SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, April 30, 2010

Quick Entry

Day 12


Ahernya, selesai juga misi saya 12 hari berada di KB, berjauhan dengan lagi separuh jiwa saya. Saya sudah betul betul dan benar benar penat 'bercuti' di sini tanpa beliau di samping saya.


Bye bye KB, bye bye semua rakyat kat rumah Umi Abah saya. Terima kasih pada Tokbah yang tiap tiap malam tak jemu jemu main dengan Likha sampai kepenatan. Terima kasih pada Tokmi yang cuba nak tidurkan Likha style Likha macam baby dulu, tapi tak berjaya. Terima kasih pada Nekwea yang terpaksa duduk bertimpuh kat bawah sebab nak main, nak pegang Likha. Terima kasih pada Ciklonggg yang hari hari layan Likha macam princess. Terima kasih pada Ibu Moh yang terpaksa kerja lebih masa sebab Likha. Terima kasih pada Tokchek, Cikna sekeluarga. Walaupun sekejap, Likha tetap happy dan rindu pada semua. Terima kasih pada semua sebab bagi perhatian pada budak gemuk saya, Malikha yang dah makin nak jadi anak dara tu. Makin pandai meminta minta, pandai mengajar orang itu ini. Nade nade ye tayang! Opsss, Papa marah kalau saya cakap anak mengada ngada.


Jasamu semua dikenang! Selamat tinggal, sehingga jumpa lagi orang KB!


Mempersembahkan.... Ciklonggg In The House

Day 11


Okelah, hari ni kite presenting.... Petang semalam, Ciklongggg bersama Likha, bila Likha gi mengacau ciklonggg kat Ofis a.k.a Ofis TokBah. Jeng jeng jeng!


Likha otw ke Ofis Ciklonggg. Beriba dgn Acu. Mama yg drive kereta. Acu buli Mama, cakap Mama dah abis pantang.., dah boleh driving dah. Oke! Kite tengok macam mana dia lepas beranak pinak nanti ya.






Likha sebuk gak nak main buku kerja ciklonggg.





Geram tengok calculator.






Sampai ketiduran di kantor ciklonggg.






Ciklonggg, Likha dah nak balik rumah Likha bersama Mama petang ni. Terima kasih buat Ciklonggg sepanjang dua minggu ini, kesempatan Ciklonggg memberikan perhatian penuh kasih sayang untuk Likha ya.
Semoga kita akan sentiasa berindu rinduan.


Sayanggggg Ciklong!


Thursday, April 29, 2010

Isu Meroyan Kejap

Saya benci diri saya sekarang. Saya mudah sangat terasa atau dengan kata lain sensitif. Sensitif pada By yang teruknya. Ada masa tak tahu nak kontrol macam mana. Tambah tambah lepas berkahwin dan ada Malikha yang gemuk tu.


Tadi, pas lunch tyme... Papa called saya. Saya report duty saya arini ke beliau. Mana nak pegi, ape nak buat hari ni. Padahal pagi tadi dah cerita dah pun. Sebab esok dah nak balik kan, konon2 hari ni saya sibuk la nak ke situ sini.. Tapi tkde kehal pun.


Tanya Papa dah makan ker. Yer, die baru sempat makan ayam KFC seketul sebab banyak kerja sangat. Papa sambung cerita la, yang sorang staff masuk bilik dia hantar dokumen, tetiba 'pau' dia. Story nya macamni lebih kurang, ''En Syahmi, arini beday saya. En Syahmi tknak belanje ker.''


Beliau belanja satu floor makan KFC sempena birthday staff yang seorang tu.


Zassttt! Terus saya tersentap ambil hati. Diam lama.


Tu lah saya sekarang ni.


Pastu By dah paham saya mula tarik muncung. Balah kecil kejap.


