Ya Allah.. pagi ni nak bangun liat giler… Lepas sahur, dah azan Subuh pun still nak lelap beberapa minit… grrr… Pakai baju pun compang camping je nih… Dah takde mood nak ke opis yaw!! Drive tadi pun tersengguk-sengguk dek aircond yang menusuk ke seluruh tubuh. Jalan jam tapi smooth je taklah serabut kapla mungkin ramai yang dah gerak pulang ke kampung halaman… jeles!!
Hati My dah balik Segamat!!! Hanya jasad yang masih tinggal di bumi metropolitan nih huarghhhhh… seyes low motivation tahap gaban dah nih… -.-’ Esok dahlah balik drive. Bila dengar harini mungkin highway dah mula sesak dengan kenderaan pulang ke kampung risau la plak… Kena gerak sebelum sahur ni…. -.-’
Tadi gi webpage PLUS… ada jadual perjalanan yang disediakan bagi mereka yang akan pulang beraya ke kampung. Jadual perjalanan ni membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya. Katanya langkah ini bertujuan untuk memisahkan pengguna lebuh raya dari utara-selatan dan juga bagi mereka yang ingin pulang beraya di saat-saat akhir menuju sekitar lembah klang dari 1-4 September nanti.
Hurm, dengan eksaited nak pulang tak hengattt agak-agak relevan tak jadual perjalanan ni kepada pengguna lebuh raya? Macam tak je… ngeh3… Kalau ikutkan jadual tu… My kena masuk highway selepas jam 6 ptg. Kea rah Segamat biasanya My keluar tol Senawang. Giler kauuuu nak gerak balik 6 ptg esok???? Setengah hari sebelum tu den nak buek po??? Dah terbayang mak abah di rumah.. adik badik, anak-anak buah… Rasanya den nak tunggu ke sampai petang? Macam tak je…-.-’
Untuk jadual perjalanan pulang ke ibu kota tu My tak kisah sangat sebab My mungkin balik 5hb hoho orang pun ramai dah mula bekerja so harap-harapnya jalan lengang la masa tu kan hehe… Apapun, Esok for sure pagi-pagi My dah bertolak pulang ke Segamat… Tak tahan dah wooooooo…
Haip… eksaited eksaited jugak tapi jangan keterlaluan hingga kita abaikan aspek-aspek keselamatan semasa di jalan raya oke! Bagi yang naik pulang memandu tu sila pastikan kenderaan anda siap service dulu cek apa yang patut sebelum gerak. My bab-bab enjin kete memang haram satu apa pun tatao so enchek tunang lah yang tolong hantar pi service hehe My tahu drive je… :D Harap-harap pengalaman pahit masa pulang ke KL raya tahun lepas tak berulang… Tak tengok temperature dah naik tahap gaban tawu-tawu kete panas… air-cond panas… Enjin dah bunyi macam haremmmm… tup! Mati di tengah jalan… Sampai kena tukar lah menatang kat dalam enjin tu… ala yang ada kipas tu apetah nama dia… -.-’ Masa tu My stop kat tepi jalan suh enchek tunang datang tolong taw. grrrr…
Selain itu, semasa memandu jangan pentingkan diri sendiri… Ingatlah orang-orang disekeliling anda… Ikut had laju yang ditetapkan… Jangan potong Q sebarangan! Jangan memandai-mandai buat 4 lane kat highway! Menyusahkan taw! Biar lambat asal selamat… Malang ni tak berbau… ingat tu!! Bersabarlah sedikit bukannya ke mana pun kampung korang tu kan…
Yang balik naik bas? Train? Tidur je laaaa sampai kampung halaman anda. Sebab itulah yang selalu My buat hahaha…;D
Ooooooo...Oooooo balik kampung.... Oooooo balik kampung.... Ooooo balik kampung... Hati girangggggggggg!