happy merdeka day!!
Wednesday, August 31, 2011
Alhamdulillah, hari ini genap 54 tahun Malaysia merdeka. Satu angka yang besar bukan?
Sebagai anak merdeka, saya bersyukur dilahirkan di bumi bertuah ini. Mengimbas kenangan lampau (melalui cerita2 yang disampaikan oleh nenek dan mak serta melalui pembacaan dan rancangan di televisyen) bukan murah harga sebuah kemerdekaan. Wang ringgit berjuta tidak mampu membayar nyawa, darah dan keringat yang ditumpahkan untuk memastikan negara ini bebas dari cengkaman penjajah. Nahh, patutnya kita bersyukur bukan, mampu terus hidup aman di sini melalui pencampuran pelbagai bangsa, agama dan fahaman ideologi. Tugas nenek moyang kita suatu kita dahulu tidak terhenti apabila laungan kemerdekaan di laungkan 54 tahun yang lalu, tugas berat menanti anak2 merdeka masa kini untuk terus memastikan kemerdekaan ini. Secara zahirnya kita sememangnya sudah bebas tapi hakikatnya jiwa dan minda kita sedang dijajah..
Selamat Hari Kemerdekaan ke-54 kawan2...
2 comments
Salam Aidilfitri dan Salam merdeka :)
ReplyDeletenorh, salam aidilfitri & merdeka!! :D
ReplyDelete