9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, February 9, 2012

Wedding Button Badge

Heee~ sori sori.. sepatutnya entry ini My dah post sebelum majlis perkahwinan haritu. Tapi dek kerana kekangan waktu makanya tidak mengizinkan untuk My share dengan yu ols…

Oke kita make it short eh. Yela entry kalau citer pasal benda dah basi orang malas nak bace sampai abes ye dak.. ye, macam korang tu laaaa macamlah My tatao..:D

As per my wedding dream checklist, My dah lama dok usha-usha button badge ni untuk majlis kahwin. Harga agak mahal around RM3-RM4.. My budget dalam RM1.50 below je per pcs..-.-’ yela macam tak berbaloi nak perabih duit banyak-banyak tuk menatang nih… Puaslah My duk hover around website cari the cheapest price. Ada jumpa satu website ni murah giler tapi mula-mula je dia respond to my email but then haram nak balas…kecewa My…

Lastly dok malas nak fikir My decide nak buat jugak walaupun dengan harga mahal. My nak just 25 pcs… untuk family members + photographer + pengapit & mak andam je. Last last dah pinar mata mencari My decide to take akamikagift for the wedding button badge. Dah balas-balas email My terus hantar info button badge macam mana yang My nak including the wording. RM3/pcs… okelah daripada takde kan. Seumur sekali je nak buat pun bila lagi miahahahahaha…
2/3 weeks lepas tu tuan kedai tu pos ke alamat My… Teruja betul bila dapat menda tuh. Tapi tau tak saat-saat majlis tinggal seminggu lebih je lagi boleh plak tertinggal satu nama. Nama anak buah My! Demmm… ni kalau tak cukup satu ni mahu merajuk 44 tahun anak buah den sorang tu kang.. silap silap ngan omak dia merangkap kakak den pun merajuk sama..-.-’ Ahhh tak boleh jadi. Cepat-cepat My contact balik dengan orang yang buat button badge tu mintak jasa baik dia buatkan lagi satu nama untuk anak buah My tu. Thanks Allah dia nak buatkan!!! Itupun betul-betul sehari dua je lagi nak majlis baru sampai… Feeewwwhhhhhh! Nasib baikkk… untuk button badge yang tertinggal tu akamikagift bagi My secara percuma… heeeee thanks enchek!!!
My order in Bahasa jek yela sebab dok kampung kanz letak in english kang tak paham plak. untuk pengapit dan pengantin je My buat in english hehe

Kalau berminat silalah ke akamikagift.blogspot.com dan berurusan dengan Encik Afdhal ye. Senang je. dah decide tu boleh hantar info dan bagitahu dia nak design macam mana. Then dia akan hantar sample dan kalau suka dengan design bolehlah proceed for order. Cuma perlu bersabar mungkin akan ambil masa sikit. Macam My kejenya dok tanya je bila boleh dapat…-.-’

Oke itu je! saje nak share hahaha.. lots of entries will coming up soon!! J

Ok bai!

2 comments:

mas saari said...

menarik gak buat badge camni, nanti orang taulah mana satu ahli keluarga pengantin kan?

cepat upload gambar kahwin, tak sabar nak tengok ni...heheheeee

kinsan said...

Saya juga ada menawarkan untuk membuat button badge + pin, button badge + magnet, button badge + keychain dan button badge + keychain pada harga yang berpatutan. Sila layari blog saya www.njbuttonbadge.blogspot.com untuk keterangan lanjut. Boleh terima tempahan anda walau satu button sekalipun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers