Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label ikan bilis. Show all posts
Showing posts with label ikan bilis. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

wanita berdakwah,bermula dari diri sendiri, serta makan-makan

Bismillah.

Dakwah. Tanyalah ustazah hari ini sedang membentangkan ttg Ibu sebagai pendakwah. Benar, berdakwahlah kpd orang trdekat dgn kamu terlebih dahulu, pada anak-anak, ahli keluarga. Episod sebelum ini,Dr Muhaya pun pernah berkata, dakwah hak semua orang, tetapi ilmu hak Ulamak. Jadi laksanakan amal makruf, nahi mungkar.

Seorang ustaz/ustazah yg keluar berdakwah dan tinggalkan anak di rumah, kerana beliau laksanakan dakwah dan kerana sayangkan anak-anak juga, kerana persekitaran juga membentuk anak-anak. Jika persekitaran tidak bersih, bagaimana anak-anak akan membesar dgn sempurna dan akhlak yang mulia? Tertib mendidik anak juga biarlah seimbang antara khabar baik dan khabar buruk. Jangan terlebih dos dalam menasihati anak sehingga anak-anak takut. Gambarkan kemuliaan, kebesaran dan penyayang Allah. Pujuk dan berlemah- lembut dan ikhlas, begitulah bagaimana Asiah memujuk firaun untuk tidak membunuh nabi Musa semasa bayi.

Jangan berasa terbeban dengan dakwah. Meskipun kita tak nampak perubahan.

Nasihat saya, Mula dari diri sendiri:

1. Keluarkan perkataan dan khabar yang baik. Jika ada berita buruk, siramlah dgn 'mawar' supaya seimbang antara berita baik dan berita buruk.
2. Jangan tunjukkan sifat buruk kita di hadapan anak-anak, suami, menantu, saudara, atau sesiapa saja yang kita jumpa. Betul, kita kena jujur pada diri sendiri tetapi perlulah ada batasan dgn sifat malu meskipun antara ahli keluarga.
3. Pakailah pakaian yang sopan di dalam rumah, supaya syaitan tidak menganggu. Supaya terjaga dari pandangan orang yang mungkin nampak kita dari tingkap. Supaya kita juga tidak mudah terhasut syaitan dgn dorongan nafsu atau sifat-sifat tercela.
4. Qanaah. Berpuas hati dgn rezeki yang ada, setelah berusaha. Orang miskin yang qanaah juga, tanda hidupnya mndapat berkah. Apatah lagi orang kaya yang makin rajin beribadah dan bersikap baik pada oranglain.
5. Bersabar dengan sakit. Sebab sakit itu tiket untuk mendapat syurga.
6. Musuhi sifat riyak. Wanita dgn menunjuk-nunjuk memang tidak boleh lari. Kerana satu masa, kita akan rasa sedih bila kita lihat oranglain tak ada benda yg kita ada. Sprt kita bangga ada kereta baru, satu masa, kita lihat sepasang suami isteri dgn anak kecil di tengah jalan raya sesak menaiki motosikal, dengan hari panas, dan menyelit-nyelit di antara asap kereta dan lori. Memang kita rasa perasaannya jika kita tanya mereka "Kenapa tak beli kereta?". Jadi, saya bangga kami ada kancil.
7. Jangan susahkan Mak kita untuk menjaga anak atau memasak. Tetapi jika dia redha, cubalah senangkan dia. Sebab menjaga anak-anak, haruslah ikhlas, barulah keluarga ada berkat.
8. Jika ada wanita lain merungut atau mengeluh kerana masalahnya di hadapan kita, kita janganlah bertanya banyak. Sebab nanti melarat-larat rasa sedihnya. Kita patut menceriakan hatinya, dan minta dia bersabar. Sebab melakukan kebaikan atau tanggungjawab rumahtangga, tetapi kita merungut akan menghilangkan pahala. Buat kebaikan haruslah ikhlas.
9. Rasa curiga itu berjangkit. Kita bersembang dengan wanita lain yg mula menyatakan rasa curiga pada suaminya, lalu dia menyuruh kita berhati-hati 'kerana curiga pada suami kita'. Sebenarnya kita harus berhati-hati pada wanita itu. Nasihatkan dia.
10. Sebaiknya, jika Suami TIADA di rumah, janganlah kita menerima tetamu ke dalam rumah, kecuali yg ada hajat di hadapan pintu rumah sahaja. Kadang-kadang, ada saja terjadi benda yg tak kena. Benar, tetamu membawa rezeki. Tetapi seorang isteri yg diakui Rasulullah sbg penghuni syurga, yang tidak membawa oranglain ke dalam rumah tanpa izinnya atau semasa dia tiada.
11. Kalau ada keinginan besar, kecilkanlah. Menjadi isteri memang perlu banyak menahan nafsu dan bijak mengatur keluarga, sebab suami adalah orang yg paling sibuk dan tak sempat lihat semua tu. Janganlah sengetkan bahunya di dunia dan di akhirat dengan dosa kita dan permintaan kita yg dia separuh mati bekerja untuk tunaikan. Juga tunaikanlah hak ibubapa kita dan ibubapa mertua. Lupakanlah perkara yg menyusahkan hati.




AHAD
Menu Ahad lalu. Yg ada brownies tu, sebab ada tetamu datang. Tetapi yg lauk lain siap bila suami balik saja. :)




MAKEREL TUMIS. Tumis bawang putih hiris, bawang besar hiris, cili padi potong. :)

KENTANG BERCILI PADI. Dah lama tak buat. Resipi ringkas saja, ada kat SINI

AYAM GORENG BEREMPAH  guna serbuk, ;) :  Ayam diperap dengan garam, serbuk kunyit, Halia dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus, serbuk Kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih

MOIST ORANG MOCHA BROWNIES .  Saya bubuh dalam cup. :) Resipi klik SINI
. Oh... saya tambah choc chips utk kali ini. Yumm..

:) Bepang




SAMBAL BILIS II
Isnin, My Hubby tak kerja . Jadi, saya buat ini sebagai BRUNCH (breakfast campur lunch). Saya ada improve sambal saya. Saya ada baca ada orang buat Ibu sambal dengan menambah sedikit ikan bilis goreng dalam bahan kisaran (ia dikisar bersama hingga hancur). Jadi, saya tambah. Memang tak perlukan perasa pun, rasanya dah cukup dan sedap. :))  Sambal ini saya buat ala terengganu:

Ikan bilis dibasuh dan direndam sekejap.
Bahan kisar :  Saya guna bawang kecil, 1 ulas bawang putih, 10 batang cili kering yang direndam air panas, belacan, asam jawa, air secukup kuah, garam, tambahla sejemput ikan bilis goreng tadi.. Semua kisar hancur. 

Tumiskan hingga sambal naik minyak.
Tambah air lebihan dari blender, biar mendidih.
Bubuh ikan bilis, garam, biar masak dan sebati.
Kacau perlahan sehingga masak.

Resipi lain menggunakan bawang besar dan cili kisar senduk, ada kat SINI dan SINI








EGG BENEDICT.
Breakfast Selasa. Pagi-pagi dah panaskan Oven, hehe... Hurm, puas makan telurkelmarin. Egg benedict ni 2 in 1. Hanya masak telur tu separuh saja, biar nampak bergoyan-goyang. Nescaya, suami akan makan dgn tersenyum  ' kalau dia tak makan masa benedict baru keluar oven la.. ;) '
Resipi kat SINI




CUCUR SENANG MESRA
Breaksfast Pagi ini, Rabu.  Cucur isi udang  dan sedikit popcorn bites spicy Ayamas.  Masa ni teringat jemput-jemput isi ikan. Kat Tesco, tiada ikan sardinnya nampak tak fresh.  Yang di bawah versi sempoi saja   tepung + telur + bawang + isi udang + air. Sesiapa yang ada masalah dgn cekodok/cucur/ jemput-jemputnya keras dan cepat liat bila dah SEJUK, hanya tambah air dari sukatan biasa anda. Insya Allah, cucur akan lembut. Resipi asal, klik SINI





  Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, March 10, 2011

Sambal Ikan Bilis

Salam sejahtera,

Sejak malam tadi, komputer ni sakit. Entah Blogger.com yang sakit nak loading atau Mr lappy menunjukkan tanda2 nak demam. Jadi, kita rehat-rehat dulu hari ni. Saya hidangkan sambal jer, nasi dah abis. :))



SAMBAL IKAN BILIS
Sumber: mysweetlife-nurindah

Ikan bilis secukupnya (saiz sederhana) - direndam dalam air sehingga kembang. Kalau buang kepala dan dikopek lagi elok.
Sedikit air asam jawa
Air masak secukup kuah - (nurindah:sebab nak bagi ikan bilis lembut)
Gula
Garam
1/2 biji Bawang besar potong bulat (buat tambahan dalam sambal jika mahu)

BAHAN KISAR:
Cili kisar dari cili kering yang direbus/direndam air panas -
(nurindah: saya tak sukat sebab dah kisar awal. Mungkin 3-4 sdm. Asalkan cukup untuk ikan bilis tersebut. Cili kering memang senang digunakan kalau yg kita kisar terlebih dahulu sebelum digunakan. Lain dengan bawang, sebab bawang senang dikisar :)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci Belacan


CARA MEMASAK:
1. Ikan bilis digoreng sekejap sehingga kering air. Jangan bagi garing. Angkat dan toskan.
2. Cili kisar dikisar bersama bahan bawang dan lain-lain supaya bahan mesra sekata.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan cili kelihatan naik minyak.
3. Baru masukkan air, air asam jawa, dan ikan bilis tadi. Biar kuah mendidih.
4. Baru masukkan gula dan garam. Biar sebati dan ikan masak lembut.
5. Angkat dan hidangkan.
6. Sesuai dimakan dengan nasi panas, nasi lemak dan kalau dikeringkan sesuai buat inti kuih, roti.



Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers