Papuma Beach, Jember
Tuesday, August 28, 201220.07.2012 : Jember - Surabaya
Welcome To Jember
Tujuan utama saya singgah di Jember adalah untuk ke Tanjung Papuma yang terletak lebih kurang 37km di luar pekan Jember. Tiada pengangkutan awam disediakan di sini kecuali kita mengambil supir atau pun menyewa motor untuk ke sini. Awalnya, saya ingin meminta pihak hotel tempat saya menginap mencarikan kenderaan buat kami ke sini. Untuk makluman, untuk supir bayaran sekitar Rp100,000 untuk sekali jalan. Maksudnya Rp200,000 untuk pulang pergi. Manakala untuk ojek kosnya sekitar Rp50,000/day. Untuk mengambil supir memang tak mampulah, agak tinggi bayaran itu, pilihan yang kami ada hanyalah ojek. Kebetulan waktu bertemu sama teman saya di sana, Mas Agung, beliau menawarkan diri untuk menghantar kami ke sana.
Kami bertolak sekitar jam 5.30am untuk memburu sunrise di Papuma dengan menaiki motor. Bertiga di atas satu motor, agak tergesa kerana ingin mengelak dari bertemu dengan pak polisi. Mujur hari masih awal pagi, pak polisi pun tak bangun lagi hehehe. Udara segar menyambut kami kerana di sini keadaannya lebih kepada perkampungan yang dikelilingi gunung-ganang. Dingin memang tak terkatalah. Kami tiba 30 minit kemudian. Sayangnya, cuaca kurang bagus; mendung jadinya memang takde rezekilah nak melihat sunrise.
Untuk masuk ke Papuma, bayaran dikenakan sebanyak Rp5,000/person. Untuk motor, ada bayaran tambahan dikenakan (saya tak sure berapa) kerana teman saya itu mengaku sebagai supir; singgah sebentar di situ untuk menghantar kami sahaja :D.
Subhanallah, pemandangan yang sangat menakjubkan. Saya terasa kerdil di sini. Di lautan sana terhampar batu-batu karangan yang kelihatan seperti sebuah pulau. Terdapat 7 karangan utama di sini tetapi yang teringat di dalam kepala cuma kodok (kerana batuan kelihatan seperti seekor kodok) dan batara guru (lain-lain mungkin boleh google). Cuma berhati-hatilah di sini, jangan sampai lupa diri kerana ombak di sini agak tinggi dan di sini juga banyak spesis monyet dan lontong. Awas juga, kerana di sini pernah dilanda tsunami. Jadinya, papan tanda peringatan tsunami memang mudah dijumpai di sini.
Sekitar jam 11.00am, kami bergerak meninggalkan pantai papuma. Tak sempat untuk singgah di Watu Ulo yang terletak berdekatan dengan Papuma kerana teman saya perlu bekerja ke masjid untuk solat Jumaat. Kami terus ke hotel, untuk berehat sebentar dan mengemas barangan kerana lewat malamnya kami perlu berangkat menuju ke Surabaya. Petangnya kami mengambil peluang untuk pusing-pusing pekan Jember. Malamnya selepas solat terawih, sekali lagi kami lepak dengan Mas Agung dan temannya di Radio Cafe, Jl. Kartini, Jember. Sekitar jam 11.00pm, kami mohon izin untuk bergerak ke stesen keretapi kerana train akan bergerak tepat jam 12.50am. Selamat tinggal Jember, ada rezeki I'Allah tahun depan ingin kembali untuk Jember Fashion Carnival :)
Stesen keretapi Jember antara stesen keretapi terbersih di tanah Jawa yang pernah saya singgahi.
*Mas Agung, tqvm for everything. I'Allah, ada umur panjang sure kita akan ketemukan lagi :)
**bersambung
6 comments
thanks Zilla atas tulisannya yang saya kira cukup menarik dan saya merasa tersanjung karena zilla mendedikasikan tulisan ini untuk saya. Mungkin suatu saat bila ada waktu lebih luang saya bisa mengantarkan ke tempat tempat yang lebih banyak di Jember. Biar Jember nanti seperti tempat Zilla sendiri...hehehehe...sekali lagi terima kasih
ReplyDeleteThanks Zilla atas tulisannya yang bercerita tentang travel anda di Jember. Aku merasa tersanjung karena tulisan ini zilla dedikasikan buat aku yang bukan apa apa. Sorry kalu aku hanya bisa mengantar di Papuma saja. Mudah mudahan di lain waktu saya bisa lebih banyak mengantar ke banyak tempat di Jember....Aku tunggu di JFC tahun2013...Insyaallah
ReplyDeleteMas, jangan lupa ya VIP pass utk saya hahaha.
ReplyDeletehahaha....insyaallah..aku usahakan....
ReplyDeleteMasyaAllah.. Cantitknyeee lah
ReplyDeletesaujana mata memandang, memang cantik beb.kalau singgah ke tanah jawa, jgn lupa lanjutkan perjalanan ke jember; anda pasti tak menyesal hehehe
ReplyDelete