SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, March 4, 2013

Pengaruh Disneyland !


Baru - baru murah rezeki Likha. 
Dapt RM670 bonus dari Papa.
Rezeki yang ada Papa kongsikan bersama.
Pulun lah shopping dengan duit bonus tu.
Sebab Papa pesan suruh shopping baju, toys dan barang - barang Likha.
Papa suh shopping kan..?
*shopping sokmo!
Tak suruh simpan pun hehehe.
Untuk bahagian simpan tu, dah adalah tu...



So toys, Malikha pilih ni.
Grrr !!!



Cantik tak aunties??


Princess Castle.
Siap ada 6 princess dan kereta kuda.
Beli kat Jusco RM 169 dapat 20 % diskaun.
Ni semua pengaruh dari Disneyland lah ni.
Demam Disneyland tak abis - abis lagi.
Sometimes boleh jadi naik, sometimes boleh jadi turun.
:p




Mama beli books, beli baju bajan Likha, beli apa yang Likha nak..bawak Likha makan. Tu pun ada lagi balance. Eh, pandai lak Mama save bajet hihihi... 



*eh, belum cerita lagi pasal skul Likha kan ? Dah nak 3 bulan dah skul.. Adohai.... Nanti cite k ?



Bye !
:)


Balik Kampung CNY 2013



Assalamualaikum..


Backdated entry lah kiranya yer. Tengah semangat nak type, meh kite type je non stop. Wihaaaa. Mama dengan Likha balik kampung awal daripada Papa masa cuti CNY tu. Rabu dah balik dah. Likha ponteng sekolah 3 hari, suka lettew ! So far ok, naik flite berdua dengan dia. Dia dah besar dah. Tak banyak ragam dah. Cuma Mama ni penat dah naik flite. Bab otw ke airport, menunggu bagai... huhhh sick sick sick !




Skodeng Papa !




Cubaan buat L . O . V . E .



Dia mintak Mama amek gambar dia dengan bigbird.




Siap demam kat kampung, rindu Papa agaknya... Jumaat petang Papa balik, weols jemput di Airport Kota Bharu.




Sabtu, orang merisik Maksu Malikha datang [ previous entry ]. Malam tu, TokBah dengan Tokmi decided untuk buat sambutan maulud Nabi.. Solat hajat, tahlil dan kemudian bermarbahan lah kita. Berselawat keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w di kediaman my parents. Orang - orang masjid, sedara mara dan tetamu kami jamu degan Nasi Kerabu.







Alhamdulillah, selesai semua majlis maulidurrasul..., kami adik beradik semua start melembang ruang tamu, untuk naikkan mini pelamin Maksu Ja bertunang esoknya. Dekat kul 1 pagi semua baru setel, tu pun tak siap sepenuhnya. Pagi esok tu sambung lagi...








Pakat berganding tenaga, bahu dan idea untuk hasilkan berikan hasil yang terbaik. Hasilnya weols sangat berpuas hati...





Rindu nak balik kampung lagi....
Nanti pilihanraya ni nak balik kampung !!
Nak cuti lelama lagi kat kampung.
Rilex sikit.



Kampung is always in our heart kan ?
Bye !
:)



Maksu Ja Engagement Day


Masa cuti chinese new year baru - baru ni, alhamdulillah selesai sudah majlis Maksu Ja Malikha di risik dan dipinang sang kumbang. Cewahh. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar seperti dalam jadual dan yang dirancang berbulan - bulan lamanya.



Rombongan pihak lelaki dari Sg Buloh Selangor seramai 15 orang kami jamu Nasi Dagang Kelate. Pada hari merisik, sehari sebelum majlis bertunang, kami sajikan Nasi Kerabu. Saja ingin buat kelainan, bosan dengan nasi minyak ke nasi tomato ke nasi beriani ke, kita sefamily sepakat untuk menghidangkan juadah orang Kelate. Alhamdulillah mereka suka dan memang dah jadi kegemaran mereka nasi dagang dan nasi kerabu sebenarnya. 



Segala persiapan pelamin, simple dessert corner dan mekap pengantin semua kami buat sendiri. Dengan bantuan KITA KAWEN BRIDAL yang mana ownernya adalah kakak ipar kami. Jadi segala idea kami curahkan untk menghasilkan mini pelamin yang sangat simple yet sweet ! Kami happy tambah - tambah tuan punya badan majlis suka dengan idea - idea kami... :)











Kami berempat 'anak gadis' Tokwan Ajis.
Kisah benarnya, Maksu Ja Likha ni langkah bendul si Acu Suky Likha hehehe.




Nasi dagang mebeles air tangan Umi.
Simple dessert counter ada choc fountains dip fruits, durian crepe, Oreo Cheese Cake, cocktail, dan triffle.





Insya Allah, tahun ni jugak keluarga kami akan menerima ahli baru. 2 orang ahli baru, hehehe insya Allah. Semoga semua dipermudahkan.. Benda yang elok, baik dipercepatkan.. Tak gitu...??




Congrats Maksu Ja !
XoXo
Bye !
:)