9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, May 22, 2014

WhatsApp Plus baru yang Syiok!!!







Siapa yang tatao lagi pasal WhatsApp Plus? hehe. WhatsApp+ ni dah lama jugaklah cuma belum popular sangat kot. Atau mungkin most pengguna WhatsApp malas nak uninstall then reinstall yang baru bla bla bla. Macam aku jugak. Dah lama senanya orang duk cakap pasal WhatsApp+ ni tapi malas nak amik pusing sebab sah2 nak menghabehkan quota internet aku pastu memberatkan henpon aku kehkeh. (walhal aku try jugak dlu tapi gagal entah kenapa pastu malas dah nak buat haha.

        

Pada yang tatao, WhatsApp+ adalah versi yang diubahsuai daripada WhatsApp yang lama. Application ni dicipta untuk pengguna Android sahaja (setakat ini). Dikenali sebagai WhatsApp Plus (WhatsApp+) yang menggunakan simbol Whatsapp berwarna biru. (Laki aku kata PAS tukar BN haha choiiiii).

Nak dipendekkan cerita malam semalam group family aku dok borak2 pasal WhatsApp+. Yang hanginnya sape yang dah bertukar kepada Whatsapp+ ni bila dia dok post icon2 yang tak wujud dalam WhatsApp lama orang2 yang guna old version tak boleh nampak icon tu. cis. Aku apalagi, pagi ni cuba ikut bertukar dari hijau kepada biru haha.

dan hasilnya,


Successful!! hahahahaha... 

Bila dah install yang baru, jakun lah sket kan sebab no limitation. banyak icon2 yang aku nak sangat ada dalam WhatsApp+ di mana ianya tak wujud dalam WhatsApp lama haha

Korang nak jugak?? Meh ikut step ni:

Cara-cara nak install WhatApp Plus:

  1. Download dulu sini: http://whatsapp-plus.net/download.php (sehingga selesai download biarkan sekejap)
  2. Pergi kat setting whatapps yg lama pastu cari chat setting, tekan backup conversation 2-3 kali. (so takde isu chat yang lama hilang, bila donlod yang baru otomatik dia akan sync balik semua chat yang dah di backup...)
  3. Pastu uninstall whatapp lama.
  4. Pergi dekat yg whatsapp+ yg dah download tadi & install.
  5. Ikut arahan yg diberikan semasa install.
  6. Whatapps anda yg lama akan bertukar menjadi Whatapp+ yang baru!
Apa kelebihan WhatsApp+? 

Banyak emoticon baru.. Boleh hantar music.. Boleh tukar layout/theme WhatsApp (unique) berbanding WhatsApp biasa..

Size file hantar lebih besar sampai 50MB..!!!


Tapi.. Setakat ni hanya support Android phone sahaja.. IPhone dia tak buat lagi.. kikiki.. :P

Ni adalah full list additional new emoticons yang ada dalam Whatsapp Plus. hahah. menarik kan kan kan kan?? All your emotions and feelings can be expressed without limitation!!! hahahhaha. kalau ada group macam aku yang berlambak2 group dalam whatsapp ni.. konpem meriah yu ols!!! hahaha... :P



So, tunggu apa lagi?? tayah pikir2 la. bertukar sekarang!!! hahahhaa...

menggunakan wifi free adalah recommended... :P

Thursday, May 15, 2014

Baaa Chak! :P

Assalamualaikum readers… :)

Hiiii as usual suka2 hati mak je nak hapdet bile kan… :P Owh I miss my ‘blogger’ part time job… :P yang ada masa untuk update post… yang ada banyak idea untuk story mory personal life and sharing tips! Dah 2 tahun kawen pun masih tak pandai nak manage 24jam/sehari… urghhh…. How bad……

Anyway, just back from Wesak holiday. Going back to Segamat to visit emak and pusara abah…. 5 bulan dah abah pergi… tapi tetap rasa abah masih ada… boleh kata saban hari ingat kat abah.. mimpikan abah… Rasa macam mimpi je yang abah dah pergi selama-lamanya…. We miss u abah… :’(

Emak semakin pulih. Rutin hariannya ke tempat kerja… kalau tak kerja ikut kumpulan marhabannya seperti dulu. Tak dinafikan kalau di rumah mak mesti rasa kesunyian. Kalaulah aku boleh menemani emak setiap hari…. :(

Aku? Aku tak ingat sekarang usia kandungan ni dah berapa minggu hehe. 13weeks+ kot ngee~ maklumlah dah no 2 so takdelah beria sangat.. steady je.. :P Morning sickness masih belum hilang. Aku rindu napsu makan aku dengan makanan2 sedap… L Kalau masih muntah macam ni bilanya aku boleh melahap macam dulu? Janganlah sickness ni smpai bulan puasa kang. Jenuh oiii kalau tak dapat nak puasa.. :(

Dhia? Dhia dah setahun 5bulan.. J Makin cerdik… gigi baru 4 batang haih. Berlari dah macam orang tua. Dah lah kalau gi mana-mana macam shopping complex ke tak mahu kita pegang tangan. Menonong jalan sorang2 tak pedulik kat mak pak die. Nak bebas katanya grrr. Apaknye la yang kena kejar mommy xlarat huhu. Dhia sekarang faham sangat apa kita cakap. Dah boleh disuruh amik itu amik ini hehe. Dia je belum pandai cakap nak respon balik masihla dengan bahasa aliennye tu hehe. Tapi kalau kita cakap dia dah pandai mengikut. Contoh suruh sebut mommy… dia pun ikut tapi jadi mama. Sebab tak pandai nak belok2 lagi perkataan nya haha. Mommy jadi mama. Daddy jadi dada. Nenek jadi nana. Hehe. Dhia dhia…

Laki ai? Hehe. Alhamdulillah sepanjang sickness ni dia banyak membantu. Tolong tukar pampers dhia.. cuci berak dhia… mandikan dhia… main dengan dhia.. tolong kemas rumah… macam-macam la. Tq yunk… ngee~

okla tu je nk update.. :P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers