Assalamualaikum
Ada yang kata trip ke Sumatra Utara kali ini kurang mencabar berbanding trip Mac yang lalu. Nak kata tak mencabar, memang saya akui trip kali ini aktivitinya tidak se'lasak' mana namun bab 'sakitnyatuhdisini' memang lebih teruk; rasa nak tanggal tulang-temulang dek kondisi jalannya yang super-duper parahnya. Tu yang sampai je KL terus berbungkus bawah selimut; seminggu demam hehehe. Sampai ada yang bising "tiap kali balik bercuti, kalau tak demam tak sah ke?" hehehe.
Itinerary/Route
Plan asal adalah Medan - Bukit Lawang - Tangkahan - Medan. Namun berubah kepada Medan - Tangkahan - Sibolangit - Medan.
Pening jugalah memikir mana lokasi yang ingin disinggahi sebabnya jarak antara satu tempat memang menguji kekuatan montot dan anggota badan yang lain. Ditambah pula dengan rasa teruja untuk menyiapkan itinerary Korea jadinya untuk Sumut ni saya tak berapa nak fokus sangat, tapi takdelah sampai tak tengok langsung. Setelah beberapa kali berbalas email meminta pandangan dari Yovie dari Jelajah Acsu, akhirnya inilah yang terhasil..
Hari I >> KL - Medan
Check in K77 Guesthouse, Medan
JJCM di Jalan Halat, Medan
*last flight KL - Medan
Hari II >> Medan - Tangkahan
Check in Mega Inn, Tangkahan
Tubing 3km di Sg. Tangkahan
Jungle lunch di air terjun Gelugur
* dari kota Medan ke Tangkahan ambil masa 5 jam perjalanan
Hari III >> Tangkahan - Sibolangit
Trekking & konservasi gajah Sumatera
Hidden waterfall, Tangkahan
Permandian air panas Sidebu Debu, Brastagi
Check in homestay di Kg. Baru, Sibolangit
* Tangkahan ke Sibolangit mengambil masa 4jam perjalanan
Hari IV >> Sibolangit
Trekking ke air terjun Dwi Warna
Sibolangit ke Negeri Suah
Tumpang menginap rumah warga tempatan (Batak Karo)
* Trekking ambil masa lebih kurang 4jam pergi/balik
* Sibolangit ke Negeri Suah berjarak 2jam perjalanan
Hari V >> Negeri Suah - Kuala Namu - KL
Sungai Dua Suhu, Negeri Suah
Semburan Tuah (air terjun), Negeri Suah
Goa Penen
Kuala Namu
* Negeri Suah ke Goa Penen mengambil masa 2jam perjalanan
* Goa Penen ke Kuala Namu mengambil masa lebih kurang 3jam perjalanan
FB : Jelalajah - acsu
Tel : +62819839859
Penginapan
Kali ini memang tak sanggup dah nak duduk dalam bilik 'reban ayam' di Residence Hotel. Cukuplah kot sedekah darah kat nyamuk di situ huhuhu. Kali ini kami memilih untuk tinggalkan di K77 Guesthouse. Walaupun lokasinya terletak di pinggir kota Medan, namun kebersihan dan fasiliti memang terbaik, pendek kata puas hati sangatlah. Yang penting tak terasa macam duduk dalam 'reban ayam' dan lokasi dekat sangatlah dengan Jalan Halat; syurga barangan outdoor dan makanan (sate di sini sedap giler!)
Untuk di Tangkahan, memang sudah termasuk dalam pakej dan diuruskan sepenuhnya oleh Yovie dari Jelajah Acsu. Manakala untuk penginapan di Kampung Baru, Sibolangit kami memilih untuk walk in sahaja. Kenapa? Sebenarnya plan asal nak camping di tapak perkhemahan Sibolangit tapi setelah dimomokkan dengan pelbagai kisah misteri, hantu dan keangkeran kawasan berdekatan tapak perkhemahan tersebut terus saya buat keputusan muktamad, tak nak camping. Takut weiii! Nasiblah banyak penginapan murah di sekitar Kg. Baru, jadinya kami sewa sebiji rumah (2 bilik) dengan harga Rp190,000. Nama pun murah, jadinya jangan berangan bilik berbintang-bintang keadaannya sebabnya keadaan bilik lebih parah dari permukaan bulan. Giler geli nak pijak lantai, siap ada pacat lagi dalam bilik air hahaha! Apa pun, tidur tetap lena dan nasib kami membawa sleeping bag.

K77 Guesthouse Medan
website : http://k77guesthousemedan.blogspot.com/
Mega Inn, Tangkahan
website : http://www.mega-inn-tangkahan.op-het-web.be/?Welcome
Budget
Untuk makluman, trip kali ini kami masih setia menggunakan khidmat Jelajah Acsu. Dah selesa sangat dengan mereka ini.. Mungkin sebab mereka ne pun gila-gila dan masih muda macam kami, senang nak berurusan.
Pakej adventure Sumut : Rp1.2juta/all in
Penginapan di K77 Guetshouse, Medan : Rp110,000
Pengangkutan dari Kuala Namu ke K77 (Avanza 'sapu') : Rp36,000
Lain-lain (makan/minum/tips) : Rp200,000
Jumlah keseluruhan : ~ Rp1.5juta
*bersambung
*bersambung