Saya tanya By lagi, ''Camne kalo esok ada lagi staff dtg, eh en Syahmi.. arini beday saya.. tknak belanja...?'' Dan esok, dan esok dan esok, esok, esok, esok... datang lagi sorang sorang staff yang ngendeng ngendeng mintak di belanja?


Wah melampau! Sapa sebenarnya yang melampau ni..??


Saya lah.


Honestly, bila fikir2kan balik... buat apa saya nak cemburu? Nak ambil hati? Nak sensitif dengan isu tu? Salah ke seorang bos belanja anak2 buah dia? Itu pun kira bersedekah dan berbuat baik kan? Sebenarnya tak salah pun. Bukan hari hari pun By buat centu. Tapi kalau hari hari saya memang nak makan terasa hati jugak.


Macam saya gak kat kampeni lama.. Bos kat sana baik baik. Asek belanja makan. Bila dapat bonus, share jugak dgn staff. Tk cukup dgn bonus, kadang2 hulur jugak angpau raya time raya. Bila segan nak terima, cakap duit raya untuk anak.


Tapi tu lah saya, sensitif!


Agaknya saya cemburu dengan permintaan budak tu. Hishhh!


Suka fikir negatif.


Yang terseksa By la, dengar bebelan mak nenek saya.


Tolong... tolong.. Saya nak buang perangai buruk ni!

Wednesday, April 28, 2010

Sikit Hari Lagi

Day 10


Pagi ni bangun, pening pening. Peknen eh? .Malam tadi saya tkleh tdo... Sebab teringatkan seseorang. Siapa lagi beliau itu kan? Hemmm. So saya layan baca novel, 9 nyawa, yang saya pinjam dari Kakyen. Dah lama tk baca novel Melayu. Dekat nak Subuh baru tido, tu pun novel belum khatam lagi. Malam ni nak sambung lak ;)


Lepas dah jaga, setengah hari saya buat kerja kat lappy saya. Saya berterusan malas nak mandi. Likha, Ibu Moh dia datang arini tolong uruskan hal hal dia. Lepas lunch baru saya mandi dan terus bersiap nak pegi rumah MIL. Saya bawak Yasmin dan Ain - anak Ibu Moh. So tk perlu lah Umi hantar ke sana mcm biasa.




Singgah beli pisang goreng. Yalah, dekat 2 minggu lik sini belum makan pisang goreng dgn keropok lekor lagi. Saya suka beli pisang goreng kat KakYah Timun ni. Hahaha. Takthu la nape nama dia ade Timun.


Wahh! Glemer Kakyah Timun masuk blog saya ;)


Sampai rumah MIL cam biasa lah. Dah Likha tido, ngan saya saya tido sekali. Kul530 Likha jaga dari tido, saya suapkan Likha, saya dah siap siap bawak bekal bubur ayam Mekdi nasi Likha. Pas makan, likha terus main air, mandi!





Likha say gudbye to TokChek dgn Echah..
Likha lg dua hari nak lik KD.
Yea yea yea!
Mama yang terlebih happy.






Papa! Tunggu Mama dgn Likha yer!
.Sabar menanti.
Muah.






Wahai Jiran Kami

Depan rumah saya, ada stesen minyak. Stesen minyak sapa tu, biarlah kita abaikan. Sebab bukan stesen minyak tu yg nak jadi isu. Tepi stesen minyak tu ada lorong yang diberi nama Lorong Hj Ahmad yang terus menyusur sampai ke rumah saya. Sepanjang lorong tu, ade 4 bijik rumah jiran jiran saya.


Abah ambil inisiatif buat jalan bertar dari mula jalan tepi stesen minyak tu terus la ke rumah kami. Ada la lebih kurang dalam 100m nak ke rumah kami. Kira jiran jiran pun sama sama dapat guna kemudahan itu. Kalau tidak bertar, tanah yang merah tentu akan menyusahkan hidup juga kalau hari hujan dan jalan sudah tentu berlopak.


