Rinjani 2015 : Day 2 ~ Rinjani Aku Datang
Kami dikejutkan pagi ini sekitar jam 2.00am. Semangat kononnya sebab misi kali ini memang nak tawan puncak. Celik biji mata, bersihkan diri sekadar yang mampu dan terus tukar pakaian yang bersesuaian untuk ke puncak. Suhu kat luar memang dah tahap kejung dibuatnya. Siap semuanya, keluar khemah konon nak lompat-lompat sikit untuk panaskan badan, nahhhhh padanlah muka! Kaki kanan saya langsung tak boleh nak dibengkokkan. Berkali-kali mencuba, sakitnya tuhan sahaja yang tahu.

Nak teruskan atau tidak?
Saat ini, hati memang dah berbelah bagi. Kalau diteruskan juga, pasti saya akan susahkan kawan-kawan yang lain dan diri sendiri tentu lagi merana keadaannya. Saat ini takde apa pun yang perlu saya buktikan. Puncak Rinjani dah tentu akan kekal di situ kecuali berlaku sesuatu yang akan merubah strukturnya. Lutut saya ini pula lama lagi kot nak digunapakai. Apa yang saya mahu saat ini? Masa hadapan atau apa yang terbentang di depan mata saat itu? Nak jaga ego sendiri? P matilah dengan ego. Puas berperang dengan diri, akhirnya saya bagitahu yang lain untuk tarik diri. Tak apalah, dah takde rezeki saya. Apa yang pasti, suatu hari nanti pasti saya kembali ke sini.
Saya cuma mampu pinjamkan semangat saya pada JM sebab saya tahu keadaan beliau saat itu bagaimana. Untuk Jard dan Acat, saya tak berapa nak risau sebab saya dah kenal sangat mereka berdua ini. Moga mereka bertiga mampu menawan puncak dan kembali bertemu dengan saya dalam keadaan selamat.
Breakfast pagi tu, lempeng pisang.
Aktiviti saya pagi itu makan-tidur-makan-tidur-makan-tidur.
Bangun tidur, selak khemah alamak matahari dah naik. Terus capai selipar dan kamera dan berlari panjat bukit utk rakamkan saki-baki keindahan yang ada huhuhu.
Puncak Rinjani berada di balik puncak tertinggi itu. Nampak dekatkan? Takde maknanya. Mereka ambil masa dalam 7jam untuk sampai ke puncaknya (untuk detail perjalanan ke puncak tunggu ajelah Jard atau pun JM kongsi pengalaman mereka).
Gunung Sengkareang,
Lake Segara Anak
Aktiviti saya saat menanti, keluar masuk khemah. Masuk khemah untuk tidur, keluar khemah untuk ambil gambar. Sayangnya tak berapa lama matahari naik, keadaan keliling mulai berubah. Kabus semakin lama semakin menebal, hingga ap apun tak nampak. Sejuknya tak tahu nak cerita macam mana, 4 helai pakaian yang saya pakai pun tak mampu nak tampung kesejukan saat itu.
Kabus dah mula datang. Sejuk!
Dari kejauhan itulah Desa Sembalun. Tengok awan dan kabus tu, seram pula rasanya.
Kabus juga mulai menutupi pemandangan indah Lake Segara Anak.
Habis tertutup. Kiranya inilah saat terakhir saya menyaksikan Lake Segara Anak kerana selepas itu kabus tebal terus menutup hingga ke malam.
Dalam 11.++am, Jard dan Acat selamat turun dari puncak. Lega melihatkan mereka baik-baik aje. Manakala JM tiba sekitar jam 1.++pm. Waktu itu juga kami ditanya oleh pak guide samada nak turun atau tidak ke Lake Segara Anak. Perjalanan untuk turun ke tasik mengambil masa dalam 3jam dan kami perlu kembali semula ke Pelawangan Sembalun sesegara yang mungkin. Bila melihatkan keadaan masing-masing yang kepenatan, kami tak rasa perjalanan untuk ke tasik akan berbaloi. Lebih-lebih lagi dengan kabus yang giler tebal, sahlah apa pun tak nampak kat tasik tersebut. Akhirnya, kami sepakat untuk tidak ke tasik. Masa yang ada diambil untuk berehat dan kumpul semula tenaga untuk turun keesokan harinya.
Aktiviti petang tu? Emm, kami ambil inisiatif untuk kutip sampah sarah yang ditinggalkan dan bakar mana yang boleh dibakar. Bak kata Jard "jika kita berbakti pada alam, alam pasti berbakti semula kepada kita". Kata-kata ini memang saya pegang sampai harini. Sampah-sampah kami sendiri, mana yang boleh tanam, kami tanam. Mana yang tak boleh kami kumpulkan dalam plastik sampah dan serahkan pada pak porter. Menariknya, dari kami bertiga petang itu membersihkan kawasan sekitar tak semena-mena pak guide dan pak porter juga turut serta bersama-sama kami.
Makan tengahari - jangan memain, spaghetti tau! Sedap hingga menjilat pinggan!hehehe
Aktiviti petang tu? Emm, kami ambil inisiatif untuk kutip sampah sarah yang ditinggalkan dan bakar mana yang boleh dibakar. Bak kata Jard "jika kita berbakti pada alam, alam pasti berbakti semula kepada kita". Kata-kata ini memang saya pegang sampai harini. Sampah-sampah kami sendiri, mana yang boleh tanam, kami tanam. Mana yang tak boleh kami kumpulkan dalam plastik sampah dan serahkan pada pak porter. Menariknya, dari kami bertiga petang itu membersihkan kawasan sekitar tak semena-mena pak guide dan pak porter juga turut serta bersama-sama kami.
Mereka-mereka yang baru tiba di Pelawangan Sembalun.
Dah senja dah saat ini. Tinggal khemah kami sahaja yang berada di sini yang lain semua dah turun.
Aktiviti malam, sekadar memerhati bintang-bintang yang bertaburan di angkasa luas. Mujur jugalah saat itu kabus tiba-tiba menghilang (walaupun sekejap). Lepas makan, kami cuma lepak-lepak berbual sesama sendiri. Dalam 9.++pm, kami dah start berbungkus dalam sleeping bag sambil menanti saat masuk ke alam mimpi hehehe.
Bintang malam itu, takde milky way huhuhu.
*bersambung