Sampai di hotel hampir jam enam petang. Selesai semua kewajipan kami membuta dulu sebab malamnya kami nak ke Banzaan night market yang terletak bersebelahan dengan Banzaan fresh market. Kami nak cari makanan untuk makan malam. Lokasinya ialah di Sai Kor Road iaitu di belakang Jungceylon Shopping Mall. Jaraknya lebih kurang 500m dari hotel penginapan kami.
Keadaan jalan yang agak basah dan berlopak.