Pokok bunga matahari atau Helianthus annus ialah sejenis pokok semusim dalam keluarga Asteraceae yang berasal dari benua Amerika. Batang pokok bunga matahari boleh mencapai 3 meter.
Terdapat pelbagai jenis bunga matahari.
Antaranya ialah:
1. Teddy Bear
Bunga matahari jenis teddy bear ini kecil jer. Tingginya hanya mencapai 1meter. Comel macam teddy bear.
2. Valentine
Bunga matahari jenis valentine ini mempunyai ketinggian 150-170 cm.
3. Big smile

Bunga matahari jenis big smile ini termasuk dalam golongan bunga matahari kerdil. Tinggi batangnya hanya 30-40 cm sahaja.
4. Fiesta Del Sol
Bunga Matahari Fiesta Del Sol ' Dwarf Tithonia Rotundifolia' pemenang All American Selection tahun 2000. Tinggi tanaman mencapai 50-60 cm.
5. Cherry Rose
Bunga matahari jenis cherry rose ini mempunyai warna yang unik. Bunga ini mempunyai lingkaran kemerahan yang warnanya menyerupai cherry. Bunga ini mempunyai perkembangan yang lebih cepat dibandingkan dengan jenis bunga matahari yang lain.
6. Moonwalker

Bunga matahari jenis moonwalker ini mempunyai warna kuning pucat. Tinggi tanamannya mencapai 150-170 cm.
7. Earth Walker
Bunga matahari jenis earth walker ini mempunyai gabungan warna kuning dan coklat. Bunga ini juga cepat tumbuh.
8. Margarita Azul

Bunga matahari yang berwarna biru. Cantik dan menawan.
Terdapat banyak lagi jenis bunga matahari di luar sana selain yang ada di laman web ini.