Sepanjang lorong tu pula, Abah dan Umi dengan rajin dan jayanya menanam pokok buah kuinin. Ada 4 pokok. Buah kuinin ni lebih kurang buah machang tp lagi sedap dan susah nak dapat. Sebab takde orang jual. Cuba pergi mana mana pasar, mana ada orang jual buah kuinin. Dulu, buah kuinin banyak sgt sampai tk abis nak makan, kami tk lupa nak sedekah ke jiran jiran dan sedara mara. Kadang kadang, jiran main ambil je buah tu kalau ternampak jatuh tengah tengah lorong tu. Kami tak kisah, memang Umi dah siap pesan macam tu kat diaorang. Ambil je.


Sekarang, kebetulan saya ada kat KB ni buah kuinin tengah berbuah. Sempat la merasa sikit. Yang tk sedapya, bile tadi neberhud yg paling depan sane call kat rumah cakap dgn Umi,;


''Daun daun kering pokok kuinin tu dah penuh tengah jalan, kena bersihkan lah. Menyemak. Kalau tak pun, tebang je lah pokok tu. Nanti kita blh cari orang tebang''.


Oklah, esok kita panggil MPKB dtg tebang pokok kuinin tu ye Cektik.


Wahai Cektik, daun daun tu tk masuk laman awak pun. Sian awak sakit mata tgk daun daun kering tu yer.. Nape la Cektik ni. Kadang kadang bila angin kus kus kerek dia datang, mula la nk mengomplen.


Tulah jiran saya... Ikut suka dia je nak suh tebang yer, Cek Tik. Ya, nama neber saya tu Cek Tik. Dia dah tua dah, single mother. Suka gi solat kat masjid. Dulu saya selalu main sorok sorok bawah rumah Cektik dgn anak bongsu dia, Kak Ris dan geng bas sekolah saya zaman kecil kecil dulu.





Ni lah jalan yang dimaksudkan itu.







Beautiful Award



1. Buat 1 Entry Tentang Award ini (Copy badge "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD" untuk letakkan di blog anda)

Saya tkthu la BEAUTIFUL ke tak. Biasa2 jer. Tapi dh kawan blogger saya bagi, saya amek la. Blh la buat sbg pendorong saya utk memblogging kan.. Hehehe..




2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut


Ok, mesti nk ucap terima kasih pada Mama Adam Rayyan yang dah 2 kali pass award ni ke saya. Tapi yang ni baru saya ambil. Bukan sombong, tp malu. Hahaha.. Tengkiu much much!




3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Awards.


Betul bak kata Mama Adam. Banyak tul nak listkan. So sape2 kawan saya yang rasa blog dia cun melecun, sila ambek tepek kat blog memasing yer! Dengan penuh ikhlas saya bagi ni..


Sekian..!


Hari Kat Rumah Ciklonggg

Day 9


Pa, hari ni saya bawak budak gemuk kita lepak rumah Ciklonggg.. Smpai2 jer, budak gemuk ni lentok! Ciklongg pun tk g kije la arini, sbb gembira senang hati kami nak dtg melepak. Tokmi ngn NekWea join sekali.





Ciklong main masak masak Spagetti dengan Mi/Mihun Sup. Nasi pun ada utk warga emas hehe. Oklah tu. Ni semangkuk spageti dgn mi sup utk saya... lalalalalala~~~








Time kt KB, saya sgt la suka makan. Sbb ramai org kan, makan pun berselera jer, tkleh nk kontrol2.. Ckp je nak makan ape, nahhh siap atas meja! Tu yg tk best tu.... Kalo kt KD, selera makan agak terbatas. Klo ngidam ape2, buat2 tkthu saja. Saya pun tk koser nak masak yg gempak2, kalo yg tukang makan nye saya ngn By sahje...


Hurmm... Pa, jgn cakap pas 2mnggu tk jmpa tgk badan saya meletup2 yer! Mama ni cakap je rindu Papa, kalo rindu mesti tkde selera makan kan...??? Hihihi..


