Tuesday, August 24, 2010

Puding Cendol

Assalamualaikum w.b.k, Salam 13 Ramadhan di NZ.. diam tak diam dah 13 hari.. Dessert berbuka hari ini. Kes semalam teringin nak minum cendol tapi gula merah x cukup, perap dulu cendol dlm peti es sampai dah luntur..pocat jer.. Puas mencari gula merah di kedai Asia berdekatan..dah abih pulok.. Kensel nak Minum Cendol smlm (En.Suami muka x puas ati) "Lain kali nak buat check dulu bahan2nya".. :P  huhu..x jadi nak menyendol..Menerai ler pula arini dengan gula merah seketol utk cuba dijadikan Puding Cendol.. Resipi asal dari tuntung15.. (harap2 En.Suami senyum lebo arini)


Puding Cendol
Bahan

Bahagian Lapisan Bawah

500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
Bahagian Lapisan Atas

500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara

Bahagian Lapisan Bawah

1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.

Tips : untuk acuan.

Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.


Bahagian Lapisan Atas

1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur.
2. Tapiskan air gula.
3. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
4. Kocok kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam.
5. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan lorek2 dengan garpu di serata adunan.

Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan
Resipi cendol dari Siti Mariam dari MyR ..ahaaaa... kontot2 ler.. cam ulat lak.. eheee..guna pengukus lobang kecit.. alhamdulillah..menjadikkkk... best tang tenyeh2 tu..

Cendol

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

Thursday, August 19, 2010

Puding Kastard Berkuah (Puding Fruit Coctail)

Assalamualaikum w.b.k,
Dessert berbuka harini :)


Puding Kastard Berkuah
Utk Kastard
1 cawan tpg kastard + 4 cawan santan cair
@ 2 cawan air & 2 cawan fresh milk
1/2 cawan gula
Cara2:
Campur kesemua bahan dan didihkan, setelah pekat tuang kedalam acuan atau loyang.

Untuk Kuah
1 tin fruit coctail
1 tin peach (as tambah)
1 cawan fresh milk
6 cawan air
1/2 cawan gula (manis ikut suka)

cara2:
Larutkan gula dengan air panas/suam. Masukan kedalam bekas dan tuang air,susu sejat dan fresh milk. Masukkan fruit coctail dan kemudian sekali kastard. Masuk kedalam fridge dan sedap dimakan sejuk2. Kalau nak letak ice-cube pun ok.


Wednesday, August 18, 2010

Kuih Sagu

Assalamualaikum w.b.k, tambah 1 lagi kuih manis2 manja utk berbuka arini. Kuih Sagu..anak2 suka sgt dgn kuih ni.. sekali hadap je derang ngap..:D, tapi untuk as, x boleh golek2 kat kelapa la..karang batuk ni makin menjadi2 plk.. Kali ni as letak sket tepung jagung.. memang ada sedikit perbezaan. Bila nak potong cantik je.. Kuih pun x keras dan tidak lembik..sedang elok je bila potong.


Kuih Sagu

2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sdb tepung jagung bancuh bersama sedikit air 
Kelapa parut + sedikit garam
Cara2:

1. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan bancuhan tepung jagung 
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn minyak
6. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..
DiNZ kelapa sgt mahal dan susah nak dpt.Biasanya jika as nak gaul kuih dgn kelapa, as guna Kelapa kering halus & kasar. Dan letak sedikit santan dan as panaskan di microwave atau kukus. Kemudian gaul dengan sedikit garam..

Kuih Talam Berlauk

Assalamualaikum w.b.k, ramadhan hari ke 7 di NZ. Harini batuk melanda dengan teruknya, langsung tidak boleh bertadarus Al-Quraan. Gatei betul tekak ni..rasa nak keruk2.. agaknya sebab kurang minum air dan perubahan cuaca. Dari aritu teringin nak buat talam berlauk ni. Tapi, duk pending2 aje. Akhirnya tertunailah hasrat dihati. Rasa tak tau lagi, tapi kalau pada bau yg harum ni, memang rasanya sedap..hu2..makruh2.. Sebenarnya mcm2 cara membuat Kuih Talam berlauk ni, ini versi as lah ya.. rcp spt dibawah..slmt mencuba..

