, ataw ada message masuk. So, kalo ada hp masok masa sy tgh tido, maka jam loceng itu tidak berbnyi. Kesimpulannya, jgn beli HP model tu. Saket ati je. Tapi pagi ni, mmg salah sy yg tak sdar. Tido lwat lagi=.=" Mjur Mukus ggit telinga sy. Haha.. So, lepas tu, terus sy kasi makann double untuk Mukus sbgai tanda terima kasih =P


Jadi, moral of the story.. Bila malam, tido la.. jgn  stdy =P.. haha.. bukan2.. jgn stdy smpai lwat malam.. stdy awal2 spya masa malam exam tak jadi camtu. Allah jadikan malam untuk kita berehat. Firman Allah SWT:


Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk TINGGAL BEREHAT dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. [6:96]


Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
[78:9-10]


Jadi, gunakanlah masa tido sbaiknya. Jangan kurang tido sgt, jgn lebih tido sgt. Masa malam, tido, berehat.. masa siang, berjaga. Jangan jadi terbalik plak. Kita ni, normally student la... nak2, time cuti. Siang tido.. malam jadi burung hantu.. haha..

Tu je nak share hari ni.. ngeh3~ Sekian~ [telinga masih rasa pedih=.="]

~Wallahu a3lam~

23 Mei 2010

Kata nak sedekah?

بسم الله الرحمـٰن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan sebenar-benar pujian. Hari ni taktaw nak tulis ape pon sbnya. Tapi sekadar nak sharing something. [Btw, hari ini happy even awal paginya tensi sedikit~]

Penah tak kalian, masa kecik2 dlu berdoa/berjanji/berkata:

Apabila aku berjaya pada suatu hari nanti dan aku dah jadi kaya, aku akan sedekah banyak-banyak!

Ada tak? Saya secara jujurnya, penah la. Dahulu, masa kecil2, sbelum sy kluar rumah nak gi skola, ada jugak sy betulkan niat nak belajar dengan cara ini. I mean, perhalusi niat.

Berjaya dalam pelajaran --> Dapat kerja best --> Duit banyak --> Infaq di jalan Allah --> untuk dapat Redha Allah

Banyak ayat2 al-quran yg menjelaskan kebaikan menginfaqkan harta di jalan Allah. Terlampau banyak rasanya.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. [2:261]


Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. [4:114]


Banyak lagi, tapi kesuntukan masa nak letakkan smua. Saya letak yg terlintas kat kepala je la. Hee..

Namun demikian, saya pernah terasa macam dinasihat apabila hafaz beberapa ayat dalam al-quran. Yang mana macam menasihati sy dalam situasi ini.


(75) Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh.
(76) Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.
[9:75-77]
So, jnganlah kita jadi macam org yg dalam ayat di atas ini. Saya mengharap, sy bukan dalam golongan yg dinyatakan. Minta jauh sgt dari jadi seperti dalam ayat diatas. Dan harapnya, kita smua mampu melaksanakan apa yg kita pernah berdoa/niat/ckpkan/janji...

~Wallahu a3lam~

22 Mei 2010

Luahan Hati

بسم الله الرحمـٰن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt...

Sahabat,
Sungguh... aku sedih
Aku terkilan dan kecewa
Terutama ketika mengingati kembali
Kenangan kita dahulu...

Sahabat,
Ingatkah kalian ketika kita sama-sama menghadiri temuduga pada hujung 2008?
Ingatkah kalian bagaimana bersemangatnya kita ketika itu?
Ya, aku masih ingat!
Masih segar dalam memoriku...

Sahabat,
Sudah lupakah apa jawapan kita ketika temuduga itu?
Bukankah kita mahu bersama-sama mencapai Mardhotillah melalui jalan ini?
Atau semua jawapan itu rekaan semata-mata?
Sekadar melepasi temuduga?

Sahabat,
Masih aku ingat
Ketika kita ditanya
"Relakah kalian mengorbankan masa demi menghafaz Kalamullah?"
Masing-masing menjawab dengan lafaz berbeza
Tetapi pengertian yang sama
"Kami sanggup!"

Sahabat,
Ingatkah kalian?
 Ada antara kita yang mengatakan
"Sesibuk mana pun nanti, Al-Quran tetap no 1"
Namun sekarang
Apa yang terjadi?

Sahabat,
Aku faham akan kesibukan kita
Dengan peperiksaan yang berderet-deret
Fakta yang bergunung-gunung
Lecture notes yang berbukit-bukit
Namun, ingatlah pesan guru kita
Al-Quran tetap yang pertama
Walaupun pelajaran bukannya kedua

Sahabat,
Benar... masa suntuk
Aku sendiri merasainya
Namun
Jika benar kita sanggup berkorban
Tentu kita punya rancangan
Rancanglah masa kalian dengan baik
Agar kita mendapat keduanya
Perubatan & Al-Quran
Dunia & Akhirat

Sahabat,
Ya, aku bukanlah orang yang layak untuk bersuara
Siapalah aku jika dibandingkan dengan kehebatan kalian
Aku sendiri masih terumbang ambing
 Aku cuma tidak mahu kalian rebah
Rebah diperjalanan yang mana sama-sama kita harungi

Sahabat,
Jika kalian rebah
Aku turut merasainya
Malah aku mungkin turut rebah
Ya, aku merasakan ia berpunca dariku
Aku tidak pandai membantu
Aku tidak pandai menolong
Aku tidak pandai memberikan semangat

Sahabat,
Hanya ini yang aku pinta
Bangunlah!
Bangkitlah!
Jangan berputus asa
Jangan dirasa diri lemah
Jangan dirasa sedih
Kita sentiasa bersama.. selamanya!

Sahabat,
Kalian peganglah kata-kata ini
Kalian pakulah ia dalam jiwa
Bukan dari aku
Bukan dari guru kita
Ia dari Maha Pencipta
ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين

Sahabat,
Sebelum aku mengundur diri
Ingatlah kembali niat asal kita
Kenapa dahulu kita sama-sama mahu memilih jalan ini
Insya-Allah... jika diingati kembali
Jika direnungi semula
Semangat kembali menyubur di dalam diri

~Wallahu a3lam~

16 Mei 2010

Guru Oh Guru~

Assalamu3alaikum wbt...

ustaz abdul rahman

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT yg menciptakan langit dan bumi. Dan hanya kepada Allah jualah kita akan kembali. Alhamdulillah juga sbb berpeluang menulis even dlm kondisi kesihatan yg kurang stabil. Haihh.. Macam2 berlaku minggu neh=.="

16 Mei... Satu tarikh keramat. Untuk siapa? Insan yg bergelar guru~

Saya bukanlah orang yg pandai dalam bab2 menulis kata2 penghargaan. Jadi penulisan sy mgkin tidak sehebat seperti bloggers, ataw kwan2 yg len. Namun demikian, sy ttap nak tulis. Peduli apa sy kalo dikatakan tulisan sy loppek ataw cap ayam, yg penting sy mmg menghargai guru2 sy!

 ustaz wan mahmud

Apabila terkenangkan kembali zman2 persekolah dahulu, perasaan sy bercampur baur. Ada gembira. Ada sedih. Kenapa? Sy bukanlah pelajar yg hebat, bukan pelajar yg berbakat, bukan pelajar yg baik. Kadang-kala biadab. Tetapi sy masih dikurniakan dgn guru2 yg amat penyayang. Tak henti2 menasihat saya bila saya tersalah jlan. Namun masa dizaman skolah, ego sy tinggi. Amat sukar nak terima nasihat. Kadang2 je trima. Mgkn ada guru yg terasa dgn tindakan sy sblm ini. Jadi, ayat pertama sy untuk hari guru adalah "Maafkan segala salah dan silap saya".

cg razi

Guru pertama dlm hidup saya, of course, my parents! Thx for everything! Mereka yg mengajar sy berckp, berjalan, mengira basic matematik, memasak, dan mcam2 lagi. Tanpa basic ni, mmg sy takleh belajar sampai tahap skrg. Masih sy teringat, masa belajar kat tadika al-husna. Sy menangis sbb tak dapat tulis huruf G. Nak eja GIGI [homework]. Tapi susah nak tulis huruf G. Mamalah yg pegang tgn sy dgn tgnnya yg lembut, membantu menulis huruf ini.. Huu..