Likha tdo kjap jer... Petang bangun2 main.... Mama bogelkan Likha, hari dh mula panas balik lepas hujan tk henti henti dua hari kat KB. Mcm musim tengkujuh bulan 12...



Budak gemuk isi minyak dulu.


Nak thu, 9 hari berjauhan dgn Papa.. Likha ni dh pndai buat perangai. Dh pandai ngajar org suh ikut cara dia, suh ikut apa yg dia nak. Kalo tk, hahhh! Melonjak2, meronta2... Skrg tkmo dh tdo smbil peluk kejab2, baring pun tknak. Tk main dah nk tido style baby2 baru lahir tu..... Kan saya dh 6bulan dh kan! Cehhh!


Tak caya, Pa nak tgk..?? Sanggup tdo smbil duduk atas Ciklongggg.... Tgk yer.... ~~




''Heeee... so sleepy la Papa... Tp besh duk cenni. Mcm saya budak besar dh rasanya''





''Saya ngantok ni.. Tapi saya tkmo baring oke. Saya bertahan lg''




''Eh, alamak! Tk tahan dah... Tk tahan dah......''
zzzzZZZzZzZZzZzzZZ



Ya Allah, anak Encik Syahmi ni.. Sehat nyer..!!! Tgk la nenen tu,
dgn perut berlipat2nya, dah mcm
peserta The Biggest Loser dh kekdahnya Mama tgk!! Likha tolong Likha...
Tolong jangan jadi Baby Obes oke!!



Malam pas anta Likha ngn Nekwea balik rumah, saya Ciklong Emy n Ain pusing2 kat Bandar Kota Bharu. Saje menikmati malam sambil tengok2 n beli baju kt pasar malam Jalan Tok Hakim, kt Mydin lama tu... Haaaa... Tgk. Saya beli baju kt pasar malam? Yelah, saya org susah.. Mane ade duit nak pakai baju bendend2.. Kat pasar malam jer lah sesuai utk saya yg miskin ni... Yea! Org yg dengki dgn saya sila tepuk tangan kuat2!!


Tu saje utk hari ni...


Yea yea! esok Rabu, lusa Khamis, tulat Jumaat..... Saya terbang balikkkkkkkkkkk!!


Papa, here i come flying like a bees to yuuu with budak gemuk Buchukk kita. Muahhhh Mishyu Muchhyy Muchhyy Muchhyy...



Jemputlah Makan Jemput Jemput Pisang

1.Sila copy gambar cekodok di bawah





2.Sebutkan nama penghantar sarapan cekodok pisang

Asfaliza


3. Bagi tahu kenapa cekodok pisang menjadi sarapan pilihan anda.....

Sebab suami saya memang suka cekodok tambah2 yang saya goreng.


4. Tag game ni hanya boleh di post kan pada waktu pagi sahaja. Sebelum lunch hour. Sebab nanti lunch dah makan nasik

Ok lah, saya buat tag ni kul 10am. Sepatutnya dh post semalam, tp baru teringat pasal tag cekodok ni kul 3ptg. Terpaksa la peram dulu, sbb kena post waktu pagi je kan? ;)


5. Last sekali,pass kan tag game ni kepada 4 rakan-rakan anda yang lain

NurHuda Md Rosly
Nur Azziera Afran
Nur Fatin Nabila Bulan
Nor Akma Mama Nayli


Selamat menjamu selera dgn cekodok pisang ye kekawan!


Monday, April 26, 2010

Budak Zaman Sekarang

Ni anak buah saya, Nur Emylin Nabila a.k.a anak Ciklonggg a.k.a sepupu Likha.

Memang vogue, wpun gigi tk bape cukup. Kan comel..... ;)






Kemudian, tengoklah pula pakaian time mengaji Al Quran dengan ustaz. Atas kemain lagi terlitup, bawah...??