Kuih Talam Berlauk (Kukus)

  • 1 Cawan Tepung Beras 
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 Cawan Udang kering dikisar(udang geragau pun ok)
  • 3 Cawan air+1/2 cawan santan pekat
  • Daun bawang - dihiris halus Daun sup dihiris 
  • 1 batang carrot dihiris halus
  • 1biji Cili Merah dihiris halus
  • Garam Secukup rasa 
  • 300gm daging cincang, tumis dengan bawang putih,bawang merah, halia dan serbuk kari.

Cara-cara

  1. Bancuhkan santan dgn air tadi hingga sebati.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung, daging,carrot, separuh daripada daun bawang, daun sup dan cili merah. Gaul hingga semua sebati.Perasakan dengan garam.
  3. Kemudian masak adunan hingga naik wap. Dgn menggunakan api sederhana.Sentiasa kacau, jangan sampai berketul.
  4. Masukkan adunan ke dlm pengukus - loyang kene letak minyak sikit.*Kalau nak senang keluarkan dari loyang, alas dengan plastik.
  5. Lepas 15 minit dlm loyang, taburkan udang kering, lebihan daun bawang, daun sup & cili merah atas adunan tadi.
  6. Kukus lagi selama 15 minit. 

Monday, August 16, 2010

Kuih Lapis Kasui

Assalamualaikum w.b.k

Sementara menunggu waktu berbuka, postkan jap rcp Kuih Lapis Kasui atas permintaan kawan nun jauh di JB. Baru pestime mencuba, Aisyah yang puasa yang yok kata sedap..:D

Resipi dari Kak Rusnah



Kuih Lapis Kasui
A. 1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning atau apa-apa pewarna kesukaan
1 sudu teh air kapur

B. 1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah
2 1/2 cawan air
sehelai daun pandan
1 sudu teh air kapur

C. Kelapa parut yang putih
sedikit garam


Cara Membuatnya
1. Sediakan kukusan dan lenserkan acuan dengan minyak masak.

2. Masak gula dengan secawan air + daun pandan kemudian tutup api dan tambahkan lagi 1 1/2 cawan air.(Sama cara untuk A dan B tapi mestilah berasingan)

3. Adunkan adunan A yang bewarna dahulu di dalam blender kemudian tuang ke dalam mangkuk.

4. Adunkan pula adunan B didalam blender dan tuangkan ke dalam mangkuk berasingan

5.Lapiskan adunan bergula merah dahulu...setiap lapisan sebanyak 2 senduk.Kukuskan selama 2 minit kemudian tuangkan pula 2 senduk adunan bewarna.Lakukan proses ini sehingga selesai.

6. Bila selesai kukus lagi 15 minit dan bila tamat buka tudung kukusan biar lagi 5 minit tanpa menutup api.Ini petua supaya permukaan kuih tidak basah .

7. Potong kuih bila betul-betul sejuk dan golekkan ia ke dalam kelapa parut yang dicampur sedikit garam.


 

Apam Dot2 dan yg tidak dot2 pun ada..

Assalamualaikum w.b.k, apam ni  anak2 dares as buat weekend aritu, as jd remote ajer. Ada yg dot2, ada yg pusing2..mcm2 rupa ada. X apa la, belajar2. Sementara anak2 buat buat Apam tu dapatlah as tumpukan pada tadarus al-quraan. Alhamdulillah Nurin dah boleh harap, Apam dot2 ni utk jemaah di surau dan utk dirumah Nurin buat Piza dan Burger Malaysia.. dan as pula masak lauk2 sahaja.. Memang sedap dan sgt lembut apam ni, tapi as ada menderhaka pd rcp asal, blueberry as tukar kpd inti kelapa lebihan buat kuih gulung aka ketayap aritu..Rasanya seperti coconut blossom.Alhamdulillah sgt2 sedap :) tq ya Hana sudi kongsikan rcp..akak minta izin kongsikan disini pula.. ini lah keja budak2 umur 12, 9 dan 6 thn..he..he..