Kemudian, di tadika, sy juga diajar mengenal benda2 basic.. terima kasih cikgu2 tadika.. bukan mudah nak jaga sy masa tu. Buas! Sy dulu masa kat tadika, digelar arnab. Sbb sy suka gigit org=.=" Masih teringat, sy gigit mmber saya sampai berdarah tgn dia=.=" Ganas kan?

ustazah zaharah

Di alam skolah rendah, menjadi ketua kelas ketika darjah satu=.=" haha.. lawak je. Last2 ketua kelas yg kena denda sbb main hujan=.=.. Masa ni, sy belajar mmbaca dgn laju.. masa dlu dah bleh baca, tapi tak laju. hehe.. thx cg2 skola rendah. Teringat juga sy kena denda dgn seorang cg tu, sbb sy n kawan2 mmbuat "senaman vitamin C". Sukati je bg nama ni=.=". Caranya, wat line melintang sambil peluk kawan2 masa nak nek tangga. Then naik tangga sambil melompat2. mmg bunyi cam kawad=.=" terus kena denda. Tak lupa juga dgn main pemadam. Siap kena gigit pemadam, then dilelong ke kelas len=.=" nakal betol. Tapi cikgu2 ttp sabar mendidik kami. Terima kasih byk! Ilmu yg diajar, mmg sy tak lupa, insyaAllah.. [sbb skola rendah pnye ilmu, smua basic in life pnye.. yg mmg guna hari2]

cg zura halina

Di alam skolah menengah pula, lagi byk... haha.. dah kata, sy bukannya pelajar yg bek. Pnah dikejar dgn seorang ustaz.. beliau dah jadi PK KO skrg.. Sbb apa? Masa tu, kami diarahkan untuk mengangkat kerusi2 yg dah rosak ke satu tempat. Bila dah angkat smua2, sampai kat stor [rasanya], ttba rasa nak rosakkan lagi krusi2 yg sedia ada rosak tu. Dalam pkiran kami masa tu, alang2 dah rosak, masa ni la nak menjahanamkannya lagi. [budak baek jgn tiru!] Maka sy dan kawan2 merosakkan la lagi kerusi2 tersbut. Tiba2, kawan2 sy smua lari.. sy ingat mereka just nak cepat kembali ke kelas. So sy berlari anak je dari blakang diorang. Tiba2, tgn sy direntap. Cikgu!! haha..  "Awak nak lari ke mana, hah?!" kantoi=.=" huuu.. byk lagi...

cg sapinah

Tak lupa juga, cikgu2 yg tak jemu2 menasihati sy yg seringkali tersilap langkah. Bila dah masuk alam university, kerap kali terpk apa yg cg ckp tu.. mmg btul.. tapi nak wat camana, zman tu, ego tinggi.. maafkan saya, cg.. Tak ketinggalan juga, cg2 yg memprotect sy.. ada la kesnya.. tp dibela.. byk sgt kalo nak cerita satu2.. masa sy sakit, ada cg yg amik berat. Macam2 la. Ttg ilmu, tak dpt dinafikan juga, byk cg2 di skola menengah mengasah ilmu yg dah diajar oleh guru2 skola rendah. Maka, kalo tidak diasah smua2 ilmu tersbut, mgkin sy tak mampu nak amik bidang perubatan ni.. Terima kasih, cg! Bukan saja dari segi ilmiah, rohaniah juga dididik dgn baek [cuma sy je yg tak bek=.=]. Ustaz2 yg mengajar ttg alquran, ttg tafsir, ttg palestin, ttg tokoh2 islam.. terima kasih.. smua tu penting!

cg samihah

Jadi, kesimpulannya, tak kira sehebat mana pun manusia, setinggi mana pun darjat, sebesar mana pun kuasa, mestilah bermula dgn insan bergelar GURU~ jgn jadi lupa daratan. We're nothing without them! Terima kasih, cikgu2 yg pernah mengajarku~ Bukan nak riak, bukan nak dibanggakan... Tidak pernah sy lupa mendoakan kalian smua setiap kali lepas solat... Cuma ini yg sy mampu.. Sy bukanlah sehebat Saidina Umar Al-Khattab, yg mana sanggup menjadi hamba untuk org yg mengajarkannya walaupon 1 perkataan.

ustazah rahimah dan ustazah maznah

Semoga kalian, guru2ku, meneruskan perjuangan kalian yg mulia tersebut. Hanya Allah yg mampu membalas jasa2 kalian~ Allahu y36eekom alf 3fyeh! Semoga sentiasa diredhai Allah SWT~ Slamat Hari Guru!

P/s: maaf lah cg2 skola rendah n tadika.. sy takde koleksi gambar masa tu TT_TT [maaf juga sbb tak letak smua gambar cg2.. yg ni je yg ada]

~Wallahu a3lam~

09 Mei 2010

Special Day for Everybody!