Hahaaha.




Macam2 budak zaman 60an sekarang ni kan...?




Ni ustajah kecik dgn mak ustajah nak tumpang glemer sekali
:D



Cinta Kami

Cinta hati Papa dan Mama


*****************************************




Awak makin bijak, Sayang!



.Happy 6 Months Old.



Her First Trial

Day 7


Papa,


Ahernya, arini saya berjaya memulakan misi dan eksperimen saya pada Malikha. Saya dgn rajin yang sikit2, mula bersedia utk menyediakan solid food utk si budak gemuk kita buat pertama kali nya.





Caranya ;
  • Masak beras di atas dapur - saya masak tadi amatlah lama, dlm 1jam
  • Masukkan potato / carrot
  • Masukkan nasi yang telah masak tadi ke dalam blender
  • Blend la sampai lumat, campur dgn sedikit air
  • Tnggu sejuk, blh mula suap




Pesanan Doctor Likha ;

  • Utk permulaan, buat menu yg sama utk 3 hari yang pertama utk lihat kesan samada sesuai atau tidak dgn dia. Sesuai atau tidak, blh dilihat drpada 'ut ut ut' die.
  • Jangan di campur garam, tidak sesuai utk sistem perkumuhan baby dan usus dia.



Budak gemuk saya sudah redi dgn bip dia. Abaikan pusat yang sangat mendalam itu.





Budak gemuk dgn aksi mulut burung..



Alhamdulillah... first trial utk dia menunjukkan dia mudah makan, mmg nak makan dan mmg suka makan.


Alamak! Makin debab la pasni...... anak Mama Papa ni....!



Kami yang merindui Papa!



*7days???? dah saya tidak menatap wajah By saye????? Hem! lagi 5 ari saya nak balik... ;( ;(

Sunday, April 25, 2010

Surat Untuk Ustazah

Dari satu sumber :


Assalamualaikum Ustazah.



Saya seorang isteri dan ibu yang bekerjaya kepada sepasang cahaya mata. Saya telah berkahwin selama 12 tahun. Sebelum ini, tidak ada masalah yang timbul daripada perkahwinan kami yang dibina atas dasar saling mencintai ini.



Keadaan mula berubah, bila pergaulan saya dgn seorang kawan sepejabat yang juga merupakan suami dan bapa kepada 4 orang anak, bertukar dr seorang kawan kepada status lebih mesra. Si dia muda dari saya 3 tahun. Saya mula mengabaikan tanggungjawab saya pada anak, suami dan rumahtangga. Hampir 3 tahun bergelumang dosa, saya masih dpt blagak mcm biasa dan suami tidak dapat mengesan perubahan saya. Untuk pengetahuan ustazah, suami saya seorang yang sangat baik, memenuhi segala tanggungjawab pada keluarga namun akibat kesibukan dia membuatkan saya berasa tidak dihiraukan.


Perhubungan saya dgn 'rakan sekerja' td mula membibitkan bunga bunga cinta. Saya mula balik lambat dr biasa, utk mhabiskan masa bersama dia. Kebetulan anak duduk bersama keluarga mertua yang tinggal berhampiran ketika saya dan suami bekerja. Kami semakin mesra, dan entah bila saya mula semakin lalai, merasa bahagia dan mencintai dia. Cinta kami semakin membara dan saya semakin hanyut dgn dosa...


Si dia pernah melamar saya demi cinta dia pada saya. Saya sedar saya mencintai dia, ustazah. Kami akan menghabiskan masa bersama di hujung minggu, dgn alasan pada suami saya terpaksa melakukan kerja lebih masa atau keluar daerah. Saya mula berasa seronok dgn layanan dia dan semakin hari semakin hanyut melakukan dosa dan berzina dengan si dia tanpa ada rasa bersalah utk mengulangi nya setiap kali berjumpa.



