Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Dilaila ni dah 2 3 bulan jadi sebutan ramai di newsfeed Facebook aku hehe. Frankly speaking aku ni sebenarnya bukanlah penggemar makan sambal tempoyak, bukan tak suka tapi tak bape nak reti mungkin sebab tak biasa makan ngeh3.
Tapi! bila dapat rasa Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Dilaila ni dia rasa lain macam sikit! Daripada tak pernah makan terus rasa macam nak jadi feveret food haha. Kerasukan apakah aku pun tak faham. :P
So in short, nak seru lah sikit kepada korang yang memang feminat sambal tempoyak tu, aku JAMIN Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Dilaila ni pasti takkan mengecewakan. ececece gitew ayat.
Asal Usul
Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai ni adalah hasil masakan pemilik MMA Santai Corner yang terletak di Nilai iaitu kak Laila yang asalnya lebih dikenali kerana Mee Udangnya yang sedap dan terkenal especially daripada kalangan blogger.. :). Dialah punca kepada pencetusnya idea dan titik peluh untuk menghasilkan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai ni dan jadikan sebagai salah satu punca pendapatan. :)
Kalau nak tau asalnya resipi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai ni diambil daripada resipi Blogger Masakan Terkenal iaitu Mat Gebu. Haa, daripada resipi Che Mat Gebu ni lah kak Laila dapat ilham untuk menghasilkan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai yang Super Sedap ni!
Bahan-Bahan Segar
Keunikan dan rasa yang sedap selain datang daripada tangan kak Laila yang AJAIB hehe ianya adalah kerana menggunakan bahan-bahan segar yang terdiri daripada:
- Tempoyak Gred D24
- Ikan Bilis berkualiti yang lembut
- Petai terbaik dan segar dari ladang!
- Cili terbaik Vietnam
Untuk mengekalkan kualiti dan rasa yang Ummph!, Kak Laila dan pengurus jualannya yang setia iaitu kak Dila, sentiasa memastikan bahan-bahan yang diperolehi untuk masakan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai adalah daripada bahan yang Terbaik sahaja!
Sambal Tempoyak Upgrade bersama Cendawan Kukur
Setelah beberapa bulan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Dilaila ni ibarat 'pecah panggung' mengutip jualan dan mendapat permintaan yang sangat-sangat menggalakkan *tepuk tangan* , Kak Laila telah mengeluarkan produk baru dengan mengupgrade Sambal Tempoyak yang sedia ada dengan tambahan Cendawan Kukur. Masih mengekalkan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai yang original, cumanya dengan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai + Cendawan Kukur ni memberikan pelanggan pilihan untuk yang perisa original atau dengan tambahan Cendawan Kukur.. Menarik kan? :)
dan seperti biasa, bahan yang diperolehi adalah bahan yang segar dan daripada Cendawan Kukur Liar yang bukan calang-calang dan bukan murah-murah tau! Biasalah, nak hasil yang berkualiti kenalah masak daripada bahan yang berkualiti jugak. haaa gitew.. :P
oh ye Resipi asal Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai bersama Cendawan Kukur ini juga adalah hasil olahan daripada resipi asal Mat Gebu.. :)
Keistimewaan lain
Selain daripada dihasilkan daripada bahan-bahan segar dan berkualiti, antara keistimewaan lain adalah:
- Tidak berbau seperti kebiasaan tempoyak lain. Haaa.. seyes ko. masa mula-mula ak rasa dulu aku sikit punya risau menda ni berbau. Yela, masa mula-mula order depa hantar by pos je, malu la kat abam poslaju tu kalau keluar bau masa hantar hahaha.. dapat plak kombinasi tempoyak+petai kannn hahaha. Tapi sangkaan ku meleset bila ia datang tanpa bau. seyes. ko nak suruh pos ke alamat ofis? no problem! :P

- Kebersihan terjamin dan tidak ada masalah tumpah semasa proses penghantaran sebab di pack dengan pack vacuum gred Premium!
 |
Proses vacuum pack |
 |
Owner, Kak Laila bersama hasil sambal tempoyak yang dah siap di pack! |
- Tahan Lama. Haa, kalau letak kat suhu bilik (bese port kat dapur ke, meja makan ke) Sambal Tempoyak boleh tahan 1-2 minggu, nak lebih lama recommended korang simpan dalam chiller atau freezer boleh tahan 2-3 bulan. So, boleh lah korang beli stok lebih sikit buat stok haha.
Apa Kata Survey????
Sejak tercetusnya fenomena Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Dilaila ni, rata-rata pelanggan yang dah mencubanya boleh dikatakan hampir semuanya memberikan respon yang positif termasuklah aku hehe.
Tak percaya? Lihat sendiri bukti nya... :P
Malahan, Chef terkenal Hanieliza turut tak terlepas merasai dan memuji Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai ni... fuiyoooooo! @_@
tak ketinggalan, family dan kawan-kawan aku turut terasa tempias Kesedapannya hahahaha
kihkihkihkih...
Berminat?
Kalau nak tahu, aku dah pun berdaftar sebagai agen sah Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai ni selepas pertama kali merasainya haha. motip sangat kan.. :P
Kalau korang Penggemar Sambal Tempoyak yang rasa susahnyaaaa nak cari sambal tempoyak di zaman ini haha a.k.a malas nak buat sendiri *sebab tau dah ko buat mesti taksedap haha* so korang bolehlah roger-roger aku untuk dapatkan stok Sambal Tempoyak buat isi tekak dan perut korang hehe.
Kalau nak COD, boleh ke area Bandar Rawang sebab aku agen area Rawang dan sekitarnya. Ini jajahan aku yang punya hahahahahahaha *gelak evil*
ataupun kalau korang nunnnnnn jauh dari Rawang tapi teringinnnnn sangat nak makan jangan resah jangan gelisah, aku boleh buat penghantaran menggunakan Poslaju. Jangan risau... tak tumpah. tak berbau. tak basi. hihi. sampai-sampai je terus boleh pekena dengan nasi panas siap-siap ngeh3.
Haaaa.... apa fikir-fikir lagi? korang cepat-cepatlah Whatsapp aku kat +60193364122 dan buat Tempahan Segera sebab stok adalah Fast Selling! Haaa jangan risau stok pada aku sentiasa restock dan fresh di masak setiap minggu.. :)
nyum3.... pekena dengan nasik panas semate pun sodapppp... :)