Alhamdulillah, bulan ini saya ada menerima beberapa buah tangan dari saudara-mara dan sahabat yang bercuti, berkursus dan lain-lain urusan di luar negara. Memang jarang sekali dapat buah tangan secara 'berjemaah' seperti ini. Lagipun bulan ini memang tak ada berjalan-jalan kemana-mana pun.
Walaupun ianya tidaklah begitu mahal tetapi semuanya diterima dengan besar hati. Ada sedikit cerita disebaliknya.
Salah seorang rakan sekerja bersama isteri dan rombongannya pergi bercuti ke HCM City pada cuti sekolah yang baru lalu. Isterinya seorang guru dan pergi secara pakej dengan penerbangan MAS. Saya tanya berapa kos untuk seorang. Saya beritahu dia kalau kita pergi sendiri dengan Airasia dan uruskan semuanya, kosnya cuma separuh dari pakej yang dia ambil. Dia kata apa nak buat isterinya tak mahu naik Airasia. Apa kelas kan... Maklumlah cikgu sekarang ni antara kerjaya yang lumayan.
Sejadah dan Fridge Magnet dari Amman, Jordan |
Sejadah dan FM ini pula di beri oleh ahli keluarga yang menunaikan ibadah umrah awal bulan ini. Pakejnya termasuk ziarah ke Amman, Jordan untuk sehari. Sempat juga melawat tempat-tempat bersejarah dan singgah di Laut Mati.
![]() |
Aneka barangan dari Seoul, Korea |
Barangan dari Korea ini pula diberi oleh ahli keluarga yang ke Seoul, atas urusan kursus tahun akhirnya di universiti. Kos yang dikeluarkan untuk ke sana cuma RM200 saja. Selebihnya ditanggung oleh pihak universiti dan tajaan oleh syarikat. Untung budak-budak sekarang ni.
![]() |
Fridge Magnet dari Dubendorf, Switzerland |
Yang ini pula diberi oleh rakan sekerja yang berlainan jabatan. Sebelumnya dia merupakan rakan sejabatan. Satu hari ketua jabatannya mengarahkannya untuk pergi berkursus dan dia pun menyetujuinya tanpa banyak alasan. Lepas tu dia tanya, passport masih sah laku atau tidak. Dia agak terkejut kerana tidak menyangka akan pergi berkursus sejauh itu. Rezeki orang siapa tahu kan. Saya sendiri hanya tahu dia ke sana melalui statusnya di FB.