Assalamualaikum..
Dari awal pagi saya cuba untuk menulis sesuatu di penghujung hari 2014 ini tetapi tak tahu kenapa mood saya benar-benar hanyut. Blur, sangat-sangat blur. Saya tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa dan kerana itu maaf jika ada email atau call yang kurang mendapat respon dari saya.
Emmm...
****
Esok kalau diberi kesempatan, kita akan melangkah ke tahun 2015. Seiring dengan pertambahan usia, 2015 saya melihat ianya hanya sebagai angka semata-mata. Zaman nak berazam atau nak memasang impian berjela rasanya dah tak sesuai kot. Dari zaman kenal 'dunia' sampailah saat ini, tiap kali ketibaan tahun baru, mulalah list panjang menjela walhal sebenarnya masuk hari ke-2, saya dah lupa apa yang saya azamkan itu. Rasanya cukuplah saya dengan trend yang sama tiap kali tibanya tahun baru.
La ne, tak kisahlah sejauh mana atau seteruk mana pencapaian saya di tahun 2014 semuanya perlu saya tinggalkan dan terus melihat kehadapan. Sejujurnya saya tidak mengharapkan lebih. Apa yang saya harapkan saat ini adalah kesempatan untuk terus memperbaiki diri, membahagiakan kedua orang tua saya dan adik-adik serta terus berganding erat bertukar cerita suka duka bersama-sama teman rapat. Bab travel, sebenarnya saya terfikir untuk berehat sebentar dari 'dunia' ini. Bila? Biarlah masa yang menentukan kerana saya ada janji yang perlu dilunaskan...
Buat semua, selamat menyambut tahun baru 2015. Moga kita semua akan terus diberi kekuatan berhadapan dengan hari-hari yang bakal mendatang..
Jumpa lagi...