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah.. dpat saya menulis even kepenatan~ heee~ takpe.. sbb post special edition [perasan.. haha=.="]

Okay... Hari ini hari ape? Cpat teka!! Angkat tgn sape nak jawab!! heee~

"Hari Ibu", jawab hamsterku yg bernama Abie dgn penuh bersemangat dan yakin sambil mengangkat tgn kecilnya.

"Pandai, Abie! Aik... Camana Abie taw?!", soalku kehairanan.

"Taw la.. Sbb tak lama lagi Abie jadi ibu gak.. dah sarat ni!", jawab Abie kegirangan.

"Waah!! Bertambah lagi la family kita nnt ye? Seronotnye!" balasku, excited ^^

okay.. cukup disitu imaginasi sy =.="


Sebelum sy pergi lebih jauh, saya nak tukar hari ibu pada hari mama.. haha.. sukati saya la.. sbb saya panggil ibu sy dgn panggil mama~ So, tak kesah la nak kata manje ke, ape ke, sy pnye suka la=.=" hehehe

Anyway, pada hari mama ini, sy nak mengucapkan berjuta2 terima kasih kepada mama! Sbb ape? Mcm2 sbb la... dari alam rahim, hingga ke skrg, byk pengorbanan yg mama da kasi kat Ijat kan? Even skrg, Ijat taw yg mama still doakan Ijat even ddk jauh dari mama.. Jauh di mata, dkat di hati.. =) thx for every single thing, mama.. And yet, I'm not really a good son.. I know that I always make u angry, sad... sorry for everything.. Syurga di bawah telapak kaki ibu... Allah makes u hold the jannah key for me.. without ur "redha", I can't even smell the Jannah's scent... I'm really sorry for what I'd done before.. Could u pls forgive me, mama? And I swear, InsyaAllah, I'll treat u well, better than before..

By the way, ramai org kata Hari Mama/Ibu adalah hari2.. Yeps.. that's true.. But, kenapa diadakan hari mama/ibu? Ini bermaksd, mama/ibu adalah satu insan yg penting dalam hidup kita sbgai manusia yg taat pada perintahNYA. Cuba kita lihat, hanya peristiwa2 penting sje yg dimasukkan dlam kalendar dan dijadikan tarikh berperistiwa. Contohnya, hari kemerdekaan.. Kita sambut sbb ape? Sbb kita mmperingati hari kemerdekaan negara kita.. Dan hari2 kita dah merdeka, kan? [zahariah je pon=.="] Hidup dalam keadaan merdeka kan? So, sama la jugak dgn hari mama/ibu.. Mmg benar setiap hari adalah hari ibu, ttpi salahkah kita menyambut satu hari khas untuk mama/ibu kita? yang mana hari ini diwjudkan menunjukkan betapa pentingnya mama/ibu dalam hidup kita seharian sbgai manusia?

Tell me, lahirkah anda tanpa insan bernama mama/ibu? Dapatkah anda hidup dgn baik, tidak cacat, kalo mama/ibu anda tidak menjaga dirinya ketika mengandungkan anda? [of course, bi iznillah] Meh nak gtaw sket, dalam tempoh gestation iaitu dalam kandungan, kalo mama/ibu anda tak menjaga dirinya dgn baek, mgkin anda dilahirkan dgn cacat.. Sbb bagi setiap trimester of pregnancy, there's something developing.. Contoh, jika mama/ibu anda makan ubat yg contraindicated in pregnancy ketika mengandungkan anda sperti tetracyline [sjenis antibiotic], mgkin anda dilahirkan dgn masalah pada tulang.. tak cye, leh click nama ubat tu.. tgk sndiri.. Tapi mama/ibu dgn penuh kasih syg, tak makan ubat yg jenis2 camtu.. [ni contoh je.. mmg ssh nak berlaku sbb doktor bgtaw sllunya.. tp kalo doktor tu tak sdar mama/ibu anda pregnant masa tu, cane?]

Allah sndiri merekodkan dalam Al-Quran mengenai kesusahan ibu ketika mengandung:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [31:14]

So, pada pendpat sy sndiri la, bagus la ada hari mama/ibu ni?! hehe..

p/s: sorry mama, takleh letak gambar mama.. smua hot2 je.. hee~

~Wallahu a3lam~