Lombok Ceria : Part V

Tuesday, August 07, 2012


Gili Trawangan, Meno dan Air

Haih, hilang idea dan mood lagi. Sebenarnya dari last week lagi saya try untuk mengarang tetapi entahlah, semuanya terhenti di perenggan pertama lagi..

                                                                                                              Pic : Mr Google

Alhamdulillah, saya sudah tiba di sini. Anda, bila lagi?

Penginapan kami di Gili adalah Pondok Bidara Homestay, dengan harga Rp100,000/room. Bilik ok, bersih dan cantik (tetapi wujud masalah lain, nantilah saya ceritakan). Kami ambil 2 bilik untuk 2 malam. Apa yang menariknya homestay ini mengadap ke bukit, so keadaan sangat dingin dan dikelilingi dengan rumah-rumah penduduk tempatan. Jadinya jangan hairanlah kalau memalam buta terdengar bunyi kambing mengembek atau kuda mendengus (erkk) - dah sememangnya kandangnya terletak bersebelahan dengan homestay ini :D. Tetapi jangan risau bersih dari segala bau-bauan.


Bilik dah dapat, solat pun sudah kami terus bersiap untuk snorkeling. Untuk trip ini Rp120,000/person without food. Ya tak apalah, dengan keadaan laut yang bergelora, saya yakin apa yang masuk itulah yang akan keluar semula. Jom layan gambar.




Inilah boat yang kami naiki. Laut agak bergelora time ne, mujur dah telan pil dari awal so agak bertabahlah sepanjang tempoh tersebut :)
'Good Heart Reef' - kami bertiga (saya, ckin dan mir) tak turun pun untuk snorkeling. Bot yang kami naiki - glass bottom boat, jadinya tak perlu nak bersusah payah untuk melihat apa yang ada di dasarnya - semuanya jelas kelihatan.
Nampak tak coralnya??hehehe

Seterusnya kami menuju ke 'turtle reef' di Gili Meno. Alala, saya sangat teruja kerana kelihatan beberapa ekor penyu sedang lepas bebas. Ini pengalaman pertamalah tengok penyu live sebegitu hehehe. Kali ini cuma mereka berdua sahaja yang terjun sedangkan yang lain melihat/mencari-cari kelibat penyu dari permukaan sahaja.Sayangnya, kami tidak dibawa singgah mendarat di Gili Meno sedangkan saya ingin sekali ke sebuah tasik yang terdapat di pulau ini. Ya tak mengapalah, ada alasan untuk repeat :D

Puas di Meno, kami bergerak pula menuju ke Gili Air. Kami singgah di sini, lepak-lepak menikmati pemandangan indah berlatarbelakangkan Gunung Rinjani (lucky, cuaca sangat baik saat itu). Lama lepak di sini, sebab nak tunggu sunset.
                     


You Might Also Like

10 comments

  1. lawaa btoii, zilla klau mcm nii sya rela dibawa lari ke lombok he2222...........

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  2. hahaha, dan2 ajekan?

    PA, tanah kat gili trawangan murah banget..apa lagi, rembatlah dalam sehektar dua hehehe

    ReplyDelete
  3. aiyakkkk...pendeknya citer? hehehe apa pon gambo2 semua mmg osem la...

    ReplyDelete
  4. Nak tnya, hotel2 dilombok mmg semua ke letrik dicatu? Gmbr mnunjukkan sperti di cafe2 mkn tepi pantai atau pon mereka letak seat shj utk bersantai tepi tuh? Ada hotel ke di gigi2 pantai? Sorry byk tanya. Nak pegi!

    ReplyDelete
  5. beb, mungkin.info ini pun saya dapat dari local people.kalau salah info yang disampaikan, salahlah info saya ini.mungkin boleh google mengenainya.

    yupp di pinggir pantai memang banyak terdapat cafe2 yang menawarkan view yang superb untuk dinikmati.harga pun sure superb.hotel di gigi pantai macam tak ada (merujuk kepada gili trawangan) tetapi dibina berhadapan dengan pantai, memang banyak dan hotel2 ini biasanya yang berbintang2..kalau budget hotel lokasinya agak kedalaman.

    bila tu nak p?

    ReplyDelete
  6. rsenya entry awak ni ubah ape tanggapana saya tentang lombok la...ok nk sambung baca jap..

    ReplyDelete
  7. entry awak ni ubah tanggapan saya tentang lombok...cantik gilerrrr.....ok nk sambung baca pulak

    ReplyDelete
  8. ini hanya di 3 gili. Meno, air n trawangan. Pantai di lombok tengah ada pantai pasir pink, sila google. Pantai kuta lombok tengah, pantai surga, .etc. Sya ni dari lombok salam kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, saya ingin melawat LOMBOK bulan mac ini. boleh kamu bantu?

      Delete
    2. hai, saya nak visit lombok. need ur help .blh pm to deamour55@yahoo.com. TQ

      Delete

Subscribe