Dipendekkan cerita, Allah swt itu Maha Kaya, suami saya akhirnya dpt mengesan rahsia yg selama ini saya simpan daripada panggilan telefon dan pesanan ringkas yang dihantar oleh si dia. Suami amat kecewa dan saya menyesal pada masa itu. Saya berasa amat bersalah. Saya kembali pada keluarga dan anak2 yg saya dh abaikan selama hampir 3tahun berlaku curang. Suami saya memberi saya peluang kedua. Saya insaf tapi pada masa yang sama saya masih tidak dpt melupakan si dia.



Kami merancang utk berkahwin, ustazah. Saya tahu si dia amat mencintai saya, sementalahan die sudah tidak sehaluan dgn isterinya. Saya keliru dgn perasaan saya ustazah, lgpun saya sudah tawar hati pd suami saya. Adakah saya berdosa kerana menduakan suami saya dan telah melakukan zina? Apakah keputusan yg saya patut buat sedangkan hati saya amat berbelah bahagi? Bantulah saya, ustazah.


Dari saya; Eh, tidak berdosa. Buat la lagi!



Pembetulan : Jelajah Blog Ibu

Cek punye cek, baru paham macam mane konsep siri penjelajahan dr Mr Ben Ashaari ni... Blh klik sini, lebih mudah paham.


Terima kasih pada mama Qaseh yg saya cedok dr blog dia ;)


Kena buat satu entry yang macamni;




1 ) HEADER BEN ASHAARI BLOG

Ok, dh letak pun header blog dia. Tengok la gambar die berpeluk tubuh tu.


2 ) Kenapa anda rasa anda patut berada dalam blog list BEN ASHAARI ?

Sebab ini adalah permintaan saya yg sungguh bniat baik. Saya nk cari kawan, nk tmbh kawan, nak bina hubungan yang baik dgn kwn, nak keeping touch dgn member2 saya yang ade di sane sinun, nak share moments saya as a wife n mother dan nak sume2 yg positif la..... ;)


3 ) Sehari , berapa kali update blog ?

Bila mud saya dtg, satu hari blh jadi 4,5 entry. Kalo tkde, snyap sehari dua. But at the moment, blog saya on the track...


Ok, itu saje yer En Ben...??? Terima Kasih!

Saturday, April 24, 2010

Jelajah Blog Ibu



Ahernya, hari ni hati saya terbuka nak try main jelajah jelajah dgn si ben ashaari ni.

Sebenarnya dh lama saya thu pasal ben ni, dari asfaliza yang tk abis2 bkempen pasal si ensem ben ni - tu as yg cakap hehe-.. dia bjaya bile dia blog ibu yg pertama dijelajah oleh ben.

Saya rasa AS antara kawan blogger saya yg best ;)

Saya pun nak blog saya, yang betul2 ori personal ni, dijelajah oleh Ben sebabnya;

  1. saya nak cari kawan yg ramai ramai mlalui blog
  2. saya nak share pengalaman berharga saya sbgai ibu dgn blogger2 lain
  3. saya nak dpt kan tips2 yg saya tkthu dari blogger2 ibu lain
  4. saya nak impruf the ways to write blog yg berinformatif
  5. saya tulis blog as my personal moments ngn suami dan anak tercinta

So, bang Ben... Salam perkenalan ;)

Lambat Lagi Lah...

Day 6


Yea! Tiket balik dah siap di ambil... Tapi hari nya lambat lg. Menghitung hari la plak..


Seyes! Saya busan gileeeee yang amat! Walaupun ni rumah Umi Abah saya. Saya rasa mcm janggal dan penat. Cehhh, mentang2 dh ade rumahtangga sendiri..


Betul... Saya tkde mud la.. Tkde mud bile bjauhan cmni.. Kalau cinta hati saya ada bercuti bsama ngn saya ni, saya tk kisah. Nak dok pat bulan pun tkpe... Janji dua dua dok ngn saya. Skrg ni, Likha saje je ngn saya, mcm saya patah kaki. Mcm burung terbang tkde sayap. Tk lengkap.