Apam Dot-dot...
Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan (as guna 200gm shj)
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) -as ganti dengan inti kelapa lebihan buat kuih gulung. Letak 1.2 sdk utk setiap cup.
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry secukupnya (ganti dgn inti kelapa)
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Ni pulak tips berguna dr Hana...
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur
Resipi Burger Malaysia aka Pau Sambal di sini



Kuih Kasui rcp 2

 Assalamualaikum w.b.k,
Kuih Kasui atau Kuih Kaswi..he2..sama je ekk.. maybe salah eje tapi rupanya sama jer.. Suka kuih ni kenyal2 manja, x keras dan x lembik..sedang2 ajer.. Rcp asal dari Teratak Chetam dan as ada ubah sket2 ikut bahan yg ada dan citarasa.. terima kasih buat Chetam yg sudi kongsikan rcpnya.. Sblm ni cuba Rcp Kuih Kaswi CMG sedap juga.. 


Kuih Kasui
Bahan A
5 cawan air
3 keping gula kerek/roda (banyak dijual di pantai timur)

( as guna 1cawan gula merah)
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

1sdb kicap pekat (as tambah)

Bahan B
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji/ubi atau jagung (as guna tepung ubi)
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:

1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan kan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak.
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Beef Bread Crumb Roll

Assalamualaikum w.b.k, Beef Bread Crum Roll antara menu berbuka ramadhan ke2 aritu. Sangat sedap dan lain dari yang lain.Pestime membuatnya dan x sangka lak anak2 suka. Thanks buat Kak Ummi Kuantan yang ghajen memasak itu..


Beef Bread Crumb Roll
Bahan Untuk Inti:-
  • 300 gm daging cincang
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
  • 1 1/2 sudu rempah kari ayam ( as tambah)
  •  1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 5 biji cili padi (hiris halus) - ita tak letak
  • sedikit daun bawang (dihiris halus)- tak letak
Bahan Untuk Kulit:-untuk 6 ketul
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telor
  • sedikit garam
  • serbuk roti (bread crumbs) secukupnya
Cara Memasak Inti:-
  1. Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
  3. Masukkan kentang dan carrot.
  4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  5. Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.
Cara Menyediakan Kulit:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
  2. Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
  3. Masak dengan api perlahan.
  4. Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
  5. Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
  6. Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
  7. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Saturday, August 14, 2010

Kuih Bakar Berlauk

Assalamualaikum w.b.k, buat sesiapa yg tidak ada acuan khas utk Kuih Cara, terutama bagi yg merantau, boleh juga menggunakan muffin bake (tray) seperti yg as pernah cuba dan boleh dibakar di oven..resipi asal dari Kakak kesayangan kami di MyResipi siapa lagi bukan Kak Fida ..macih akak, lebiuuuuu!! korek2 dari folder tahun 2009.. bhahahahhaaa.. Sori yer kak as menderhaka guna Muffin Tray yg kecit tu ajer, sbb masa ni x der lak acuan kuih cara tu, teringin punya pasaiii..senang betul resipi ni, main lebur semua..



 Kuih Bakar Berlauk  

Bahan-bahan ( 100 biji lebih )-bergantung pada bentuk acuan

  • 600 g tepung gandum
  • 2000 ml santan -drpd 1 1/2 biji kelapa atau 500ml santan KARA+air
  • 5 biji telur
  • 2 sk garam
  • 1/2 jari halia -ditumbuk kasar
  • 1 sb warna kuning
  • BAHAN LAUK :-
  • 300 g daging cincang -tapis dan siram bersih
  • 2 sk lada putih biji*
  • 1 sk jintan halus*-disangar
  • 1 sk jintan kasar*-disangar
  • 4 biji bawang kecil*
  • 3 hiris halia*
  • 5 sb minyak msk utk menumis
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka (akak tk bubuh)
  • BAHAN TABUR :-
  • 1 pokok daun sup-dihiris
  • 2 batang lada merah - dibuang biji dan hiris
  • 1/2 cawan bawang goreng

Cara-cara

  1. Cara menyediakan lauk :- Bahan2 bertanda ditumbuk halus.Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan tumbuk hingga kering dan masukkan daging cincang dan gaul rata.Bubuh garam dan perasa secukup rasa,tambah sedikit air jika perlu dan masak lagi hingga kering.Sejukkan.
  2. Dalam sebuah mangkuk,satukan telur,garam,halia dan pukul dgn hand whisk sebentar dan masukkan tepung,santan dan gaul hingga rata dan ditapis.Masukkan 1/2 bahan2 tabur dan 1/2 bahan lauk kedalam adunan tepung dan gaul rata.Bubuh pewarna kuning dan gaul rata.
  3. Panaskan acuan,sapu sedikit minyak lalu tuangkan adunan dan taburkan lagi lebihan daging dan bahan tabur diatasnya.
  4. Bakar hingga masak di dalam oven yg telah dipanaskan dulu.
  5. **Jika menggunakan acuan tembaga bertutup,bakar di atas api dapur hingga masak.
  6. **Jika menggunakan acuan timah atau loyang,bakar dlm oven hingga masak.
  7. CARA kak fida:- akak menggunakan 2 acuan timah tk bertutup.Panaskan acuan atas api perlahan dan sapu sedikit minyak,tuang adunan dan tutup dgn baking tray(tutup periuk pon boleh lah) hingga 1/2 msk dan masukkan pula ke dlm oven yg tlh dipanaskan dulu dan bakar hingga masak, lebih kurang 15-20 min pd suhu 180C.
  8. **Satu lagi....bahan lauk dan bahan tabur,kesemuanya akak masukkan sekali kedalam adunan tepung dan gaul rata.Sentiasa digaul sebelum menuang adunan ke dlm acuan supaya kuih bakar ada lauk dlmnya... 

    Friday, August 13, 2010

    Kuih Cara Berlauk

    Assalamualaikum w.b.k,

    Menu berbuka harus difikirkan hari2.. betapa seronoknya di Malaysia, senang nak tunjuk itu ini, disini kena la creative dan cuba buat sendiri. Nampaknya pada tahun ni anak2 lebih suka pada kuih2 yg pedas2 sikit berbanding dengan kuih manis2..Mungkin sebab air2 dah manis, jd Kuih2 kena lah pedas2 sket, lagi pun tekak melayu dan Jowo tak hilang didunia..

    Antara kuih pada 1st Ramadhan kami.. kuih cara berlauk :)

    Kuih Cara Berlauk (1 fmly)

    Bahan2 utk tepung
    5 cawan tepung gandum
    1cawan santan dan 2 cawan air (adjust2 ikut pekat, cangan terlalu cair)
    Sedikit garam
    Pewarna kuning
    1 biji telur
    (nak senang diblend semuanya)

    **Bahan2 utk inti(lauk)
    Daging cincang
    2sdb serbuk kari
    1sdb serbuk cili (pedas ikut suka)
    *Halia
    *Bawang putih
    *Bawang besar
    Kisar bahan*
    Tumis bahan kisar, masukkan serbuk kari, serbuk cili dan dan daging cincang..perasakan dengan garam. Setelah masak sedia utk dijadikan inti.

    Bahan utk tabur
    Daun sup & daun bawang dihiris halus
    Bawang goreng
    Lada merah dihiris halus

    Cara2:
    Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak, tuang adunan tepung dan masukkan daging dan taburkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan lada..tutup dengan tutup periuk sebentar biar masak dan boleh di hidang..

    Selamat mencuba :)

    Salam Ramadhan

    Assalamualaikum w.b.k

    Maaf kiranya lama tidak mengupdate dan tidak sempat membalas komen2 dari semua. Agak kesibukan yang luar biasa kebelakangan ini, moga semuanya dapat mendoakan moga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. Selamat menjalani ibadah puasa. Pada tahun ini 1 Ramadhan di New Zealand  jatuh pada hari Khamis 12hb Ogos 2010, kebetulan as dan keluarga berkesempatan mendapat melihat anak bulan tanpa menggunakan lensa khas. Subhanallah, sgt terang, dan tidak terkata cantiknya, kamera murahan as hanya mampu menunjukkan sedikit gambaran, tapi dari pandangan mata kami sendiri..subhanallah..tidak dapat digambarkan dengan kata2..

    Buat semua, dikesempatan ini As sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf diatas segala salah dan silap. Supaya jiwa kita lebih tenang menjalani ibadah dibulan mulia..semoga Ramadhan tahun ini menyuntik lebih banyak hidayah dan kita kekal mengamalkannya sesudah itu..amin.. Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan.Salam Ramadhan Al-Mubarak

    dan Selamat Berpuasa dari As sekeluarga. Bersama2 mengimarahkan rumah Allah dan bertadarus Al-Quran. InsyaAllah Generated by Facicons