Tadi ptg SMS dgn Papa, Papa tgh layan CD kahwin kiteorg. Pa! Mne aci tgk sorang2... Papa rindukan saya la tu ;) Hehehehe... Esok Papa akan berangkat ke JB.


Hari ini, Malikha + Kak Yasmin



Dah! Malas membebel. Lagi 6hari baru blh saya terbang balik................................ Noktah!

MMS Mereka

MMS dihantar sebagai pengganti diri ;


Hi Papa, Misssssingggggg Yu Papa!




Hi Papa, Papa tk induu bos kecik Papa ni?




MMS diterima ;


Papa kat Ofis ni...





Aiseh! Masyamnyerr Papa.. Tenyummm tikit!

Hari Yang Penuh Aktiviti

Day 5


Sebelah pagi, Mama bawak Likha g nengok Baby Nur Ainin Syafiah. Kat Anakku Mama belikan Syafiah toys dan socks.





Mulanya saya plan pegi dgn Wanie, tp tetiba urgently Wanie tk dpt sbb pakcik tgh sakit kt HUSM. Oklah, saya bawak Yasmin ngn Emy teman saya tlg pegangkan Likha since saya pun dh janji ngn Haida nak dtg arini kan tgk baby dia.


Likha pakai dress yg Ciklongggg hadiahkan.




Kebetulan jumpa jugak kawan2 lama mase sekulah dulu.






Likha pun dpt prezen dari Umi Syafiah. Opah Syafiah plak bagi AngPau. Terima Kasih. Murah rezeki lagi.




Likha nasib baik behave jer, tk nanes tgk baby.




Petang, saya punya pogram dgn Kakyen a.k.a Ciklongggg... Ke pengkalan Kubor. Likha, tinggalkan kat Tokmi ngan Ibu Moh yg tpaksa dtg buat overtime hari jumaat hhehehe..




Bukan nak soping ape pun, saya nak cari wedding gift utk dua org kawan saya yang dah pun selamat kawen. Ilah dan Tacha. Saya beli bnda bnda alah ni utk mereka ;)




Otw back, Yasmin meminta2 nak McFlurry lak. Melencong la weols ke Mekdi Drive Thru Wakaf Che Yeh. Saya sempat singgah Ayu Scaft, next to Mekdi.. Saya nak cari shawl utk kawan saya yang nun jauh di Miri.... Sempat grab 3 helai. Dik, tunggu yer.. Nanti akak pos! Yg pnting skrg, blaja dulu cara2 nak pakai shawl... ;)




Sampai rmh dh nak Maghrib, melepaskan rindu kat Likha jap!


Berakhir hari ini yang agak tidak bosan bagi saya..... ;)

Friday, April 23, 2010

Amatlah Bosan

Day 4


Hari yang penuh kebosanan. Mama ngn Likha tersadai jer kat rumah. Dem! Petang baru decided nk g rumah Ciklongggg...




Kebetulan Ibu Moh dtg buat kerja rumah Ciklonggg...





Lpas anta Ibu Moh balik, Yasmin n Emy g tusen, saya ajak Ciklongg g Anakku. Nk cri prezen utk anak Haida n Fais. Phm2 la, ble dh smpi stu, bkn stakat pezen utk dorg, pezen utk Likha sekali pun hade. Tk abih2 utk Likha... Sebok ajer hehehe..


Jum kite cuci mata lam Anakku




Ni Likha dh pilih dress yg dia nak




Boo boo Cakkk Aaaa dgn Kak Ain



Likha tgh exercise




Likha dgn Kak Fatin


Yea! Likha dpt prezen dress jean Disney ngn Legging Disney from Ciklongggg... Murah rezeki.. Mudah2an Likha sentiasa murah rezeki sampai bila2.... Amin..


Tengkiu Ciklong!